Sei sulla pagina 1di 6

PUSAT PENGAJIAN ILMU

PENDIDIKAN

SEMESTER AKADEMIK 1 SESI 2014/2015

NAMA
NO. K/P
NO. MATRIK
KOD
KURSUS
TAJUK
KURSUS
PENSYARAH
TAJUK
TUGASAN
TAJUK
JURNAL
TARIKH
SERAHAN

:
:
:
:

MOHAMAD HASRI BIN MAJDI


871204-08-5709
S-PM0203/13
PLG 518

: PENGAJIAN PENDIDIKAN GURU


: PROF. MADYA DR.ROHIZANI BT YAAKUB
: ULASAN DAN KRITIK JURNAL
: TEACHERS CONTENT KNOWLEDGE AND
PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE:
THE ROLE OF STRUCTURAL
DIFFERENCES IN TEACHER EDUCATION.
: 31 OKTOBER 2014

RINGKASAN JURNAL:

Jurnal yang bertajuk Teachers Content Knowledge and Pedagogical


Content Knowledge: The Role of Structural Differences in Teacher Education
yang telah diitulis oleh Thilo Kleickmann, Dirk Richter, Mareike Kunter, Jurgen
Elsner, Michael Besser, Stefan Kraussndan Jurger Baumert ini berkaitan dengan
peranan perubahan struktur dalam pendidikan guru terhadap pengetahuan pedagogi
guru dan isi pelajaran guru. Pengetahuan pedagogi guru dan isi pelajaran guru
merupakan salah satu daripada aspek kompetensi guru yang akan mempengaruhi
kemajuan pelajar-pelajar. Melalui jurnal ini juga, penyelidik menjelaskan bahawa
guru-guru memperoleh pengetahuan isi pelajaran untuk mengajar daripada pelbagai
sumber dan mengaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka.
Berdasarkan kajian oleh Grossman, terdapat tiga sumber utama pengetahuan isi
pelajaran guru iaitu: (a) pengalaman pendidikan guru itu sendiri, (b) pendidikan guru
dan program pembangunan professional dan (c) pengalaman mengajar guru.
Terdapat sedikit perbezaan di dalam ketiga-tiga sumber guru untuk mendapatkan
pengetahuan isi pelajaran ini. Pembelajaran formal diatur dan distrukturkan oleh
organisasi mengikut objektif pembelajaran untuk memperoleh pengetahuan dan
kemahiran. Pembelajaran tidak formal, tidak diatur dan distruktur secara formal
tetapi juga memberi impak dalam proses pembelajaran. Pengetahuan guru juga
berkembang nelalui pelbagai peluang semasa sebelum dan semasa tempoh
perkhidmatan. Meskipun kepentingan pengetahuan guru dikaitkan dengan isi
pelajaran, pemahaman tentang bagaimana peluang pembelajaran yang ada semasa
tempoh

pendidikan

guru

dan

pembangunan

professional

mempengaruhi

pengetahuan spesifik subjek. Pengetahuan isi pelajaran merupakan salah satu


prasyarat guru untuk mempelajari pengetahuan pedagogi supaya ia dapat

digunakan dengan efektif dan fleksibel dalam interaksi antara guru dan pelajar di
dalam kelas. Hasil daripada kajian menunjukkan kuantiti peluang pembelajaran,
program pembangunan pengetahuan pedagogi boleh mempengaruhi kemahiran isi
pelajaran seseorang individu guru. Oleh itu, bakal- bakal guru yang sedang belajar
menunjukkan perkembangan pengetahuan pedagogi yang sama semasa berada di
universiti walaupun mereka menerima kurang peluang untuk mempelajari tentang
pengetahuan pedagogi seperti guru guru yang sedang berkhidmat. Penyelidik juga
telah menekankan supaya penambahbaikkan perlu dilakukan semasa proses
pemilihan calon bakal guru berdasarkan pengetahuan isi pelajaran. Calon yang
mempunyai pengetahuan subjek yang tinggi akan membantu untuk memudahkan
penyampaian pengetahuan pedagogi. Jadi, untuk meningkatkan pendidikan guru,
perubahan dalam pemilihan untuk bakal guru perlu untuk meningkatkan kualiti dalam
memberikan arahan dan kemajuan pelajar-pelajar di sekolah.

PEGETAHUAN ISI KANDUNGAN DAN ILMU PEDAGOGI GURU

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPK) atau Pedagogical Content Knowledge


(PCK) adalah sejenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan PPK merujuk
kepada cara guru menyampaikan isi kandungan agar mudah difahami dan dapat
menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. PPK melibatkan penggunaan analogi,
contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, disamping mengambil kira latar
belakang pelajar.
Konsep mengenai penguasaan isi kandungan dan ilmu pedagogi yang
disebut sebagai Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) merupakan suatu konsep
yang penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru yang cemerlang
tidak boleh secara mudah hanya mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang
konsep, prinsip atau teori, tetapi juga amat perlu menguasai cara menggambarkan
konsep subjek tersebut kepada para pelajar. Dalam erti kata lain, guru juga perlu
menguasai cara-cara memahamkan para pelajarnya tentang suatu konsep. Menjadi
seorang guru dengan hanya mempunyai pengetahuan pedagogi umum sahaja atau
hanya bercakap mengenai isi kandungan mata pelajaran sahaja adalah tidak
mencukupi bagi menghasilkan suatu pengajaran yang berkesan. Guru seharusnya
perlu mempunyai pengetahuan tentang pedagogi yang pelbagai seperti strategi
penilaian, perancangan pengajaran dan pengetahuan konsep yang diajar.
Cara penyampaian isi kandungan dan penguasaan isi kandungan yang
disampaikan merupakan dua eleman yang penting dalam menghasilkan suatu
pengajaran yang baik. Oleh yang demikian, permasalahan yang timbul berkenaan
dua eleman ini akan merencatkan pembentukan pengajaran yang berkesan.
Sesetengah bakal guru masih kurang mempelbagaikan strategi pengajaran mereka.
Apabila guru mengajar dan pelajar hanya belajar fakta, maka lama-kelamaan

sesuatu subjek tidak digemari kerana subjek tersebut membosankan yang berpunca
daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pasif. Maka, keadaan ini
telah memperlihatkan bahawa ilmu mengenai pendekatan PdP yang bersifat aktif
kurang dikuasai oleh bakal guru. Situasi ini membawa kepada pembentukan
persepsi dalam kalangan murid bahawa sesuatu merupakan subjek yang sukar
untuk difahami disebabkan oleh cara penyampaian yang tidak berkesan oleh bakal
guru. Aspek kedua yang memberi pengaruh terhadap kejayaan pelaksanaan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid adalah penguasaan guru dalam pengetahuan isi
kandungan subjek. Seandainya terdapat pengetahuan konseptual subjek yang salah
dalam kalangan guru maka perlulah untuk ditangani dengan segera.
Pengetahuan kandungan yang dimiliki oleh guru adalah suatu yang masih
belum mencukupi untuk menjadikan seseorang guru itu berkesan dalam pengajaran.
Dalam hal ini, guru juga perlu mempunyai kebolehan dalam menukarkan
pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada bentuk pengetahuan yang dapat
difahami oleh murid. Dalam proses pertukaran bentuk pengetahuan kandungan ini,
pengetahuan pedagogi diperlukan dalam menyampaikan isi kandungan yang diajar
oleh guru kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan terjadi
sekiranya guru dan pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas.
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) adalah suatu pengetahuan yang
khusus untuk pengajaran dan berupa suatu yang unik. PPK memaparkan suatu set
percampuran antara isi kandungan dan pedagogi yang diaplikasikan untuk
penghasilan kefahaman bagi suatu topik, masalah atau isu secara tersusun dan
bersesuaian dengan kepelbagaian minat dan kebolehan pelajar dalam suatu proses
penyampaian.

Di Pusat Pengajian, pelajar pendidikan banyak didedahkan dengan pengetahuan


mengenai isi kandungan mata pelajaran atau spesifiknya merujuk kepada mata
pelajaran khusus. Maka dengan itu, pengetahuan akademik pelajar pendidikan ini
perlu ditransformasikan kepada aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Pelajar
pendidikan dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam PPK melalui
refleksi terhadap pengalaman latihan mengajar mereka. Kajian menunjukkan roses
refleksi danp pengalaman latihan mengajar akan mengukuhkan lagi pengetahuan
pedagogi, pengetahuan isi mata pelajaran, serta pengetahuan konstektual yang
membentuk PPK seseorang pelajar perguruan. Kajian juga mendapati akan
kepentingan pengalaman mengajar sesuatu mata pelajaran bagi meningkatkan lagi
PPK pelajar perguruan. Kesukaran dalam meningkatkan tahap PPK pelajar
perguruan juga dikaitkan dengan cara-cara mata pelajaran diajar oleh pensyarah di
universiti. Pengajaran merupakan proses yang kompleks dan adalah menjadi
sesuatu yang penting untuk menggalakkan pelajar perguruan untuk berkongsi
pengalaman mereka mengajar sewaktu latihan mengajar dalam meningkatkan lagi
tahap kefahaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.
Elemen-elemen kebolehan untuk mempersembahkan subjek yang menarik
minat murid, kebolehan dalam mengurus soalan-soalan yang tak terduga, kebolehan
dalam menjadi murid faham dengan isi kandungan, kebolehan dalam menjadi guru
yang cekap dalam pengetahuan kandungan dan kefahaman kandungan dalam diri
sendiri serta kebolehan mengendalikan hubungan sesama insan dan peraturan
sekolah juga perlu dimantapkan lagi oleh guru-guru.

Potrebbero piacerti anche