Sei sulla pagina 1di 21

MALAYSIA NEGARA KITA

ISI KANDUNGAN

BORANG PENGAKUAN

PROFIL DIRI

1.0 PENGHARGAAN

2.0 ABSTRAK

3.0 TUGASAN SOALAN

3.1

MUKADIMAH

3.2

KONSEP KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

6
6

3.3 ANALISIS ASAS PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN & KESENIAN

3.4 ANALISIS TERAS PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 9


3.4.1 BERTERASKAN KEPADA KEBUDAYAAN RANTAU INI

10

3.4.2 UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SESUAI

10

3.4.3 ISLAM SEBAGAI UNSUR YANG PENTING

11

3.5 PERBANDINGAN PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN

12

3.6

13

RUMUSAN KESELURUHAN

4.0

BIBLIOGRAFI

14

5.0

LAMPIRAN

16

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya

TANDATANGAN : .
NAMA

: RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. KP

: 940202-08-6464

TARIKH

: 05 MEI 2016

PROFIL DIRI

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA

NAMA

: RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. K/P

: 940202-08-6464

UNIT

: PISMP PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER

: 6

KURSUS ELEKTIF : PENDIDIKAN JASMANI & SEJARAH


AMBILAN

: JANUARI 2014

ALAMAT RUMAH

: NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, TG.MALIM,


PERAK.

NO. HP

: 016-9414502

E-MEL

: anju2_2@hotmail.com

1.0 PENGHARGAAN
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


Penulisan yang baik menunjukkan pemikiran yang jelas, itulah prinsip yang saya
berpegang pada sepanjang melaksanakan tugasan penulisan ilmiah bagi kursus SJH3163E
iaitu Malaysia Negara Kita sehingga dapat menyiapkannya dengan jayanya. Bersyukur
kepada Tuhan kerana dengan adanya limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja
kursus yang telah diusahakan selama ini. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya
daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pertama sekali, jutaan kalungan
budi kepada kedua-dua pemimbing yang juga menjadi pembekal tenaga kepada saya iaitu
pensyarah kursus ini En.Mohd.Kasasi dan En.Zolpatai bin Elias. Mereka telah banyak
membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga tidak pernah terlepas
pandang untuk memberikan kata-kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang
saya perlukan.
Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya
dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini.
Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi semangat saya
untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak mudah berputus asa
apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau
buntu fikiran. Tidak terlupa juga rakan-rakan sekumpulan saya iaitu Lalitha Hasokar yang
telah memberikan kerjasama bagi melaksanakan

Tugasan

iaitu

penghasilan

slaid

menggunakan perisian power point dan pembentangan hasil kerja secara berpasangan.
Mereka telah banyak membantu saya dengan memberikan idea-idea yang efektif dan
bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan
Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber
yang membolehkan kami mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini
serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah

Sekian, terima kasih.

2.0 ABSTRAK
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


Bidang ilmu Sejarah:Malaysia Negara Kita merangkumi perkembangan sejarah
Tanah Melayu dari zaman awal hingga pembentukan Malaysia, hal-hal yang berkaitan
dengan masyarakat Malaysia dan simbol-simbol negara secara berhemah dan tidak
terlepas juga peranan patriotisme rakyat Malaysia di peringkat global. Tugasan penulisan
ilmiah ini pula membincangkan pembentukan kebudayaan dan kesenian yang menjadi teras
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Secara umumnya, kebudayaan dan kesenian merupakan dua entiti yang saling
berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini
sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan
antara satu dengan yang lain. Kebudayaan dan kesenian amat berkait rapat dengan identiti,
ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap
masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk
keunikan cara hidup mereka.
Kepelbagaian aspek seni dan budaya merupakan keistimewaan yang terindah di
tanah pertiwi kita, Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan.
Kepelbagaian budaya atau sifat multikultur dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul
keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal
usul, agama dan kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini
menjadi sebahagian daripada cara hidup dan pegang sejak zaman nenek moyang kita lagi
dan diteruskan sehingga sekarang.
Semenjak manusia pertama diturunkan ke bumi, dia menemui tiga hal penting
tentang kehidupannya, iaitu kebenaran, kebaikan dan keindahan. Mencari yang benar
dengan menghasilkan ilmu, dan dengan ilmulah manusia menemui kebenaran. Mencari
yang baik dengan menghasilkan akhlak dan dengan akhlaklah manusia diukur atau dinilai.
Manakala mencari yang indah pula adalah dengan menghasilkan seni, dan melalui segala
aktiviti kesenian dan juga kebudayaan manusia menemui keindahan.Aspek kesenian dan
kebudayaan ini merupakan pernyataan, pengungkapan atau ekspresi rohaniah atau batiniah
manusia, yang tergabung pula dengan aspek luaran atau jasmani yang datang dari
kemampuan akal serta budaya manusia untuk menyatakan tentang keindahan. Setiap
perbuatan yang berteraskan aspek kesenian dan kebudayaan akan mengukirkan rasa
keindahan dalam diri seseorang. (Jurnal Kesenian Kebangsaan Malaysia: Satu
Renungan Terhadap Pelestarian Dan Cabaran, 2006)

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


3.0 TUGASAN SOALAN
3.1 Mukadimah
nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini
meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mutunya.
sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang
sedang dibentuk dan dicorakkan hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini. patutlah juga mengambil unsur-unsur kebudayaan yang
datang ke rantau iniyang dapat menyegarkan dan mencorakkan
kebudayaan Malaysia masa hadapan. Namun harus diingat dalam mencari
bentuk dan menentukan corak tersebut, kita tidak lah melupakan masyarakat
kita yang berbilang bangsa the reality of our multiracial society
(dipetik dan diubahsuai daripada Aziz Deraman: 2005)
Itulah kata-kata keramat yang diserukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Kedua dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang pertama. Beliau
mensarankan kepada seluruh rakyat bahawa kebudayaan merupakan pusaka tinggalan
warisan yang tidak tentu nilainya. Beliau turut membicarakan bahawa pembentukan suatu
kebudayaan kebangsaan adalah berteraskan pada kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat
asal suatu rantau. Kata-kata yang dinukilkan olehnya memberikan suatu gambaran yang
terang lagi bersuluh bahawa kebudayaan kebangsaan yang diamalkan di Malaysia adalah
berlandaskan kepada kebudayaan masyarakat Melayu yang diiktiraf sebagai penduduk asal
tanah ini.
3.2 Konsep Kebudayaan dan Kesenian
Sebelum menelusuri isu ini secara lebih mendalam dan terperinci, baik kita
mengenali definisi bagi perkataan kebudayaan dan juga kesenian yang menjadi inti
kepada tajuk perbincangan tugasan. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.
Pendefinisian yang cukup jelasnya dapat dihubungkaitkan dengan pentakrifan budaya
dalam Kamus Dewan (2005) Edisi Keempat sebagai tamadun, peradaban, kemajuan
fikiran dan akal budi. Pemahaman tentang budaya juga diperjelaskan dalam bahasa
Inggeris sebagai culture yang lahir daripada perkataan Latin, colere, yang bermaksud
mengolah atau mengerjakan dan saya menghubungjalinkannya seperti dalam Dictionary
Of Philosophy(1996):The way of life of people in terms of attitudes, values and believes.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim perkataan budaya juga dikaitkan sebagai kecergasan
akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani
sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan
tersebut.
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata
Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang
berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu
daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa
dan penggunaan fikiran manusia.
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) perkataan seni dapat
ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu
mengenai suara, comel bentuk badan. Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu
bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang
tersendiri. Perkataan seni jika ditambah dengan imbuhan awalan ke dan akhiran an
membentuk perkataan kesenian yang membawa pengertian yang lebih luas lagi iaitu
perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah karya
seni tersebut. Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat penting kepada
kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak turun temurun lagi. engan
kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, identiti
masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural lebih terserlah dan dikenali ramai.
3.3 Analisis asas Pembentukan Kebudayaan dan Kesenian di Malaysia
Menurut Haji Tajuddin Bin Hj. Hussein.etc (2007), titik permulaan tentang asas
kebudayaan Melayu dapat dilihat kepada kewujudan masyarakat peribumi di sekitar Selat
Melaka. Selain itu, pada zaman mana sekalipun, misalnya sejak nama Melayu muncul
dalam catatan sejarah yang dipercayai sebagai catatan I-Tsing pada abad ke-7 masihi tidak
ada satu pun sumber yang dapat dijadikan bukti untuk menunjukkan masayarakat ini pernah
menganut agama Hindu, Buddha dan lain-lain, melainkan keprcayaan purba animisme dan
Islam. Dalam catatan I-Tsing memang ada menyebut nama Melayu dan sehingga kini itulah
satu-satunya sumber terawal yang berkaitan dengan masyarakat rantau ini sebelum
pengislaman mereka. Kenyataan ini dapat menunjukkan kewujudan unsur-unsur luar dalam
kebudayaan Melayu muncul setelah asas-asas kebudayaannya telah pun dibina oleh
peradaban dan agama Islam.
Kekayaan aspek kebudayaan dan kesenian negara kita merupakan aset penting
dalam mempromosikan Malaysia ke mata dunia. Secara umum, seni termasuklah tarian,
muzik, drama, rentak dan irama, seni visual, dan fotografi. Manakala budaya juga
mempunyai cabang-cabangnya yang tertentu seperti perayaan, adat tradisi, permainan
tradisional, busana tradisional, pakaian tradisional, makanan tradisional dan sebagainya.
Penghayatan terhadap seni, budaya dan warisan sentiasa diberi penekanan sebagai
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia
ke-11,

pelbagai

program

kebudayaan,

kesenian

dan

warisan

dilaksanakan

bagi

meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan budaya negara. Dengan kata lain,
usaha menyemarakkan seni dan budaya negara perlu digiatkan bagi mengekalkan warisan
seni turun-temurun, sekali gus menjadi daya tarikan pelancong ke negara kita.
Pembicaraan mengenai pembentukan kebudayaan kebangsaan sering kali
dikaitrapat dengan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Berdasarkan Jurnal Asas
Kebudayaan Kebangsaan (2002), ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres
Kebudayaan Kebangsaan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, pada 16 Oktober
1971, Perdana Menteri mengakui bahawa bentuk dan corak kebudayaan sesuatu bangsa
hanya dapat dipastikan setelah menempuh proses timbang terima masyarakatnya serta
menempuh ujian masa yang sesetengah unsur itu diterapkan menjadi bentuk kebudayaan
yang kekal, sementara yang lain ditolak dan ditinggalkan. Bagi Tun Abdul Razak Hussein,
dalam kehidupan bermasyarakat, tetap akan berlaku proses evolusi atau penyerapan nilai
baharu yang berpunca daripada pertumbuhan dari dalam atau melalui hubungan penemuan
dari luar yang memberikan ketegasan dan kekuatan kepada sesuatu masyarakat. Usaha
yang dilakukan melalui kongres itu, diakui oleh Perdana Menteri ketika itu, sebagai
meneroka jalan ke arah matlamat yang hanya dapat dilihat hasilnya beberapa generasi
yang akan datang. Rumusan atau dasar dari atas ke bawah yang bersifat takrif autoriti itu
diterima dan diguna pakai oleh kerajaan, badan bukan kerajaan, budayawan dan ilmuwan,
serta masyarakat umum selepas kongres itu.
Menurut Aziz Deraman (1994), walaupun pelbagai langkah atau usaha telah diambil
dalam membina satu dasar yang mampu mewujudkan citra rakyat Malaysia semuanya tidak
meninggalkan keberkesanan seperti yang diharapkan. Akhirnya kerajaan telah pun
mengambil inisiatif untuk merangka dan membentuk satu dasar iaitu Dasar Kebudayaan
Kebangsaan (1971) yang menjelaskan bahawa Kebudayaan Kebangsaan hendaklah
berasaskan budaya masyarakat asal rantau ini, menerima 'Stem nilai yang baik dari kaumkaum lain, dan Islam menjadi asas penting di dalam dasar tersebut. Pada masa yang sama
dasar ini juga tidak menghalang perkembangan budaya sukuan dan kaum-kaum lain di
negara ini. Ternyata bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan teras
pembentukan kebudayaan kebangsaan jangka panjang untuk memastikan rakyat negara ini
mempunyai jati diri dan rasa cinta terhadap kebudayaan nasional.
Seterusnya, berpaut pada tajuk perbincangan panduan, dasar, matlamat dan tujuan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirangka oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara menjadi asas untuk merangka kebudayaan dan kesenian kebangsaan Malaysia.
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


Dengan bahasa yang paling mudah, kebudayaan dan kesenian kebangsaan Malaysia
hendaklah berasaskan

asal wilayah ini, kerana wilayah ini sudah termaktub dari segi

sejarah, arkeologi, linguistik dan antropologi adalah wilayah budaya manusia MalayoPolinesia lebih tepat lagi wilayah budaya ini adalah wilayah budaya Melayu. Setiap unsur
kebudayaan dan kesenian rantau ini hendaklah dimajukan sesuai dengan tarafnya sebagai
pengucapan kebudayaan dan kesenian kebangsaan. Pada masa yang sama, kebudayaan
dan kesenian Kebangsaan Malaysia juga secara demokratis menerima kewujudan kesenian
suka-kaum lain untuk dikembangkan dan dimajukan sesuai dengan kedudukan mereka
sebagai warganegara Malaysia. Jika terdapat majlis rasmi di peringkat kebangsaan;
penampilan, imej, citra atau pengucapan kebangsaan yang perlu ditonjolkan dan
diperagakan ialah pengucapan kesenian kebangsaan, bukannya imej sukuan atau kauman.
Citra kebangsaan inilah yang sewajarnya menjadi citra khas untuk mewujudkan
keperibadian dan identiti Malaysia hasil daripada pembentukan Kebudayaan Kebangsaaan
bangsa Malaysia. (Laman Web Rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
2016)
3.4 Analisis Teras Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Ibarat kata ungkapan orang yang bijak merancang adalah orang yang melakar jalan
kejayaannya sendiri, perancangan yang teliti dan rapi amat diperlukan bagi sebuah negara
yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti tanah pertiwi kita Malaysia dalam
proses pembentukan kebudayaan nasional supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat ke-Malaysiaan.Merujuk kepada Zainal Abidin Borhan (2006) dalam jurnalnya telah
menyatakan bahawa perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik,
mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Seumpama mendukung
kebenaran yang kita sepakati, Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi teras pembentukan
kebudayaan kebangsaan di bawah pengelolaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia. Kementerian ini telah diwujudkan di bawah Kementerian
Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan
dipindahkan pula di bawah naungan Kementerian Penerangan. Pada asalnya, penggubalan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1971 apabila kerajaan
Menyedari akan betapa pentingnya kebudayaan diberi pemerhatian khususnya untuk
perpaduan setelah mengalami pengalaman pahit peristiwa 13 Mei 1969.
Beberapa aspek perlu dipertimbangkan ketika penggubalan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ini. Antaranya fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan
negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu
tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan
tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti berikut.
3.4.1

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini


Berpandukan prinsip utama dalam Dasar Kebudyaan Kebangsaan alam Melayu ini

yang juga dikenali sebagai khazanah kebudayaan merupakan pusat pemancaran,


pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula
oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang
menggunakan

Bahasa

Melayu

sebagai

bahasa

perhubungan

antarabangsa

iaitu

linguafranca. Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang


bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi,
pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
Merujuk kepada Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (2003), budaya Melayu pada
hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih
200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang
demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya
kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. Menurut prinsip
ini juga menyatakan bahawa, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat setempat rantau ini. Perkataan rantau dalam konteks ini membawa
maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan. Kepulauan Melayu yang sebahagian
besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut,
Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

3.4.2

Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang sesuai dan wajar boleh diterima


Prinsip kedua ini pulam bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang

mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lainlain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan

Kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam

penyerapan ini adalah

bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsipprinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian
sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai
dan wajar memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima
unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat Orang Asli dan etnik di
Sabah Sarawak. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi
terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai
contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di
antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat
pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu
tempatan.
Jika prinsip ini dikaitkan dengan contoh yang ada pada era ini, keterbukaan sikap
kerajaan diserlahkan apabila perayaan utama suku kaum, termasuk Gawai Dayak, Pesta
Kaamatan, dan Thaipusam, turut disambut pada peringkat nasional, dengan mengadakan
rumah terbuka. Kegiatan rumah terbuka dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan negeri,
serta syarikat korporat. Melalui usaha sedemikian, bukan sahaja interaksi pelbagai etnik
dimungkinkan, tetapi rumah terbuka berkenaan membolehkan etnik lain lebih memahami
budaya etnik yang meraikannya dan pendekatan sedemikian tentu memberikan kesan
positif terhadap kesepaduan dan perpaduan sosial. Secara tidak langsung, budaya tertentu
etnik terbabit menyerap dalam kebudayaan kebangsaan melalui acara rasmi sedemikian,
sekali gus bagai mengabsahkan penerimaannya.
3.4.3

Islam Menjadi

Unsur Yang

Penting

Dalam

Pembentukan

Kebudayaan

Kebangsaan
Prinsip terakhirnya pula adalah menjuruskan kepada pengamalan agama Islam yang
dijadikan sebagai panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha
bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang
penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya
sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam
yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas
di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971.
Menurut, Hamdan Hassan (1979), meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam
kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya.Hal ini kerana Islam merupakan
agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru,
pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia
haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.
3.5 Perbandingan pembentukan kebudayaan kebangsaan di rantau ini
Berpaut pada tajuk tugasan, rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,
Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan sehingga
Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu
Pembentukan kebudayaan kebangsaan di alam Melayu dapat dibandingkan menerusi
penerlitian terhadap unsur-unsur asas yang membina kebudayaan Melayu di sekitar
nusantara ini yang menjadi dominan peyerapan budaya di rantau ini. Proses pembentukan
kebudayaan Melayu adalah berbeza di Malaysia daripada jika dibandingkan dengan
kebudayaan Melayu yang wujud berhampiran dengannya
Pertama sekali, persoalan adanya penganutan agama Hindu-Buddha dalam kalangan
masyarakat Bali dan Jawa Tengah kerana hakikatnya terpancar sehingga ke hari ini
daripada segi bahasa mereka yang sarat dengan istilah Sanskrit dan adanya pengaruh
tulisan Palava, anutan kepercayaan dan kesenian mereka yang berasaskan Bramanik dan
Slametan dan adanya kepercayaan dan kesenian candi-candi di merata tempat yang masih
mengkagumkan mereka. Tetapi gambaran di Bali dan Jawa Tengah itu tidak sesuai
dikenakan

ke atas kebudayaan Melayu

di

utara

Semenanjung

kerana

bahasa,

kesusasteraan, anutan agama, pandangan dunia, pemikiran dan intelektual yang


menjadikan unsur-unsur membangunkan kebudayaannya adalah jelas berteraskan unsurunsur Islam. Tuntas kata, pola pelbagai kebudayaan di rantau ini menjadi petunjuk bahawa
tidak pernah wujud suatu pengaruh yang dominan dan dapat meninggalkan satu bentuk
kebudayaan yang seragam.
Seterusnya, merujuk kepada catatan seorang pengembara dari Portugis, Rui de Brito
pada tahun 1541 mencatatkan masyarakat Brunei masih lagi tidak mempunyai anutan
agama. Tahun 16071647 di Makkasar terdapat perubahan kepercayaan dari animistik
kepada agama Islam. Pertukaran agama dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan
bukti-bukti pergolakan politik, ekonomi dan kesenian, iaitu pertama ia tidak menentukan
kriteria untuk menilai apakah unsur-unsur Hindu-Buddha yang dikatakan berkait dengan
kebudayaan Melayu itu. Ketidakmantapan unsur-unsur Hinddu-Buddha dalam kebudayaan
Melayu itu sebenarnya boleh dilihat dari sudut perkembangan sejarah rantau ini di sekitar
abad ke-12 hingga abad ke-17. Selewat-lewat pada abad ke-12 masyarakat dunia telah
menyaksikan sudah wujud kebudayaan Melayu berteraskan agama Islam berpusat di

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


kawasan Selat Melaka sebagai suatu entiti tersendiri yang mencorak peta kebudayaan
rantau ini.
Kita sememangnya boleh beranggapan pada masa sebelumnya atau pada masa
tersebut laut dan pantai di kawasan Selat Melaka pernah dan terus menjadi laluan dan
memberi kemudahan kepada para perdagang purba dan sami-sami Buddha yang
mengembara antara negeri China dengan India. Walau bagaimanapun adalah amat sukar
untuk kita menerima kenyataan bahawa penyebaran Hindu dan Buddha meninggalkan
pengaruh yang mendalam terhadap seluruh kawasan di rantau ini dan seluruh rantau ini
dapat digambarkan seolah-olah sekeping jigsaw puzzle kebudayaan Buddha yang
melengkapkan ruang kosong antara India dengan China itu.
Deduksinya, perbandingan yang dibuat menjelaskan bahawa rantau ini mempunyai
pelbagai kebudayaan yang masing-masing mempunyai pola dan teras yang tersendiri.
Kepelbagaian ini menjadi petunjuk tentang tidak pernah wujud suatu pengaruh dominan
yang dapat meninggalkan kesan memancarkan hanya satu bentuk kebudayaan yang
seragam pada sesuatu masa bila sekalipun.

3.6 Rumusan Keseluruhan


Tuntas kata, menggulungkan semua isu perbincangan secara keseluruhan, boleh
dikatakan bahawa

kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting dalam

mewujudkan perpaduan dan sosialisasi di Malaysia. Persefahaman budaya ini menjadikan


rakyat

Malaysia

saling menerima

dengan hati yang

terbuka dan tidak menimbulkan

konflik. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki keunikan tersendiri.
Kepelbagaian agama, bangsa, seni, dan budaya yang diamalkan dalam kehidupan harian
masyarakat Malaysia tidak menjadi halangan pada hubungan sesama kaum di negara ini.
Sejak dahulu lagi, amalan budaya tradisional di Malaysia amat dikagumi oleh dunia luar.
Kedua-dua aspek kesenian dan kebudayaan amat berkaitan rapat dengan identiti,
ideologi, dan amalan harian sesuatu kelompok masyarakat. Hal sebegini perlu dikekalkan
demi kesinambungan tamadun. Penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesenian dan
kebudayaan, misalnya, dapat memberikan impak yang positif kepada pembangunan
negara. Modal insan yang berkualiti amat penting dalam meningkatkan produktiviti negara.
Sejajar dengan itu, pelbagai pihak telah menggembleng tenaga untuk memastikan warisan
seni dan budaya tradisional di Malaysia terus diwarisi generasi demi generasi. Kesedaran

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


terhadap kepentingan seni dan budaya tradisional perlu dipupuk kepada setiap golongan
masyarakat agar tidak lagi dipandang enteng.
Bagi merealisasikan impian ini, golongan remaja memainkan peranan yang besar
dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan. Kedua-dua bidang ini bukan sahaja
mendatangkan keuntungan kepada negara, malah membantu perkembangan remaja pada
hari ini. Perkembangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin perkembangan
remaja. Remaja perlu memiliki kecergasan fizikal dan mental dalam menempuh kehidupan
yang begitu mencabar. Remaja perlu dibimbing untuk menggerakkan mereka ke arah diri
yang positif dan memiliki jati diri yang mantap. Hal ini dikatakan demikian remaja masa kini
merupakan penggerak dunia masa depan. Seni dan budaya dapat dijadikan sebagai
medium untuk melahirkan modal insan kelas pertama.(majalah Dewan Siswa Mac 2016).
Slogan Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara dapat mencapai hasratnya jika rakyat
Malaysia dapat mengiatkan dirinya dalam aktiviti-aktiviti yang berteraskan kebudayaan dan
kesenian berteraskan dasar kebudayaan kebangsaan.

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


BIBLIOGRAFI
BUKU
Aziz Deraman Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (1994), Suatu pengenalan latar
belakang dan sejarah ringkas. Cahaya Pantai (M)

Haji Tajuddin Bin Hj. Hussein, Robiah Alias (2007) Malaysia negara kita:semua pindaan
hingga Januari, 2009 MDC Publishers

Hamdan Hassan.(1979), Islam & kebudayaan kebangsaan Universiti Malaya.


Jabatan
Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jabatan Pengajian Islam, Utusan
Publications.
Kuala Lumpur

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka,


Kuala Lumpur.

Zainal Abidin Borhan (2006), Jurnal : Kesenian Kebangsaan Malaysia Satu Renungan
Terhadap Pelestarian dan Cabaran . Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya

e-JURNAL
e-Jurnal : Asas kebudayaan kebangsaan (1973) mengandungi kertas kerja Kongres
Kebudayaan Kebangsaan dari 16hb Ogos hingga 20hb Ogos 1971.Kementarian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Malaysia

e-Jurnal : Konsep kebudayaan kebangsaan (1983) Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti


Sastera & Sains Sosial Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA

MAJALAH
Majalah : Dewan Budaya, Julai 2015 (Artikel Kebudayaan Kebangsaan Tunjang
Kebanggaan Kita). Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur

Majalah : Dewan Siswa, Edisi Mac 2016 (Artikel Peranan Remaja dalam memelihara
Kesenian dan Kebudayaan) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

JURNAL
Melayu : Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Volume 1, Issue 2, Ideologi dan kebudayaan
kebangsaan, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1985 - Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2003

Sari: Jurnal Institut Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu (2002) Universiti
Kebangsaan Malaysia, Volumes 18-19, Universiti Kebangsaan Malaysia.

INTERNET
http://www.motac.gov.my/profil/dasar
[atas talian : 12 Julai 2016]
http://www.jkkn.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan
[atas talian : 10 Julai 2016]
http://pmr.penerangan.gov.my
[atas talian : 12 Julai 2016]
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Perpaduan,_Kebudayaan,_Kesenian_dan_Waris
an_Malaysia
[atas talian : 10 Julai 2016]
http://utusanonline.com.my
[atas talian : 12 Julai 2016]
http://bharianonline.com.my
SJH316
3E

MALAYSIA NEGARA KITA


[atas talian : 10 Julai 2016
LAMPIRAN 1

KERATAN AKHBAR (SUMBER ONLINE)

SJH316
3E

http://utusanonline.com.my [atas talian : 12 Julai 2016]

MALAYSIA NEGARA KITA

http://utusanonline.com.my [atas talian : 12 Julai 2016]

SJH316
3E

http://bharianonline.com.my [atas talian : 10 Julai 2016]

MALAYSIA NEGARA KITA

SJH316
3E

http://bharianonline.com.my [atas talian : 10 Julai 2016]

MALAYSIA NEGARA KITA


e-MAJALAH DEWAN BUDAYA

e-Jurnal

SJH316
3E

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

MALAYSIA NEGARA KITA

LAMPIRAN 4

e-Buku

SJH316
3E

Potrebbero piacerti anche