Sei sulla pagina 1di 2

CATATAN REFLEKSI

MINGGU PERTAMA
( 11 JULAI 2016 HINGGA 15 JULAI 2016)

1. ISU YANG DIFOKUS :


Perancangan bagi projek individu Galeria Sains: Nafas Segar bagi semua murid dalam
darjah empat untuk matapelajaran major iaitu Sains bersama dengan mentor.
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUS :
a. Kelebihan
Semasa mengadakan perbincangan dengan mentor saya mengtahui latar belakang
murid-murid Tahun Empat kerana secara keseluruhannya mereka tidak berminat dalam
pembelajaran terutamanya murid-murid yang berpencapaian rendah dari kelas 4 Pintar dan
4 Amanah. Dalam keadaan ini, mereka mula melibatkan diri mereka dalam kegiatan yang
mengundang kepada masalah-masalah disiplin seperti ponteng kelas dan merayau-rayau di
sekeliling sekolah walaupun pada masa pengajaran dan pembelajaran. Jika keadaan ini
semakin berlaku, semasa bermulanya sesi persekolahan sekolah menengah murid-murid
dalam golongan ini mungkin terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang tidak baik seperti
merokok. Oleh itu, bagi menyedarkan diri mereka agar betapa bahayanya tabiat merokok
saya mengambil keputusan untuk menjalankan program ini. Mentor saya juga membantu
dan memberi layanan yang amat baik kepada saya dalam perbincangan. Seterusnya, saya
juga menyediakan diri saya supaya lebih peka terhadap kekangan yang akan saya lalui
untuk menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Perkara-perkara yang perlu saya
mempertimbangkan semasa perancangan dan pengendalian projek ini adalah masa,
tempat, kumpulan sasaran, tarikh, dan juga bahan-bahan projek yang dipilih. Selain itu, saya
juga dapat mengenali cara bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam
pengendalian sesuatu projek.
b. Kelemahan
Kelemahan yang dikesan semasa perbincangan tentang projek adalah tidak ada
persiapan awal dalam perancangan saya. Saya berjumpa dengan Guru Besar dan mentor

untuk membuat perbincangan tentang perancangan projek. Sebenarnya, saya dan rakanrakan saya mempunyai tanggapan yang salah bahawa kami bolehlah menjalankan projekprojek yang dirancang terlebih dahulu oleh pengurusan sekolah sperti yang tertera dalam
takwim dan boleh mengambil alih tugas-tugas guru yang terlibat. Sebenarnya, kami harus
menyediakan kertas kerja dengan perancangan projek yang rapi sebelum berjumpa dan
berbincang dengan pengurus sekolah dan kami dikehendaki memikirkan projek-projek
baharu yang tidak sepunya dengan projek-projek dalam takwim sekolah. Teguran daripada
pengurus sekolah menyedarkan saya agar saya perlu membuat persiapan awal sebelum
menjalankan sesuatu projek agar saya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi semasa
perbincangan.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Kelemahan-kelemahan yang dinyatakan dapat diperbaiki dengan cadangan
penambahbaikan yang berikut. Kami seharusnya menyediakan kertas kerja lebih awal bagi
menunjukkan kami sentiasa berada dalam keadaan sedia. Kerja-kerja yang melibatkan
kumpulan memerlukan kerjasama bagi menjayakan projek tersebut. Ahli jawatankuasa perlu
mempunyai kesedaran tentang tugas-tugas mereka dan perlu melaksanakannya dengan
penuh tanggungjawab bagi menyempurnakan program.

Potrebbero piacerti anche

  • Membuat Inferens
    Membuat Inferens
    Documento5 pagine
    Membuat Inferens
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • RPH Sains
    RPH Sains
    Documento1 pagina
    RPH Sains
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • Writing Y6 PPT 2018
    Writing Y6 PPT 2018
    Documento2 pagine
    Writing Y6 PPT 2018
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • Topic7 Welding
    Topic7 Welding
    Documento19 pagine
    Topic7 Welding
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • Easy Essays
    Easy Essays
    Documento66 pagine
    Easy Essays
    Thomas Tucker
    Nessuna valutazione finora
  • Kertas Kerja Nafas Segar
    Kertas Kerja Nafas Segar
    Documento5 pagine
    Kertas Kerja Nafas Segar
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Documento31 pagine
    RUJUKAN
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
    Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
    Documento9 pagine
    Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora
  • Medan Magnet
    Medan Magnet
    Documento7 pagine
    Medan Magnet
    Vinohthini Ramasamy
    Nessuna valutazione finora
  • Amali 4 BM
    Amali 4 BM
    Documento5 pagine
    Amali 4 BM
    LathaRajRajandren
    Nessuna valutazione finora