Sei sulla pagina 1di 14

1.

PENGENALAN Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization. Perkataan ini juga diambil daripada perkataan Bahasa Perancis iaitu monodialisation yang membawa maksud seantero dunia. Namun, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1986), perkataan global ini telah ditafsirkan yang membawa maksud dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Perkataan globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh perkembangan yang pesat di dalam teknologi maklumat.

Globalisasi ialah satu proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya wujud satu ekonomi duia yang terbuka dan tanpa sempadan (Scholte, 2000). Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain dan melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Bagi Mok Soon Sang (2007) pula, globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan media.

Justeru, globalisasi dalam pendidikan menurut pandangan Micheal Gibbons (2003) dalam Mok Soon Sang (2007) ialah satu proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Tambahan beliau lagi, globalisasi dalam pendidikan akan memberi tekanna kepada guru agar dapat mengubah cara pengajaran konvensional kepada cara moden serta berpandukan kepasa hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Terdapat pelbagai cabaran bagi isu globalisasi dalam pendidikan. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), antara cabaran yang terdapat di dalam isu globalisasi dalam pendidikan ini ialah membentuk pembelajaran berterusan, inovasi dalam pelaksanaan kurikulum, pengurusan pendidikan,

pembentukan jati diri murid, dan membentuk perkembangan profesional guru. Cabarancabaran ini memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk memastikan globalisasi dalam pendidikan ini dapat dicapai dengan sempurna di negara ini.

2.0

CABARAN GURU BAGI ISU GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berikut merupakan cabaran bagi isu globalisasi dalam pendidikan yang telah dikenalpasti melalui pengalaman dan pemerhatian sepanjang menjalani praktikum dan internship di sekolah.

2.1

Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum Menurut Ohmae (1995) dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013),

perkembangan teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Pelbagai perubahan dalam kurikulum telah ditransformasikan bagi memastikan pendidikan di Malaysia seiring dengan perubahan persekitaran global serta generasi yang akan dilahirkan nanti mampu bersaing dengan masyarakat luar. Antara perubahan kurikulum dalam pelaksanaan pendidikan ialah penukaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang berkuatkuasa pada 2011 untuk murid-murid Tahun Satu pada tahun itu untuk menyusun semula serta membuat penambahbaikan pada kurikulum persekolah. Matlamat utama KSSR sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan generasi yang seimbang, berfikiran kreatif dan kritis serta berinovasi melalui tunjang-tunjang yang telah dibentuk selain melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Menurut Hallinger (1998) dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan murid yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan global. Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menghadapi inovasi dalam pelaksanaan kurikulum ini ialah dari segi kesediaan guru untuk menerima

pembentukkan kurikulum yang baru serta perubahan dari segi pelaksanaan yang telah diamalkan sebelum ini. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, saya dapati bahawa guru-guru di sekolah ini kurang bersedia dalam menerima pembentukkan kurikulum yang baru ini. Hal ini mungkin kerana guru merasakan satu perubahan asing yang berlaku secara mendadak ke atas mereka terutamanya guru-guru yang telah lama berkhidmat serta telah biasa dengan kurikulum yang terdahulu. Perkara ini memberi

cabaran kepada guru-guru dalam menyesuaikan diri dalam menerima perubahan yang telah dilakukan. Selain itu juga, ada sesetengah guru di sekolah ini menganggap bahawa dengan inovasi yang dilakukan dalam pelaksanaan kurikulum ini,maka semakin banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu disiapkan antaranya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu diisi oleh guru ke atas setiap murid. Selain itu, dibawah dasar baru ini juga memerlukan guru-guru mengisi maklumat murid secara online. Bagi guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam penggunaan teknologi terutamanya guru-guru yang telah berusia pula, hal ini menimbulkan masalah kepada mereka untuk mengisi data-data seperti yang dikehendaki. Mereka terpaksa meminta bantuan daripada rakan sejawat yang lain bagi membantu mereka dalam menyiapkan tugas ini. Penambahan bebanan kepada mereka menyebabkan guru-guru ini lebih bersikap pesimis terhadap penggubal dasar. Guru-guru rasa terbeban dengan tugasan baru

yang diberikan selain tanggungjawab hakiki sebagai pengajar yang perlu dititikberatkan. Perkara ini menjadi cabaran baru kepada guru dalam menguruskan penambahan kerja yang diberikan agar semua kerja ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Selain dari penambahan beban yang banyak, perbezaan tahap pengetahun dan kemahiran antara guru ini menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru apabila inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dijalankan. Seiring dengan globalisasi dunia, segala maklumat di sekolah perlu diisi secara maya. Oleh itu, guru yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap penggunaan teknologi ini akan kurang memberikan kerjasama berbanding dengan mereka yang telah mahir. Selain itu, mereka memerlukan masa yang agak lama untuk belajar semula tentang penggunaan teknologi maklumat dan secara tidak langsung hal ini menyebabkan guru-guru ini perlu memperuntukkan masa yang lebih untuk mempelajari tentang ilmu yang baru. Tambahan lagi, perubahan yang kerap dan mendadak sesuatu kurikulum telah menimbulkan kejutan kepada para guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui, mempelajari dan melaksanakan kemahiran baru. Contohnya, penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah yang bertujuan untuk memberikan persediaan kepada murid bagi menghadapi persekitaran global terutama yang berkaitan dengan perkembangan

sains dan teknologi kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan untuk mengakses ilmu dan maklumat dalam bidang ini (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2013). Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini telah ditukar di mana guru bebas untuk memilih sama ada ingin mengajar dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Secara tidak langsung, hal ini menjadi cabaran kepada para guru setelah mengikuti pelbagai kursus dan bengkel semasa program ini masih dijalankan. Guru juga perlu memastikan semua murid memahami apa yang telah diajar setelah perubahan yang dilakukan. Hal ini kerana, ada sesetengah murid yang mungkin akan tertukar istilah-istilah yang terdapat di dalam kedua-dua subjek ini selepas penukaran bahasa dibuat. Oleh itu, menjadi cabaran kepada para guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran walaupun terpaksa menghadapi beberapa perubahan dalam kurikulum secara mendadak.

2.2

Pembentukan Jati Diri Murid Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru bagi perubahan globalisasi dalam

pendidikan ialah dari segi pembentukan jati diri murid.. Peranan guru ialah membentuk murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu ingin melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Walau bagaimanapun, dengan kemasukan proses globalisasi tanpa sempadan ke negara ini serta kemasukan pelbagai budaya yang bercanggah dengan norma nilai masyarakat setempat telah menerbitkan perlakuan dan sikap yang negatif dalam kalangan murid-murid. Isu-isu yang berkaitan dengan perlakuan negatif murid sering terjadi dan menjadi semakin menjadi-jadi. Hal ini amat membimbangkan kerana murid merupakan penyambung kepada generasi yang akan datang. Murid akan kehilangan jati diri sebagai anak Malaysia disebabkan perubahan gaya hidup yang terpengaruh dengan budaya barat. Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz (2010), remaja pada masa kini merasakan bahawa mereka sudah cukup bijak untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara tanpa keperluan kepada mereka untuk mendapatkan nasihat daripad sesiapa pun termasuklah ibu bapa mereka. Faktor ini terjadi disebabkan faktor persekitaran yang banyak mendorong kepada terjadinya masalah negatif dalam kalangan murid (Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz, 2010) sehingga murid-murid telah hilang nilai jati diri sendiri. Oleh itu, menjadi cabaran kepada guru dan sekolah bagi memastikan muridmurid ini sentiasa berada pada landasan yang betul dalam proses membina modal insan yang ingin dikecapi seperti yang terkandung dalam FPK. Hal ini kerana, kesan daripada globalisasi telah menghasilkan murid-murid yang meniru gaya kehidupan barat seperti kehidupan berfoya-foya dan berseronok, pergaulan bebas yang tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan, pemakain fesyen ala kebaratan yang keterlaluan dan sebagainya. Semangat cintakan negara juga turut luntar dalam diri murid-murid sekiranya perkara ini dipandang ringan oleh guru dan juga pihak sekolah. Pelaksanaan pogram-program perlu diperkemaskan lagi terutamanya hal yang berkaitan dengan keperibadian guru, budaya di sekolah ini, program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga pelaksanaan aktiviti kokurikulum perlu diberikan penekanan dalam usaha membentuk moral dan rohani murid yang baik dan sempurna.

3.0

USAHA YANG DILAKUKAN OLEH GURU DAN PIHAK PENTADBIR BAGI ISU GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berikut merupakan usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu globalisasi dalam pendidikan yang telah saya perhatikan sepanjang berada di sekolah ini. 3.1 Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum Antara usaha yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah yang dapat saya nilaikan sepanjang berada di sekolah ini dalam usaha menghadapi cabaran bagi inovasi dalam pelaksanaan kurikulum ini ialah, pihak sekolah telah mengadakan bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan yang berkaitan dengan KSSR yang baru dilaksanakan ini bagi mendedahkan kepada guru-guru bagaimana pelaksanaan yang perlu dilakukan dalam kurikulum yang baru diubah ini. Pendedahan ini dibuat kepada semua guru dan bukan tertumpu kepada guru-guru yang mengajar murid-murid KSSR sahaja. Bengkel latihan ini memberi penekanan tentang kurikulum yang baru dilaksanakan ini dan juga cara bagaimana cara untuk menilai prestasi murid-murid berdasarkan penilaian yang baru dibuat. Selain mengadakan bengkel di sekolah, pihak pentadbir juga telah menghantar dan membenarkan wakil sekolah untuk menghadiri seminar dan juga kursus berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum yang baru ditubuhkan ini. Selepas wakil ini pulang ke sekolah, wakil ini akan memberikan penerangan kepada guru-guru lain hasil daripada seminar atau kursus yang dihadirinya. Dengan penerangan yang diberikan, guru-guru akan lebih mudah untuk menerima secara perlahan-lahan terhadap perubahan yang telah dilaksanakan. Secara tidak langsung, perubahan ini akan menjadi tidak asing lagi dalam kalangan guru-guru. Usaha guru dan pihak sekolah dalam mengatasi cabaran pertambahan bebanan ialah dengan membahagikan tugas-tugas secara sama rata. Setiap guru mendapat tugas yang tersendiri dan bukannya diserahkan kepada seorang guru sahaja. Contohnya, melalui pengamatan saya, pihak sekolah ini telah menubuhkan satu jawatankuasa khas berkenaan dengan KSSR dan juga PBS ini. Ahli jawatankuasa ini bukannya dalam kalangan guru kelas kepada murid yang mengambil KSSR tetapi guru

yang mengajar di kelas tersebut. Secara tidak langsung, tugas ini bukan hanya menjadi tanggungjawab kepada guru kelas sahaja tetapi kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksana dasar yang baharu ini. Bagi mengatasi cabaran perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran terutama berkaitan dengan penggunaan teknologi pula, pihak sekolah telah meminta jasa baik guru teknologi maklumat untuk mengadakan kelas tambahan kepada guru-guru yang kurang berkemahiran dalam bidang ini bagaimana cara untuk mengisi borang atau maklumat berkenaan dengan murid secara online. Secara tidak langsung, berlaku perkongsian ilmu diantara guru-guru ini dalam memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalm penggunaan teknologi. Kesediaan guru dalam mempelajari ilmu tentang teknologi maklumat ini merupakan salah satu usaha guru itu sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik. Selain itu, usaha yang dilakukan oleh guru dalam menghadapi cabaran perubahan yang kerap dan mendadak terutama penggunaan bahasa Inggeris dalam mta pelajaran Matematik dan Sains ini yang dapat saya perhatikan ialah guru telah menggunakan kedua-dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, murid dapat memahami kedua-dua bahasa dalam satu masa yang sama. Guru juga telah memberikan latihan yang mempunyai dwibahasa kepada murid-murid dalam memastikan murid dapat memahami istilah bagi kedua-dua bahasa ini.

3.2

Pembentukan Jati Diri Murid Dalam menghadapi cabaran pembentukan jati diri murid yang terdedah dengan

globalisasi tanpa sempadan, sekolah ini mengadakan pelbagai program keagamaan untuk menerap nilai moral dalam diri murid. Sepanjang saya berada di sekolah ini, antara program dan aktiviti yang telah dijalankan untuk membentuk nilai moral murid ialah pembacaan Yassin pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Semua murid beragama Islam terlibat dalam program ini manakala bagi murid moral pula, mereka melakukan aktiviti yang terkandung di dalam modul pendidikan moral. Program seperti ini dapat membetulkan amalan murid ke arah landasan yang betul mengikut acuan tempatan. Selain itu, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan diperingkat sekolah juga memberikan pendedahan kepada murid bagaimana cara hidup yang betul yang telah diamalkan oleh Rasulullah sepanjang hidupnya. Secara tidak langsung, murid akan mengikuti apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah sekiranya program seperti ini dilaksanakan di peringkat sekolah. Minggu Budi Bahasa juga turut dijalankan dalam membentuk nilai budi bahasa dalam kalangan murid ini mengikut adab ketimuran yang penuh dengan nilai budi bahasa yang tinggi. Selain dari program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah, guru di sekolah ini juga berperanan dalam membentuk jati diri murid. Guru merupakan role model bagi murid-murid, oleh itu, guru perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada murid. Apa yang saya perhatikan sepanjang berda di sekolah ini ialah, guru-guru di sini menunjukkan penampilan yang positif ketika berhadapan dengan murid. Penampilan guru dari segi pemakaian, tutur kata dan adab bicara menggambarkan nilai ketimuran yang tinggi yang dapat dicontohi oleh murid. Pemakaian guru di sekolah ini memenuhi Kod Etika berpakaian yang telah gariskan serta tidak lari dari norma-norma nilai masyarakat setempat. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga dapat membentuk nilai disiplin dalam diri murid. Semua murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 diwajibkan mengikuti unit beruniform sekolah, persatuan, kelab dan kegiatan sukan akan dapat memberikan input yang penting kepada murid dalam pembentukan sahsiah. Unit beruniform yang terdapat di sekolah ini ialah Kadet Remaja Sekolah dan Pandu Puteri Tunas. Melalui aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki dan perkhemahan yang diadakan 8

dapat menanamkan sikap patuhi masa, disiplin yang tinggi, bekerjasama, berdikari, tolong-menolong, dan semangat cintakan negara bagi setiap murid. Selain itu, bagi murid yang beragama Islam pula, program Kem Bestari Solat juga merupakan salah satu cara yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan lagi kerohanian bagi setiap diri murid. Fokus utama Kem Bestari Solat ini ialah untuk mengajar bagaimana cara-cara yang betul untuk mendirikan solat. Secara tidak langsung, murid-murid akan sedar tanggungjawab sebagai seorang muslim yang perlu mendirikan solat lima waktu setiap hari dan tidak terikut dengan budaya barat yang kebanyakkannya adalah ateis.

4.0

CADANGAN UNTUK MENANGANI CABARAN GURU BAGI ISU GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berikut merupakan cadangan untuk menangani cabaran kepada guru bagi isu globalisasi dalam pendidikan.

4.1

Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum Dalam menghadapi perubahan dalam pelaksanaan kurikulum ini, guru dan juga

pihak sekolah perlu meningkatkan lagi usaha dalam menangani cabaran yang dihadapi. Antara cadangan yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menghadapi perubahan pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kebolehan diri melalui latihan dan perkhidmatan, melaksanakan penyelidikan tindakan secara kolaboratif sesama guru yang lain, sentiasa membuat refleksi kendiri bagi memberi penambahbaikkan kepada sesi pengajaran yang telah dijalankan yang terdapat kekurangan, sentiasa bersedia dengan perubahan yang bakal diwujudkan dan sentiasa berusaha dalam meningkatkan diri dalam ilmu pengetahuan. Guru juga perlu sentiasa meningkatkan diri untuk menambahkan pengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan yan sedang berlaku. Ini bermaksud, guru perlu menyesuaikan diri dengan untuk belajar tentang kemahiran dan ilmu pengetahuan yang baru. Secara tidak langsung, guru akan lebih mudah untuk menerima sesuatu yang baru setelah dapat menyesuaikan dengan perubahan yang telah berlaku. Selain itu, dalam menghadapi cabaran penambahan bebanan tugas pula, seorang guru itu perlu menjadikan dirinya sebagai seorang yang penuh dengan iltizam. Beliau menjalankan tugas yang diberikan dengan bersungguh-sungguh serta dengan penuh tanggungjawab. Guru ini juga menganggap bahawa dengan pelaksanaan tugas yang diberikan ini merupakan salah satu tugas atau peranan sebagai seorang pendidik. Beliau tidak boleh menganggap bahawa dengan penukaran atau perubahan dalam pelaksanaan kurikulum ini, maka penambahan tugas akan berlaku. Sekiranya tanggapan seperti ini terus berada dalam fikiran seorang guru, maka setiap tugas yang diberikan akan dianggap sebagai satu bebanan yang berat untuk dilaksanakan.

10

Cadangan saya bagi menangani masalah

guru yang kurang berkemahiran

dalam penggunaan teknologi maklumat pula ialah, pihak sekolah perlu mengadakan bengkel tentang penggunaan teknologi maklumat kepada guru-guru ini. Bengkel ini perlu mengambil masa agak lama bagi memastikan semua guru dapat memahami cara penggunaan yang betul. Selain itu, guru yang kurang mahir boleh mengadakan perbincangan secara kolaboratif dengan guru yang lebih mahir dalam penggunaan teknologi. Guru juga tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru yang lain sekiranya tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas. Dengan wujudnya hubungan interpersonal dalam kalangan guru-guru ini untuk menghadapi cabaran globalisasi dalam pendidikan, maka masalah yang sedang dihadapi akan lebih senang untuk diurus selepas mendapat maklum balas daripada rakan-rakan sejawat. Guru akan mendapat lebih banyak pilihan bagaimana cara untuk berhadapan dengan masalah yang dihadapi. Bagi masalah perubahan yang kerap dan ketara pula, seorang guru itu perlu sentiasa bersedia dari segi aspek psikologi dan juga strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu berpandangan positif dengan menganggap bahawa setiap transformasi dan inovasi pendididkan serta perubahan kurikulum yang dijalankan adalah untuk memberi manfaat kepada murid, masyarakat dan negara. Dengan berpandangan seperti ini, guru-guru akan dapat menganggap bahawa setiap perubahan yang berlaku adalah untuk kebaikan semua pihak dan tugas guru adalah sebagai pelaksana dasar yang perlu menjalankan tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan. Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu mendalami ilmu pedagogi dalam menghadapi perubahan yang kerap dan mendadak yang sentiasa perlu. Apabila ilmu pedagogi seorang guru itu mantap, maka segala perubahan yang perlu tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepadanya.

11

4.2

Pembentukan Jati Diri Murid Antara cadangan yang boleh dilakukan dalam pembentukan jati diri murid ialah

melalui budaya sesebuah sekolah itu. Guru dan pihak sekolah bertanggungjawab dalam memastikan murid dapat mempraktikan amalan seperti sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, dan tolong-menolong antara satu sama lain. Dengan mempraktikan amalan budaya positif ini, secara tidak langsung murid-murid telah diasuh untuk menjadi insan yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka. Aspek budaya sekolah yang baik ini perlu diberikan penekanan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah supaya amalan ini memberi kesan dalam usaha membentuk jati diri murid yang mulia. Selain itu, guru dan pihak sekolah perlu memperuntukkan undang-undang sekolah dalam memastikan tiada murid yang melakukan kesalahan sosial seperti yang sering terjadi pada masa kini. Murid-murid juga perlu dikenakan tindakan yang tegas sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Guru dan pihak sekolah perlu mengenalpasti murid yang bermasalah dan bawa murid berkenaan berjumpa dengan guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mengetahui punca mengapa murid melakukan kesalahan. Selain itu, guru Bimbingan dan Kaunseling juga perlu mencadangkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan muridmurid ini. Cadangan seterusnya ialah, guru perlu menekankan lagi pendidikan agama dalam diri murid. Guru dan pihak sekolah perlu merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan keagamaan bagi memberi kesedaran dalam diri murid tentang kepentingan beragama dan mengikuti ajaran yang terkandung dalam setiap agama. Hal ini kerana, setiap agama mengajar untuk berbuat kebaikan. Sekiranya didikan agama ini terus diterapkan dalam diri murid, secara tidak langsung tiada murid yang melakukan kesalahan kerana sedar tentang baik dan buruk setiap tingkah laku yang ditunjukkan. Seterusnya, dalam membentuk jati diri dalam diri murid ialah pihak sekolah perlu mengadakan kempen dengan lebih banyak lagi. Kempen seperti Sayangi Diri yang menggalakkan diri murid untuk menyayangi diri sendiri dan mengelak daripada melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan. Kempen kesedaran seperti banyak dipraktikkan di sekolah-sekolah dan ia dapat memberikan kesan yang positif dalam diri murid. 12

5.0

KESIMPULAN Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memastikan cabaran globalisasi dalam pendidikan ini mampu diatasi dengan sebaiknya tanpa ada sebarang masalah dalam mencapai negara yang berwawasan dan melahirkan generasi yang terbilang. Sebagai guru, kesedaran tentang isu globalisasi dalam pendidikan ini amat penting dalam memastikan guru-guru bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan datang. Guru perlu mempunyai inisiatif penyelesaian dalam menghadapi cabaran yang datang serta mempunyai pelbagai jalan penyelesaian. Justeru, warga pendidik perlu terus komited dan memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk generasi yang akan datang sebagai generasi yang berguna, berilmu, berdidiplin dan berketrampilan tinggi selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

13

6.0

RUJUKAN

Aishah

Amir.

(2010).

Globalisasi

dalam

pendidikan.

Atas

talian

http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html Hussain Mohamed (1998). Globalisasi dalam Pendidikan. Dewan Masyarakat: Kuala Lumpur Intan Isna. (2011). Ciri dan kualiti guru dalam menghadapi cabaran masa kini. Atas talian http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/02/ciri-dan-kualiti-guru-dalam-menghadapi.html Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standart Sekolah Rendah. Atas talian http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/ Mok Soon Sang. (2007). Pengantar Pendidikan Teras. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. : Subang Jaya, Selangor. Muhammad Syahir. (2012). Isu globalisasi pendidikan. Atas talian

http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan Nasuha Che A. Bakar. (2010). Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia. Atas talian http://suhajambu.blogspot.com/ Syed Ismail B Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. :Puchong, Selangor

14