Sei sulla pagina 1di 1

Soalan: Anda menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan persekitaran tempat tinggal anda.


Ceritakan pengalaman anda menyertai aktiviti gotong-royong
tersebut.

Dewasa ini, kesepakatan antara jiran tetangga tidaklah kukuh seperti


zaman dahulu kala. Malah tidak banyak orang dalam kalangan kita yang
mengetahui atau mengenali jiran mereka. Aktiviti-aktiviti seperti gotongroyong pula semakin luntur dalam kalangan masyarakat setempat. Perkara
ini boleh dikaitkan dengan kesibukan ramai orang pada zaman kini yang
hanya mengutamakan pekerjaan.
Pada bulan Ogos yang lepas, jawatankuasa penduduk kawasan
perumahan saya telah memberi kata sepakat untuk mengadakan suatu
aktiviti gotong-royong. Tujuannya adalah bagi mengeratkan hubungan
silaturahim antara penduduk setempat dan juga pada masa yang sama
membersihkan dan menceriakan kawasan perumahan. Aktiviti gotongroyong ini telah dijalankan pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada 30 Ogos
2015. Saya dan keluarga saya telah melibatkan diri dalam aktiviti ini dan
memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti ini.
Pada pagi Sabtu itu sebelum matahari terbenam, saya dan keluarga saya
telah bersiap sedia untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Saya membantu
ibu dan ayah saya mengeluarkan alatan yang diperlukan untuk gotongroyong. Kami membawa penyapu, cangkul dan beg sampah. Semua
penduduk berkumpul di padang pada pukul 8.00 pagi. Saya berasa amat
teruja kerana saya tidak pernah menyertai aktiviti gotong-royong di kawasan
tempat tinggal saya sebelum ini. Sebelum kami memulakan gotong-royong,
pengerusi jawatankuasa penduduk setempat memberi sepatah dua kata
untuk merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang hadir bagi
menjayakan program yang dijalankan ini. Beliau berkata bahawa aktiviti
gotong-royong ini akan mendatangkan banyak maslahat. Oleh itu, aktivitiaktiviti seperti ini haruslah disambut baik oleh penduduk setempat. Sejurus
selepas ucapan beliau, aktiviti gotong-royong pun bermula.

Potrebbero piacerti anche