Sei sulla pagina 1di 5

LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP


MALAYSIA
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan
Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang
Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan
Pengakap
Bintang pecah 14 melambangkan Kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia
Bulan Sabit menandakan Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam.
Lingkaran Tali melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unitunit Pengakap:
Kuning Pengakap Kanak-Kanak,
Hijau Pengakap Muda,
Merah Pengakap Remaja
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna
diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS MALAYSIA (TUNAS


PUTERI)

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI


TUNAS MALAYSIA
Trefoil Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri
Bintang Pecah Empat Belas 13 buah negeri di Malaysia dan 1
pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang
bermaksud petunjuk jalan yang benar

LOGO TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO TUNAS KADET REMAJA


SEKOLAH
Perisai - Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang
gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang - Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dua tangkai padi bersilang - Resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua tindakan.
Buku terbuka dan rehal -Peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum,
agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau - Alam sekitar yang sihat
Warna Merah - Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan
negara.
Warna kuning -Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.
Warna putih- Keikhlasan dan kesucian.

LOGO PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERGERAKAN PUTERI ISLAM


MALAYSIA
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau
diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan
hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''
Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya
ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan
PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
Di bawah logo ini tertulis perkataan:
PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan

Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS


Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

LOGO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSATUAN BULAN SABIT


MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Berasal dari lambang palang merah yang telah
diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929
Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan
perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika
peperangan.

Potrebbero piacerti anche