Sei sulla pagina 1di 27

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANAI

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KETIGA


TARIKH

: 19 MEI 2011

HARI

: KHAMIS

MASA

: 2.30 PM

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN

: 1) Pn. Hjh Shamsukinah bt Saad ( Guru Besar )


2) En. Mat Tahir bin Mat ( PK Pentadbiran )
3) Pn. Che Fatimah bt Abdul Rahim ( Pengerusi )
4) En. Mohd Shahrir bin Hanafiah
5) Pn. Firdaus bt Mohd Noor

TIDAK HADIR

: 1) Pn. Salmawati bt Ibrahim ( Bersebab )

1. Perutusan Y. Bhg. Pengerusi


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang
diberikan.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Minit mesyuarat dibentangkan oleh pengerusi mewakili setiausaha yang tidak dapat
hadir. En. Mohd Shahrir mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh Pn. Firdaus.

Tindakan : Makluman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Merujuk perkara 4.1 Walking Dictionary menimbulkan salah faham dalam
kalangan ibu bapa tentang makna perkataan yang diletakkan pada murid. Banyak
kad yang rosak disebabkan kurang berkualiti. En. Mohd Shahrir mencadangkan
menggunakan strap supaya tahan lebih lama

Tindakan : Makluman

4. Isu- isu Semasa ( Kurikulum)

4.1 Maklumat Pihak Atasan

4.1.1

Guru yang mengajar Tahun 1 (KSSR) mestilah guru yang opsyen Bahasa
Inggeris. Adalah menjadi kesalahan sekiranya guru bukan opsyen yang
mengajar Tahun 1.

4.1.2

Maklumat Kursus PBS di IAB berkaitan Pentaksiran Sekolah, penyediaan


JSU, domain-domain penilaian, definisi pentaksiran, proses pembinaan ujian
dan proses pembinaan spesifikasi ujian berdasarkan kepada Teori
Taksonomi Bloom.

4.1.3

Bengkel pengurusan dan post-mortem di PKG Kodiang Sasaran UPSR


2011, Kedah tempat ke-2 (69.3%) di Malaysia. UPSR 2010, peratusan
kegagalan 10% (3300 orang) daripada calon murid Kedah adalah mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Bagi mencapai sasaran tersebut sekolah
digalakkan perbanyakkan program untuk mengurangkan sisipan dan
perbanyakkan latihan.

4.1.4

Bank Item mengandungi item-item soalan mengikut aras rendah,


sederhana dan tinggi.

4.1.5

Program Pemantapan Bahasa Inggeris yang dihadiri oleh En. Mohd Shahrir
menekankan kepada peningkatan Bahasa Inggeris Tahun 6 penekanan

kepada kertas 2 diterangkan tentang teknik-teknik untuk menguasai kertas


2. Guru Besar mencadangkan supaya mendapatkan modul Galus daripada
Pn. Maheran untuk membantu murid-murid Tahun 6.

Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan Panitia.

4.2.1

Bajet 2011 - Jumlah wang panitia adalah sebanyak RM781.00 dan kini baki
adalah sebanyak RM78.10. Semua bahan yang dipesan telah diserahkan
kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

4.2.2

Penggunaan ABM - Penggunaan ICT bagi Tahap 2 adalah di bangunan D


dan Tahap 1 mempunyai masalah LCD yang kurang jelas.

4.2.3

Penggunaan buku latihan murid - Tahun 1 dan 2 (4 buah buku), Tahun 3


dan 4 (3 buah buku), Tahun 5 dan 6 (4 buah buku). Buku aktiviti tambahan
yang difotostat bagi murid Tahun 3 ada segelintir murid yang
menghilangkan buku. Murid yang menghilangkan buku perlu membayar balik
harga buku tersebut.

4.2.4

Ujian dan peperiksaan - Soalan Spelling Tahap 1 dan 2 telah siap


disediakan. Lisan SBOA boleh dilaksanakan mulai bulan Mac dan dibuat
dua kali setahun.

4.2.5

Pemantauan Kurikulum Berkualiti - telah dijalankan oleh pihak pentadbir.


Guru-guru perlu ambil perhatian kepada perkara-perkara yang dinilai
terutama penggunaan bahasa surat.

4.2.6

Analisa Ujian 1 dan 2 ( Lampiran ).

4.2.7

Post-mortem - Langkah-langkah untuk mengatasi masalah penguasaan


Bahasa Inggeris

i)

English Day diadakan pada hari Khamis.

ii)

Shared reading mesti dibuat pada permulaan p & p.

iii)

Banyakkan latihan dalam kelas.

4.2.8

Headcount - Tahun 2 hingga 6 telah siap, Tahun 1 akan disediakan selepas


Peperiksaan Pertengahan Tahun.

4.2.9

Pelan Strategik 2011 - 80% aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan
lancar.

4.2.10 Fail panitia - telah dilengkapkan.

Tindakan : Semua guru

5. Hal-hal lain.

5.1 Kelas tambahan Tahun 6 dibantu oleh En. Mohd Shahrir.

5.2 En. Mat Tahir meminta supaya guru-guru dapat membuat pemeriksaan buku latihan
murid dengan lebih teliti supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.

Tindakan : Semua guru

6. Penutup.

Guru Besar berharap semoga semua guru dapat memastikan setiap tugas dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kejayaan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..

(FIRDAUS BT MOHD NOOR)

(CHE FATIMAH BT ABDUL RAHIM)


PENGERUSI,
PANITIA BAHASA INGGERIS.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANAI


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA
TARIKH

: 09.01.2013

HARI

: RABU

MASA

: 2.30 PM

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN

: 1) Tn. Hj Abu Hassan bin Saad (PK Pentadbiran)


2) En. Mohd Shahrir bin Hanafiah (Pengerusi)
3) Pn. Firdaus binti Mohd Noor
4) Pn. Che Fatimah binti Abdul Rahim
5) Pn. Salmawati binti Ibrahim

1. Perutusan Y. Bhg. Pengerusi


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas kehadiran dan kerjasama
yang diberikan.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Minit mesyuarat dibentangkan oleh setiausaha. Pn Salmawati mencadangkan supaya
minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Che Fatimah.

Tindakan : Makluman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Merujuk perkara 3.2 - Pemberian hadiah untuk murid-murid yang membuat buku
skrap dengan kemas dan baik akan dilaksanakan pada tahun 2013.
3.2 Merujuk perkara 3.3 - Perubahan sudut MBMMBI disepanjang laluan kelas
Tahap 2 telah dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

Isu- isu Semasa ( Kurikulum)

4.1 Maklumat Pihak Atasan

4.1.1

Majlis Perjumpaan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Bersama


Pengetua dan Guru Besar meminta supaya semua guru
memahami Anjakan Pendidikan dan Aspirasi Kedah Top 5 2015.

4.1.2

Guru Besar meminta supaya membuat post-mortem pencapaian


Bahasa Inggeris UPSR 2012. Perancangan program peningkatan
harus dimasukkan dalam perancangan strategik.

Tindakan : Semua guru

4.1.3

Perlu membuat Headcount untuk Tahap 2 sahaja.

Tindakan : Guru Tahap 2

4.1.4

Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali


setahun.

4.1.5

Menyediakan perancangan strategik 2013 2015 perlu fokus


kepada anjakan murid.

Tindakan : Semua guru

4.1.6

Mulai Tahun 2013 murid Tahun 1 hingga Tahun 3 akan


diadakan saringan Linus.

4.1.7

Proses memasukkan prestasi murid dalam SPPBS adalah setiap


bulan.

Tindakan : Guru-guru Tahap 1

4.1.8

Program MBMMBI aktiviti boleh digabungkan dengan panitia


lain dan boleh dijalankan semasa perhimpunan.

4.1.9

Pencerapan guru-guru akan dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali


setahun

Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan Panitia.

4.2.1

Perancangan untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris


Tahun 1 hingga Tahun 6 :
4.2.1.1 Walking Dictionary melibatkan murid Tahun 1 hingga
Tahun 6.
4.2.1.2 Reading Project Tahap 2 sahaja.
4.2.1.3 Basic Grammar - Tahun 4 dan Tahun 5.
4.2.1.4 Daily Morning Drill - setiap hari Rabu (Perhimpunan).

Tindakan : Semua guru

4.2.2

Penggunaan Buku Eviden untuk Tahun 1 dan Tahun 2 buku ini


akan dibeli sebanyak 2 buah untuk kegunaan guru Tahun 1 dan
Tahun 2.

4.2.3

Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2012 (rujuk lampiran) telah


dbentang dan dibincangkan.

4.2.4

Anggaran perbelanjaan Tahun 2013 - baki dari Tahun 2012


adalah sebanyak RM2.02 dan ditambah kepada peruntukan pada
tahun 2013 sebanyak RM664.56 menjadikan jumlah sebanyak
RM666.58.

4.2.5

Peralatan yang akan dibeli - plastisin, kad nama berserta dengan


tali, buku eviden 2 buah dan kad manila. Setiap pembelian adalah
menggunakan nota minta.

4.2.6

Perancangan Strategik 2013 2015 - penambahbaikan daripada


perancangan yang lalu.

Tindakan : Pengerusi

4.2.7

Fail Panitia akan dilengkapkan.

Tindakan : Setiausaha

Hal-hal lain.

5.1 Pn Che Fatimah mencadangkan bagi English Carnival tahun ini tidak melibatkan
action song hanya fokus kepada satu penyertaan sahaja iaitu poetry reading bagi
Tahap 1 dan Tahap 2.

Tindakan : Semua guru

Penutup.

Pengerusi berharap semoga semua guru dapat memastikan setiap tugas dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kejayaan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..

(FIRDAUS BT MOHD NOOR)

(MOHD SHAHRIR BIN HANAFIAH)

SETIAUSAHA,

PENGERUSI,

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB.

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANAI


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-2
TARIKH

: 07.05.2013

HARI

: SELASA

MASA

: 2.30 PM

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN

: 2) En. Mohd Shahrir bin Hanafiah (Pengerusi)


3) Pn. Firdaus binti Mohd Noor
4) Pn. Che Fatimah binti Abdul Rahim
5) Pn. Salmawati binti Ibrahim

1. Perutusan Y. Bhg. Pengerusi


Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan kerjasama yang diberikan.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Minit mesyuarat dibentangkan oleh setiausaha. Pn Che Fatimah mencadangkan
supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Salmawati.

Tindakan : Setiausaha

3. Perkara Berbangkit

3.1 Merujuk perkara 3.1 - Hadiah untuk murid-murid yang membuat buku skrap
dengan kemas dan baik bagi murid Tahun 3 akan diberikan mengikut kelas, iaitu
tempat pertama bernilai RM5, kedua RM3 dan ketiga RM2. Pembelian hadiah
akan diserahkan kepada Pn. Puteh.

Tindakan : Guru-guru Tahun 3

3.2 Merujuk perkara 4.1.7 - Proses memasukkan prestasi murid dalam SPPBS
sedang dilaksanakan.

Tindakan : Guru-guru Tahap 1

3.3 Merujuk perkara 4.1.8 - Program MBMMBI aktiviti akan digabungkan dengan
Panitia Bahasa Melayu dan masih dalam perbincangan.

Tindakan : Pengerusi

3.4 Merujuk perkara 4.2.1.1 - Walking Dictionary Bahan yang diperlukan ialah
plastik laminate dan tali.

Tindakan : Pengerusi

3.5 Merujuk perkara 4.2.1.2, 4.2.1.3, 4.2.1.4 Reading Project, Basic Grammar dan
Daily Morning Drill berjalan seperti yang dirancang.
3.6 Merujuk perkara 4.2.2 Buku Eviden untuk rujukan guru bagi Tahun 1 dan
Tahun 2 adalah dibekalkan.

Tindakan : Guru Tahun 1 dan Tahun 2

3.7 Merujuk perkara 4.2.5 Peralatan yang akan dibeli ahli panitia masih belum
menerima kad manila.
Tindakan : Pengerusi

4. Isu- isu Semasa ( Kurikulum)

4.1 Maklumat Pihak Atasan

4.1.1

Tn. Hj. Halim b. Mansor (PPD Kubang Pasu) - 50% pegawai PPD
akan turun ke sekolah-sekolah untuk memantau pengajaran guru.
PKG Tunjang, SKSB termasuk antara sekolah yang akan dilawati
bermula bulan Mei. Menegaskan tentang aspirasi JPN menjadikan
Kedah Top 5 2015.

4.1.2

Guru Besar - Sasaran UPSR (2013) Peratus lulus adalah 90.48%


(38 daripada 42 orang lulus) Gred purata adalah 2.45.

Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan Panitia.

4.2.1

Guru-guru diingatkan supaya menulis refleksi.

4.2.2

Semakan buku latihan guru-guru perlu teliti.


Tindakan : Semua guru

4.2.3

Pn. Salmawati telah menghadiri Taklimat Pengendalian Saringan 1


Baseline Program Linus Tahun 1(Lampiran). Hasil daripada taklimat
tersebut guru Tahun 1 dikehendaki menjalankan saringan 1 dan
saringan untuk reading and writing sedang dilaksanakan.

Pelaksanaan reading and writing perlu dihabiskan sebelum 16 Mei


2013. Kursus Linus akan diadakan pada 18 hingga 21 Mei 2013.

Tindakan : Guru Tahun 1

5. Hal-hal lain.

5.1 Pn Salmawati menyatakan bahawa guru Tahap 1 mempunyai masa yang padat
ditambah lagi dengan Program Linus bagi Tahun 1 menyebabkan guru Tahun 1
akan bertindak sebagai guru pemulihan dalam masa yang sama. Ini akan
menyebabkan guru Tahun 1 menghadapi pertambahan masa.

Tindakan : Pengerusi

6. Penutup.

Pengerusi berharap semoga semua guru dapat memastikan setiap tugas dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kejayaan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..

(FIRDAUS BT MOHD NOOR)

(MOHD SHAHRIR BIN HANAFIAH)

SETIAUSAHA,

PENGERUSI,

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB.

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANAI


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-3
TARIKH

: 28.07.2013

HARI

: AHAD

MASA

: 1.30 PM

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN

: 1) En. Mohd Shahrir bin Hanafiah (Pengerusi)


2) Pn. Firdaus binti Mohd Noor
3) Pn. Che Fatimah binti Abdul Rahim
4) Pn. Salmawati binti Ibrahim

1. Perutusan Y. Bhg. Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan kerjasama yang diberikan.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Minit mesyuarat dibentangkan oleh setiausaha. Pn Salmawati mencadangkan supaya
minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Che Fatimah.

Tindakan : Setiausaha

3. Perkara Berbangkit

3.1 Merujuk perkara 3.1 - Senarai hadiah untuk pertandingan buku skrap Tahun 3
telah diserahkan kepada Pn. Puteh.

Tindakan : Pengerusi

3.2 Merujuk perkara 3.3 - Program MBMMBI aktiviti digabungkan dengan Panitia
Bahasa Melayu telah dilaksanakan.

Tindakan : Pengerusi

3.3 Merujuk perkara 3.4 Walking Dictionary bahan yang diperlukan telah
ditempah tetapi masih belum diterima.

Tindakan : Pengerusi

3.4 Merujuk perkara 3.5 Reading Project, Basic Grammar dan Daily Morning Drill
akan dilaksanakan selepas hari raya.

Tindakan : Pengerusi

3.5 Merujuk perkara 3.7 Barang yang ditempah masih belum diterima.

Tindakan : Pengerusi

Isu- isu Semasa ( Kurikulum)

4.1 Maklumat Pihak Atasan

4.1.1

Guru Besar meminta supaya guru-guru berusaha bersungguhsungguh bagi meningkatkan prestasi murid-murid.

Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan Panitia.

4.2.1

Guru-guru diingatkan supaya menulis refleksi selepas pengajaran


dan pembelajaran.

4.2.2

Semakan buku latihan guru-guru perlu teliti tentang jawapan


murid, tarikh, hari dan tulisan murid.
Tindakan : Semua guru

4.2.3

Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun. (Lampiran)

Tindakan : Semua guru

Hal-hal lain.

5.1 Kertas kerja Asah Minda Jana Kreativiti 2013 - dijalankan selepas peperiksaan
akhir tahun. Setiap panitia akan mengambil alih. Setiap hari aktiviti dijalankan
oleh panitia yang ditetapkan mengikut jadual. Setiap panitia hanya sekali sahaja
menjalankan aktiviti. Program ini bertujuan untuk memberi semangat pengajaran
dan pembelajaran secara terus-menerus.
5.2 Bilik MBMMBI speaker rosak dan syiling bocor.
5.3 Laporan panitia format laporan telah disediakan bagi kemudahan ketua panitia
menyediakan laporan. (Lampiran).

Tindakan : Pengerusi

Penutup.

Pengerusi berharap semoga semua guru dapat memastikan setiap tugas dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi peningkatan prestasi murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..

(FIRDAUS BT MOHD NOOR)

(MOHD SHAHRIR BIN HANAFIAH)

SETIAUSAHA,

PENGERUSI,

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB.

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANAI


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-4
TARIKH

: 03.11.2013

HARI

: AHAD

MASA

: 9.00 AM

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN

: 1) Pn. Jamaliah bt Jamaluddin (PK HEM)


2) En. Mohd Shahrir bin Hanafiah
3) Pn. Firdaus bt Mohd Noor
4) Pn. Che Fatimah bt Abdul Rahim

5) Pn. Salmawati bt Hj Ibrahim

1. Perutusan Y. Bhg. Pengerusi


Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan kerjasama yang diberikan.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


Minit mesyuarat dibentangkan oleh setiausaha. Pn Che Fatimah mencadangkan
supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Salmawati.

Tindakan : Setiausaha

3. Perkara Berbangkit

3.1 Merujuk perkara 3.3 - Walking Dictionary tidak dapat dijalankan disebabkan
peruntukan yang tidak mencukupi. Aktiviti ini akan dibawa ke tahun hadapan.

Tindakan : Pengerusi

3.2 Merujuk perkara 5.2 - Laporan tentang speaker yang rosak dan syiling bocor di
bilik MBMMBI telah pun dibuat namun tiada sebarang tindakan daripada pihak
pentadbiran.

Tindakan : Pengerusi

4. Isu- isu Semasa ( Kurikulum)

4.1 Maklumat Pihak Atasan

4.1.1

Guru Besar meminta supaya guru-guru berusaha bersungguhsungguh dalam mendidik murid-murid.

Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan Panitia.

4.2.1

Semakan buku latihan - Guru Besar meminta supaya membuat


semakan secara teliti.
Tindakan : Semua guru

4.2.2

Perancangan Strategik Peningkatan Akademik 2014 perlu disiapkan


sebelum 10 November 2013 dan diserahkan kepada PK Pentadbiran.

Tindakan : Pengerusi

4.2.3

Penggunaan buku tulis 2014 :


4.2.3.1 Tahun 1 : 3 buah buku panjang dan 1 buah buku garis 3.
4.2.3.2 Tahun 2 : 2 buah buku panjang ,1 buah buku garis 3 dan 1
fail utk PBS.
4.2.3.3 Tahun 3 : 2 buah buku panjang, 1 buah buku garis 3 dan 1
fail utk PBS.

4.2.3.4 Tahun 4 : 2 buah buku pendek dan 1 buah buku panjang.


4.2.3.5 Tahun 5 & 6 : 3 buah buku pendek dan 1 buah buku panjang.

Tindakan : Pengerusi

4.2.4

Kemas kini fail panitia.


Perkara-perkara berikut perlu dimasukkan dalam fail :
4.2.4.1 dokumen standard.
4.2.4.2 contoh rancangan pengajaran harian.
4.2.4.3 Surat-surat panggilan kursus, bengkel atau mesyuarat.

Tindakan : Semua guru

4.2.5

Anggaran Penggunaan Belanja Mengurus Panitia 2014 :


4.2.5.1 Tahap 1 Kertas warna saiz A4 ( 3 rim ), kad manila, gunting
(30) dan gam (30).
4.2.5.2 Tahap 2 Kertas warna saiz A4 ( 4 rim ).

Tindakan : Pengerusi

5. Hal-hal lain.

5.1 Laporan panitia format laporan telah disediakan bagi kemudahan ketua panitia
menyediakan laporan.
5.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli panitia atas
kerjasama menjayakan Program Asah Minda Jana Kreativiti.

Tindakan : Pengerusi

6. Penutup.

Pengerusi berharap semoga semua guru dapat menyelesaikan semua tugasan terakhir
bagi tahun 2013 dan membuat persediaan bagi menghadapi tahun 2014.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..

(FIRDAUS BT MOHD NOOR)

(MOHD SHAHRIR BIN HANAFIAH)

SETIAUSAHA,

PENGERUSI,

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB.

PANITIA BAHASA INGGERIS SKSB