Sei sulla pagina 1di 8

HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI - KARYA KLASIK

1.0 Pengenalan
Hikayat Abdullah ini ditulis kerana permintaan seorang sahabat, iaitu orang putih, untuk
memaparkan pengalaman hidupnya sejak kecil dan hubungannya dengan beberapa tokoh
sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd, dan ramai lagi. Hikayat ini
merupakan kisah yang menceritakan perihal Munsyi Abdullah yang menjurus kepada aspekaspek kehidupannya.

Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang

dimulakan tentang serba sedikit latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur
keturunannya, kisah bapanya yang juga merupakan seorang pengarang suatu masa dahulu.
Dalam bahagian permulaan juga diceritakan tentang kisah kelahiran Munsyi Abdullah dan
diteruskan dari zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak.
Seterusnya, hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah Munsyi menuntut ilmu.
Pada peringkat ini diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan menuntut ilmu
daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah dilaluinya dalam
mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan perihal
hukuman yang dijalankan di tempat beliau menuntut ilmu.

Selain itu, bahagian ini

menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nakhoda menulis surat perjanjian
berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah mula menunjukkan minat dalam bidang
penulisan walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.
Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian
ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah
tercatat pada bahagian ini. Antara cerita yang tercatat olehnya pada bahagian ini, iaitu kisah
orang-orang Inggeris yang diketuai oleh Farquhar yang ingin merobohkan kota Melaka.
Beliau telah menceritakan tentang kebaikan pemerintah Inggeris dalam bahagian ini,
Abdullah telah mempersoalkan masyarakat Melayu yang kurang mengambil berat tentang
pendidikan serta membandingkan golongan wanita pada waktu itu. Selain itu, bahagian ini
turut menceritakan tentang kisah Inggeris hendak menyerang Tanah Jawa, kisahnya yang
mula belajar bahasa Inggeris, perihal orang Melayu yang sezaman dengannya yang
dimomokkan dengan perkara tahyul, kisah Abdullah yang bersama paderi Thomson,
permulaannya sebagai seorang penterjemah dan permulaan pendidikan awal Inggeris serta
halangan-halangan yang dihadapi olehnya.
Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan Abdullah.

Permulaan

bahagian ini menceritakan tentang bantuan yang diberikan oleh paderi Milne kepadanya.
Dalam bahagian ini diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan usahanya dalam

percetakan huruf-huruf. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilalihan Melaka


dari pihak Inggeris kepada Belanda, kisah pembentukan pemerintahan Singapura dan
pengambilalihan kuasa oleh Inggeris. Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid
Yassin, seorang ahli perniagaan Melayu dan diselang seli dengan kisah pemberontakan
antara orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Abdullah turut menceritakan
tentang pembukaan Raffles Institution, hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris,
kisah mengenai kongsi gelap, syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang
Naning.
Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar.
Dalam bahagian ini beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. Berdasarkan
lawatannya ke Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau mempersoalkan kelebihan dan
kekurangan masyarakat yang hidup di kawasan tersebut. Bahagian ini turut menceritakan
sedikit tentang lawatannya ke tanah suci dan detik-detik akhir riwayat hidupnya. Bahagian
berikutnya merupakan pandangan Abdullah terhadap masyarakat pada zamannya yang
hidup dalam keadaan kucar kacir dan mempersoalkan ketidakadilan pembesar dan raja
pada waktu itu. Bahagian terakhir dalam hikayat ini memperihalkan tentang Abdullah pada
pandangan kita di zaman ini.

Dalam bahagian ini menceritakan bagaimana beliau

mengisahkan perjalanan hidupnya yang diselang seli dengan kisah yang berlaku semasa
hayatnya.

Selain itu, bahagian ini menjurus kepada pandangan Abdullah terhadap

bangsanya sendiri dan usahanya dalam membangunkan ilmu bahasa Melayu bagi menjadi
rujukan kepada masyarakat zaman ini.

2.0 Ciri-ciri Karya Agung dalam Hikayat Abdullah

2.1

Pemikiran (Isi dan Mesej)

Pemikiran dalam karya sastera bermaksud subjek yang dibawa oleh pengarang dalam
menghasilkan sesuatu karya. Bermula daripada idea dan pengalaman yang dimantapkan
bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan
tema sesebuah karya. Berikut merupakan antara pemikiran yang terdapat dalam Hikayat
Abdullah Munsyi:
i.

Pandangan terhadap pemikiran terhadap kepercayaan orang Melayu

Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya
kepada perkara yang tahyul. Beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak
diikuti kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu.
Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karutmarut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada

zamannya. Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu
adalah kurangnya beriman seseorang terhadap Allah dan Rasul. Ini dapat dilihat
penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalamHikayat
Abdullah.
Nasihat: Bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh yang tiada ia mengetahui Allah
Taala, adakah sebab dijualkan itu menjadi panjang umurnya dan jikalau dipelihara oleh ibu
bapanya menjadi pendek umurnya atau mati? Maka sekali-kali jangan kita percaya yang
demikian. (Hikayat Abdullah, 2007:15)

ii.

Pandangan dan pemikiran terhadap menuntut ilmu

Selain itu, terdapat juga petikan di dalam Hikayat Abdullah ini yang menerapkan unsur
keislaman ini. Misalnya dalam karyaHikayat Abdullah hasil karangan Abdullah Abdul Kadir
Munshi ini, pendidikannya sedari kecil sangat menitik beratkan hal-hal keagamaan dan
keilmuan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan daripada karya tersebut, iaitu;
Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan, dan kekayaan
itu membawa kepada kebesaran. Maka bahawasanya segala benda yang dijadikan Allah
dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya, iaitu dapat dinilaikan oleh
manusia melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan
harganya. (Hikayat Abdullah, 2007: 19)

2.2

Nilai Budaya

Budaya adalah daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan kata jamak
bagi perkataan buddhi yang bermaksdu budi pekerti atau akal. Secara amnya, ia
membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian yang luas pula
bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Dalam bahasa
Inggeris, budaya disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin,
iaitu colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
i.

Berbudi pekerti

Abdullah menyifatkan paderi Inggeris iaitu Tuan Milne sebagai seorang yang bersopansantun.
..kedua sukacita oleh sebab mendengar khabar dan budi bahasa Tuan Milne terlalu baik,
ia bertutur itu dengan hormatnya, (Hikayat Abdullah, 2007:97)
ii.

Peribahasa

Dalam Hikayat Abdullah, terdapat banyak peribahasa yang digunakan masyarakat Melayu.
Budaya peribahasa ini menujukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu sangat
mementingkan kesantunan semasa bertutur. Contohnya:
Kerana ada aku mendengar khabar di negeri Inggeris orang yang pandai-pandai dengan
hikmatnya dapat ia mengetahui perkara-perkara yang demikian itu dengan mudahnya, baik

daripada barang-barang bahasa, atau bangsa adanya. Seperti kata Melayu tak boleh
dibaiki, jangan dipecahkan. (Hikayat Abdullah, 2007:169)
Maka baharulah sekarag aku menyesal; akan tetapi apakah gunanya. Seperti kata Melayu,
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian itu suatu pun tiada apa gunanya. (Hikayat
Abdullah, 2007:170)
iii.

Adat melayu

Dalam Hikayat Abdullah juga terdapat contoh adat Melayu yang menunjukkan kepatuhan
rakyat dalam mematuhi undang-undang dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Maka setelah sudah berkampung, maka Tuan Raffles pun duduklah di atas tempat bicara
itu, katanya, Tuan Sultan dan Temenggung, bagaimanakah adat dalam undang-undang
orang Melayu, jikalau seorang rakyat menderhaka kepada rajanya dengan demekian ini?
maka jawab Sultan, Tuan, aklau adat Melayu, orang itu dibunuh habis-habis dengan anak
bininya dan kaum keluarganya. Maka tiang rumahnya dibalikkan ke atas, dan bumbungan
rumahnya ke bawah; dan tanah bekas rumahnya itu pun dibuangkan ke laut adanya.
Syahadan apabila didengar oleh Tuan Raffles akan perkataan Sultan itu, jawapnya, itu
hukum bukanya adil. Maka kalau barang siapa yang bersalah, dialah patut dihukumkan.
Mengapa anak bininya yang tiada tahu barang sesuatu dibunuh? Sekarang Tuan Sultan dan
Temenggung serta segala tuan-tuan yang ada dalam majlis ini bolehlah mendengar; ada
tersebut dala undang-undang aat hukum orang Inggeris, orang itu yang menderhaka patut
digantung.(Hikayat Abdullah, 2007:178)

2.3

Pandangan Hidup

Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah
bersumberkan Islam dari perspektif Islam ialah pandangan tentang akhirat. Oleh itu,
pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang
terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Antara pandangan
hidup di dalam Hikayat Abdullah, iaiah:
i.

Pandangan hidup mengenai kepercayaan karut

Masyarakat pada zaman Hikayat Abdullah masih mempercayai kepercayaan karut dan
diamalkan oleh penduduk sekelilingnya. Sebagai contoh, dipercayai oleh masyarakat pada
ketika itu, bayi yang baru dilahirkan sekiranya sering sakit maka bayi tersebut dikatakan
tidak sesuai untuk dibela oleh ibu bapa kandung bayi tersebut dan haruslah diserahkan
kepada keluarga yang mempunyai ramai anak untuk menjaga bayi tersebut. Perkara ini
dapat dibuktikan melalui contoh teks tersebut:
Hatta maka dengan hal yang demikian, maka kata orang-orang sekalian, jikalau demikian
hal budak ini, tiada berhenti daripada penyakit sahaja, bahawa barangkali ibu bapanya tiada
serasi memeliharakan dia ; baiklah dijualkan kepada orang yang ada beranak banyak;
kerana demikianlah diperbuat oleh orang tua-tua. (Hikayat Abdullah, 2007:10

ii.

Pandangan hidup mengenai pentingnya pelajaran

Pada zaman itu juga, pelajaran amat dipentingkan oleh semua orang sehinggakan
diceritakan dalam Hikayat Abdullah, untuk menimba ilmu pada pagi dihantar ke sekolah dan
pada malam hari pula akan diajar oleh bapa pula. Sepanjang tempoh menuntu ilmu itu,
badan pencerita itu sering kali dipukul, ditampar, dirotan dan berbagai cara lain supaya
cepat faham akan ilmu yang dipelajari. Perkara ini menunjukkan masyarakat pada zaman
itu mementingkan pelajaran sampai ke tahap begitu. Hal ini boleh dilihat dalam contoh teks
tersebut:
Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar, dan malam-malam diajar
oleh bapaku di rumah. Maka beberapa banyak kena pukul dan tampar dan beberapa papan
loh yang pecah-pecah dihempaskan oleh guruku di kepalaku, dan beberapa rotan pecahpecah ditubuhku, dan beberapa kali ditangisi oleh bondaku akan daku sebab banyak kena
pukul itu. (Hikayat Abdullah, 2007:14)
2.4

Nilai Ilmu

Menurut Mohd Rashid Md Idris et al.(2011) nilai diistilahkan sebagai al-qimah dalam
bahasa Arab yang merujuk kepada harga yang ditetapkan pada seseuatu. Nilai
membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah.
Ilmu dan maklumat yang ingin dikaji berdasarkan Hikayat Abdullah antaranya ialah:
i.

Ilmu Firasat

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:412), firasat adalah pengetahuan mengenai
tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
Berikut merupakan contoh-contoh ilmu firasat yang terdapat dalam Hikayat Abdullah:
Jikalau diusiknya sahaja kota ini, nescaya banyaklah orang mati, kerana ada beberapa
banyak jin syaitan dalam kota itu. ( Hikayat Abdullah, 2007:41)
ii.

Ilmu Pendukunan

Dukun membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara
kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. Berikut
merupakan contoh ilmu pendukunan dalam Hikayat Abdullah:
Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu datang dari
Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu
gajah dan berbagai-bagai ubatan. (Hikayat Abdullah, 2007:47)

iii.

Ilmu sains

Contoh ilmu sains dalam Hikayat Abdullah:


maka lain pula ada beberapa ribu jenis binatang-binatang yang telah di buang isinya dan
tulangnya, maka diisinya dengan kapas dalamnya. Maka kelihatan rupanya seperti binatang
hidup sungguh adanya. (Hikayat Abdullah, 2007:204 )

iv.

Ilmu bahasa

Ilmu bahasa (linguistik) adalah ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa
sebagai objek kajiannya atau lebih tepat lagi telah ilmiah mengenai bahasa manusia.
Berikut merupakan contoh ilmu bahasa dalam Hikayat Abdullah:
Kemudian kataku, Tuan, sahaya terlalu suka hendak belajar bahasa Inggeris. Maka
jawabnya, Baiklah, sahaya boleh ajar, akan tetapi ajar sama sahaya bahasa
Melayu. (Hikayat Abdullah: 2007:97)

2.5

Estetika dan Teknik Kepengarangan

Estetik umumnya dikaitkan dengan persoalan keindahan yang menjadi unsur keindahan
pembinaan karya sastera manakala kepengarangan merujuk kepada keterampilan,
kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya. (Mohd. Rashid Md. Idris,
Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, 2014:96). Teknik secara umumnya
bermaksud kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang).

2.5.1
i.

Kepengarangan Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah


Karya berbentuk realistik

Munsyi Abdullah merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Jadi, penulisan Hikayat
Abdullah adalah berbentuk autobiografi dalam bentuk realistik. Pengarang menulis hikayat
ini berdasarkan pengalamannya sendiri, iaitu kehidupan sebagai manusia yang benar-benar
berlaku dan dialaminya sendiri setelah kelahirannya. Karyanya itu juga memperkatakan
kehidupan rakyat biasa secara realistik, jauh berbeza daripada karya-karya sebelum beliau
seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang bertemakan kehidupan bangsawan
dan digerakkan oleh unsur mitos dan legenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan
magis. Karyanya dicipta dan dikarang sendiri atas permintaan seorang sahabatnya yang
berbangsa Inggeris sehingga akhirnya turut dinikmati oleh masyarakat.

ii.

Aspek bahasa dan tulisan

Pengarang menggunakan bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Abdullah. Beliau masih
terikat kepada bentuk bahasa Melayu lama yang terdapat dalam hikayat-hikayat lama. Ayatayat dalam hikayat ini adalah panjang dan kosa kata klasik
sepertisahaya dan masyghul turut digunakan. Kata pangkal ayatmaka, kalakian,
arakian dan sebermula banyak ditemui dalam hikayat ini.
Selain itu, pengarang ada menggunakan tulisan Jawi dalam hikayat ini. Bukan itu sahaja,
kata pinjaman bahasa Inggeris (electricity, commission, arithmetic) dan kata pinjaman
bahasa Arab (khatib, syaaban, sayid) juga turut dimuatkan ke dalam penulisannya.

iii. Pemikiran dan sikap keterbukaan terhadap orang Inggeris


Dalam Hikayat Abdullah, pengarang menunjukkan sikap terbukaannya terhadap kehadiran
orang Inggeris ke Melaka. Pengarang juga menjalinkan hubungan yang sangat baik dan
rapat dengan beberapa orang Inggeris. Hubungan Abdullah dengan seorang paderi
bernama Tuan Milne sangat baik. Walaupun perhubungan tersebut dikecam oleh
masyarakat Melayu pada ketika itu, namun beliau masih tetap mengajarkan bahasa Melayu
kepada Tuan Milne dan diajari bahasa Inggeris oleh Tuan Milne. Pengarang yakin
pembelajaran bahasa Inggeris akan membawa manfaat kepadanya pada masa akan
datang. Di sini boleh dilihat kekuatan pemikiran pengarang tentang kepentingan
berbanding orang-orang Melayu yang berfikiran sempit tentang orang Inggeris dan
bahasanya.
Malah, beliau juga menyifatkan perlakuan orang Inggeris sangat bersopan-santun dalam
pertuturan. Budi bahasa orang Inggeris sangat tinggi dan pengarang berasa senang
dengan cara dan gaya percakapan mereka. Selain itu, pengarang turut mengagumi
kebijaksanaan orang Inggeris dalam ilmu kira-kira dan kemajuan mereka dalam sains
teknologi yang jauh meninggalkan orang Melayu. Dapat disimpulkan bahawa pemikiran
pengarang terhadap orang Inggeris adalah positif.

2.6

Seni Bahasa

Pelbagai gaya bahasa yang terdapat dalam Hikayat Abdullah, antaranya ialah:
i.

Majaz perbandingan - simile

Lalu bercakaplah Tuan Raffles pada masa itu dengan tersenyum-senyum simpul serta
muka manis, dengan menunduk-nundukkan kepalanya. Manisnya seperti laut
madu.....Maka pokok angin yang amat kencang serta dengan gelap-gelita itu pun seperti
ribut yang besar akan turun, bahawa sekalinya hilanglah, sehingga teranglah
cuaca. (Hikayat Abdullah, 2007:156-157)

ii.

Skema perulangan polisindeton

Maka sebentar-sebentar rumah terbakar, dan sebentar-sebentar pencuri siang-siang


hari, dan sebentar-sebentar orang bertikam. (Hikayat Abdullah, 2007:161)

iii.
a.

Retorik
Retorik pemerian

Contohnya:

Tuan Farquhar sudah lama bersahabat dengan Tengku Long, putera Sultan
Mahmud.Semasa dia di Melaka, khabar yang kudengar mengatakan Tengku Long sudah
mengambil wang daripada Kolonel Farquhar. (Hikayat Abdullah, 2007:154)

b.

Retorik penceritaan

Contohnya:
Bermulalah adapun yang kukatakan lalaiku dan aku mengaku bodohku itu adalah demikian,
iaitu lapan Sembilan bulan lamanya aku dalam negeri Singapura, maka pulanglah pula aku
ke Melaka duduk tiga bulan, maka segala pendapatanku yang di Singapura itu terhentiah,
dan yang mana telah kudapati itu, maka barulah aku balik ke Singapura. (Hikayat
Abdullah: 2007:200)

c.

Retorik pemujukan

Contohnya:
Boleh sahaya sumpah betul begitu. (Hikayat Abdullah:229)
Maka jawabnya, Tiada boleh membukakan barang satu rahsia kepada orang asing lain
daripada muafakat ini, redala sahaya dibunuh.(Hikayat Abdullah, 2007:229)

3.0

Kesimpulan

Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya.


melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami.

Dia

Walau

bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan
dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya
terutama

kritik

terhadap raja-raja

Melayu.

Seperti karya cereka, Abdullah juga

menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watak-watak bagi menyampaikan


maksud atau persoalan yang dikemukakan. Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat
dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera
lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita,
perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal
seperti gaya bahasa sastera lama. Karyanya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan
dokumentasi yang penting.

Potrebbero piacerti anche