Sei sulla pagina 1di 5

EIT 311

TUGASAN

BAHAGIAN A Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekokah Saya Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai dengan perubahan ke arah melaksanakan sistem pendidikan negara yang semakin berkembang dan berdaya saing dalam arus dunia tanpa sempadan kini. Menurut Noriati et. al (2010), dunia hari ini berubah pada setiap masa terutama melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, adalah penting untuk warga pendidik menerapkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya murid tidak ketinggalan dalam mengikuti trend pengajaran dan pembelajaran semasa. Teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara alatan teknologi yang digunakan ialah seperti penggunaan video dan audio serta dokumen daripada internet yang digunakan sebagai bahan rujukan dan sebagainya. Bagi memperluaskan lagi penggunaan teknologi di sekolah, beberapa program dan bantuan telah disalurkan oleh kementerian. Antaranya ialah melengkapkan sekolah dengan makmal komputer, menyediakan akses internet secara percuma dan sebagainya. Dalam situasi sekolah saya pula, walaupun tidak dilengkapi dengan makmal komputer namun sekolah saya telah dibekalkan dengan beberapa buah komputer dan LCD untuk digunakan sebagai bahan bantu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain daripada itu, sekolah saya juga turut dilengkapi dengan akses internet namun liputannya tidak menyeluruh di seluruh kawasan sekolah. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati kebanyakkan rakan-rakan guru di sekolah menggunakan teknologi terutamanya komputer riba dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Terdapat guru yang menggunakan komputer dan LCD semasa pengajaran dan pembelajaran terutama guru-guru perempuan yang gemar menggunakan Power Point dalam membantu menyampaikan isi pembelajaran. Berdasarkan temubual saya terhadap guru-guru tersebut, mereka sangat suka menggunakan Power Point dalam penyampaian pengajaran kerana ianya mudah dan sangat interaktif. Murid-murid juga teruja sekiranya guru menggunakan Power Point, kerana mereka merasakan persembahan Power Point guru yang menarik menjadikan mereka berminat untuk belajar. Rohana Zubir (1987) dalam Segaran (1999) berpendapat penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan minat dan kesungguhan dalam kalangan murid.

EIT 311

TUGASAN

Melalui pemerhatian, saya juga mendapati guru-guru di sekolah juga menggunakan internet untuk mencari dan mengakses bahan-bahan pembelajaran yang menarik daripada laman web pendidikan. Ini kerana bahan yang diperolehi daripada laman sesawang bagi mereka lebih menarik dan menjadi bahan pembelajaran sokongan tambahan yang mudah diperolehi selain daripada buku teks dan buku rujukan yang disediakan di sekolah. Selain daripada itu, guru juga sering berkongsi soalan-soalan ramalan daripada rakan-rakan guru diseluruh negara serta berkongsi idea pengajaran dengan rakan guru di alam maya tanpa mengira masa. Murid di sekolah saya juga turut didedahkan kepada penggunaan komputer melalui pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Melalui matapelajaran ini, murid didedahkan dengan cara-cara menggunakan perisian mudah di komputer seperti Microsoft Word, Power Point dan Excell. Dalam kerancakkan beberapa orang guru menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat juga guru yang tidak menggunakannya. Melalui temubual dengan beberapa orang guru tersebut, mereka tidak gemar menggunakan teknologi seperti LCD kerana berpendapat ianya memerlukan masa yang panjang untuk memasang dan menyediakannya. Mereka juga tidak begitu kreatif dan mahir dalam menyediakan persembahan Power Point yang dapat menarik minat murid. Selain daripada itu, terdapat juga guru yang tidak mahir dalam menggunakan komputer dan lebih suka menggunakan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar mereka. Mereka ini terdiri daripada golongan guru yang lebih berusia kerana krang mendapat pendedahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi. Guru-guru ini hanya menggunakan kemahiran komputer dalam menguruskan hal-hal pentadbiran kerana keadaan yang memerlukan mereka untuk berurusan di alam maya dan menyiapkan tugasan. Ini bersamaan dengan kajian yang dijalankan oleh Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Berdasarkan pemerhatian dan temubual, dapatlah dirumuskan bahawa tahap kemahiran guru di sekolah saya dalam menggunakan komputer adalah ditahap yang sederhana. Ini kerana, kebanyakkan daripada mereka dapat menggunakan perisian komputer yang asas, tahu melayari internet dan tahu cara-cara menggunakan LCD. Namun tidak semua guru yang menggunakan teknologi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini berdasarkan tahap kemahiran mereka dalam menggunakan komputer serta dipengaruhi oleh sikap dan kerajinan seseorang guru itu. Sebagai usaha dalam membudayakan penggunaan

EIT 311

TUGASAN

teknologi dalam kalangan guru-guru, pihak pentadbiran sekolah telah menggalakkan guruguru menggunakan teknologi melalui penyediaan latihan mahupun mengadakan kelas untuk belajar komputer di luar waktu persekolahan. Usaha ini bagi menyediakan guru-guru ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyeluruh terutamanya dalam pengisian data sekolah secara online seperti e-operasi, e-kehadiran, e-pangkat, pengisian markah peperiksaan dan sebagainya. Perubahan dalam sistem pendidikan negara dari masa ke semasa ke arah memenuhi hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing dan inovatif telah memberikan kesedaran kepada warga pendidik untuk merancang program pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam mencapai hasrat tersebut. Antaranya ialah dengan guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini adalah penting untuk para guru kerana terdapat beberapa matapelajaran seperti dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Matapelajaran ini memerlukan guru untuk mengajarkan dan memperkenalkan perisian mudah dalam komputer seperti perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan penyediaan slaid pembentangan dalam Power Point. Mulai tahun hadapan, matapelajaran TMK akan mula diajar di Tahun 4 berpandukan kurikulum baharu KSSR. Ini menujukkan bahawa guru harus bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknologi. Menurut modul daripada Unit Komputer dalam Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2001, untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas TMK. Penggunaan teknologi didalam pengajaran dan pembelajaran juga berupaya untuk menyediakan murid ke arah celik teknologi maklumat. Sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan internet, murid didedahkan tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya (Noriati et. al, 2010). Selain daripada itu, melalui penggunaan internet, guru dan murid boleh berinteraksi secara maya tanpa mengira tempat dan masa melalui e-mail, kumpulan perbincangan maya dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad pada waktu persekolahan sahaja, bahkan juga di luar waktu persekolahan. Jika pembelajaran seperti ini dapat dijalankan secara berkesan, guru dapat melahirkan murid yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga dapat mendidik murid untuk bertanggungjawab terhadap pendidikannya sendiri dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja.

EIT 311

TUGASAN

Dalam merealisasikan penggunaan teknologi maklumat (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh di semua peringkat sekolah, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik. Cabaran tersebut antaranya ialah bagaimana untuk mendidik murid untuk menggunakan kemudahan teknologi seperti penggunaan internet dengan berkesan dan bukan untuk disalah guna. Oleh itu, guru berperanan untuk memberikan pendidikan tentang kebaikkan dan keburukkan penggunaan internet supaya murid-murid dapat memahami penggunaannya sejak awal lagi. Usaha kementerian pendidikan yang menghalang akses kepada laman web yang tidak berfaedah di sekolah juga sedikit sebanyak membantu pihak sekolah untuk menyediakan budaya penggunaan internet yang sihat dalam kalangan guru dan murid. Cabaran seterusnya ialah dalam proses menyediakan pembelajaran dan pengajaran yang berbantukan teknologi, guru harus berupaya merancang dengan baik supaya perisian yang digunakan ialah bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pengajaran dan pembelajaran murid. Ini untuk mengelakkan pembaziran masa semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung akibat penyampaian dan teknologi yang tidak bersesuaian digunakan. Sebagai rumusan, walaupun kekurangan kelengkapan teknologi yang disediakan di sekolah terutamanya di sekolah luar bandar, ini tidak menghalang guru-guru di sekolah saya untuk menggunakan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini disebabkan mereka berpendapat, penggunaan teknologi dapat membantu ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Perkara ini disokong oleh Zurina et al. (2010) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di dalam kelas adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Guru-guru di sekolah saya juga

mempunyai tahap kemahiran yang sederhana dalam penggunaan komputer namun mereka agak mahir dalam menggunakan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) yang penting dalam menyiapkan tugasan berkaitan hal-hal pentadbiran. Sebagai seorang guru, secara peribadinya saya berpendapat bahawa seorang guru harus berupaya melengkapkan diri dengan pelbagai jenis kemahiran terutamanya kemahiran dalam bidang teknologi. Ini kerana, ianya mampu menjadikan kita sebagai seorang guru yang mampu merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini. Selain itu, ianya juga mampu meningkatkan tahap profesionalisme seorang guru seterusnya menjadikan pekerjaan sebagai guru sebagai salah satu pekerjaan yang dihormati.

EIT 311

TUGASAN

RUJUKAN Lim Bee Yeok. (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Noriati A. Rashid et al. (2010), Guru dan Cabaran Semasa, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Segaran A/L Shanmugam. (1999). Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Universiti Putra Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Unit Komputer Dalam Pendidikan. (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pelajaran Malaysia. Zurina Yasak et. al. (2010). Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah. Universiti Tun Hussein Onn: Batu Pahat, Johor.

Potrebbero piacerti anche