Sei sulla pagina 1di 5

DASAR KETERBUKAAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN NEGARA.

Pengenalan

Pendidikan pada umumnya adalah satu proses memperkembangkan pertumbuhan dan


membentuk peribadi seseorang individu dalam segala aspek kehidupannya termasuklah
bidang intelektual, sosial, fizikal, kerohanian, estetika dan moral. (Omar Mohd Hashim,
1993).

Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada


kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Ketiadaan dasar
pendidikan yang sempurna dan mantap dengan falsafah yang jelas, sistem pendidikan adalah
tidak sempurna sifatnya kerana mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang tidak berfokus.
Implikasinya, akan tercetus pelbagai masalah perpaduan yang menjejaskan usaha
pembangunan dan keamanan sesebuah negara. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008).

Di Malaysia dunia pendidikan sentiasa melalui gelombang perubahan, perubahan arah


haluan dan gerak tuju, perubahan sistem, perubahan kurikulum, perubahan pedagogi,
perubahan kaedah penilaian pengukuran dan perubahan peranan institusi-institusi pendidikan.
(Sulaiman Daud, 1993 dalam Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993).

Dasar pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju sistem
pendidikan negara malah menjadi wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat tentang kefahaman mengapa prinsip pendidikan dilaksanakan demi membentuk
satu hasil yang terbaik sekaligus mampu mencorak serta menyumbang kepada pembangunan
negara. (Muhammad Hilmi Madzaili et al, 2006)

Oleh itu, perubahan-perubahan pantas dan di luar jangkaan dalam pelbagai bidang
sosio, politik, ekonomi, teknologi menjanjikan masa depan yang tidak menentu dan penuh
cabaran. Sedari sebelum kemerdekaan hingga sekarang sistem pendidikan di Malaysia
mengalami pelbagai perubahan, rombakan demi menjamin sistem yang terbaik dapat
dihasilkan.

Pendidikan di Malaysia

Pendidikan di Malaysia merangkumi dua peringkat iaitu peringkat persekolahan


(rendah dan menengah) dan pelajaran tinggi. Kanak-kanak mula masuk Tahun 1 di sekolah
rendah pada umur tujuh tahun dan mengikuti peringkat persekolahan selama enam tahun.

1
Peringkat persekolahan rendah diakhiri dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
pada Tahun 6 mengikut program KBSR. (Mok Soon Sang, 2009).

Murid-murid melangkah darjah secara automatik tiap-tiap tahun, dari sekolah rendah
ke sekolah menengah sehingga tingkatan lima. Langkah ini memastikan tiap-tiap murid
mempunyai peluang belajar selama sebelas tahun di sekolah. Murid-murid wajib menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada hujung Tingkatan 3. Semua murid
akan dinaikkan ke Tingkatan 4 dalam peringkat persekolahan menengah atas. Murid-murid
dikehendaki mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir Tingkatan 5.
Bagi mereka yang lulus dengan keputusan yang baik boleh melanjutkan pelajaran di
Tingkatan 6 atau ke institusi pendidikan yang lain contohnya ke pusat matrikulasi atau
mendapatkan diploma. Penuntut di Tingkatan 6 akan mengambil Peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) pada akhir kursusnya. Selepas itu bagi yang lulus dan
berkelayakan boleh memohon kemasukan universiti, maktab atau ke institusi pendidikan
tinggi yang lain. (Mok Soon Sang, 2009).

Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan


boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara. Justeru, melalui pendidikan
akan dapat:

1. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya


melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan
terhadap kemajuan dan pembangunan.
2. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-
prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan.
3. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara.
4. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun Negara,
dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.
5. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-
kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Inovasi kurikulum

Pendidikan kurikulum juga turut mengalami perubahan. Inovasi kurikulum membawa


maksud pembaharuan, perbaikan, pengubahsuaian atau pemilihan terhadap kurikulum yang
sedia ada. Tujuan utama yang mendorong inovasi kurikulum ialah menjadikan kurikulum

2
sedia ada bertambah baik, lebih sempurna dan lebih sesuai mengikut keperluan semasa. (Mok
Soon Sang, 2000).

Terdapat beberapa faktor yang menggerakkan inovasi kurikulum dilancarkan. Antaranya:

1. Keperluan masyarakat dan negara, misalnya melatih lebih banyak tenaga mahir dalam
bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian dan ekonomi negara.
2. Perkembangan sains dan teknologi yang mendorongkan negara untuk mereformasikan
kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam pelajaran Sains dan Matematik.
3. Perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang membawa inovasi
kurikulum supaya pendidikan di sekolah menjadi lebih baik dan sempurna.

Pada tahun 1974, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang
ditugaskan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini
mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pendidikan, termasuk kurikulumnya untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. Namun, yang lebih
utama ialah memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke
arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Jawatankuasa Kabinet pada akhirnya membuat syor-syor perubahan mengenai


struktur persekolahan, peperiksaan, pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan
agama, pendidikan moral, disiplin dan kegiatan kokurikulum. Asbab daripada laporan
tersebut, Kementerian Pelajaran mula melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dilaksanakan mulai tahun 1988 sebagai peringkat percubaan. (Mok Soon Sang, 2009).

Dalam kajian ini, sistem persekolahan telah diteliti peringkat demi peringkat, iaitu
dari peringkat permulaan, rendah, menengah, Tingkatan 6, sehinggalah ke peringkat maktab.
Sistem kurikulum sekolah adalah dikaji dari segi perpaduan masyarakat dan mutu tenaga
rakyat. Kesan sistem kurikulum dan segala kegiatan persekolahan dengan tujuan membaiki
mutu pendidikan. (Mok Soon Sang, 2009).

Pendidikan dan pembangunan negara

Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan dalam pelbagai aspek


pendidikan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Secara amnya, banyak kemajuan
yang telah dicapai dalam pencapaian akademik pelajar termasuk peningkatan penyertaan dan

3
pengurangan keciciran pada semua peringkat pendidikan, peningkatan pencapaian tahap
pendidikan, dan peningkatan prestasi pencapaian pendidikan. (Faridah Abu Hassan et al,
2005).

Sehubungan itu, kita sedar bahawa pembangunan negara berkait secara akrab dengan
sistem pendidikan negara. Selaras dengan tafsiran ‘negara maju Malaysia’ sistem pendidikan
di Malaysia bersifat dinamik dan futuristik. Perubahan atau dasar keterbukaan ini merupakan
revolusi yang telah dimulakan semenjak tahun 1982/1983 iaitu diperingkat rendah dan
menengah. Kini reformasi pendidikan telah sampai ke peringkat pengajian tinggi. (Wan
Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993).

Keterbukaan kerajaan melalui kementerian pelajaran dan kementerian pengajian


tinggi dilaksanakan untuk mengatasi dan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan
yang wujud dalam sistem pendidikan. Di samping itu bertujuan untuk memenuhi keperluan-
keperluan semasa dan juga kehendak-kehendak pada masa hadapan.

Sebagai contoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) merupakan satu


dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur,
pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan
berkualiti untuk semua. PIPP dirangka untuk memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke
arah melahirkan Bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan sendiri. PIPP penting kerana ia
akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap
yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia. Misi Nasional (Enam Teras Strategik
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010):
1. Membina Negara Bangsa
2. Membangunkan Modal Insan
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK)
4. Merapatkan Jurang Pendidikan di Luar Bandar
5. Memartabatkan Profesion Keguruan
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Perkembangan sistem pendidikan alaf baru

Pada amnya konsep pembangunan manusia dalam sistem pendidikan negara adalah
selaras dengan konsep pembangunan negara iaitu ke arah pembentukan negara maju. (Wan
Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993).

4
Perkembangan sistem pendidikan alaf baru yang disusun oleh pihak kementerian
adalah dengan menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran dan berakhlak mulia
berdasarkan dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010).

Antara dasar keterbukaan yang diaplikasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia


demi untuk menyediakan sebuah sistem yang mampu menjurus kepada pembangunan negara
adalah:

1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris


dilaksanakan pada tahun 2003.
2. Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam
Rancangan Malaysia Kelapan.
3. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah pada tahun
2004, berasakan Program Sekolah Kerjaya di bawah pembiayaan Bank Dunia, 1998-
2003.
4. Aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian
tinggi awam mulai 2006.
5. Perubahan Dasar Sekolah Antarabangsa ke arah menjadikan sekolah antarabangsa di
Malaysia berdaya saing di rantau Asia.

Kesimpulan

Pendidikan adalah salah satu kepentingan dan menjadi satu aset negara kerana
peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang
berkualiti dan cemerlang mampu membangunkan generasi alaf baru pada masa akan datang.
Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik, perubahan positif yang
membawa kepada kebaikan dan keuntungan sistem ini. Diharap penerimaan amalan yang
dilaksanakan boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan aplikasinya dalam sistem
pendidikan ke tahap maksimum supaya cita-cita untuk menjadikan pendidikan sebagai
medium utama menyuntik pembangunan negara akan tercapai. Pendidikan memainkan
peranan amat penting pada masa kini sekaligus dianggap sebagai penyelamat bangsa dan
negara. Hal ini kerana, pendidikan menjadi penentu paling kritikal dalam memastikan
kejayaan pembangunan sesuatu bangsa dan negara.

Potrebbero piacerti anche