Sei sulla pagina 1di 21

1.

0 Pengenalan

Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan:sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat. Cerpen yang telah dipilih untuk tujuan tugasan ini betajuk Berkampung yang ditulis oleh Fadhilah Maarif yang telah diterbitkan dalam Majalah Wanita terbitan Bilangan 1361 bertarikh 18 24 Disember 2009.

2.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsurunsur nama.

2.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang

menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataanperkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

2.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama. Dalam cerpen Berkampung,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

i)

Inti + penerang nama jenis.

Frasa Nama Inti Penerang Nama Jenis Reban ayam, Bapa mertua, Daun nipah, Pasar tani, penerang hati, ketua kampung dan pucuk paku

ii)

Inti + penerang milik

Frasa Nama Inti Penerang Milik Rumah ketua kampung

2.1.2 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama

Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan nama.

i)

Penentu Hadapan Frasa Nama

Penentu Hadapan Inti Bilangan Penjodoh Bilangan Semua - barang kemas,

ii)

Penentu belakang 2

Frasa Nama Inti Penentu belakang petang itu dan waktu itu.

iii)

Inti + penerang kata adjektif

Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif suara garau dan suara langsing

2.2 Susunan Konstituen Frasa Nama

Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama. Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Berkampung 2.2.1 Frasa Nama Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang) Tangan Sudin, semyum Sidin. Suara Hamid, mata Sudin dan jawab jusoh

3.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.

3.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut : 3

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama Kaum lelaki duduk bersila di tengah rumah; Sesekali matanya melirik kea rah rumah yang mereka duduki; dan Dia mahu menjualnya di pasar tani.

ii) Kata nama sebagai pelengkap Ayat, Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama Ayah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif Dadaku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja Kata Kerja Penerang Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

3.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Afiq menggunakan pampers Aku cuba mencari hujah Aku menggelengkan kepala

b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi Mak Timah memberitahu ku satu berita 4

Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

3.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu

Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja. a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah. Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap Nani akan menghidang makanan tengah hari kami Sidun telah memberi tunjuk ajar kepada ku Jusop telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek Sudinsedang tidur di biliknya (penerang) Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Berkampung i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja ii. Aku boleh menjaga mereka. iii. Aku tak mahu kata kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi. iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami. v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku. vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku? vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

3.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen. Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen. a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq. b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya. d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah. 5

3.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja ii) Keterangan waktu a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang iii) Keterangan cara a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya. iv) Keterangan tujuan a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami. v) Keterangan alat a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung. vi) Keterangan bagai a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku. b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.

3.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Berkampung.

Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsurunsur keterangan juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.

4.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakang.

4.1 Binaan Satu Perkataan Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah. I. Terganggu oleh suara langsing Afiq II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum. 6

Kata adjektif langsing dan garau merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang terdiri dariapda satu kata dasar.

4.2 Binaan Dua Perkataan Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama.

a) Binaan kata adjektif + kata adjektif Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh daripada cerpen Berkampung seperti berikut : a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna lemah lembut.

b) Binaan kata adjektif + kata nama Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Berkampung. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.

4.3 Frasa Adjektif dan Penguat. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Berkampung

a) Penguat hadapan Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata bantu.Contoh ayat ialah bakulnya sudah terlalu berat. AYAT Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif Bakulnya sudah terlalu berat

4.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif AYAT Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama Aku sudah pandai membuat susunya

4.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Berkampung. a) Frasa Adjektif sebagai Predikat Ayat Subjek Predikat 1) Pampersnya sudah terlalu berat 2) Dia larat untuk menjaga Idah 3) Dia juga pandai memasak 4) Aku sudah pandai membuat susunya

b) Frasa Adjektif sebagai keterangan Ayat Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif ) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya

c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama Frasa Nama Kata Nama Kata Adjektif 1) Nani baik 2) Barang kemas

4.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Berkampung Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat 8

ialah satu binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang berikut: Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.

5.0 Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Berkampung. Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Sendi Nama Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Aku dari sekolah

6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu. i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Berkampung. Hasil analisis adalah seperti di dalam jadual dibawah: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama dari sekolah

Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama di rumah daripada Sudin ke rumahnya dari mulutku ke dapur

ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah. Dalam masa yang sama,frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa nama arah. Frasa Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah Frasa Nama di - rumah di - bilik 9

di atas tilam Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Berkampung iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan. Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.

6.2 Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan Kata Nama Arah Frasa Nama di - bilikku pada waktu malamnya. ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku di - rumah ketua kampung mereka berkumpul

6.2.1 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.

i) Predikat Frasa Sendi Nama Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contoh ayat: Ayah di dapur Ayah ke dapur Ayat Subjek Predikat Ayah di dapur Ayah ke dapur Aku dari sekolah

ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja 1) Kami berempat bersiar-siar di bandar. 2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq 3) Sudin datang bekerja di rumah kami 4) Sudin balik ke rumahnya. 5) Aku berlari ke bilikku 6) Sudin hanya bekerja pada waktu siang 7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami. 10

6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Berkampung

Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja.

AYAT DASAR Ayat dasar dapat dikenal berdasarkan ciri-ciri yang berikut, iaitu: (a) Mengandungi satu klausa (b) Berpola Subjek-Predikat (susunan biasa) (c) Ayat penyata (d) Ayat aktif (e) Berpotensi untuk peluasan (f) Tidak mengandungi kata hubung

(a) Mengandungi Satu Klausa Setiap ayat dasar mesti mengandungi satu klausa yang lengkap dan klausa tersebut perlu mengandungi satu subjek dan satu predikat. 5a. Ismaeel berdiri. 5b. Bahawa Ismaeel berdiri. Ayat 5a ialah ayat dasar kerana dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap, tidak bergantung pada bentuk lain, selain mengandungi satu subjek dan satu predikat. Namun, pada klausa 5b, klausa ini bukan lagi ayat dasar. Hal ini demikian kerana klausanya tidak lengkap dan terpaksa bergantung pada klausa yang lain. Sesebuah klausa lengkap itu hanya menjadi ayat dasar jika tidak ada bentuk yang lebih dasar daripada ayat dasar tersebut. Contohnya: 6. Pelajar-pelajar bersenam. 7. Bersenam menyihatkan badan. Ayat 6 dari segi makna lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat7. Ayat 7 walaupun mengandungi satu klausa, satu objek dan satu predikat, tetapi subjek ini ialah kata kerja

11

yang berfungsi sebagai kata nama. Dalam hal ini, subjeknya telah mengalami proses pengguguran dan tidak lagi mempertahankan frasa nama yang menjadi konstituen subjek dalam ayat dasar.

(b) Berpola Subjek-Predikat Ayat dasar mempunyai struktur subjek-predikat. Susunan subjek-predikat seperti pada ayat 8a dan ayat 9a merupakan susunan biasa dan lebih dasar daripada susunan predikatsubjek seperti pada 8b dan 9b. Selain itu, dalam bahasa, unsur yang menjadi subjek sering disebut dahulu berbanding predikat. Ayat 8b dan 9b terbit daripada ayat 8a dan 9a.

8a. Irfan bermain bola di padang. 8b. Bermain bola Irfan di padang. 9a. Pokok kelapa itu tinggi. 9b. Tingginya pokok kelapa itu.

(c) Ayat Penyata Dilihat daripada kewujudannya, ayat penyata lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat jenis lain seperti ayat perintah atau ayat tanya. Ayat penyata seperti ayat 10 lebih jelas dari segi maknanya, malah strukturnya pula lebih lengkap berbanding daripada ayat jenis lain. Ayat perintah seperti 11 merupakan ayat yang tidak lengkap dari segi makna mahupun strukturnya kerana lebih cenderung untuk tidak menyebut orang yang diperintahkan. Demikian juga ayat tanya seperti pada ayat 12 dikatakan tidak lengkap tanpa disertai dengan jawapannya. 10. Hazim memakai baju. 11. Pakailah baju! 12. Adakah kau mahu memakai baju?

(d) Ayat Aktif Apabila predikat kata dasar mengandungi kata kerja, maka kata kerja tersebut mestilah kata kerja aktif. Hal ini demikian kerana ayat aktif lebih dasar daripada ayat pasif disebabkan oleh ayat pasif diturunkan daripada ayat aktif. Selain itu, ayat aktif lebih lengkap daripada ayta pasif kerana ayat pasif tidak boleh disertai pelaku. Hal ini tidak boleh berlaku dalam ayat aktif kerana ayat aktif tanpa pelaku menyebabkan ayat itu tidak lengkap. 13. Ibu mencium adik. 14.Adik dicium oleh ibu. 15. Adik dicium. 12

(e) Berpotensi untuk Perluasan Setiap ayat dasar diperluas dengan menambahkan unsur-unsurnya. Hal ini demikian kerana ayat yang panjang adalah hasil daripada peluasan ayat dasar. Selain itu, ayat dasar dapat diperkembangkan atau diperluas bagi menerbitkan ayat jenis lain. Misalnya, ayat dasar 16 dapat menjadi ayat terbitan atau turunan kepada ayat 17 hingga 20. Ayat 17 mengalami perubahan struktur (perluasan predikat), ayat 18 mengalami perubahan erti nahuan (pengingkaran/ ayat positif kepada ayat negatif), ayat 19 mengalami perubahan fungsi (ayat penyata kepada ayat tanya), dan ayat 20 mengalami perubahan bentuk (ayat tunggal kepada ayat majmuk). 16. Hanani pandai. 17. Hanani mungkin paling pandai. 18. Hanani tidak pandai. 19. Hanani pandai, bukan? 20. Adawiah tahu bahawa Hanani pandai.

(f) Tidak Mengandungi Kata Hubung Ayat dasar tidak mengandungi unsur yang boleh dihubungkan oleh kata hubung dengan unsur yang lain. 21. Setelah melihat Hazim, Husna membuka pintu. 22. Setelah melihat Hazim. 23. Husna membuka pintu.

Ayat 21 bukan ayat dasar kerana terdiri daripada klausa yang mengandungi kata hubung setelah. Kehadiran klausa 22 selalu diikuti atau mengikuti klausa 23. Oleh sebab itu, klausa 22 tidak dapat berdiri sebagai ayat mandiri, sedangkan klausa 23 dapat menjadi ayat yang mandiri. Selain itu, makna klausa 22 hanya dapat diketahui daripada klausa 23.

4.0 AYAT TERBITAN Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami perubahan daripada ayat dasar. Perubahan ini berlaku melalui tiga proses, iaitu penyusunan semula, peluasan dan pengguguran. Ayat yang dihasilkan melalui tiga proses ini dinamakan ayat terbitan atau ayat transformasi.

4.1 PROSES PENYUSUNAN SEMULA Ayat yang mengalami proses penyusunan semula ialah ayat yang diubah daripada ayat dasar kepada ayat bentuk baharu seperti ayat pasif, ayat yang mengandungi dua objek dan 13

ayat songsang. Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam ben bentuk ayat baharu. Dalam proses penyusunan semula ayat ini, biasanya akan berlaku perubahan sama ada kata-kata tertentu telah diubah, diganti atau digugurkanbagi menerbitkan bentuk ayat baharu yang gramatis. Namun demikian, pada umumnya makana ayat tidak berubah walaupun ayat itu mengalami proses penyusunan semula. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga proses penyusunan semula ayat, iaitu: 4.1.1 Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif 4.1.2 Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat 4.1.3 Penyusunan semula menjadi ayat songsang

4.1.1 Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif Menjadi Subjek Ayat Pasif Penyusunan semula ayat terbitan jenis ini berlaku melalui proses menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Frasa nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif dalam contoh berikut: Ayat aktif: Mikael menendang bola. Ayat pasif: Bola ditendang oleh Mikael. Bola yang menjadi objek dalam ayat aktif diubah dan disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.

4.1.2 Penyusunan Semula Objek Sipi Menjadi Objek Tepat Penyusunan semula boleh dilakukan pada ayat yang mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi dalam ayat 1, buku disusun semula menjadi objek tepat dalam ayat 2: 1. Pengetua menghadiahi Aisyah buku. 2. Pengetua menghadiahkan buku kepada Aisyah. Buku menjadi objek sipi dalam ayat 1 diubah dan disusun semula menjadi objek tepat dalam ayat 2.

4.1.3 Penyusunan Semula Menjadi Ayat Songsang Penyusunan semula ayat boleh dilakukan dengan cara menyongsangkan ayat. Maksudnya ayat biasa disusun semula menjadi ayat songsang. Perhatikan contoh yang berikut: 1. Anak lelaki Pak Hamid melanjutkan pelajaran ke universiti. 2. Melanjutkan pelajaran ke universiti, anak lelaki Pak Hamid. Bahagian predikat dalam ayat 1 diubah tempat dan disusun semula menjadi ayat songsang. Perhatikan contoh yang berikut: 14

4.2 PROSES PELUASAN Ayat yang mengalami proses peluasan merupakan ayat terbitan daripada ayat dasar yang ditambah dengan unsur-unsur yang baharu atau perkataan lain. Dalam Bahasa Malaysia terdapat beberapa jenis proses peluasan, antaranya: 4.2.1 Peluasan frasa nama sebagai subjek 4.2.2 Peluasan frasa nama sebagai predikat 4.2.3 Peluasan dengan kata hubung 4.2.4 Peluasan melalui proses komplementasi

4.2.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek Peluasan frasa nama sebagai subjek dilakukan melalui proses relativasi, iaitu dengan cara memancangkan ayat baharu yang menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain. Contohnya: Ayat (1) dipancangkan masuk dengan ayat (2) untuk menjadi ayat (3): 1. Doktor itu memeriksa pesakit. 2. Doktor itu abang saya. 3. Doktor yang memeriksa pesakit itu abang saya. Ayat 3 mengalami proses peluasan frasa nama subjek dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa subjek doktor itu yang sama atau serupa yang sepatutnya berulang dalam ayat, tetapi digugurkan.

4.2.2 Peluasan Frasa Nama Sebagai Predikat Peluasan frasa nama sebagai predikat boleh dilakukan dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan frasa nama predikat yang digugurkan. Contoh ayat 1 dipancang masuk ke dalam ayat 2 menjadi ayat 3. 1. Kakak saya membaca novel. 2. Novel itu tebal. 3. Kakak saya membaca novel yang tebal. Ayat 3 mengalami proses perluasan predikat dengan cara memancangkan frasa relatif yang 15

bagi menggantikan frasa nama yang sama atau berulang dalam predikat, tetapi digugurkan iaitu novel itu.

4.2.3 Peluasan Dengan Kata Hubung Peluasan ayat melalui penggunaan kaya hubung boleh dilakukan dengan cara menggabungkan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, jika, walaupun, sungguhpun, kerana dan sebagainya. Berikut adalah contohcontohnya: 1a. Azli membaca akhbar. 1b. Azman membaca akhbar. menjadi 1c. Azli dan Azman membaca akhbar.

2a. Aqeim membuat lawatan ke Terengganu. 2b. Rakan-rakannya membuat lawatan ke Terengganu. menjadi 2c. Aqeim serta rakan-rakannya membuat lawatan ke Terengganu.

3a. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu. 3b. Ia menembaknya. menjadi 3c. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu, lalu ia menembaknya.

4a. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin. 4b. Dia sakit. menjadi 4c. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin kerana dia sakit.

4.2.4 Peluasan Melalui Proses Komplementasi Peluasan ayat boleh juga dilakukan melalui proses komplementasi, iaitu proses mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagai ayat komplemen atau pelengkap. Ayat yang melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata komplemen bahawa seperti dalam ayat 3 yang berikut: a. Askar itu melaporkan (sesuatu) b. Dia telah membunuh tiga orang musuh. 16

menjadi c. Askar itu melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga orang musuh.

4.3 PROSES PENGGUGURAN Proses pengguguran ialah proses penerbitan ayat terbaharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama atau serupa baik pada bahagian subjek, mahupun bahagian predikat. Salah satu daripada unsur yang sama yang tidak perlu diulang itu digugurkan, misalnya subjek yang sama, atau kata kerja yang sama, atau objek yang sama. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu: 4.3.1 Pengguguran frasa nama sebagai subjek 4.3.2 Pengguguran frasa predikat 4.3.3 Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

4.3.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek Pengguguran frasa nama sebagai subjek berlaku melalui dua proses berikut: 4.3.1.1 Pengguguran subjek dalam ayat perintah 4.3.1.2 Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

4.3.1.1 Pengguguran Subjek Dalam Ayat Perintah Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri orang kedua, seperti kamu, awak, anda dan seumpamanya. Contohnya: Ayat perintah: a. Kamu keluar menjadi b. Keluar!

Ayat perintah: a. Awak semua pergi. menjadi b. Pergi!

4.3.1.2 Pengguguran Subjek Yang Serupa Dalam Ayat Majmuk Dalam membina ayat majmuk melalui penggabungan dua ayat dasar atau lebih, kerap 17

terdapat subjek yang sama dan berulang. Dalam hal ini, subjek yang sama itu salah satu daripadanya perlu digugurkan dalam ayat majmuk seperti dalam contoh berikut: 1a. Ramlan sangat gembira. 1b. Ramlan memenangi pingat emas. menjadi 1c. Ramlan sangat gembira kerana memenangi pingat emas.

4.3.2 Pengguguran Frasa Predikat Pengguguran frasa predikat dalam bahasa Malaysia berlaku melalui dua cara: 4.3.2.1 Pengguguran seluruh frasa predikat 4.3.2.2 Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

4.3.2.1 Pengguguran Seluruh Frasa Predikat Dengan pengguguran seluruh frasa predikat dimaksudkan pengguguran sebarang frasa predikat yang sama atau serupa dalam ayat majmuk. Maksudnya, jika terdapat mana-mana frasa, baik frasa nama atau frasa kerja atau frasa adjektif ataupun frasa sendi nama yang sama atau serupa dalam ayat majmuk, maka satu daripadanya perlu digugurkan supaya tidak berulang dalam ayat. Berikut diberikan contohnya: 1. Pengguguran Frasa Nama Predikat Yang Serupa a. Heykal mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. b. Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. menjadi c. Heykal dan Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Pengguguran Frasa Adjektif a. Bapa sangat rajin. b. Anaknya sangat rajin. menjadi c. Bapa dan anaknya sangat rajin.

3. Pengguguran Frasa Sendi Nama a. Pak Dollah ke Australia. b. Isterinya ke Australia. menjadi c. Pak Dollah dan isterinya ke Australia.

18

4.3.2.2 Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat Dalam ayat terbitan yang dibina turut berlaku pengguguran bahagian-bahagian tertentu dalam bahagian frasa predikat. Antaranya pengguguran: 4.3.3.1 Oleh + FN dalam ayat pasif 4.3.3.2 Kata Bantu Yang Serupa 4.3.3.3 FN sebagai objek yang serupa 4.3.3.4 FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

4.3.2.1 Pengguguran oleh + FN yang hadir Dalam ayat pasif frasa sendi nama oleh + FN yang hadir selepas kata kerja transitif boleh digugurkan dalam contoh berikut: a. Penjahat itu ditangkap oleh polis. b. Penjahat itu ditangkap polis.

4.3.2.2 Pengguguran Kata Bantu yang Serupa Dalam menggabungkan ayat-ayat tunggal yang mengandungi kata-kata bantu yang serupa, kata bantu tersebut boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja dalam ayat gabungan yang baharu seperti dalam contoh berikut: a. Mawi boleh berlakon. b. Mawi boleh menyanyi. menjadi c. Mawi boleh berlakon dan menyanyi.

4.3.2.3 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Objek yang Serupa Sekiranya dalam ayat-ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi majmuk, terdapat frasa nama sebagai objek yang serupa, maka objek itu digugurkan sehingga tinggal satu objek sahaja seperti dalam contoh berikut: a. Polis mengejar penjahat itu. b. Polis menangkap penjahat itu. menjadi c. Polis mengejar dan menangkap penjahat itu.

19

4.3.2.4 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Objek Selepas Kata Kerja Yang Membawa Makna Adjektif

Frasa nama sebagai objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam ayat boleh digugurkan seperti dalam contoh berikut: a. Peristiwa itu sungguh mendukacitakan kami. Menjadi b. Peristiwa itu sungguh mendukacitakan.

4.3.3 PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu direlativasikan dan digantikan dengan kata relatif seperti dalam contoh berikut: a. Penceramah itu bapa saya. Penceramah itu memakai baju Melayu. menjadi b. Penceramah yang memakai baju Melayu itu bapa saya. menjadi c. Yang memakai baju Melayu itu bapa saya.

5.0 PENUTUP Kesimpulannya, ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsur klausa yang terdiri daripada frasa, dan frasa pula terbentuk daripada perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Salah satu kaedah menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya, maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola

20

ayat itulah terbit ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya...

21

Potrebbero piacerti anche