Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI KE 2

MINIT MESYUARAT
PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL
KALI 2 / 2015
TARIKH
: 20 APRIL 2015
MASA
: 1.20 ptg 2.30 ptg
TEMPAT
: BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN : 9 orang
HADIR:
1. Pn. Maneseh Bt Jaafar ( PK 1 )
2. En. Rashidi B Che Romli ( Ketua Panitia )
3. Pn. Norazliza Bt Jamil ( Setiausaha )
4. Pn. Che Azizah Bt Jab ( DST Thn 1 )
5. Pn. Noor Azirah Bt Hashim ( DST Thn 2 )
6. Pn. Norhayati Bt Abd Aziz ( DST Thn 3 )
7. En. P.A Pooh Balan A/L Ariputhri (ICTL Thn 6)
8. En. Abd Rahim B Chik ( ICTL Thn 6 )
9. Pn. Salwana Bt Othman ( ICTL Thn 6 )
TIDAK HADIR :
Tiada
AGENDA MESYUARAT
1.
Perutusan Pengerusi
1.1
Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia TMK kali ke-2.
Memandangkan TMK merupakan subjek baru untuk Tahun 4, guru yang mengajar
hanya 2 orang. Walau bagaimana pun adalah diharapkan pada tahun 2015 ini
subjek TMK Tahun 4 dapat berjalan seperti yang dirancangkan dalam perancangan
tahunan subjek TMK Tahun 4.
Tindakan: Untuk Makluman
2.

Pengesahan minit mesyuarat terdahulu.


Cadangan : Pn. Norhayati Bt Abd Aziz
Sokongan : En. Abd Rahim B Chik
Tindakan: Untuk Makluman

3.

Perkara-perkara berbangkit.
Tiada perkara berbangkit.
Tindakan: Untuk Makluman

4.
4.1

PBS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara offline perlu dibuat untuk rujukan tentang
tingkah laku murid terhadap tajuk yang dipelajari. Manakala markah Ujian Bulanan
perlu dimasukkan dalam SAPS . Tujuan ujian bulanan diadakan untuk mengukur
pengetahuan dan kekuatan daya ingatan murid. Berdasarkan pengukuran ini kita
sepatutnya dapat mengenalpasti murid yang lemah untuk diberi pemulihan dan
seterusnya meningkatkan pemahaman murid dalam subjek TMK ini.
Tindakan: Guru mata pelajaran

4.2

Program Pementoran KSSR TMK Tahun 4 & 5 telah dijalankan oleh En Rashidi B
Che Romli selaku Ketua Panitia yang telah mengikuti Kursus Penyebaran KSSR
TMK Tahun 4 & Tahun 5. Progam Pementoran ini diberikan kepada Pn. Norazliza Bt
Jamil selaku Guru TMK Tahun 4 pada tahun 2015 ini. Tujuan program pementoran ini
diadakan untuk menyebarluaskan aspek pentaksiran dan penilaian yang perlu diikuti
oleh murid Tahun 4 kepada guru yang mengajar TMK Tahun 4. Selain itu, program
pementoran ini juga dijalankan untuk menerangkan modul perekodan secara
offline. Program pementoran ini telah dijalankan pada awal bulan Januari yang lalu.
Tindakan: Guru mata pelajaran

5.
5.1

Post Mortem Ujian Bulanan 1 - Mac 2015


Guru subjek membentangkan pencapaian murid dalam kelas masing-masing. Bagi
murid Tahap 1, pencapaian sangat memuaskan hingga mencapai kelulusan 95%.
Walaupun soalan yang berkaitan dengan TMK sedikit sahaja yang ditanya dalam
ujian tersebut, namun peratus kelulusan yang tinggi ini menunjukkan murid Tahap 1
boleh menjawab soalan TMK dengan baik.

5.2

Bagi pencapaian murid Tahun 4, sebanyak 78.87% atau seramai 112 orang pelajar
yang berjaya menguasai subjek TMK. Bagi pencapaian murid Tahun 5 pula,
sebanyak 66.91% atau seramai 91 orang pelajar yang berjaya menguasai subjek
TMK.

5.3

Guru subjek TMK Tahun 4 & Tahun 5 membentangkan beberapa kelemahan murid
semasa menjawab soalan ujian tersebut. Antara kelemahan tersebut :
i) tidak memahami soalan
ii) tidak membuat ulangkaji
iii) tidak dapat membaca dengan lancar
iv) tidak dapat menulis

5.4

Cadangan untuk membaiki kelemahan :


i) membimbing murid untuk memahami kehendak soalan
ii) sentiasa membuat ulangkaji bersama murid
iii) meningkatkan usaha untuk murid dapat membaca & menulis
Tindakan: Guru mata pelajaran

6.
6.1.

Aktiviti Panitia
Pengerusi mengedarkan Program Perancangan Strategik TMK Tahun 2015 kepada
semua ahli. Semua ahli diminta meneliti program tersebut dan akan dibincangkan
perjalanan aktivitinya pada perjumpaan akan datang.
Tindakan: Makluman semua guru

7.
7.1

Frog VLE
Semua ahli diingatkan agar sentiasa menggunakan Frog VLE sebagai satu kaedah
untuk mengajar subjek DST & TMK kepada murid. Guru boleh membina bahan
sendiri atau mengambil bahan daripada guru-guru lain untuk diajar kepada murid.
Galakkan murid menggunakan chrome book di makmal komputer sebagai cara
menarik minat murid untuk belajar subjek DST & TMK.
Tindakan: Makluman semua guru

8.
8.1

Pembelian alatan
Guru-guru boleh menyenaraikan peralatan PdP yang ingin dibeli dan diserahkan
kepada Pengerusi untuk dipanjangkan kepada Guru Besar.
Tindakan: Makluman semua guru

9.

Hal-hal lain
Tiada

10.

Ucapan Penangguhan
Puan Maneseh berharap pada tahun 2015 ini aktiviti Karnival TMK dapat dijalankan
untuk menarik minat murid pada subjek TMK. Melalui aktiviti-aktiviti Karnival TMK,
guru dan murid dapat menunjukkan kebolehan dalam menggunakan perisian dan
peralatan ICT.
Tindakan: Makluman semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Dicatat oleh,

.
( NORAZLIZA BT JAMIL )
Setiausaha,
Panitia TMK,
SK Pinang Tunggal.

Potrebbero piacerti anche