Sei sulla pagina 1di 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2

76200 MELAKA
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU
KALI PERTAMA TAHUN 2016

Tarikh :
Hari
Masa
Tempat

27 Januari 2016
:
Rabu
:
2.00 petang
:
Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. En. Mustafa Kamal bin Mohd Nor
2. Pn Salmah bt Yijid
3. Pn. Marzatul Norhafizah Bt Noorizan
4. Pn. Fatimah bt Misuan
5. Pn. Fatin Nor Afiqah bt Zainuddin
6.Pn. Firzah bt Abd Rahim
7.Pn. Julianty bt Idris
8.Pn. Mazura bt Soaid
9.Pn. Noriza bt Rahmat
10.Pn. Salina bt Yunas
11.En. Mohd Syazwan b. Mat Shom
12.En. Atiqullah b. Hamzah
13.En. Mohd Faizal Azri b. Omar
14.En. Mohd Zukri b. Nawi
15.En.Nasaruddin b. Ibrahim
16.En. Yusrikarami b. Yunan
Tidak hadir:
1. En. Jamal b. Salleh (GPK1)
2. Pn. Jennifer Tan Mei Yen
3.Pn. Marlinie bt Mohd Kasim
4.Pn. Siti Hajar bt Sobri
5.Pn.Yarnty WAhnida bt Md Mohiyar

- Guru Besar ( Penasihat )


- Ketua Panitia Bahasa Melayu
- Setiausaha

- Taklimat
- Cuti sakit
-Cuti sakit
-Taklimat
-Kursus

1. UCAPAN KETUA PANITIA: PN. SALMAH BT YIJID


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran mereka ke
mesyuarat pertama pada hari ini.
1.2 Pengerusi turut mengalukan kedatangan Guru Besar kerana sudi hadir dan mengharapkan
Tahun 2016 memberi kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu untuk Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah ( UPSR ).

2. UCAPAN GURU BESAR ( PENASIHAT ) : EN. MUSTAFA KAMAL B. MOHD NOR


2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan meminta guru-guru
mendidik dari hati dengan penuh integriti.
2.2 Mesyuarat ini diadakan seperti yang telah diarahkan bagi membincangkan perancangan
Panitia bagi Tahun 2016.
2.3 Beliau menekankan bahawa Bahasa Melayu merupakan subjek utama dan murid perlu
kuasai.
2.4 Guru-guru turut diingatkan untuk sentiasa cakna dengan standard kurikulum yang baru
serta menguasai kemahiran KBAT dan MBMMBI selaras dengan dasar kerajaan.
2.5 Beliau mengharapkan agar keputusan UPSR pada tahun ini memberikan pencapaian yang
lebih baik berbanding tahun lepas.
3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Pencadang : Pn. Salina bt Md Yunas
Penyokong : En.Mohd Faizal Azri b.Omar
4.

PERKARA BERBANGKIT
4.1 Wujudkan senarai guru Bahasa Melayu bagi Tahun 2016.
4.2 Pastikan kelas tambahan Bahasa Melayu bagi murid-murid Tahun lima untuk seminggu
pada hujung tahun.
4.3 Guru-guru Bahasa Melayu diminta merujuk PDP En. Mohd Zukri, En. Nasaruddin dan
Pn.Firzah.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

5.AGENDA PERBINCANGAN PROFESIONAL


5.1 Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) boleh rujuk
Pn.Fatin Nor Afiqah bagi Tahap 1 manakala bagi Tahap 2 boleh rujuk pada Pn. Salina dan
Pn. Mazura. Semakan RPT akan dilakukan oleh Ketua Panitia.
5.2 Guru-guru wajib ada DSKP untuk rujuk kemahiran dan perlu ikut tahun.

5.3 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada tahun 2016 adalah mengikut
kehendak masing-masing sama ada menggunakan buku RPH atau fail. Cara penulisan RPH
selaras bagi semua guru Bahasa Melayu.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu
6. SASARAN PANITIA
6.1 Guru-guru perlu menyatakan pencapaian murid-murid tahun satu secara keseluruhan.
Pastikan dapatan keseluruhan turut dinyatakan.
6.2 Jadual penggubal soalan peperiksaan ( Rujuk Lampiran 1)
6.3 Aktiviti-Aktiviti Panitia ( Rujuk Lampiran 2 ).
6.4 Pelan Strategik pengantar akademik perlu capai target 100%. Guru harus pastikan
penulisan murid-murid lebih baik kerana berlaku banyak kesilapan ejaan dan membina ayat
6.5 Agihan PCG bagi Panitia harus tunggu belanjawan terkini.
6.6 Semua guru-guru Bahasa Melayu harus bersedia bila dipantau dan harus memastikan
mengikut pengajaran dan pembelajaran terkini.
Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

7. LINUS/PRA SEKOLAH/PENDIDIKAN KHAS


7.1 LINUS
- Penyelaras LINUS sekolah adalah Pn. Suria bt Misman dibantu En. Mohamad Syazwan
b. Mat Shom.
- Murid LINUS yang tidak menguasai dikategorikan seperti K1-K2 (pemulihan), K3-K8
(LINUS biasa) dan K9-K12 (LINUS).
- Sesi pdp bersama murid LINUS perlu dicatatkan dan dinyatakan di dalam rph.
- Lembaran kerja berasingan perlu diberikan kepada murid-murid LINUS mengikut
konstruk masing-masing.
Tindakan: Semua guru LINUS
7.2 Pra Sekolah
- Bagi sesi persekolahan 2016, PxP Bahasa Melayu adalah berdasarkan Sukatan Pra
Sekolah dan ditentukan oleh guru-guru Pra Sekolah. Ketua Panitia akan memantau PxP.
Tindakan: Ketua Panitia dan guru Pra Sekolah

7.3 Pendidikan Khas


- Bagi sesi persekolahan 2016, Pendidikan Khas menggunakan bangunan baru dan sesi

Pengajaran dan pembelajaran adalah lebih baik. Format adalah mengikut spesifikasi
Pendidikan Khas. Guru-guru digalakkan melawat ke bangunan Pendidikan Khas.
Tindakan: Ketua Panitia dan guru Pendidikan Khas

8.

HAL-HAL LAIN
8.1 Pn. Salmah Yijid memaklumkan semua guru tentang Pelancaran Bulan Bahasa Melayu yang
digabungkan dengan Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris dan NILAM.
Tindakan: Semua guru-guru Bahasa Melayu
8.2 Guru Besar, Encik Mustafa b. Mohd Nor mencadangkan agar Unit Kokurikulum Persatuan
Bahasa Melayu digabungkan dengan unit2 lain bagi meramaikan murid-murid Tahun 6
yang melibatkan diri memandangkan subjek Bahasa Melayu merupakan Subjek penting
dalam UPSR.
Tindakan: GPK Kokurikulum
8.3 Guru Besar juga meminta guru-guru kelas memastikan sudut mata pelajaran lebih ceria dan
kreatif. Selain itu perlu wujudkan suasana kelas yang kondusif. Pastikan juga bahan-bahan
Bahasa Melayu menepati mbmmbi
8.4

Pembelian bahan bantu mengajar haruslah merujuk Ketua Panitia. Pn. Firzah
mencadangkan pembelian bahan-bahan yang penting sahaja.
Tindakan: Guru-guru kelas/ guru-guru Bahasa Melayu

8.5 Setiausaha panitia diingatkan untuk melengkapkan fail panitia Bahasa Melayu.
Tindakan: Pn. Marzatul Norhafizah

9. PENUTUP
Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
dalam menjayakan mesyuarat kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

..
(PN MARZATUL NORHAFIZAH BT NOORIZAN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
SK Kem Terendak 2

Disahkan oleh,

..
(ENCIK JAMAL BIN SALLEH)
Guru Penolong Kanan 1,
SK Kem Terendak 2

Disemak oleh,

..
(PN. SALMAH BT YIJID)
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Kem Terendak 2

Potrebbero piacerti anche