Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2016

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 20 Januari 2016
: RABU
: 1.40 petang
: Bilik Guru

Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.

Pn Hjh Chek Tom bt Shafie


En. Ishak b Abdul Aziz
Pn. Nurul Hifzan bt Mohd Ali
Pn. Hjh. Rumani bt Abd Hadi
Pn. Naznita bt Abd Aziz

GPK 1
Pengerusi

Tidak Hadir
1. Pn Romaya bt Dolah ( Cuti Sakit)

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI


1.1.

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

1.2.

Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan halhal yang berkaitan dengan Perancangan Panitia Matematik Sessi 2016
Makluman: AJK

AGENDA 2 : UCAPAN GPK 1


2.1.

GPK 1 mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Matematik di SKJP2 .

2.2
GPK 1 mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli panitia kerana kejayaan pelajar dalam
peperiksaan 2015, khasnya Matematik pada UPSR.
2.3
GPK 1 mengharapkan semua ahli Panitia dapat merancang aktiviti tahun ini dan
memastikan keputusan Matematik dapat di pertingkatkan.
Makluman: AJK
.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG
LALU

3.1. Pn. Nurul Hifzan bt. Mohd Ali selaku Setiausaha sesi 2015 membentangkan minit
mesyuarat yang lalu.
3.2 Pn. Hjh Rumani bt Abd Hadi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Pn. Naznita bt Abd Aziz.
Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


Tiada
AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM
5.1.
Pengerusi menjelaskan pada tahun 2016, Peperiksaan UPSR akan dijalankan
berdasarkan format baharu. Kertas 015/1 dan 015/2 Matematik SK selama 1 jam masingmasing. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia dengan bentuk format
baharu dan guru tahun 1 hingga 5 juga di minta mengadakan latihan dan ujian berdasarkan
format baharu. Bahan-bahan contoh boleh dimuat turun dari laman web kementerian pelajaran
Malaysia.
Makluman: Ahli Panitia

5.2.
Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
I- Think dan dasar lain yang terkandung dalam pembelajaran Abad ke 21.
Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN


6.1.
Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan
dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5 ,dan 6 format
KSSR .
Tindakan: Ahli Panitia
6.2.
Pengerusi memberitahu bahawa HSP 2016, boleh dimuat turun melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
Makluman: Ahli Panitia
6.3.
Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk pemantauan.
Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR


7.1.
Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2, 3,4,5 dan 6 mengikut format KSSR. Bagi
guru yang ingin menggunakan Persediaan Mengajar bentuk Fail digalakkan menggunakan satu
format khusus seperti tahun 2015.
Tindakan: Semua Warga Sekolah
7.2.
Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari
sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK


8.1.
Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
Tindakan:Semua Warga Sekolah
8.2.
Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.
Tindakan: Semua Warga Sekolah
AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID
9.1.

Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
Tindakan: Semua Guru

9.2.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
Tindakan: Semua Guru
AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut Abad 21.
Tindakan: Semua Guru
10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan
untuk tujuan P&P.
Tindakan: Semua guru

10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.
Tindakan: Semua guru

AGENDA 11 : AKTIVITI AKTIVITI KELAB MATEMATIK


11.1
Pengerusi memohon supaya Kelab Matematik mengadakan aktiviti yang menyokong
kepada Panitia Matematik. Sudut Kelab Matematik akan diwujudkan bersebelahan Papan
Kenyataan Panitia Matematik.
Tindakan: Guru Penasihat Kelab Matematik

AGENDA 12 Hal-hal lain


12.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan dan penggunaan BBM perlu
dipertingkatkan.
12.2 Bacaan Sifir setiap waktu sebelum sesi P& P Matematik perlu diteruskan. Pengerusi
memohon dipelbagaikan kaedah penyoalan supaya murid seronok. Penggunaan kad akan
dijadikan rekod sifir murid.
12.3 Aktiviti pagi Rabu selama 10 minit akan diteruskan dan dijalankan diselang seli dengan
panitia Sains. Guru terlibat dikehendaki mematuhi waktu aktiviti yang ditetapkan iaitu pada
pukul 7.30 7.40 pagi.
Tindakan: Semua guru
AGENDA 13 : UCAPAN PENANGGUHAN
13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Matematik.
13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........
Pn.Romaya Bt Dolah
Setiausaha

...........
En. Ishak bin Abdul Aziz
Ketua Panitia

Disahkan oleh,

Pn Che Tom Bt Hj Shafie


Penolong Kanan Pentadbiran

Potrebbero piacerti anche