Sei sulla pagina 1di 1

Fail Penyelaras PLC Sekolah

Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.
Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah
1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
- Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
- Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
- Tool kit (Borang)
- Buku Panduan PLC
Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk
Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang
telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.
Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan
yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu
dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guruguru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik
berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu.
Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan
buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya.
Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu
menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu.
Tugas Guru Selepas PLC dijalankan
1.
Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer
Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu
jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.
Bagi mana-mana guru yang ingin tahu lebih mendalam mengenai PLC, Sila Klik LINK

Potrebbero piacerti anche