Sei sulla pagina 1di 2

PERJANJIAN PENYEDIAAN MAKANAN

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

PERJANJIAN ini dibuat pada ........................... (tarikh semasa) antara Kerajaan


Malaysia yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh
Sekolah ...................................................... (kemudian dari ini disebut ‘Kerajaan’,
bagi pihak pertama dengan ..................................................(No
Syarikat) .............................sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-
undang Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar
di ........................................................ kemudian dari ini disebut Pengusaha Kantin
sebagai Pihak Kedua.

Bahawasanya :-

1. Kerajaan bersetuju memberikan hak kepada Pengusaha Kantin berkuatkuasa


dari 04.01.2010 sehingga 05.07.2010 dengan kadar RM 1.80 bagi seorang murid.

2. Pihak Kedua dengan ini bersetuju untuk menyediakan makanan dengan


mengikut kadar yang tersebut di para 1.

3. Pihak Kedua bersetuju menuntut bayaran daripada Pihak Pertama setiap


bulan. Pihak Pertama bersetuju membuat bayaran sebaik sahaja peruntukan diterima
daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4. Peralatan dapur, alat memasak dan alatan menghidang makanan adalah


tanggungan Pihak Kedua.

5. Keselamatan peralatan dan bahan-bahan yang digunakan adalah di bawah


tanggungjawab Pihak Kedua dan Pihak Pertama tidak bertanggungjawab di atas
sebarang kerosakan dan kecurian peralatan dan bahan-bahan tersebut atau
kemalangan akibat daripada penggunaannya.

6. Kualiti dan kuantiti makanan hendaklah mengikut ketetapan menu seperti


dalam Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah.

7. Pihak Kedua bersetuju tidak akan meminda mana-mana menu kecuali


setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pertama.

8. Makanan hendaklah disediakan pada waktu yang sesuai agar ianya dapat
dihidangkan pada jam .................. pagi untuk murid pagi dan pada jam
...........tengahari/petang untuk murid petang.

9. Pihak Kedua akan mengagihkan makanan kepada murid-murid dengan


dibantu oleh guru-guru bertugas.

10. Kebersihan tempat memasak serta peralatan, tempat menghidang dan bekas-
bekas makanan hendaklah sentiasa dijaga dan diutamakan seperti yang terdapat
dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Keluaran 2008 dan Pekeliling
Iktisas 2/1983.

11. Pihak Kedua dan pembantu-pembantunya hendaklah dalam keadaan sihat


HEM/Perjanjian RMT 2010
dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaiannya.
12. Pihak Kedua dan pembantu-pembantunya mestilah mendapat suntikan
daripada Jabatan Kesihatan.

13. Pihak Pertama berhak menamatkan perjanjian sekiranya Pihak Kedua


melanggar mana-mana syarat perjanjian dengan memberi satu bulan notis kepada
Pihak Kedua.

Pada masa menyaksikan persetujuan-persetujuan dan peruntukan-peruntukan yang


tersebut di atas, maka kedua-dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan menurunkan
tandatangan mereka di atas perjanjian pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Tandatangan oleh : (...........................................) ................................

Bagi pihak Kerajaan Malaysia

Dihadapan (Saksi) : (......................................... ) .......... .....................

Ditandatangani oleh : ( ) ……..........................

No. K/P :

Untuk dan bagi pihak penyedia makanan

Dihadapan (Saksi) : ( ) ..................................

No. K/P :

Catalan :
1. Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar & GPK HEM dan Pengusaha Kantin &
Pembantu Kantin.
2. Hantar satu salinan perjanjian yang lengkap kepada JPWPKL dan Pejabat Pelajaran masing
masing

HEM/Perjanjian RMT 2010