Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
Pegawai Penguasa,
Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Putri
Leboh Kota Iskandar
Iskandar Putri, Gelang Patah,
79100 Johor.
Tarikh: 6 Oktober 2016
Tuan,
CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa SK Tanjung Kupang menjemput pihak tuan untuk
mengadakan satu program ceramah keselamatan tentang latihan kebakaran Fire Drill.
Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh
: 26 April 2014
Masa
: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Warisan, SMK Sri Sadong
3.
Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan
kebakaran ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah
yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pihak sekolah akan
berbincang semula dengan pihak tuan tentang kawad latihan kebakaran yang sebenar. Pihak
tuan akan menilai tahap kecekapan dan pergerakan pelajar ke tempat berkumpul.
4.
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi
menyampaikan ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas.
Berserta dengan surat ini juga dilampirkan bersama-sama beberapa maklumat tentang
program bagi rujukan pihak tuan.
5.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kam dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
PELAKSANAAN
1. Guru kelas akan mengambil kedatangan pelajar dibantu oleh ketua kelas.
2. Pihak Bomba akan menyampaikan ceramah tentang latihan kebakaran dan
keselamatan.
3. Pihak bomba akan menilai dan menerangkan tentang latihan yang telah
dilaksanakan.
4. Pihak bomba melaksanakan demonstrasi memadam kebakaran dan
menyelamatkan mangsa kebakaran.
5. Bersurai.
AKTIVITI
1. Ceramah Latihan kebakaran dan keselamatan.
2. Demonstrasi memadam kebakaran.