Sei sulla pagina 1di 9

BAHAGIAN B : PENULISAN AKADEMIK (50%) Aural dan Nyanyian Semerta II merupakan satu kemahiran tambahan kepada guru muzik.

Kemahiran ini membantu guru muzik dalam mengendalikan aktiviti muzikal di dalam bilik darjah. Aktiviti muzikal yang menarik dan kreatif akan membentuk insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Guru muzik yang mempunyai kemahiran diri yang tinggi dan keyakinan diri yang baik akan menjadi seorang guru muzik yang efektif. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta dan latihan pendengaran merupakan antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pemuzik ini.

Nada

Suara Komponen Asas Dalam Nyanyian

Irama

Sebutan

Pernafasan

Rajah 1 : Komponen Asas Dalam Aural dan Nyanyian

Irama Ekspresi Melodi

Tekstur

Warna Ton

Harmoni

Konsep Muzik Dalam Aural & Nyanyian Semerta

Bentuk

Rajah 2 : Konsep Muzik yang Berkaitan dalam Aural dan Nyanyian Semerta

Aural

Daya Ingatan

Fizikal

Persembahan Muzikal

Lagu Sebagai Sumber Utama

Verbal

Interaksi

Komunikasi

Rajah 3 : Pembahagian Lagu Sebagai Sumber Utama

i.

Huraikan aspek-aspek teori muzik yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Aural dan Nyanyian Semerta merangkumi pelbagai aspek teori khususnya

dalam nyanyian semerta. Pelajar seharusnya peka terhadap beberapa aspek teori muzik sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Antara aspek-aspek teori tersebut adalah nada, irama, pernafasan, sebutan dan suara. Nada dimaksudkan atau dikaitkan dengan pic kerana lontaran suara pelajar dalam pelbagai nada memainkan peranan yang penting dalam nyanyian semerta. Nyanyian semerta oleh pelajar perlu menepati nada yang bersesuaian dan tepat picnya. Jika tidak, nyanyian semerta pelajar akan menjadi sumbang.

Keduanya, pelajar juga perlu mengetahui irama keratan lagu yang akan dinyanyikan sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Setiap keratan lagu mempunyai irama atau detik yang tersendiri. Oleh itu, wajar untuk pelajar memahami dan mempelajari teori muzik tentang kepelbagaian irama. Kefahaman tentang irama dapat membantu pelajar untuk mendapatkan corak irama yang betul dengan setiap nilai not yang terdapat dalam sesebuah keratan lagu. Sebelum bernyanyi nyanyian semerta pelajar dapat membayangkan detik irama secara penghafazan. Kefahaman tentang nilai-nilai not dan tanda rehat secara pembelajaran aspek teori muzik sangat mempengaruhi nyanyian semerta seseorang penyanyi atau pelajar muzik. Misalnya, pelajar perlu mengetahui carta nilai not seperti di bawah :

Seterusnya,

pelajar

juga

perlu

mengetahui

aspek

pernafasan

sebelumbernyanyi nyanyian semerta. Kebanyakan pendidik muzik atau guru-guru vokal akan memberi penekanan yang lebih utama terhadap pernafasan dalam nyanyian kerana ini mempengaruhi penghasilan suara dan nyanyian yang lebih jelas dan tepat picnya. Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian semerta juga, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan. Dalam nyanyian semerta juga, pelajar seharusnya perlu mengetahui sebutan bunyi vokal dan konsonan yang tepat dan jelas. Untuk menghasilakan pengeluaran ton yang baik ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting, iaitu tenaga, intensity, kekuatan bunyi dan harakat (panjang dan pendek). Pernafasan dan bentuk mulut akan mengahasilkan sebutan yang jelas, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsosnan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu ditekankan. Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal adalah seperti berikut :

Latihan mengikut solfege juga mempengaruhi nyanyian semerta seseorang pelajar. Jadi, wajarlah kepada seseorang pelajar untuk bersedia lebih awal dengan aspek teori dari segi solfege supaya nyanyian semertanya menepati melodi dan pic yang tepat. Contoh latihan solfege tangan adalah seperti berikut :

Secara keseluruhannya, muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mende ngar secara mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta merupakan antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pendidik muzik. Kefahaman tentang aspek-aspek teori muzik akan membantu untuk melahirkan seorang pemuzik yang baik dan handal.

ii.

Bincangkan persediaan umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta.

Nyanyian semerta merupakan satu elemen yang penting dalam bidang nyanyian. Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan melaui nyanyian kita dapat mempelajari dan memperluaskan budaya serta memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat. Nyanyian dapat memperkayakan imaginasi seseorang individu, mempertingkatkan daya

pemikiran, memberikan keseronokan dan kegembiraan, memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan, memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul, membina keyakinan diri dan seterusnya dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu, wajarlah seseorang untuk membuat beberapa persediaan dalam nyanyian sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti beberapa prinsip dan peraturan yang penting dalam latihan nyanyian. Bukan itu sahaja malah kita perlu

mempraktiskan peraturan tersebut dalam latihan nyanyian semerta. Antaranya adalah sentiasa bersikap positif dan menganggap latihan nyanyian sebagai satu tugasan yang menyeronokkan serta memberi fokus kepada konsep warna ton yang ekspresif, bermutu dan ringan.

Latihan secara pendengaran dalaman boleh dilakuakan sebagai salah satu persediaan sebelum menyanyikan nyanyian secara semerta. Kaedah ini juga lebih dikenali sebagai latihan pengahfazan yang melibatkan inner hearing atau inner singing. Keupayaan ini sangat penting dalam nyanyian mahupun permainan muzikal kepada seseorang penyanyi.

Seterusnya, latihan solfege juga boleh dilakukan untuk mendapatkan melodi dan pic yang tepat. Latihan solfa merupakan gabungan pengajaran secara hafalan not dan bacaan notasi dengan menggunakan simbol seperti do re mi fa so la ti do digunakan sebagai sebutan pic. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfa. Kedua-dua

sebutan simbol dan isyarat tangan membantu perkembangan pendengaran dalaman sambil melihat notasi muzik.

Sebelum menyanyikan keratan lagu yang disediakan untuk nyanyian semerta kita perlu memberi perhatian terhadap keseluruhan skor muzik terlebih dahulu. Kita perlu mengenal pasti tanda nada, tanada masa, tanda kromat dan corak irama keratan lagu yang telah diterima terlebih dahulu. Selepas itu, secara perlahan-lahan membuat latihan penghafazan dalaman dalam tempo masa yang diberikan. Latihan corak irama juga merupakan salah satu persediaan yang boleh dibuat sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Penyanyi boleh berlatih dengan tepuk corak irama dengan keadah Kodaly atau sebutan corak irama mengikut temponya.

Nyanyian semerta juga mempengaruhi persediaan dari segi pengahasilan warna ton. Penyanyi seharusnya perlu melakukan latihan pernafasan atau pengahsilan ton sebelum membuat nyanyian semerta. Latihan penghasilan ton ini dapat membantu untuk pernafasan yang baik serta sebutan suara yang jelas semasa nyanyian. Postur juga sangat mempengaruhi persediaan bernyanyai nyanyian semerta kita. Pengurusan postur badan kita sama ada berdiri atau duduk mempengaruhi cara pernafasan seseorang penyanyi. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan postur badan yang sesuai sebelum menyanyikan nyanyian secara semerta.

Secara keseluruhannya, persediaan umum yang telah dijelaskan di atas akan membantu seseorang untuk membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Latihan dan persediaan yang rapi akan melahirkan penyanyi yang baik.

BAHAGIAN C : PENULISAN REFLEKTIF Aural dan Nyanyian Semerta II merupakan satu kemahiran tambahan kepada guru muzik. Kemahiran ini membantu guru muzik dalam mengendalikan aktiviti muzikal di dalam bilik darjah. Aktiviti muzikal yang menarik dan kreatif akan membentuk insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Guru muzik yang mempunyai kemahiran diri yang tinggi dan keyakinan diri yang baik akan menjadi seorang guru muzik yang efektif. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta dan latihan pendengaran merupakan antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pemuzik ini. Saya dapat memahami bahawa seseorang penyanyi yang baik perlu memiliki empat aspek yang utama dalam bidang nyanyian. Pertama sekali, dari segi aspek fizikal seseorang yang hendak mempelajari nyanyian perlulah sihat, kuat, bertenaga dan seimbang. Keduanya, aspek emosinya hendaklah stabill, sensitive dan ekspresif serta suka menyanyi. Ketiga pula, dari segi inteleknya, seseorang penyanyi boleh berfikir, mebuat banding beza dengan rasional dan kritis, bijak mengaplikasi apa yang telah dipelajari, sentiasa mengambil tahu dengan bidang-bidang ilmu pengetahuan lain. Akhir sekali, seseorang penyanyi juga perlu mempunyai sifat muzikal yang tinggi iaitu boleh membaca irama dan jeda dengan tepat, mempunyai pengetahuan tentang teori muzik (notasi muzik) serta stail ciptaan melodi yang baik. Tugasan ini juga telah memberikan pendedahan yang sangat mendalam tentang bidang nyanyian khususnya kepentingan nyanyian dalam aktiviti muzikal. Sebenarnya menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan terdapat beberapa sebab yang lain dalam mempelajari nyanyian. Melalui nyanyian kit dapat mempertingkatkandaya pemikiran dan imaginasi kita. Nyanyian juga mampu mewujudkan kegembiraan dan keseronokan dalam seseorang individu atau penyanyi. Seterusnya, nyanyian juga dapat membina personality\i yang dinamik dan terpuji serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

Akhir sekali, tugasan ini juga telah memberikan peluang kepada diri saya untuk mempelajari dan memahami jeda melalui skor lagu. Analisis jeda yang dibuat dalam tugasan ini memberikan pendedahan terhadap cara-cara mengenal pasti jeda sesebuah lagu secara pengahafazan. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu untuk membuat beberapa persediaan yang sewajarnya untuk ujian amali nyanyian semerta dan aural yang akan datang. Saya perlu menguasai kemahirankemahiran yang telah dipelajari dari aspek teori dalam aural dan nyanyian semerta. Secara keseluruhannya, tugasan projek ini membantu saya untuk menguasai kemahiran menyanyi semerta dalam pelbagai corak irama dan meter. Seterusnya, saya juga dapat mengecam jeda yang terdapat dalam lagu-lagu yang telah dipilih.

Potrebbero piacerti anche