Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-4 2014

SMK PALONG 2 (F), 73450 GEMAS


Tarikh: 18 Ogos 2014
Masa: 3.00 petang
Tempat: Balai Ibnu Sina

Kehadiran:
Puan Latipah Binti Mansor PK Pentadbiran
En. Arif Dzaky Bin Salehan GKMP Bahasa
En. Muhammad Ikram Bin Mustafa
Pn. Syamsurina Binti Latip

Tidak Hadir Bersebab:
Cik Farrah Dibba Binti Ahmad Fadzil
Pn. Emydatul Saida Binti Zainal

Agenda: Ucapan Pengerusi Majlis
Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
Pembentangan Hala tuju SMK Palong 2 (F)
Perkara Berbangkit
Hal - Hal Lain
Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah
1.2. Mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir Pn. Latipah Binti Mansor dan guru-guru di
bawah panitia Bahasa Inggeris ke mesyuarat panitia kali ke-4 untuk tahun 2014.
Pengerusi menerangkan tentang hala tuju SMK Palong 2 (F) iaitu memfokuskan
kepada peningkatan akademik bagi peperiksaan PT 3 dan SPM untuk tahun 2014
Mengucapkan tahniah kepada barisan pendidik yang telah bertungkus lumus untuk
verifikasi kecemerlangan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dan telah membantu
sekolah mendapat anugerah kecemerlangan baiah peringkat negeri.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
Cadangan: En. Muhammad Ikram Bin Mustafa
Sokongan: Sebulat suara

3. Laporan Ketua Bidang tentang rumusan dapatan lawatan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti
3.1. Pengesahan RPT, HSP dan SP oleh pihak pengurusan sekolah perlu dilaksanakan untuk
memastikan RPT, HSP dan SP adalah menepati kehendak kurikulum terkini.
3.1.1. Pengerusi memaklumkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang telah
diambil ialah semua guru telah dimaklumkan berkenaan hal tersebut dan pihak
pengurusan telah mengesahkan semua dokumen yang berkenaan.
3.2. Amalan membuat pembetulan perlu diperteguhkan dalam kalangan murid supaya murid
dapat menguasai pembelajaran.
3.2.1. Barisan pentadbir telah mengingatkan semua guru agar memberi penekanan yang
sewajarnya kepada semua murid untuk membuat pembetulan bagi setiap latihan
yang diberikan.
3.3. Penggunaan Bahasa Inggeris perlu dioptimakan dengan sebaik mungkin untuk memberi
pendedahan dan pengalaman murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
3.3.1. Semua guru Bahasa Inggeris telah dimaklumkan agar menggunakan Bahasa
Inggeris sepenuhnya semasa proses PDP dijalankan dan mengoptimumkan
penggunaan Bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan murid-murid di luar bilik
darjah bagi menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam
kehidupan seharian.

4. Pencerapan guru dan buku latihan pelajar
4.1. Pencerapan guru bagi sesi kedua
4.2. Pencerapan buku latihan pelajar bagi pelajar tingkatan 5 perlu dihantar kepada Pengetua
pada tarikh yang ditetapkan.

5. Ujian Lisan PT 3
5.1. Ujian Mendengar PT 3 Bahasa Inggeris bagi tahun 2014 telah dijalankan pada 13 Ogos
2014 dan terdapat 2 orang pelajar tidak hadir semasa ujian tersebut.
5.2. Ujian Bertutur PT 3 Bahasa Inggeris bagi tahun 2014 telah bermula pada 6 Ogos 2014 dan
dijangkakan tamat pada 29 Ogos 2014 mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semua pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut.
5.3. Markah perlu dihantar sebelum

6. ULBS
6.1. Markah bagi peperiksaan ULBS SPM telah dikemaskinikan di laman sesawang Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
6.2. Semua pelajar tingkatan 5 telah menduduki peperiksaan ULBS tersebut.
6.3. Pentaksir kawasan telah datang melawat pada 19 Mei 2014
6.4. Laporan pelaksanaan ULBS telah dihantar kepada pentaksir kawasan.
7. Lesson Study
7.1. Laporan bagi pelaksanaan program lesson study Bahasa Inggeris sesi satu telah dihantar
kepada Cik Shahida Sharim pegawai Bahasa Inggeris di PPDJJ
7.2. Tarikh pelaksanaan bagi sesi kedua program lesson study adalah bermula bulan Jun
sehingga Oktober 2014 dan laporan perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2014.

8. Hal - Hal lain:
8.1. SMK Palong 2 (F) telah dipilih sebagai sekolah perintis untuk pelaksanaan Ops-English
bagi tahun 2015. Sesi LDP bagi pelaksanaan program Ops-English di dalam PDP akan
ditetapkan tarikhnya.
8.2. Laporan Minggu Bahasa 2014 telah disedikan oleh Pn. Fatimah Binti Ibrahim
8.3. Guru-guru digalakkan untuk menggunakan bilik SALC semasa proses PDP dan mengisi
buku tempahan bilik di bilik guru. Kerjasama guru-guru adalah diperlukan bagi
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik SALC dapat dikekalkan.
8.4. Pn. Latipah Binti Mansor telah mencadangkan untuk memanggil guru pakar dari luar
untuk memberikan bengkel teknik menjawab bagi peperiksaan SPM.

9. Penutup
Pengerusi memohan maaf sekiranya terdapat kesalahan yang beliau lakukan semasa
mengendalikan mesyuarat.
Guru-guru Bahasa Inggeris diharap dapat memberikan kerjasama yang sepenuhya bagi
memastikan kecemerlangan pelajar dapat dikekalkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Dicatat dan disediakan oleh:


MUHAMMAD IKRAM BIN MUSTAFA
(KP BAHASA INGGERIS)
Disemak Oleh:


EN. ARIF DZAKY BIN SALEHAN
(GKMP BIDANG BAHASA)