Sei sulla pagina 1di 9

Minit Mesyuarat Kurikulum

2/2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BAHANG


11050 PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA SESI 2015

Tarikh :

21 APRIL 2015

Hari

Selasa

Tempat

Bilik Mesyuarat

Masa

2.30 petang

AGENDA

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ucapan Pengerusi
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Ucapan Naib Pengerusi
Laporan Ketua Panitia
Hal-hal lain
Ucapan Penangguhan

Kehadiran:
1. Pn. Hjh.Che Norliah bt Ishak
2. En.Kamaludin bin Shawal Hamid
3. Pn. Khairulazuan bt Ibrahim
4. Pn Siti Zaleha bt Ismail
5. Pn. Noor Hafiza bt Mohd Johari
6. Pn. Siti Fatimah bt Zain
7. Pn. Shazleen bt Izham
8. Pn.Noridawati bt Idris
9. Pn. Vijayasri a/p Balakrishnan
10. Cik Azizah bt Shamsudin
11. En. Saiidi bin Ismail
12. Pn. Azilah bt Othman
13. Cik Aziana bt Azizan
14. En.Mohd. Adib b. Mohd. Idris
15. Pn. Amalotpavamary a/l Anthony
16. Pn. Shahrol Mazian bt Shuib
17. En. Shamsul Rijal bin Ramli

- Pengerusi (Guru Besar)


- Naib Pengerusi (PKP)
- PKHEM
- PKKO
- Setiausaha
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Pen. Seni & Visual
- Pen. Jasmani & Kesihatan
- Pemulihan
- Pra Sekolah
- Pen.Islam
- Setiausaha Peperiksaan
- Guru Perpustakaan & Media
- Pen. Sivik & Kewarganegaraan
1

Minit Mesyuarat Kurikulum

18. En. Shaiful Anuar b. Zainul


19. En. Ziki bin Nasimen
20. En. Masfuri bin Ahmad
21. En. Mohd Afendi bin Kari
22. En. Raziefuddin Zaffar bin Razali
23. En Prakash Marefeen
24. Pn. Noridhuwah bt Mat Nawi
25. Pn Siti Mahani bt Musa
26. Pn Rohaya bt Kadir
27. Pn. Zakiah bt Mamat
28. En. Mahadzir bin Mahadi
29. Pn. Wang Yong Fong
30. Pn. Loo Wye Kheng
31. Pn. Azian bt Ali
32. En. Mohd Syafiq bin Desa
33. Pn. Nik Shafiah bt Nik Mustafa
34. En. Faiz Basheer bin Othman
35. En. Hailmi bin Othman
36. En. Khairul Razlizan bin Razali
37. En. Mohd Sofri bin Wahab
38. Cik Sayidatul Nakiah bt Ibrahim
39. En. Mohd Akmar bin Ahmad
40. Pn. Hjh Noor Rani bt Ibrahim
41. Pn. Habsah bt Zakaria
42. Pn. Che Farhana bt Abu Bakar
43. Pn. Norhayati bt Mustafa
44. Pn. Suhada bt Taha
45. En Mohd Faizal bin Idris
46. En. Mohd Zullfakhar bin M.Din

2/2015

- Kem.Hidup &RBT/TMK
- KT & SEJ
- Pen Moral
- Bahasa Arab
- Pend. Muzik

Tidak hadir bersebab:


1. En.Khairilizam bin Ismail

- Guru Bimbingan & Kaunseling

Agenda 1: Ucapan Pengerusi (Guru Besar)


1.1.

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengucapkan terima


kasih atas kehadiran semua guru.

1.2.

Beliau memaklumkan tarikh-tarikh penting kepada semua guru:


i. Lawatan Penanda Aras ke SK Air Merah, Kulim 26 April 2015(Ahad)
ii. Lawatan PPDBD 28 April 2015 (Selasa)
iii. Lawatan PROSA setiap bulan
2

Minit Mesyuarat Kurikulum

2/2015

Tindakan: Makluman
1.3.

Beliau mengingatkan semua guru kelas perlu menampal visi dan misi sekolah
yang telah diselaraskan oleh PPM 2013-2015 di dalam kelas masing-masing.
Tindakan: Guru kelas

1.4.

Pn. Pengerusi mengharapkan kerjasama semua guru yang mengajar waktu


pertama supaya turun ke tapak perhimpunan dan masuk ke kelas bersama murid-murid.
Jika tidak murid-murid kelas berkenaan akan tunggu di tapak perhimpunan tersebut.
Tindakan: Semua guru

Agenda 2: Mengesahkan minit mesyuarat


Minit mesyuarat disahkan oleh Encik Saiful bin Anuar dan disokong oleh Encik Shamsul
Rijal bin Ramli.

Agenda 3: Ucapan Naib Pengerusi (PK Pentadbiran)


3.1

Tn. Hj. Kamaludin(PKP) selaku Naib Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang telah menjalankan
KLINIK UPSR baru-baru ini dengan jayanya.Beliau juga turut mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

3.2

Beliau mengharapkan agar Panitia Sains dan Matematik dapat menjalankan


Klinik UPSR tersebut kerana ramai guru daripada panitia lain yang boleh membantu.
Tindakan: Makluman

3.3

Beliau meminta semua guru yang menyediakan soalan untuk ujian atau
peperiksaan hendaklah menyelaraskan format muka depan ujian atau peperiksaan
tersebut.

3.4

PKP juga meminta semua guru memberi kerja rumah kepada murid sekurangkurangnya sekali seminggu walaupun murid-murid tidak mahu atau tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberi.
Tindakan : Semua Guru
3

Minit Mesyuarat Kurikulum

2/2015

3.5

PKP memaklumkan bahawa guru agama akan dikenali sebagai Guru Pendidikan
Islam (GPI) dan Guru Bahasa Arab(GBA). Jadual Waktu Persendirian akan diubah lagi
pada bulan Jun ini memandangkan Pn Hjh Noor Rani dan Pn. Khairulazuan bt Ibrahim
akan bersara.

3.6

Fail panitia hendaklah dikemaskini dan diletakkan di dalam Bilik Mesyuarat.


Kursus DSKP untuk Tahun 6 akan dipanggil dan guru yang telah menghadiri kursus
tersebut hendaklah membuat in house training kepada guru-guru yang berkaitan. KPI
hendaklah diisi di dalam Buku Rekod Mengajar masing-masing.

3.7

PKP juga memaklumkan bahawa 5 orang murid dari Tahun 6 Tekun telah terpilih
dalam Program Anak Angkat YB Shah Headan. Mereka akan diambil dan dihantar oleh
wakil YB pada setiap hujung minggu ke Balik Pulau untuk kelas tuisyen.
Tindakan : Makluman dan Semua Guru

Agenda 4: Laporan Ketua Panitia


4.1

Panitia Bahasa Melayu


Pn. Siti Fatimah selaku ketua panitia mengucapkan tahniah dan terima kasih
kepada semua ahli panitia Bahasa Melayu dan juga ahli panitia lain yang terlibat dalam
menjayakan Program Klinik Bahasa Melayu UPSR anjuran panitia sendiri yang telah
diadakan pada 10 April 2015 bersamaan hari Jumaat pada jam 3.00 petang hingga 6.00
petang.
Beliau memaklumkan bahawa Skima Pemarkahan Penulisan Bahasa Melayu
UPSR akan diadakan pada 30 April 2015 pada jam 2.00 petang. Skima ini akan
dikendalikan oleh Puan Guru Besar dan akan dibantu oleh Pn. Noor Hafiza.
Beliau juga membentangkan analisis dan GPK Bahasa Melayu dari Tahun Satu
hingga Tahun Enam berdasarkan ujian pertama.Beliau juga berharap agar semua ahli
panitia dapat bekerjasama dan bertungkus lumus untuk meningkatkan lagi prestasi murid
dalam peperiksaan akan datang.

4.2

Panitia Bahasa Inggeris


Pn.Shazleen selaku ketua panitia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua ahli panitia Bahasa Inggeris dan juga ahli panitia lain yang terlibat dalam
menjayakan Program Klinik Bahasa Inggeris UPSR baru-baru ini.
4

Minit Mesyuarat Kurikulum

2/2015

Beliau memaklumkan bahawa panitia akan mengadakan Language Hunt pada 8


Mei 2015 ini untuk meningkatkan kosa kata dan tatabahasa serta memfokuskan Kertas 1
memandangkan ramai murid yang lemah menjawab bahagian ini.
Beliau turut membentangkan analisis ujian dan GPK dari Tahun Satu hingga
Tahun Enam. Beliau berharap agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

4.3

Panitia Matematik
Pn. Vijayasri selaku ketua panitia membentangkan analisis dan GPK dari Tahun
Satu hingga Tahun Enam berdasarkan ujian pertama baru-baru ini. Beliau menyatakan
bahawa panitia akan memfokuskan PdP daripada murid-murid Tahun Satu.
Beliau juga menerangkan bahawa panitia akan menjalankan Jadual Sifir pada
setiap pagi sebelum masuk kelas kepada semua murid selain Bijak Sifir yang diadakan
pada setiap hari.

4.4

Panitia Sains
Pn. Noridawati selaku ketua panitia yang baru menjelaskan permasalahan yang
dihadapi oleh murid-murid dalam menjawab soalan Sains.
Antaranya murid tidak memahami maksud pembolehubah, inferens dan beberapa
perkataan yang menjadi punca gagal menjawab dengan betul. Selain itu murid juga tidak
memahami kehendak soalan dan susah untuk mereka skor A.
Beliau turut membentangkan analisis dan GPK dari Tahun Satu hingga Tahun
Enam berdasarkan ujian pertama baru-baru ini dan berharap agar prestasi ujian yang
kedua nanti dapat ditingkatkan.

4.5

Panitia Pendidikan Islam


Ustaz Mohd Adib selaku ketua panitia membentangkan program dan aktiviti yang
akan dan telah dijalankan.
-

Kem Bestari Solat(KBS) akan dijalankan dua kali sahaja pada tahun ini dan
diganti dengan Kem Kecemerlangan Jawi. KBS 1 telahpun dijalankan pada bulan
Mac baru-baru ini dengan tema KBS Syok!.
5

Minit Mesyuarat Kurikulum

4.6

2/2015

Ceramah Perdana telah diadakan pada 10 April 2015 selepas Isyak oleh Ustaz Che
Rose.

Surau Imarah akan dipantau oleh PPD pada bulan Mei ini. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang membantu.

Ceramah Israk/Mikraj peringkat sekolah akan diadakan pada 22 Mei 2015.


Penceramah jemputan ialah Ustaz Muhamad bin Arshad, Pegawai Syiar Unit
Dakwah SPI JPNPP.

Pada 26 Mei 2015 semua GPI terlibat dengan Program Bina Upaya

Ustazah Habsah telah dilantik sebagai penyelaras JQAF dan di bawah Unit
Kurikulum Sekolah.

Persatuan Agama Islam akan ditukar kepada Kelab Jawi dan Khat Bahasa Arab
mulai tahun 2016.

Panitia Pendidikan Seni dan Visual (PSV)


Cik Azizah selaku ketua panitia menyatakan bahawa panitia hanya menunggu
barang-barang seni yang dipesan memandangkan banyak barang seni telah kehabisan.
Beliau meminta semua guru yang mengambl barang seni hendaklah mencatat barangan
yang diambil di dalam buku catatan.

4.7

Panitia RPT/KH
Encik Saiful Anuar selaku ketua panitia menyatakan bahawa beliau telah
membuat pesanan barang dan masih menunggu. Belaiau berharap guru-guru yang
mengajar Tahun 6 dapat mengurangkan penggunaan barang tersebut. Buat masa sekarang
murid Tahun 6 sedang membuat aktiviti baik pulih.
Sekiranya guru-guru memerlukan bantuan membaiki meja, kerusi dan sebagainya
boleh berhubung dengan beliau.

Minit Mesyuarat Kurikulum

4.8

2/2015

Panitia Bahasa Arab


Ustaz Afendi menjelskan bahawa banyak aktiviti dan program Bahasa Arab
diselitkan bersama Panitia Pendidikan Islam.

4.9

Panitia Pendidikan Muzik


Encik Faez Basheer selaku ketua panitia menjelaskan bahawa banyak alatan yang
rosak dan sedang menunggu pesanan barang yang baru.

4.9.1

Panitia Pendidikan Jasmani


Encik Saiidi selaku ketua panitia memaklumkan beberapa perkara berikut:
o Ujian SEGAK sedang dijalankan oleh semua guru Tahap 2 yang mengajar
PJ.
o Boleh isi markah tersebut melalui dua cara iaitu secara manual dan online
dan boleh kemaskini mulai bulan Jun.

4.9.2

Panitia Pemulihan

Pn.Azilah menjelaskan bahawa buat masa sekarang keputusan ujian sedang


dikemaskini. Selepas mendapat keputusan beliau akan mengambil murid pemulihan dari
Tahun Satu hingga Tahun Empat. Laporan PROTIM Tahun 4 Tekun hendaklah dibuat
kepada semua murid.

4.9.3

Pra Sekolah
Antara program yang dirancang ialah:
-

Bacalah Anakku Sayang program di tapak perhimpunan

Futsal dan Bola Jaring peringkat daerah akan dijalankan pada bulan Mei

Lawatan ke Balai Bomba dan Taman Negara

Minit Mesyuarat Kurikulum

2/2015

Agenda 5 : Hal-hal lain


Pn. Guru Besar telah mengedarkan surat penangguhan sekolah akibat bencana
banjir dan meminta semua guru menampal di sebelah muka surat Rancangan Harian awal
persekolahan. Beliau menyarankan agar Jadual Sifir yang akan dijalankan oleh Panitia
Matematik dibuat di dewan terbuka pada setiap pagi. Murid boleh naik ke kelas selepas
habis membuat jadual sifir tersebut. Laporan SU Peperiksaan dan analisis markah
hendaklah ditampal di dalam kelas masing-masing.
Ustaz Sofri selaku Pengerusi BKG memaklumkan bahawa Unit Riadah BKG
telah mencadangkan untuk mengadakan Pertandingan Bowling antara guru sempena
persaraan Pn. Hjh Noor Rani dan Pn. Khairulazuan. Tarikh yang dicadangkan ialah pada
16 Mei 2015 (Sabtu). Beliau juga memaklumkan bahawa pakaian tema hari guru ialah
baju pengantin.

Agenda 6: Ucapan Penangguhan


Pn. Guru Besar berharap program-program yang telah dijalankan dapat memberi
keberkesanan yang maksimum kepada murid dalam membentuk sahsiah dan prestasi
akademik Guru diharap dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik
mungkin dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan dunia pendidikan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Minit Mesyuarat Kurikulum

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

2/2015

(NOOR HAFIZA MOHD JOHARI)


Setiausaha Kurikulum ,
SK Telok Bahang, Pulau Pinang.

Potrebbero piacerti anche