Sei sulla pagina 1di 4

Tajuk 4 :Pengurusan dan Pentadbiran

Subtajuk:4.1: Pendaftaran Ahli Kumpulan


4.2: Kuasa Penganjur
4.3 Struktur Unit
4.4 Pengurusan Folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti
4.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
--Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik.
--Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi
mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.
Komposisi keahlian adalah seperti berikut :
--Ahli kanak-kanak (Sekolah rendah)
--Belia (Sekolah menengah)
--Pasukan bantuan sukarela (Dewasa, guru pelatih, mahasiswa, para ikhtisas, anggota perubatan)
--Ahli seumur hidup (Atas bayaran sekurang-kurangnya RM1000)
--Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang beri sumbangan)
Keahlian Biasa
--Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2.00 setahun.
--Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.
--Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang
Ahli Belia
--Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut
:
--Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak ( Link ).
--Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda ( Junior )
--Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela ( Voluntary Aid Detachment-VAD)
Ahli Seumur Hidup

--Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan.


--Yuran : Tidak kurang daripada RM1000.00.
Ahli Kehormat Seumur Hidup
--Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan.
--Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun.
Pasukan Bantuan Sukarela
--Yuran RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun.
Pendaftaran ahli
--Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan.
--Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing.
--Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa
Eksekutif Cawangan.
Penyelarasan pendaftaran keahlian
--Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui
Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan.
--Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang.
--Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar.
Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah
diserahkan kepada:
--Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan,
--Salinan kedua disimpan oleh Cawangan.
--Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit.
--Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup.
Pendaftaran kumpulan
--Pasukan kanak-kanak
--Pasukan Belia
--Pasukan Belia Terbuka

--Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam


--Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
--Pasukan Bantuan Sukarela di IPT
Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak / belia
--Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM.
--Setiap pasukan Minimum 15 ahli.
--Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak
Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan
--Cawangan perlu mengangkat permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Kebangsaan untuk kelulusan dan
pendaftaran jika tepati syarat.
--Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh IPK dan dihantar ke sekolah. --Borang Semakan
Pendaftaran Keahlian Tahunan perlu diperbaharui setiap tahun sebelum Februari disertai dengan yuran
tahunan ahli.
Pendaftaran pasukan belia terbuka
--Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.
--Ahli Minimum 15 orang.
--Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan
Sijil Pendaftaran Pasukan.
Pendaftaran pasukan bantuan sukarela
--Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang.
--Ahli Minimum 15 orang.
--Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak.
4.2 kuasa penganjur
Tanggungjawab kuasa penganjur
--Meluluskan pendaftaran tahunan melalui IPK.
--Merupakan salah seorang dari 2 penurun tandatangan rasmi bagi akaun unit BSMM. --Mengesahkan
penyata akaun unit yang disediakan pemimpin BSMM.
--Mengesahkan sebarang surat rasmi yang berkaitan BSMM --Meluluskan permohonan untuk aktiviti
luar.

--Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolah.


4.3 Struktur Unit
Struktur unit terdiri daripada
--Kanak-kanak (Link)
--Belia (Youth) --Pasukan Bantuan Sukarela
--Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit
Merah Malaysia.
--Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing.
--Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua.
--Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh
guru besar.
--Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari Cabang
mana dan dari bahagian apa.
--Contohnya : Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak ( ditunjukkan oleh huruf PK),
merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.
4.4 pengurusan buku log / laporan aktiviti
Buku Log
--Mengandungi cacatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan
seseorang.
--Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan cacatan harian sesuatu aktiviti
--Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x
32cm)
--Kulit luar dibalut dengan plastik ( pvc book wrapper ) agar tidak mudah rosak.

Potrebbero piacerti anche