Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAWANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 01/ TAHUN 2015


Tarikh

: 05 Januari 2015

Masa

: 10.00 12.00 petang

Tempat

: Pusat Sumber

Pengerusi

: Pn Azamima Bt Razali (Ketua Panitia)

Kehadiran(Bilangan)

: Sila rujuk PK 07/2

Turut Hadir (Jika ada)

: Tiada

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 - Pn Azamima selaku Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada
semua guru kerana dapat hadir dan meluangkan masa bagi menghadiri
mesyuarat kali pertama ini.
Tindakan : Makluman
1.2 Pengerusi melantik Pn Vimalah Velayutham sebagai Setiausaha panitia.
Tindakan : Makluman
1.3 Beliau juga memaklumkan dan menerangkan tentang cara menulis
rekod pengajaran harian, apa kriteria yang harus ditepati dan
sebagainya.
Tindakan : Makluman

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada.
Tindakan : Makluman

BAJET DAN PENGGUNAANNYA


3.1 Pn Sujatha mencadangkan agar panitia membeli buku latihan sastera baru
disebabkan perubahan sukatan bagi Tingkatan Satu dan Empat, buku Grammar,
alatulis untuk penguunaan semua guru Bahasa Inggeris.
Tindakan : Makluman
3.2 Pn Azamima memberitahu bahawa hanya pertandingan Drama dan Public
Speaking boleh disertai di peringkat sekolah kerana tiada pengagihan kos bagi
aktiviti yang melibatkan ramai pelajar.
Tindakan : Makluman

MASALAH DAN STRATEGI


4.1 Guru-guru Tingkatan 3 membincangkan tentang format PT3 supaya guru-guru
yang lain akan dapat pendedahan mengenainya.
Tindakan : Makluman
4.2 Pn Azamima juga memberitahu bahawa ada soalan HOTS pada format baru dan
meminta guru-guru ambil tahu mengenainya.
Tindakan : Makluman

HAL-HAL LAIN
5.1 En Mazni meminta bantuan Pn Selvanayagi untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang ada
potensi untuk skor A dalam PT3 tahun ini.

Tindakan : Makluman dan Pn Selvanayagi


5.2 Guru-guru bersetuju bahawa bahagian Penulisan menjejaskan markah
keseluruhan pelajar kerana mereka didapati lemah dalam elemen ini.
Tindakan : Makluman dan semua guru
5.3 - Pn Azamima memberitahu tentang Bulan Bahasa yang akan diadakan pada bulan
Februari. Guru-guru memberi cadangan aktiviti untuk diadakan sepanjang Bulan
Bahasa ini seperti pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, pertandingan
menyanyi, teka silang kata, Scrabble dan ALD (Accelerated Language
Development).
5.4 Pn Azamima juga meminta kerjasama guru-guru untuk menyerahkan laporan
post-motern bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2014 dengan secepat mungkin. Beliau
juga meminta guru-guru untuk menyusun senarai pelajar berdasarkan keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2014 untuk pelaksanaan sistem set.
Tindakan : Makluman dan Pn Selvana, Pn Sujatha, Pn Aisah, Pn Azamima
5.5 Pn Selvanayagi memberitahu bahawa sebanyak 93 calon akan menduduki PT3
pada tahun ini. Beliau juga memberitahu bahawa sebanyak 53% daripada pelajar
PT3 tahun 2014 telah gagal dalam subjek Bahasa Inggeris.
Tindakan : Makluman
5.6 Pn Vimalah Velayutham mencadangkan agar PdP bagi kelas pairing dijalankan
secara silih berganti mengikut tajuk.
Tindakan : Makluman
5.7 Pn Azamima telah melantik setiap guru sebagai Penyelaras untuk setiap
tingkatan. Penyelaras yang dipilih akan membuat semua kertas ujian, penilaian
atau peperiksaan bagi Tahun 2015.
Tindakan : Makluman
5.8 Guru-guru telah bersetuju dengan jumlah buku yang harus digunakan dalam kelas
sewaktu PdP iaitu Composition, Comprehension, Literature dan Grammar.
Tindakan : Makluman

5.9 Pn Azamima mengingatkan guru-guru bahawa pelaksanaan PBS harus dijalankan


walaupun wujudnya PT3; ujian lisan (listening & speaking) wajib dijalankan.
Tindakan : Makluman dan semua guru menengah rendah
5.10 Pn Azamima meminta cadangan dari guru-guru mengenai aktiviti yang harus
dijalankan bagi program MBMMBI. Guru-guru mencadangkan agar pentandingan
Spelling Bee, Scrabble dan lawatan sambil belajar diadakan.
Tindakan : Makluman
7

UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 - Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan
berharap agar semua ahli mesyuarat dapat menjalankan tugas dengan
cemerlang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(PN VIMALAH VELAYUTHAM)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

.....................................
(EN AMIN BIN JANI)
Pengetua
SMK SUNGAI RAWANG
Tarikh :

Tarikh : 5 Januari 2015

Potrebbero piacerti anche