Sei sulla pagina 1di 5

Laporan Reflektif

Saya Kumaressan Sargunan, pelajar T1 S2 Bimbingan dan Kaunseling. Tiada perkataan


yang lain selain rasa syukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan masa dan kebaikan
kesihatan kepada saya sepanjang menyempurnakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan
segolongan terima kasih kepada En. Anpalakan Vadiappan, pensyarah mata pelajaran
Pengurusan Kokurikulum yang memberikan tugasan ini kepada kami. Kami diberi tugasan
untuk mengelolakan suatu pertandingan. Kumpulan saya bertanggungjawab untuk mengelola
pertandingan bola jaring. Ahli kumpulan saya ialah Dewi Syahirah binti Asgami, Annabel
Sylvester dan Thavamalar Selvaraj.
Pada hari Khamis bersamaan 03 Mac 2016, Permainan bola jaring telah diadakan di
Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, pada jam 5.00 - 7.00 petang. Dalam
jawatankuasa pengelolaan pertandingan ini, saya telah diberi peluang untuk memegang
jawatan sebagai Setiausaha. Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang ini untuk
melaksanakan tugas sebagai seorang Setiausaha. Peringkat pelaksanaan pertandingan bola
jaring ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum pertandingan dimulakan, semasa
pertandingan dijalankan dan selepas pertandingan diadakan.
Pada peringkat pertama iaitu sebelum pertandingan, semua persiapan telah dijalankan.
Pengerusi pertandingan bola jaring telah memberi satu taklimat yang ringkas dan padat kepada
ahli kumpulan tentang pengagihan tugas. Selepas taklimat tersebut, sebuah jawatankuasa kecil
telah ditubuhkan bagi melicinkan lagi proses pengelolaan pertandingan tersebut. Antara
jawatankuasa tersebut ialah ajk pengadil, ajk peralatan, ajk keselamatan dan kebersihan, ajk
fotografi, ajk protokol dan ajk hadiah.
Setelah taklimat yang jelas disampaikan, semua ahli jawatankuasa telah memahami
tugas yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepasa pertandingan dengan lebih dalam
lagi. Kami juga menyediakan kertas kerja projek dan surat jemputan bagi pertandingan ini. Kami
juga berusaha keras untuk mempercepatkan proses persediaan itu supaya pertandingan akan
dijalankan dengan lancar. Beberapa kali mesyuarat diadakan untuk membincangka tentang
pertandingan ini. Kami juga sering kali berjumpa dengan pensyarah kami untuk mendapat
bimbingan beliau dan juga untuk memastikan persedian yang kami buat itu betul. Ajk peralatan
juga meminjam peralatan yang diperlukan untuk pertandingan sebelum 3 hari pertandingan
berlaku.

Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu semasa pertandingan. Pada pukul 5.00 petang,
sesi pendaftaran telah dijalankan untuk semua peserta. Selepas sesi pendaftaran, empat
pasukan peserta telah sudi mendaftar untuk pertandingan tersebut. Antara pasukan yang sudi
terlibat ialah pasukan A, pasukan B, pasukan C, dan pasukan D. Kemudian, setiap wakil
pasukan diminta datang ke hadapan untuk membuat pengundian bagi menentukan perlawanan.
Kemudian ajk protokol menjemput ketibaan pensyarah sebagai tetamu kehormat ke padang.
Selepas itu, sedikit taklimat yang berkaitan tentang undang-undang permainan ini telah
diberikan oleh pengadil kepada semua peserta. Pemeriksaan kuku para peserta juga
dijalanakan oleh pengadil untuk menjamin keselamatan para peserta semasa pertandingan
berlangsung.
Selepas itu, bip bola jaring juga diedarkan kepada semua peserta dan penjelasan
tentang posisi masing-masing turut diberikan. Semasa pertandingan berlangsung keputusan
telah dicatatkan. Selepas setiap perlawanan ditamatkan, masa rehat sebanyak 5 minit diberikan
kepada para peserta. Pada akhirnya, perlawanan telah dimenangi oleh pasukan D dengan
jumlah mata 6-4 dengan pasukan B. Sebaik sahaja perlawanan ditamatkan, majlis penutupan
telah dijalankan dan dikendalikan oleh setiausaha pengelolaan pertandingan. Selepas
pengerusi program dan pensyarah bimbingan memberi ucapan, majlis tersebut diteruskan
dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Cenderahati dan hadiah telah diberikan oleh
pengerusi projek kepada pengadil dan kepada kumpulan pemenang.
Di samping itu, peringkat ketiga pula ialah selepas pertandingan. Selepas berakhirnya
pertandingan bola jaring, semua jawatankuasa berkumpul di padang dan bersedia untuk
melaksanakan tugas yang telah diagihkan. Contohnya, ajk peralatan telah memastikan
peralatan yang digunakan semasa pertandingan diselenggara dengan sempurna dan berada
dalam keadaan baik. Selepas itu, ajk peralatan juga mengembalikan peralatan-peralatan yang
telah dipinjam di stor sukan. Lebih lagi, ajk kebersihan juga melaksanakan tugas yang telah
diberikan iaitu mengumpul sampah sarap yang ada membersihkan kawasan padang yang telah
digunakan untuk pertandingan bola jaring.

Selepas semua tugas disempurnakan dengan baik, sesi post-mortem bagi pertandingan
itu dijalankan antara semua jawatankuasa pelaksana. Pada masa itu, kelebihan dan kelemahan
pertandingan serta halangan yang dihadapi semasa pertandingan juga telah dibincangkan.
Semasa perbincangan berlangsung semua jawatankuasa memberi komitmen yang agak tinggi
dan juga memberi pandangan masing-masing untuk penambahbaikan tentang pertandingan
yang telah dijalankan supaya kelemahan yang dihadapi dapat diatasi pada masa akan datang.
Bagi membuat sebuah refleksi yang bermutu untuk pertandingan bola jaring yang
dianjurkan adalah melalui analisa SWOT. Ini merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk
mengenalpasti dan menganalisis aspek kelebihan, kelemahan,peluang dan ancaman untuk
proses pengelolaan pertandingn bola jaring.
Kekuatan (Strengths):
Selain itu, semasa mengelola aktiviti ini saya dapat mengenal pasti beberapa kelebihan.
Salah satunya ialah, saya mendapat kerjasama yang amat baik dan penuh daripada ahli
kumpulan saya. Kami saling berkerjasama antara satu sama lain semasa membincangkan
tentang pengelolaan pertandingan dan juga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Contohnya, semasa membuat persiapan untuk pertandingan ini, ahli kumpulan saya sanggup
memberi pandangan dan cadangan mereka terhadap keputusan masing-masing supaya
pertandingan dirancangkan dengan lebih baik. Kami juga saling berkerjasama semasa kami
menyediakan peralatan yang diperlukan untuk pertandingan ini. Kami juga mengagihkan kerja
antara satu sama lain supaya kami dapat mempercepatkan proses persediaan untuk
menjalankan permainan ini pada masa yang ditetapkan. Boleh dikatakan, melalui aktiviti ini,
semangat kerjasama dan semangat berpasukan kami dikukuhkan lagi.
Selain itu, kekuatan yang boleh didapati ialah kami selalu mengadakan mesyuarat dan
berbincang dengan begitu sungguh apabila kami perlu membuat sebarang keputusan untuk
memastikan pertandingan yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Contohnya, kami telah
berbincang tentang cara permainan, syarat permainan serta cara-cara untuk menentukan
pemenang. Dengan adanya perbincangan, segala perkara yang memerlukan keputusan dapat
diselesaikan dengan senang. Semua ahli kumpulan telah melakukan tugas yang diberikan
dengan sedaya upaya. Semangat ini yang menjadikan kejayaan program kami.

Kelemahan (Weaknesses):
Pada masa yang sama, kelemahan juga dikenal pasti selepas mengelolakan
pertandingan bola jaring ini. Kelemahan yang terdapat dalam pertandingan ini ialah pengurusan
masa yang tidak baik. Hal ini kerana, pertandingan ini ditundakan dua kali sebelum ini atas
beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan. Contohnya, pelajar guru kelas saya mempunyai
kelas ganti bagi subjek minor mereka pada waktu petang. Ini menyebabkan kami terpaksa
menundakan permainan ini. Walau bagaimanapun, akhirnya kami tetapkan satu tarikh dan
masa yang sesuai untuk menjalankan pertandingan ini. Seterusnya, terdapat juga peralatan
yang sedia ada seperti jaring tidak berada dalam keadaan baik. Ini menyebabkan kami
menghadapai kesukaran semasa menjalankan pertandingan ini.
Peluang (Opportunities):
Melalui pengelolaan pertandingan permainan bola jaring ini, saya berpeluang untuk
mengetahui secara terperinci proses-proses untuk menganjurkan sesuatu pertandingan dengan
betul. Saya berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu yang didapati semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sepanjang menjalankan pertandingan ini. Pengelolan pertandingan ini juga
memberi pendedahan awal bagi saya untuk merasai situasi sebenar yang saya akan hadapi
semasa mengelolakan pertandingan sebegini di sekolah nanti. Selain itu, saya juga mendapat
peluang untuk lebih memahami cara permainan bola jaring ini. Semasa kami merancang
permainan ini, saya telah mencari maklumat tentang cara permainan ini supaya saya
memahami terlebih dahulu sebelum kami berbincang. Jadi, secara tidak langsung pengelolaan
pertandingan ini meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam permainan ini dengan lebih
jelas lagi.
Ancaman (Threats):
Sepanjang aktiviti ini berjalan, bermula dari perancangan sehingga pelaksanaan, boleh
dikatakan bahawa ancaman terbesar yang dihadapi ialah cuaca yang tidak begitu baik iaitu
cuaca yang terlalu panas. Semasa kami menjalankan pertandingan bola jaring, suhu harian
mencecah 39

di seluruh kawasan negeri Pulau Pinang. Hal ini menyebabkan pemain

mudah rasa letih dan beberapa pemain juga tidak begitu aktif semasa permainan dijalankan.
Ancaman yang kedua pula ialah, beberapa pemain tidak dapat menghadirkan diri semasa
permainan ini dijalankan. Pada sesi perbincangan, kami membuat keputusan untuk

menjalankan permainan ini antara 4 kumpulan. Oleh kerana beberapa pemain tidak dapat hadir,
permainan ini hanya dijalankan antara dua kumpulan sahaja.
Lantaran itu, penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang
disebutkan daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan
pengurusan masa. Kami perlulah membuat perancangan lebih awal lagi supaya dapat
menjalankan permainan yang dirancang pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Cadangan
kedua ialah, berkenaan dengan perlatan yang tidak sempurna. Bagi mengatasi masalah ini,
kami perlulah memastikan peralatan-peralatan yang diperlukan berada dalam keadaan yang
baik dan boleh digunakan dengan selamat. Kami juga perlulah membuat senarai semak bagi
mengelakkan masalah sebegini berlaku lagi. Kami juga seharusnya menjalankan pertandingan
ini pada waktu pagi bagi mengelakkan cuaca panas yang begitu tinggi.
Kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan
yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya dalam
dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki
dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa
akan datang akan berjalan dengan lebih lancar. Segala pengalaman yang saya peroleh
daripada pengelolaan aktiviti ini akan saya aplikasikan dalam kehidupan saya tidak kira di
sekolah ataupun di tempat lain pada masa hadapan.

Potrebbero piacerti anche