Sei sulla pagina 1di 31

Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua berperanan sebagai pengurus dan

pemimpin profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008)


mendefinisikan pengurusan pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam
melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre (2002) dalam Bush juga
menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan kepada
kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha
mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan
memerlukan hubungan yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi
pengurusan (Bush, 2008)
Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan
sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori
yang memberikan panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan
sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber
(System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).
Oleh yang demikian, apabila menguruskan sekolah pengetua sebagai pengurus
sekolah akan berpandukan kepada perkara2 berikut dalam usaha untuk
meningkatkan keberkesanan sekolah.
1. Penetapan matlamat/ Visi secara bersama. Pengetua harus bersama2
dengan penolong kanan, guru2 kanan matapelajaran, guru cemerlang, ketua
panitia, pelajar dan ibu bapa untuk berdiskusi secara kolaboratif bagi
menetapkan matlamat/visi secara kolektif. Penetapan matlamat secara bersama
ini akan membina misi dan visi sekolah yang sepunya oleh semua komuniti dan
warga sekolah. (Hoy dan Miskel, 2001; Bush, 2001). Penetepan misi dan visi
sekolah seharusnya adalah untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran
pelajar-pelajar (Macbaeth, 2007)
2. Penyebaran misi dan visi kepada warga sekolah. Pengetua dengan
kerjasama semua penolong kanan dan guru-guru harus menyebarkan misi dan
visi sekolah untuk dihayati oleh semua pelajar, ibu bapa, staf sokongan, pekerja
pembersihan swasta, pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan komuniti
setempat. Penyebaran misi dan visi sekolah haruslah dilaksanakan dengan
menggunakan komunikasi yang berkesan. Pengetua, penolong kanan, dan guruguru haruslah berkomunikasi dengan laras bahasa yang sesuai di setiap
peringkat lapisan guru, pekerja sekolah dan komuniti.

3. Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru


melalui rasa kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Kepercayaan terhadap
guru untuk melaksanakan tugas bagi mencapai misi dan visi sekolah.
Kepercayaan yang diberikan oleh pengetua terhadap guru apabila merancang
dan mengelola projek/program/aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu
menambahbaik pembelajaran, membangunkan kapasiti dan meningkatkan
personaliti pelajar secara holistik. Pengetua sebagai pengurus sekolah haruslah
menyedari setiap guru mempunyai pelbagai latarbelakang, kelayakan akademik,
kemahiran, dan personaliti yag boleh dimanfaatkan untuk membantu sekolah
untuk mencapai misi dan visi sekolah.
4. Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan
kepemimpinan bagi setiap unit di sekolah. Struktur yang berbentuk organik ini
akan mengurangkan hirarkikal di sekolah yang boleh membataskan kreativiti dan
pembangunan kapasiti guru dan murid. Pengetua juga sebagai pengurus sekolah
akan lebih menghargai sumber-sumber yang ada di sekolah dan di luar sekolah
yang boleh membantu memajukan sekolah.
Sehubungan dengan itu, pengetua sekolah hari ini harus menjalankan peranan
sebagai pengurus yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah,
melaksana dan membuat penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana
pun, peranan pengetua sebagai pengurus tidak mencukupi untuk memajukan
sekolah dan mencapai prestasi sekolah yang tinggi. Pengetua di samping
sebagai pengurus yang cekap dan berkesan untuk mencapai misi dan visi
sekolah harus juga berperanan sebagai pemimpin untuk membawa perubahan
ke dalam sekolah. Perubahan yang di bawa seharunya adalah untuk
menambahbaik dan melonjakkan kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam
bidang akademik, kokurikulum dan pembinan sahsiah pelajar. Kecmerlangan
murid dalam ketiga-tiga bidang akan membawa kepada kecemerlangan sekolah.
Dalam hal yang demikian, untuk bertindak sebagai pemimpin pengetua harus
mempunyai pengaruh yang dapat membawa bersama semua warga sekolah
untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah bagi
melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi.
Tujuan utama sesebuah sekolah ditubuhkan adalah untuk membentuk dan melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dari segi akademik,
keputusan peperiksaan adalah salah satu kayu pengukur dalam menentukan

kecemerlangan sesebuah sekolah. Apa yang perlu dilakukan bagi membentuk sekolah yang
berkesan?
Keberkesanan sesebuah sekolah bergantung kepada enam ciri utama iaitu:
i) kepimpinan pengetua
Sesebuah sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mempunyai visi dan misi yang jelas
serta sentiasa berkongsi visi dan misinya dengan warga sekolah yang lain sama ada guru,
pelajar, staf, ibubapa, komuniti atau sesiapa saja yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Pengetua juga perlu sentiasa menyokong segala keperluan untuk
mencapai kecemerlangan seperti sokongan moral, kewangan dan infrastruktur.Sokongan
yang diberikan akan meningkatkan motivasi guru dalam mendidik pelajar dan seterusnya
meningkatkan kecemerlangan guru. Pengetua juga perlu lebih bersifat kepimpinan
Pengajaran (Instructional Leadership) dan kepimpinan transformasional supaya lebih
berfokus kepada akademik dan kemahiran pendidikan.
ii) Kualiti guru dan staf
Guru terutamanya merupakan insan yang penting dalam mendidik anak-anak pelajar. Tanpa
guru, pelajar tidak akan mendapat ilmu sepenuhnya dengan mudah. Kemahiran dan
kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menentukan tahap
pencapaian pelajar. Jika guru tidak bekerja dengan baik dan berkesan, maka pelajar yang
akan menjadi mangsa keadaan. Semua pelajar dilahirkan dengan potensi diri yang tinggi.
Kita sebagai guru perlu menggunakan kekuatan yang ada dalam berbagai bentuk untuk
membantu anak didik sendiri. Kenalilah pelajar sendiri seboleh mungkin supaya pelajar
merasa dihargai kerana beliau dikenali oleh guru.
iii) Pelajar
Semasa proses pembelajaran, pelajar perlu sentiasa bersedia untuk belajar sesuatu perkara
baru. Pelajar datang daripada latarbelakang yang berbeza dari segi demografik sudah
tentulah berbeza dari segi dapatan melalui proses pembelajaran semasa dalam kelas. Guru
perlu mengambil kira keadaan pelajar sama ada mereka betul-betul bersedia dari segi
mental, fizikal dan emosi atau sebaliknya. Pelajar yang kurang bersedia dari segi emosi
misalnya tidak akan tenang semasa sesi pembelajaran menyebabkan mereka kurang fokus
dan akhirnya tidak memahami apa yang dipelajari. Kisah anak saya semasa beliau di Tahun
1 sekolah rendah amat mengingatkan saya bahawa seorang guru perlu kreatif dan sabar
dalam menangani masaalah anak didik mereka. Ceritanya begini: Buku rekod markah di
dalam beg sekolah anak saya telah diconteng oleh seseorang semasa beliau meninggalkan
kelas sebentar untuk ke kantin. Selepas sesi rehat, beliau melihat bukunya telah diconteng.
Rakan sebelahnya melihat contengan tersebut semasa beliau membuka begnya. Rakan
beliau terus membawa buku itu kepada guru di hadapan kelas dan menceritakan sesuatu
tanpa didengari oleh anak saya. Guru berkenaan memanggil anak saya ke hadapan dan
bertanya mengapa conteng buku tersebut. Anak saya menyatakan bahawa bukan beliau
yang buat tetapi dengan serta merta tanpa usul periksa guru berkenaan menampar pipinya
di hadapan rakan-rakannya yang lain di dalam kelas atas sebab yang tidak dilakukannya.
Beliau sangat sedih sehingga tidak dapat fokus sepanjang hari tersebut dan kesannya
beliau tidak meminati subjek tersebut kerana tidak menyukai gurunya yang tidak peka dan
tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan. Walaupun anak saya telahpun
berusia 17 tahun, tetapi setiap kali beliau menceritakan kisah itu, beliau akan menangis
sedih dan kecewa serta malu yang tidak terhingga. Jadi guru-guru semua, sama-samalah

kita berusaha untuk menangani sesuatu perkara dengan cara yang kreatif, adil dan
saksama supaya ianya tidak mengganggu emosi pelajar untuk belajar dan menerima apa
yang diajar pada hari berkenaan.
iv) Sistem
Sistem yang digunakan disemua sekolah sebagai contohnya sistem PBS yang baru
dilaksanakan adalah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya semua pelajar mendapat hak
yang sama dan dikembangkan dengan cara yang hampir sama.
v) Ibubapa dan komuniti
Keberkesanan sekolah banyak juga bergantung kepada sokongan daripada pihak ibubapa
dan komuniti sama ada sokongan dalam bentuk kewangan (ibubapa), tenaga seperti
bantuan kemahiran daripada pusat-pusat pengajian tinggi, atau sokongan moral. Ibubapa
terutamanya memainkan peranan yang amat penting bagi menyokong segala aktiviti
sekolah bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan.
vi) Proses pengajaran dan pengajaran
Ini merupakan aspek yang paling penting dalam meningkatkan prestasi akademik sesebuah
sekolah. Kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik sudah pastinya oleh guru-guru
yang berkualiti dan pastinya membantu pelajar menjadi individu yang lebih baik
pencapaiannya terutama di dalam peperiksaan utama di Malaysia.

PENGENALAN
1.1

Pendahuluan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan sesebuah organisasi, sama ada

organisasi firma ataupun sekolah, terletak kepada kepimpinan pengurusnya atau


pengetuanya. Di negara barat, kepimpinan merupakan bidang atau tajuk yang amat banyak
dikaji oleh penyelidik dalam bidang sosial. Kajian dalam bidang kepimpinan pelajaran amat
banyak tertumpu pada peringkat kepimpianan di sekolah. Ini disebabkan peringkat inilah
yang dikatakan sebagai peringkat yang paling penting dalam apa juga sistem
pendidikan. Perkara yang menjadi fokus kajian kepimpinan di peringkat sekolah ialah
kepimpianan pengetua dan maklumat tentang hal ini banyak terdapat dalam kajian dan
penulisan sekolah berkesan.
Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah berkesan, tidak terdapat satu jenis
kepimpinanan yang dikatakan lebih baik daripada yang lain. Walaupun begitu banyak
saranan telah dibuat tentang kepimpinan cara demokrasi yang dikatakan lebih berkesan
daripada

kepimpinan

secara laissez-faire,

atau

kepimpinan

secara

autokratik. Mengikut gayakepimpinan seperti ini, mereka yang terlibat dalam pelaksanaan
perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada perubahan itu diberi peluang untuk
berbincang dan membuat keputusan.

Misalnya dalam pelaksanaan kurikulum baru di sekolah, pihak yang telibat dalam
perubahan itu ialah guru dan pihak yang mendapat kesan daripada perubahan itu ialah
pelajar. Mengikut cara kepimpinan demokrasi kedua-dua pihak, iaitu guru dan pelajar juga
terlibat dalam perancangan dan membuat keputusan tentang pelaksanaan kurikulum
itu. Cara begini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dan dapat
memberi kepuasan kepada mereka dalam melaksanakan sesuatu program.
Walau bagaimanapun, kepimpinan pengetua yang berkesan bukan bererti
kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga
merupakan kepimpinan yang berjaya menyelesaikan masalah secara kolektif atau beramairamai (Hussein, 1992 : 106).
1.2

Definisi Keberkesanan Sekolah


Secara keseluruhan, tidak terdapat kata sepakat di kalangan pengkaji tentang

definisi

keberkesanan. Secara

umum

terdapat

dua

kriteria

yang

digunakan

iaitu outcome atau output dan proses. Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur
keberkesanan sekolah bersaskan output, iaitu pencapaian dalam ujian piawaian bagi
mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United

Kingdom pemboleh ubah proses

seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai
pengukur keberkesanan. Selain mengukur keberkesanan dari segi kualiti ada juga pengkaji
yang menggunakan kriteria kesaksamaan(equity).
Menurut Edmonds (dalam Sharifah, 2000 : 7), mendefinisikan keberkesanan bukan
sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau
keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaan meningkatkan penguasaan akademik
kanak-kanak kurang beruntung sehinggalah kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung
yang mengusai akademik sama seperti bilangan kanak-kanak kelas menengah yang
menguasainya.

Rowan (dalam Sharifah, 2000 : 7), pula menyarankan empat cara mengenalpasti
sekolah yang berkesan iaitu; (1) menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar
yang mencapai lebih daripada median kebangsaan, (2) analisa trend yang menunjukkan
skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor yang
meningkat bagi sesuatu cohort dan (4) pencapaian sekolah berbanding dengan latar
belakang pelajarnya.
Mortimore (1991), merumus bahawa sekolah berkesan adalah sekolah yang
akademik pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar
belakang mereka. Ini bermaksud jika sekolah luar bandar menunjukkan nilai tambahan
prestasi akademik beserta dengan usaha menyamaratakan peluang pendidikan dan

pelajarnya mencapai lebih daripada apa yang diharapkan, maka sekolah ini boleh dianggap
sebagai sekolah yang berkesan. Berbanding dengan sekolah berasrama penuh yang tidak
menunjukkan nilai tambahan dan prestasi akademik pelajarnya sekadar hanya apa yang
diharapkan, maka sekolah ini belum boleh di anggap berkesan.
Berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh para pengkaji keberkesanan sekolah,
jelaslah bahawa kebanyakan daripada pengkaji mengganggap bahawa pencapaian
akademik yang cemerlang merupakan pengukur kepada keberkesanan sekolah. Dengan erti
kata

lain,

mereka

mata kepada

berpendapat

kejayaan dan

keberkesanan

sekolah itu

bergantung

pencapaian akademik pelajar-pelajarnya

semataserta

peningkatan prestasi akademik melalui peperiksaan dari tahun ke tahun.


1.3

Persepsi Kementerian Pendidikan MalaysiaTerhadap


Keberkesanan Sekolah
Pengertian keberkesanan mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

dicerminkan melalui berbagai-bagai anugerah yang diberikan kepada sekolah pada


peringkat negeri dan juga pada peringkat kebangsaan. Ada anugerah diberi untuk aspek
bukan akedemik pada peringkat negeri seperti Sekolah Cantik, Sekolah Dalam Taman,
Landskap Tercantik dan sebagainya. Untuk pencapaian akademik pula ada sekolah
menerima Sijil Penghargaan PMR, Hadiah Kecemerlangan Matematik PMR dan
sebagainya. Pada peringkat Negeri anugerah paling berprestij ialah Sekolah Harapan
Negeri dan pada peringkat kebangsaan anugerah paling berprestij ialah Sekolah Harapan
Negara dan Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan (Sharifah, 200 :10)
KPM mempunyai kriteria tertentu dalam memilih Sekolah Harapan Negara. Setiap
tahun Bahagian Sekolah KPM akan memilih sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah
di bandar dan sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di luar bandar
sebagai Sekolah Harapan Negara. Berdasarkan pengertian keberkesanan sekolah menurut
pandangan KPM, kriteria-kriteria tersebut dapat dirumuskan seperti berikut:

mementingkan outcome dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum


(UPSR, PMR, SPM dan STPM)

mementingkan proses bagi mencapai kecemerlangan akademik


- kerja rumah, tindakan pemulihan dan strategi pengajaran guru
mementingkan pengurusan dan pentadbiran sekolah
-

blue

print,

penyerapan

pengajaran,

jawatan

kuasa

kurikulum,

pengurusan
masa dan pengurusan kewangan
mementingkan iklim sekolah
pentadbir
sekolah.

budaya

sekolah,

sikap

yang

positif

di

kalangan

guru,

hubungan

sekolah dengan guru, kerjasama di kalangan guru dan disiplin

mementingkan penglibatan ibu bapa dalam PIBG.


Pengertian keberkesanan sekolah yang digunakan oleh pihak KPM agak luas dan
pelbagai. Hampir semua kriteria yang digunakan oleh pengkaji dan masyarakat umum, guru,
ibu bapa dan pelajar bagi mendefinisikan sekolah berkesan digunakan oleh pihak
kementerian. Pengertian sekolah berkesan ini nampaknya berlandaskan aspirasi yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Jelaslah bahawa
keberkesanan sekolah menurut KPM tidak semestinya diukur melalui pencapaian akademik
yang cemerlang sahaja, tetapi juga dinilai melalui asek-aspek lain yang terdapat di sekolah.
1.4

Ciri-Ciri Sekolah Berkesan


Kajian yang telah dijalankan tentang sekolah berkesan dilakukan melalui dua

pendekatan iaitu; (i) model pengeluaran, iaitu dengan menganalisis hasil kognitif (prestssi
akademik) dan (ii) analisis sekolah berkesan menerusi kajian kes. Dalam tahun-tahun
1980, kajian ini telah menghasilkan beberapa ciri yang berkaitan dengan sekolah berkesan
dan terdapat dua kategori ciri yang berkaitan dengan sekolah berkesan seperti. Ciri-ciri
tersebut ialah:

(a) Ciri-ciri organisasi


Kepimpinan pengetua yang bersungguh-sungguh (kepimpinan pengajaran)

Perkembangan staf di peringkat sekolah

Kestabilan staf

Masa pembelajaran yang maksimum

Pengiktirafan terhadap kejayaan akademik

Penglibatan peserta sokongan ibu bapa / komuniti

Pengurusan di peringkat sekolah

Sokongan daripada pihak daerah (PPD)

Organisasi aktiviti kurikulum

(b) Ciri-ciri proses


Sekolah fokus kepada matlamat dan misi. Matlamat dan misi seharusnya jekas.

Iklim sekolah yang positif dan teratur. Keadaan sekolah yang tenteram dan berdisiplin

Pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar dan prestasi guru

Sistem pengesanan kemajuan dan prestasi pelajar dan guru yang berkesan

Semanagt kerja berpasukan dan penuh bertanggungjawab

Penglibatan semua pihak di sekolah dalam aspek perancangan dan pelaksanaan


5
Sammon dan rakan rakan (1995) pula menyenaraikan beberapa faktor yang
mempengaruhi sekolah berkesan iaitu:

Kepimpinan yang profesional


Tegas dan mempunyai tujuan, pendekatan mengambil bahagian secara

profesional dan terulung

Visi dan matlamat yang dikongsi


Tujuan yang sama, amalan yang konsisten, kesejawatan dan kolobrasi

Persekitaran pembelajaran
Persekitaran yang teratur dan persekitaran kerja yang menarik

Penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran


Masa belajar yang maksimum, penekanan kepada akademik dan penekanan

kepada pencapaian

Jangkaan tinggi
Jangkaan yang tinggi daripada semua pihak dan memberi cabaran intelektual

Ganjaran positif
Tindak balas disiplin yang jelas dan adil

Memantau kemajuan pelajar


Memantau prestasi prestasi pelajar dan sekolah

Hak dan tanggungjawab pelajar


Harga diri pelajar yang tinggi, bertanggungjawab mengawal kerja

Perancangan yang jelas tujuannya


Perancangan yang rapi, tujuan yang jelas, pelajaran yang berstruktur dan

amalan yang sesuai

Organisasi pembelajaran
Kemajuan dan perkembangan staf di sekolah

Perkongsian sekolah dan rumah


Penglibatan ibu bapa dan komuniti

PERBINCANGAN

2.1

Pendahuluan
Pengetua

bertanggunggjawab

ialah

orang

mengurus

yang

ditugaskan

dan

memastikan

untuk

memimpin

pentadbiran

sekolah. Dia

sekolah

berjalan

lancar. Sebagai orang yang mengepalai sekolah, dalam dirinya terdapat ciri-ciri ketua dan
orang tua. Sebagai ketua, dia biasanya mempunyai ilmu atau pendidikan yang lebih baik
daripada orang lain. Dia membimbing stafnya, melaksanakan tugas yang diamanahkan dan

sanggup berkorban kerananya. Manakala sebagai orang tua pula, dia diibaratkan sebagai
ahli falsafah kerana pengalaman mengajarnya dan cara dia berfikir. Dia mempunyai
kebijaksanaan lebih daripada orang lain dan menjadi tempat rujukan.
Terdapat empat perkara pokok yang menjadi asas perkhidmatan pegetua iaitu
falsafah, pendidikan, profesionalisme dan kepimpinan. Falsafah adalah unsur yang terdapat
pada orang tua. Kepimpinan ada pada seorang ketua. Manakala pendidikan dan
profesionalisme wujud pada diri pengetua. Untuk menjadi pengurus, pentadbir atau
pemimpin yang baik, unsur-unsur pendidikan dan profesionalisme sahaja tidak memadai.
Unsur-unsur falsafah dan kepimpinan perlu digabungkan bersama. Apabila keempatempatnya sebati, pengetua akan menjadi pemimpin pendidikan dan pemimpin sekolah yang
baik. Pegetua yang mempunyai ciri-ciri inilah biasanya dihormati (Ibrahim Mamat, 2001 :
136).
2.2

Peranan Pengetua Ke arah Pembentukan Sekolah Berkesan


Memang telah dikenalpasti bahawa peranan kepimpinan adalah penting untuk

mewujudkan

dan

mengekalkan

kemajuan

sekolah. Kepimpinan

ini

termasuklah peranan yang dimainkan oleh pengetua, stail pengurusannya,


hubungan mereka dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolah serta pendekatan mereka
terhadap perubahan.
Kepimpinan pengetua yang dinamik dan bersungguh-sungguh telah dikenalpasti
sebagai satu pembolehubah yang dikatakan membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah
itu. Edmonds (dalam Hussein,1997 : 112), misalnya menegaskan bahawa pengetua yang
berkesan ialah pengetua yang memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran dan
pemimpin yang tegas. Rutherford (1985), mengkonsepsikan pengetua yang berkesan
sebagai

pemimpin

sekolahnya.

sekolah

yang

mempunyai

wawasan

yang

jelas

tentang

Sergiovani (1984), pula mengkonsepsikan keberkesanan kepimpinan

pengetua itu dari segi kuasa dan kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan
sesuatu perubahan. Dalam hubungan ini, tegasnya lagi terdapat lima kelompok peranan
yang perlu dimainkan oleh pengetua sebagai syarat untuk mencapai kecemerlangan
sekolah.
Pertama, pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya memainkan peranan
sebagai jurutera pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik
pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk
menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan,
pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan.
Kedua, pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini pengetua meminkan
peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap

dalam aspek perhubungan manusia dan perhubungan individu dan mampu memotivasikan
stafnya. Ini termasuklah membina dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan stafnya
serta menggalakkan inovasi dan kreativiti, di samping memberi sokongan kepada staf. Ini
ialah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama
Ketiga,
memainkan

pegetua

peranan

sebagai

sebagai

pemimpin

pendidikan. Dalam

clinical practioner, iaitu

hal

ini

pengetua

menyumbang kepada

kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan. Pemimpin seumpama ini juga perlu
mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau
pencerapan yang berkesan.
Keempat, pengetua sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua
memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan
atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepimpinan seperti ini termasuklah
aktiviti seperti lawatan ke bilik darjah dan kawasan sekolah, mengetuai upacara rasmi di
sekolah, di samping cuba mengenali pelajar-pelajarnya dengan lebih dekat. Di samping itu
pengetua ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinan. Seterusnya
wawasan ini disampaikan kepada stafnya dan pelajar di sekolahnya. Kepempinan seperti ini
meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar.
Kelima, pengetua sebagai pemimpin budaya, Dalam hal ini pengetua memainkan
peranan penting sebagai high priest. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat
menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan
unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai unik. Peranan ini termasuklah
mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah, seperti
mengadakan upacara memberikan hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan
yang dicapai. Di samping itu peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian
setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga pihak lain terhadap pencapaian matlamat
sekolah.
Selain itu, pengetua yang efektif hendaklah bersikap tegas dan bermatlamat.
Pengetua perlu peka dengan kepentingan peranan yang jelas, tidak mengamalkan
pengurusan autokratik atau terlalu demokratik dan hendaklah mengenalpasti peranan
kepimpinan

di

setiap

peringkat

dalam

organisasi

Pengetua sebagai agen utama kepada perubahan hendaklah menjadi seorang

sekolah.
yang

proaktif. Peranan utama pengetua hendaklah sentiasa mewujudkan dan mengekalkan


kemajuan sekolah kerana dipercayai perubahan yang efektif hanya wujud dalam sekolah itu
sendiri. Dalam hal ini pengetua sentiasa memperbaiki tabiat kerja mereka serta
menyumbang ke arah kemajuan sekolah, membimbing, menunjuk ajar dan sentiasa
memupuk semangat bekerjasama.

Pegetua juga perlu memainkan peranan sebagai jurulatih kepada guru di


sekolahnya. Pengetua mestilah sentiasa memberi sokongan dalam soal-soal kemahiran,
pengajaran, pengurusan bilik darjah, memberi galakan inovasi dan mengemukakan ideaidea baru kepada guru. Sebagai jurulatih pengetua juga perlu sentiasa meningkatkan
pengetahuan mereka dalam hal yang berkaitan dengan persekolahan, khususnya dalam
bidang kurikulum sekolah, prestasi guru, pertumbuhan perkembangan pelajar, perhubungan
manusia serta kajian terbaru, supaya mereka dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada guru mereka
Pengetua juga menolong dan membimbing guru ke arah pemupukan sikap positif
dan membina kepercayaan guru terhadap profesion mereka. Pengetua juga perlu
menjelaskan nilai disiplin pelajar kepada guru dan menyemaikan kepercayaan serta
keyakinan guru bahawa setiap pelajar boleh diajar dan boleh dididik serta berpotensi untuk
berjaya, jika pelajar diajar dan dididik dengan betul dan diberikan suasana yang
memberangsangkan pembelajaran
Peranan penting pengetua juga adalah untuk menyelia serta membimbing guru
lain. Pengetua memainkan peranan sebagai pemerhati, penyelaras, pembimbing dan
sebagai sumber rujukan. Pengetua yang berkesan akan sentiasa mengambil bahagian
dalam membuat keputusan tentang pengajaran dan bertanggungjawab terhadap keputusan
tersebut. Ini termasuklah kaedah mengajar, bahan pengajaran dan prosedur penilaian
(Sweeney, dalam Hussein 1997 : 117)
Menurut Bredeson (1985), peranan pegetua juga boleh diumpamakan seperti
penjaga (caretaker)atau mandur. Pengetua seperti ini menumpukan perhatiannya misalnya
kepada penyediaan senarai tugas staf, peraturan dan disiplin pelajar, pesanan alat
pengajaran di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi proses pengajran
pembelajaran. Peranan ini bolehlah dikatakan tugas menyelenggara pola-pola budaya
sekolah, menyelenggara organisasi sekolah dan menyesuaikan dengan persekitaran luar
Pengetua juga perlu menggunakan stail pengurusan yang partisipatif. Mereka
selalunya akan berkongsi tanggungjawab dengan ahli-ahli lain seperti pegawai-pegawai
kanan dan guru-guru. Ini bermaksud pengetua hendaklah melibatkan penolong kanan,
ketua bidang dan guru-guru dalam membuat polisi, melibatkan diri dalam perancangan dan
pengurusan kurikulum, berbincang dengan guru mengenai polisi kewangan dan sebagainya.
Untuk menjadi seorang pengetua yang efektif seseorang itu tidak perlu terdiri
daripada mereka yang paling senior tetapi hendaklah memilih mereka yang bertindak
memimpin secara profesional. Pengetua sendiri hendaklah terlibat dalam aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti pelaksanaan kurikulum,
penggunaan strategi pengajaran dan juga mendiagnosis kemajuan pelajar. Keadaan ini
perlukan pengetua yang sentiasa bergerak, melawat bilik darjah dan berkomunikasi dengan

guru. Kesan pengetua ke atas pembelajaran pelajar, beroperasi secara tidak langsung iaitu
melalui pengaruhnya ke atas budaya kerja kakitangan, sikap dan tingkah laku guru yang
akhirnya akan mempengaruhi amalan bilik darjah. Ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Setiap

organisasi

perlukan

satu

matlamat

dan

wawasan

yang

dikongsi

bersama. Peranan pengetua di sini ialah untuk mempastikan semua staf di sekolahnya
mempunyai

persetujuan

mengenai

matlamat,

wawasan

dan

sekolah tersebut. Segala keputusan akan dapat dibuat secara kolaboratif

nilai
dan

konsisten. Apa yang ditekankan di sini ialah kesatuan arah, di mana dapatan kajian telah
mendapati wawasan yang dikongsi bersama akan meningkatkan aspirasi ke arah
pencapaian matlamat bersama. Kesemua ini adalah berkaitan dengan hasil pendidikan
yang lebih baik. Kesatuan arah ini jika digabungkan dengan sikap pelajar yang positif dan
pembelajaran yang aktif akan menjadi satu elemen yang bertenaga untuk menghasilkan
keberkesanan.
Di samping itu pengetua juga perlu menggalakkan guru-guru supaya memiliki
ketekalan amalan bekerja dlam aspek penilaian, penguatkuasaan peraturan dan polisi
berkenaan sistem ganjaran dan dendaan kepada pelajar. Ini kerana terdapat kajian yang
mendapati guru-guru yang menerima pendekatan yang konsisten dalam melaksanakan
garis panduan kurikulum akan menghasilkan kesan positif dalam kemajuan pelajarpelajarnya.
Pengetua juga berperanan untuk mengadakan satu persekitaran pembelajaran yang
harmoni, tenang dan tersusun. Keadaan ini akan menghasilkan pembelajaran yang efektif
tanpa banyak gangguan. Dalam usaha untuk mencapai keberkesanan pengajaran, pendek
kata pengetua perlu memperbaiki proses pengajaran yang berjalan di sekolah antaranya
termasuklah:
I. mengelolakan latihan pembangunan staf untuk guru di sekolahnya supaya mereka dapat
meningkatkan lagi pengetahuan profesionalisme mereka
II. mewujudkan suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat perlu bagi
melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Pewujudan sekolah yang positif
dapat dicapai melalui penyelesaian masalah secara kolektif, tanpa mengetepikan seseorang
individu
III. membantu guru memperbaiki lagi kemahiran mereka dalam pengurusan bilik darjah dan
perhubungan antara individu. atau pelajar. Ini dilakukan dengan melihat kekurangan dan
kelemahan sseterusnya berusaha untuk memperbaikinya
IV. menyediakan sumber yang mencukupi sama ada peralatan pengajaran atau personel. Ini
boleh dilakukan dengan mengadakan hubungan baik dengan pihak atasan(superiors) dan
sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumber bagi kebaikan organisasi sekolah

V. mewujudkan mekanisme kawalan mutu bagi meningkatkan lagi proses pengajaran


pembelajaran supaya matlamat dan objektif sekolah tercapai. Ini termasuklah aspek
penilaian guru, penyeliaan yang menyokong, ganjaran dan teguran, di samping
mengadakan program tertentu yang bertujuan untuk melahirkan rasa bangga terhadap
sekolah.
VI. mengadakan rancangan atau program khas bagi memmbantu pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran seperti kelas pemulihan, kelas bimbingan matematik dan sebagainya
VII. memajukan kaedah pengajaran dan penilaian formatif yang berkesan
Akhirnya dalam usaha menggalakkan pencapaian akademik dan meningkatkan
kualiti pembelajaran, pengetua perlu mengadakan kerjasama dengan ibubapa. Penglibatan
ibu bapa dalam pembelajaran pelajar akan menghasilkan kesan positif. Kehadairan ibu
bapa, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Ibu
bapa dan Guru (PIBG) dan menghadiri mesyuarat akan dapat meninggalkan kesan positif
kepada pelajar. Menurut Sharifah (2000), secara logiknya, apabila ibu bapa dan pihak
sekolah mempunyai objektif bersama dan harapan yang sama kepada pelajar, satu
kombinasi usaha yang baik dan padu akan terjalin dan hasrat untuk memajukan pelajar ini
akan tercapai.

RUMUSAN
Sekolah berkesan mempunyai kaitan dengan fungsi persekolahan dalam pendidikan
moden. Sekolah berkesan adalah sekolah yang memenuhi kehendak masyarakat. Apakah
kehendak masyarakat terhadap sekolah tertentu akan menjadi tanda aras keberkesanan
sekolah. Pada hari ini jelas sekali tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke
sekolah adalah untuk memastikan anak-anak mereka mencapai kecemerlangan dalam
akademik. Sungguhpun sekolah bukan semata-mata diwujudkan untuk tujuan akademik
bahkan ia juga membentuk disiplin, sahsiah kepimpinan dan sebagainya, tetapi yang nyata
ukuran terhadap kejayaan sekolah ialah kecemerlangan keputusan peperiksaan.
Oleh itu segala aktiviti untuk mencapai kejayaan akademik sesebuah sekolah
merupakan usaha-usaha menjadikan sesebuah sekolah berkesan. Usaha-usaha untuk
mencapai matlamat sekolah berkesan dapat dilihat melalui gagasan-gagasan seperti
mewujudkan Sekolah Bestari, Sekolah Wawasan, Sekolah Harapan Sekolah Contoh dan
sebagainya (Amir Hasan, 2002 :212)
Pelbagai

cara

telah

dicadangkan

untuk

menjadikan

sesebuah

sekolah

berkesan. Namun secara keseluruhannya sekolah akan berkesan sekiranya ia mempunyai


kepimpinan yang berkesan. Pemimpin sekolah yang berkesan akan dapat menggerakkan
segala aktiviti yang membantu matlamat sekolah. Pengetua sekolah yang berkesan perlu
menentukan matlamat sekolah yang dikongsi bersama oleh guru-guru di bawah

pimpinannya. Sekolah perlu dijadikan tempat yang selesa untuk belajar. Iklim sekolah yang
kodusif dan memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
menetukan kejayaan akademik. Bentuk pengajaran di sekolah berkesan dijalankan secara
berstruktur dan perlu mengutamakan kecemerlangan.
Pelajar-pelajar sentiasa diberikan harapan dan galakan untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang ditetapkan. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan mempunyai tahap
disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikap-sikap positif seperti
bertanggungjawab dan rajin berusaha. Di samping itu sekolah akan menjadi lebih berkesan
dengan adanya sokongan dan kerjasama ibu bapa. Keseluruhannya sekolah berkesan
memerlukan pengurusan sekolah dan bilik darjah yang cekap, pembentukan budaya kerja
dan pembelajaran yang kodusif, guru-guru bermotivasi yang dapat dijadikan model, pelajarpelajar yang berdisiplin bertanggungjawab dan berciti-cita mencapai kecemerlangan. Usaha
untuk mewujudkan sekolah berkesan seperti ini akan hanya jika tercapai pengetuanya
memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.
Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu
bangsa.

Maju

mundurnya

sesebuah

negara

berkaitrapat

dengan

sistem

pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan
pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan
aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis
Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang
akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian
tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada
para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.

Dalam

usaha

mengejar

dan

mencapai

kecemerlangan

pendidikan

ini, kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatandapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah
juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah
kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar
sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau
pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan
sekolah yang cemerlang
2.0.

DEFINISI
2.1.

Kepimpinan

Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999,
Bass 1990). Pada kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah
berdasarkan point of view , weltanchaung dan world view para
pentakrifnya. Justeru itu De Pree (1989) dalam Zawawi (1999) menyatakan;
Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of
things to do. The visible signs of artful leadership are expressed, ultimately, in
its practices.
anakala Bass (1990) pula menyatakan Leadership is an interaction between two
or more members of a group that often involves a structuring or restructuring of
the situation and perceptions and expectations of the members.
Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh
perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian
sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan
adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan.
Hollander

(1978)

mendefinisikan

kepimpinan

sebagai

satu

proses

pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin


mempunyai
pemujukan

kuasa

tetapi

(persuasion)

kekuatan
daripada

pengaruh

lebih

paksaan. Proses

bergantung
kepimpinan

kepada
selalunya

melihatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah
untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Koontz dan Wiehrich (1992)
menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang
supaya mereka akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan relahati dan
penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.
Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap
manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga
dan ahli-ahli di bawahnya;
Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat
yang dipimpinmu. (Riwayat Bukhari Muslim 1528).
Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk
mempengaruhi (to influence) para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh
banyak pengarang Barat, tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan
sistem kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991).

Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan


ialah satu proses bagi seorang Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan
ke arah penyempurnaan matlamat tertentu.

2.2.

Guru Besar

Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan
berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab
terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang
menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam
moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. (Rosemblum
dalam Hussein Mahmood, 1993).
Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai
atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya
terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) menyatakan
Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif
bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar
yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan.

2.3.
Sekolah

Sekolah
terdiri

dari

elemen-elemen

manusia

dan

bukan

manusia;

kawasan, bangunan, alatan dan sebagainya (Ibrahim Mamat (1998).

3.0.

KONSEP PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan


(1999) menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan
memimpin

subordinat

(pengikutnya) ke

arah

mencapai

matlamat

yang

ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi subordinat melalui proses ransangan


untuk mereka berusaha secara relahati bagi mencapai matlamat bersama
menampilkan ciri kepimpinan yang baik dan unggul. Penyerlahan penampilan
keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam menjayakan
kepimpinannya dikenalpasti sebagai stail kepimpinan.

Menurut

Ramaiah

(1999)

elemen

asas

proses

kepimpinan

ialah

pengikut. Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana
proses ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin
dan

seorang

lagi

mengikut. Kalau

pemimpin. Selain

itu,

tidak

kesetiaan

ada pengikut maka

pengikut

adalah

tidak

penting

ada

kepada

pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu sahaja sekiranya pengikut


tidak setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan
berkaitan dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin.
4.0.

KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN

Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh
(Ramaiah 1999). Kepimpinan Guru Besar adalah bergantung kepada kedudukan
formal dalam struktur organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan
kepimpinan formal. Jawatan Guru Besar diberi pengiktirafan dan status yang
berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta
mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Apabila Guru Besar
meninggalkan jawatan tersebut, status kepimpinan turut lenyap.
Dalam

kontek

kepimpinan

dalam

pendidikan,

Guru

Besar

perlu

melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru


Besar perlu memastikan bahawa semua dasar adalah jelas kepada semua
anggota

di

sekolah, dan

sebarang peraturan

yang

digubalnya

mestilah

bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar
ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi.
5.0.

PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH.


Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar

itu

meliputi

tiga

pemimpin. Sebagai
belanjawan

aspek

iaitu

pengurus, Guru

dan

kewangan

sebagai
Besar

pengurus, pentadbir
bertanggungjawab

sekolah, pengagihan

dan

terhadap

sumber

dan

sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap tugastugas pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya, pengurusan hahal rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar
dalam

pendidikan. Dia

pemimpin. Tugas

diharapkan

memimpin

ini

dapat

perlu

menjalankan

ditumpukan

peranan

kepada

sebagai

aspek

teras

teknik. Oleh itu ia perlu menunj ukajar para guru di sekolahnya dalam hal-hal
kurikulum dan pedagogi. Ia juga perlu memberi semangat, mendorong dan

memberansangkan guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan


belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar sendiri perlu menunjukkkan contoh
teladan

yang

boleh

diikuti

dan

disegani

oleh

para

guru

dan

pelajar

sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas pemimpin.


Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang Guru Besar
bertindan-tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun
Guru Besar tidak boleh melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya
dalam aktiviti pengajaran.
Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionallydualistic; melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiranpengurusan dan pemimpin pendidikanpengajaran. Sebagai pentadbir dan
pengurus sekolah, Guru Besar bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan
sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikanpengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama Guru
Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial
yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.
Lipham, et al., (1985) dalam bukunya yang bertajuk The Principalship :
Concept, Competencies and Cases menganggap Guru Besar mempunyai potensi
yang besar dalam kepimpinannya. Sebagai pemimpin pendidikan di sekolah
tugas utama seorang Guru Besar adalah menjalankan kepimpinannya dalam
bidang pendidikan. Mereka mengemukakan lima peranan kepimpinan Guru
Besar: menentukan matlamat sekolah; mengelola sekolah; memajukan lagi
cara-cara membuat keputusan; dan melaksanakan perubahan pendidikan
Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
(a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan:
(i)

Hal perkhidmatan kakitangan

(ii)

Hal kewangan

(iii)

Hal bangunan dan pembangunan

(iv)

Perbekalan

(v)

Hal perhubungan dengan pihak atasan.


(b) Peranan Profesional:

(i)

Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum

(ii)

Perkembangan staf

(iii)

Pembimbing dan kaunselor.

(iv)

Perhubungan antara sekolah dengan komuniti.

(v)

Penyeliaan dan penilaian.

(vi)

Pemimpin pengajaran

(vii)

Hal ehwal pelajar.


Peranan pengurusan kurikiulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan
staf, penyeliaan boleh dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran.
Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang Peranan Unggul Dan Sebenar
Guru Besar Sekolah telah mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang
merupakan fungsi pentadbiran-pengurusan dan satu kategori sahaja yang
dikenali

sebagai

fungsi

pengajaran. Lima

kategori

fungsi

pentadbiran

pengurusan itu ialah yang berkaitan dengan:


(a) Staf sekolah.
(b) Murid sekolah
(c) Kewangan dan kemudahan fizikal
(d) Perhubungan sekolah dan masyarakat.
Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan
utama

iaitu

sebagai

pemimpin

pentadbiran

dan

pemimpin

pengajaran.

Kesimpulannya peranan Guru Besar meliputi pelbagai aspek pengurusan dan


pentadbiran

bukan

pengajaran

(non-instructional)

dan

pengajaran (instructional).
6.0.

GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN

pelbagai

aspek

Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku


(secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai
seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau
mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang
ditetapkan

terlebih

dahulu

untuk

organisasi. Dalam

organisasi

formal

tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal seorang


pemimpin itu.
Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk Kepimpinan
Guru Besar Sekolah (1997) dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagai
pemimpin pentadbiran iaitu:
(a) Kewangan dan bekalan
Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada
peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit
Rules 1962. Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan
kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan
jelas

dalam

pengurusan

hal-hal

kewangan

sekolah

dengan

memastikan

penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan


kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian
alat dan kelengkapan sekolah
(b) Pembangunan Fizikal
Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal
untuk memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah
memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan
ketinggian kerusi meja yang sesuai.
(c) Penyebaran maklumat
Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan
maklumat-maklumat

tertentu

kepada

guru-guru, kakitangan, ibubapa

dan

masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan


sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. Pemimpin
pentadbiran

juga

providers atau brokers.

kadangkala

berperanan

sebagai

resource

(d) Perkembangan kakitangan


Seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud
suasana kerjasama di kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987)
menyatakan

pemimpin

pentadbiran

mengambil

tindakan

mengarah

staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya


visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para
Guru Besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama
kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan
objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan menyediakan
sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya
untuk guru-guru.
7.0.

GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN


7.1.

Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran

Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi


merealisasikan sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu
pengajaran dalam sistem pembelajaran. Mengikut Bevoise (1984) dan Duke
(1987), kepimpinan pengajaran melibatkan empat aspek utama:
(a) Pembangunan staf.
(b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran.
(c) Sokongan pengajaran.
(d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap
prestasi guru dan pelajar dengan kerjasama semua staf.
Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy
(1987) adalah merujuk kepada peranan Guru Besar dalam menentukan
matlamat sdekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim
pembelajaran

untuk

meningkatkan

pengajaran

dan

sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi iaitu:


(a) Penentuan matlamat sekolah.
(b) Penyebaran matlamat sekolah.

pembelajara

di

(c) Pencerapan dan penilaian pengajaran.


(d) Penyelarasan kurikulum.
(e) Pengawasan kemajuan pelajar.
(f) Penjagaan waktu pengajaran
(g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran.
(h) Pengukuhan usaha guru
(i) Penggalakan perkembangan profesional.
(j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar.
(k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.
Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan perananperanan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah:
(a)

Profesional pendidikan
Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
dengan

pendidikan

menetapkan
(b)

matlamat,

yang

meliputi

teknikal berkaitan
tugas-tugas

kurikulum dan pengurusan sumber fizikal.

Pengurusan operasi
Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal
dan menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah
dan penyelenggaraan sumber fizikal sekolah.

(c)

Pengurusan sumber manusia


Merujuk

kepada

tugas-tugas

motivasi

kakitangan

akademik dan

pelajar, perkembangan kakitangan ; resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan


sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini meliputi pelbagai tugas
termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di
bilik darjah

7.2

Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran.

Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan
kepimpinan

pengajaran

dengan

cara

yang

berkesan. Aspek

itu

ialah

sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru Besar. Seorang Guru Besar tidak
mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya tidak
mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang
hendak disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran
merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang
dimilikinya

dan

ditunjukkan

atau

dilakukan

menerusi

tindakan

atau

tingkahlakunya. Terdapat lima kecekapan fungsian Guru Besar yang disarankan


dalam kepimpinan pengajaran iaitu:

Seorang

7.2.1

Menetapkan wawasan sekolah

Guru

Besar

perlu

mempunyai

kebolehan

mewawasankan

sekolahnya. Wawasan ini akan memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang


akan diambil oleh Guru Besar. Kebolehan untuk menetapkan misi dan wawasan
sekolah merupakan keperluan yang semestinya ada pada Guru Besar sekolah
untuk mencapai matlamat.

7.2.2
Guru

Besar

Kurikulum dan pengajaran.

perlu

menunjukkan

mahir dalam

kemahiran

tugasan

perlu

pengajaran. Analis

dalam

empat

kajian

bidang

juga
iaitu

pengajaran, penilaian, penyeliaan dan perkembangan staf (Keefe (1987) &


Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan
kurikulum, pemilihan
pembelajaran, kaedah

jenis

penilaian

pengajaran

dan

kurikulum

pengurusan

kelas

dan

aktiviti

yang

berkesan

dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin


pengajaran. Seorang
berkemahiran

dalam

Guru

Besar

dikatakan

perkembangan

atau

harus

berpengetahuan

kemajuan

kurikulum

berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya.

7.2.3

Kemahiran pengurusan.

dan
serta

Kemahiran

dalam

perancangan

meliputi

kebolehan

untuk

membuat

ramalan , menganalisis atau mentafsir maklumat, membuat program dan


penilaian program. Leithwood dan Montgomery (1968) dalam Hussein (1993)
mendapati Guru Besar yang berkesan mahir dalam merancang strategi di
sekolah. Selain itu Guru Besar juga perlu mahir mengelola untuk mengelakkan
kegagalan pelaksanaan sesuatu program.

7.2.4

Hubungan manusia dan komunikasi.

Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan
personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam
kepimpinan pengajaran kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahliahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang
diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan
berunding dengan orang lain.
7.2.5 Sikap.
Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar
yang dilabelkan sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap
pembelajaran pelajar. Mereka mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar
dan boleh diajar.
Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut
dilakukan oleh orang yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk
mempastikan pencapaian akademik pelajar iaitu:
(a) Memastikan

penggunaan

sumber

yang

berkesan. Guru

Besar

haruslah

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang guru.


(b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran.
(c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru.
(d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh
sekolah.
Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru
Besar juga haruslah mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat

sebarang keputusan. Dwyer, et al (1984) dan Blumberg dan Greenfield (1986)


mendapati antara ciri-ciri utama pemimpin pengajaran yang berjaya ialah:
(a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar
(b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan.
(c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas.

7.3

Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran.

Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar


sekolah seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional
leaders) kerana kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang
berkesan (Cawelti 1980) dan prestasi akademik yang cemerlang. Ertinya jika
Guru Besar memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya
maka proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan
berlaku. Kajian kajian sekolah berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku
kepimpinan Guru Besar yang dikatakan berkesan, iaitu tingkahlaku-tingkahlaku
yang

positif

yang

mendorong

ke

arah

berlakunya

proses

pengajaraan

pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi prestasi murid


untuk menjadi baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah;
(a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid.
(b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian
prestasi murid.
(c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.
(d) Sentiasa menilai pencapaian murid.
(e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.
(f) Memberi sokongan kepada guru.
Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan
dapat memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang
dan melaksanakan tugas pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The
Principal : An Educational Leader menekankan terdapat tiga perkara asas yang

mesti dilaksanakan oleh Guru Besar untuk mempertingkatkan pembelajaran di


sekolah iaitu:
(a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran.
(b) Kursus-kursus yang diajar terangkan dengan jelas apa yang akan diajar.
(c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan
baik.
Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di
sekolah. Selepas itu mereka perlu memastikan isi kandungan pembelajaran
adalah kukuh dan tekal. Kepimpinan pengajaran dapat meningkatkan prestasi
pengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan kebolehan guru serta
membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Yang penting Guru Besar mesti
memainkan fungsi pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997).

8.0
8.1

CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH CEMERLANG


Kualiti Pemimpin Berkesan
Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar
hendaklah menunjukkan kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa
kepimpinan

Guru

Besar

bergantung

kepada

banyak

faktor. Hussein

Mahmood (1993) mengatakan antaranya termasuklah faktor keGuru Besaran


sendiri, sikap

dan

orientasi

(reaktif

atau

proaktif), komitmen

dan

gaya

kepimpinan.

Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan
strategi di sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang
Guru Besar yang berkesan harus mempunyai kualiti berikut:
(a) Mempunyai visi untuk organisasi.
(b) Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf.
(c) Menukarkan visi kepada tindakan.

(d) Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.


(e) Percaya kepada kebolehan staf.
(f) Keazaman menetapkan objektif yang mencabar.
(g) Kebolehan merancang dengan fleksible.
(h) Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia.
(i) Kebolehan memberi motivasi kepada staf.
Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai
halatuju

yang

jelas, dapat

menyusun, memotivasi

dan

menyesuaikan
memberi

diri

dengan

dorongan

perubahan, dapat

kepada

stafnya. Jelasnya

pemimpin ini mempunyai strategi, dasar, struktur dan budaya.

Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan Guru Besar sekolah cemerlang
menunjukkan
berkemampuan

gaya

kepimpinan

mengawal

yang

suasana

yang

mantap, tegas, berwibawa


teratur

serta

penekanan

dan
pada

pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990) menyatakan pemimpin


yang berkesan ialah pemimpin yang mengambilkira kebajikan pekerja dan
berkebolehan merancang dan mengelola serta mengawasi perjalanan sesuatu
organisasi. Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan kajian tentang
keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah mengenalpasti lapan ciri
yang ada pada Guru Besar yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan
berkesan. Lapan ciri itu ialah:
(a) Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.
(b) Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.
(c) Berfungsi sebagai ketua institusi.
(d) Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.
(e) Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.
(f) Berupaya menggerakkan sumber.

(g) Dapat menggunakan masa yang baik.


(h) Boleh menilai keputusan.
Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan
cara demokratik yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang
lain. Kajian-kajian lain juga menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih
bergantung kepada gaya kepimpinan ketuanya yang dikatakan lebih bercorak
kepada gaya orientasi tugas (task oriented) dan orientasi manusia (person
oriented). Ini bermakna kedua gaya kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan
orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan. Pengkajipengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang bersetuju tentang
penggunaan

pelbagai

gaya

kepimpinan

oleh

pemimpin

mengikut

keadaan. Hoyle (1986) menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja


dinilai dari segi perhubungan peribadi tetapi juga dari segi kepekaan tentang
prestasi tugas yang telah dilaksanakan.
Hodgkinson (1983) menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan
seorang pemimpin iaitu perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan
kenal diri sendiri. Keempat-empat petunjuk itu dapat dibahagikan kepada dua
rumpun:
(a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang Guru Besar mesti mempunyai
pengetahuan apa

yang

berlaku

dalam

dunia

pendidikan. Ini

termasuk

pengetahuan tentang dasar-dasar pendidikan yang dapat diperolehi melalui


bacaan, kursus, seminar serta melalui interaksi dengan Guru Besar-Guru Besar
yang lain.
(b) Pengetahuan

tentang

sekolah, iaitu

latarbelakang

sosial

pelajar, aspirasi

ibubapa, sumber yang ada pada komuniti dan peluang pekerjaan.


Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan, Sweeney (1983) mengenalpasti
enam ciri kepimpinan Guru Besar yang tekal kaitannya dengan keberkesanan
sekolah. Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang
akademik.
(b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
(c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah.

(d) Guru Besar menyelaras program pengajaran.


(e) Guru Besar kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Guru Besar
membantu dan memberi semangat kepada para guru.
Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh
dikaitkan dengan sebuah sekolah yang cemerlang iaitu;
(a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik
pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa.
(b) Aspek kemanusiaan sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju
kepada guru-guru dan staf sokongannya.
(c) Aspek pendidikan Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan perlu mempunyai
kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti
masalah-masalah pendidikan serta memahami kehendak kurikulum.
(d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang
dianggap penting seperti kerajinan.
(e) Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif
yang memberi identiti kepada sekolah.

8.2

Sifat Guru Besar Unggul


Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru
Besar bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu
bapa yang menyerah anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak
bekerjasama, kepada

murid-murid

yang

menyerahkan

pendidikan

mereka

kepadanya. Justeru itu Guru Besar wajib memiliki syarat-syarat dan sifat
pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998):
(a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional
yang sesuai.
(b) Syarat Rohani rasa tanggungjawab terhadap tugas.
(c) Kewibawaan

- peribadi, pengetahuan, budi

terhadap Tuhan dan sesama makhluk.

pekerti, pengalaman, sikap

(d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.


(e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.
(f) Keyakinan pada diri.
(g) Kerendahan hati.
(h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan

Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan Guru Besar
sekolah mesti berubah:
(a) Guru Besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden.
(b) Guru Besar harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi
kepimpinannya di sekolah.
(c) Guru Besar mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu
supaya dia dapat mengawasi perkembangannya.
(d) Guru Besar harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula
bertimbang rasa.
(e) Guru Besar harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan
orang atasan.
Seorang

Guru

Besar

juga

perlu

baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada

mewujudkan

matlamat

dan

personaliti
senang

yang

berinteraksi

dengan orang ramai (Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan
yang menarik tentang kepimpinan Guru Besar ialah kajian yang dijalankan oleh
Dinham et. al (1995) di Australia bertajuk School climate and leadership di tiga
buah sekolah menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu resepi
untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.
9.0.
Sistem

PENUTUP
pendidikan

perkembangan

negara

negara

telah

dalam

mengalami

aspek

perubahan selaras

dengan

pembangunan, sosial, ekonomi

dan

budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab Guru Besar juga

telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha
mengubahnya

mengikut

masa

dan

situasi.

Jika

seseorang

Guru

Besar

mempunyai ciri-ciri berkesan sebagaimana yang diterangkan di atas, kita yakin


misi

dan

visi

untuk

menjadikan

sesebuah

sekolah

cemerlang

akan

tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri yang lemah
dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan yang tidak baik kepada
pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan


berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah
Mengapakah perlu?: Kualiti pengetua/guru besar
merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua
terpenting dalam menentukan keberhasilan murid.
Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah
menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang
cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada
kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan
pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid
sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan
yang diamalkan pada hari ini sebahagian besarnya
ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan
bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55%
daripada semua pengetua/guru besar yang ada pada
hari ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau
induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam
tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua/guru
besar. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan
tugas sebagai pengetua/guru besar dalam keadaan
yang kurang bersedia. Dengan bilangan 40% pengetua/
guru besar yang akan bersara dalam tempoh lima tahun
akan datang, maka wujud peluang untuk meningkatkan
kualiti kohort ini.
Apakah bentuk kejayaan?: Setiap sekolah akan
mempunyai pengetua/guru besar berprestasi tinggi yang
sentiasa gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan

Potrebbero piacerti anche