Sei sulla pagina 1di 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BELADAU KOLAM

21200 KUALA TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SUDUT BILIK SELF - ACCESS LEARNING
(SAL)

TARIKH:
24 25 JULAI 2016

ANJURAN:
GURU PELATIH INTERNSHIP DENGAN KERJASAMA PANITIA
BAHASA INGGERIS

1.0 Pengenalan
Bilik Self - Access Learning atau lebih dikenali sebagai bilik SAL merupakan satu ruang
belajar yang disediakan khusus buat guru-guru Bahasa Inggeris untuk memperkayakan
lagi penguasaan subjek tersebut dalam kalangan murid. Para murid berpeluang untuk
melakukan pembelajaran kendiri dengan pengawasan guru-guru Bahasa Inggeris di
bilik ini. Di samping dapat meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid, kewujudan
bilik ini juga berpotensi untuk membantu guru guru melahirkan murid murid yang
berautonomi, proaktif dan gemar akan suasana pembelajaran kasual.

2.0 Matlamat
Selain memberi wajah baru dan mengindahkan sudut Bilik SAL, Program Keceriaan
Sudut Bilik Self - Access Learning (SAL) ini juga dirangka bertujuan untuk membuat
penambahbaikan daripada aspek kandungan atau perkongsian ilmu yang dipaparkan
pada sudut berkenaan. Usaha penaiktarafan ini diharap akan membantu murid-murid
dalam memperoleh ilmu baru yang akan memperkayakan lagi penguasaan Bahasa
Inggeris dan diaplikasi dalam kehidupan seharian mereka dengan lebih berkesan.

3.0 Objektif
3.1 Menaiktaraf sudut Bilik SAL Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam.
3.2 Mempamerkan pengetahuan Bahasa Inggeris yang baharu kepada para murid.
3.3 Melahirkan murid-murid yang sedar akan kepentingan melakukan pembelajaran
kendiri.
3.4 Menceriakan sudut Bilik SAL Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam bagi
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, kondusif dan selamat.
3.5 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

4.0 Tarikh Pelaksanaan


24 25 Julai 2016

5.0 Tempat / Lokasi


Sudut Bilik Self - Access Learning (SAL) Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam.

6.0 Sasaran
Murid Murid Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam.

7.0 Anjuran
Guru Pelatih Internship dengan Kerjasama Panitia Bahasa Inggeris.

8.0 Jawatankuasa Program


JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung

: En. Mohd Jaafar bin Taib

Penasihat

: Pn. Nurulsyaidatul Akma bin Ali

Pengerusi

: En. Abdul Mukmin bin Affandi

Setiausaha

: En. Mohammad Ramsyamjani bin Mohd Lazim

9.0 Pelan Tindakan


Langkah
1.

2.
3.
4.

Aktiviti
Mencari maklumat berkaitan yang akan dipamerkan pada sudut Bilik

SAL.
Menentu maklumat maklumat yang akan dipamerkan.
Mengukur saiz sudut yang sedia ada.
Merangka persembahan sudut.
Menyediakan bahan-bahan bagi menyiapkan sudut Bilik SAL.
Mula menyiapkan kerja keceriaan dan penaiktarafan sudut secara

berperingkat.
Membuat kerja-kerja memperkemaskan sudut Bilik SAL.

10.0 Peralatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Perkara
Hard board paper bersaiz A3
Kertas A4 berwarna (set pelbagai

Kuantiti
3
1

Anggaran Harga (RM)


13.00
5.00

warna)
Kertas A4 (1 set 20 keping)
Double-sided tape
Riben
Thumbtack beraneka warna
Tali Nylon
Jumlah Keseluruhan

1
3
2
2
1

3.00
6.00
7.00
6.00
5.00
45.00

11.0 Sumber Kewangan


Peruntukan daripada Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam
sejumlah RM 45.00.

12.0 Penutup
Perancangan kertas kerja program ini dihasilkan bagi memudahkan pengurusan yang
akan dikendalikan oleh guru-guru yang terlibat. Diharapkan Program Keceriaan Sudut
Bilik Self - Access Learning (SAL) ini dapat dilaksanakan dengan lancar sepertimana
yang dirancang.

Disediakan oleh:
..
(MOHAMMAD RAMSYAMJANI BIN MOHD LAZIM)
Setiausaha,
Program Keceriaan Sudut Bilik Self - Access Learning (SAL)

Disemak oleh:
...........................................................
(NURULSYAIDATUL AKMA BIN ALI)
Penasihat,
Program Keceriaan Sudut Bilik Self - Access Learning (SAL)

Diluluskan oleh:
...........................................
(MOHD JAAFAR BIN TAIB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam

Potrebbero piacerti anche