Sei sulla pagina 1di 21

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA TUGASAN 2


TAJUK TUGASAN

Group UPSI (A121PJJ)

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: :

2 ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan tajuk 1.1 jadual data terkumpul 1.2 Langkah langkah aktiviti pengajaran kekerapan Relatif. 1.3 Kesimpulan 1.4 Contoh Lembaran Kerja 1.5 Miskonsepsi kekerapan relatif bagi data terkumpul.

MUKA SURAT

1.

2. 2.0 Pengenalan tajuk 2.1 Langkah langkah aktiviti pengajaran Carta pai. 2.2 Langkah langkah melukis Carta Pai 2.3 Contoh Lembaran Kerja 2.4 Miskonsepsi melukis carta pai 3. 3.0 Pengenalan tajuk 3.1 Langkah langkah aktiviti pengajaran Histogram 3.2 Contoh Lembaran Kerja 2.4 Miskonsepsi daam tajuk Histogram 2 Bibliografi

1.0 Pengenalan Pengumpulan Data Dalam dunia yang nyata kadang-kadang data yang dikumpulkan boleh berkemungkinan terlalu banyak. Sebagai contohnya, profil pelajar - pelajar University di Malaysia, bilangan guru-guru di Malaysia dan ain-lain lagi. Untuk itu, kita perlu menguruskan data yang banyak ini dalam bentuk yang senang difahami. Pengumpulan data ialah meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan. Pengumpulan data merupakan salah satu cara yang biasa digunakan untuk menguruskan data.

1.2 Langkah langkah Pengajaran kekerapan Relatif

2. Bagi tajuk kekerapan relatif, perkara pertama yang kita perlu laksanakan ialah mengumpul data bagi mencari kekerapan relatif. Di sini, data pesakit penyakit kencing manis telah dikumpulkan. Data yang dikumpulkan adalah seperti di jadual satu. Dalam jadual data ini angka angkah yang berlaian telah ditunjukkan. Jadual 1.0 48 61 54 64 10 35 orang yang menghidap penyakit kencing manis 41 38 23 45 60 57 48 47 53 83 83 79 56 82 76 41 75 79 68 21 55 77 68 38 65 59 7 61 70 47

3. Sebagai Langkah pertama kita perlu menentukan kelasnya. Data yang dikumpul perlu dikelaskan mengikut selang saiz 10. Nilai data yang terkecil ialah 7 dan yang terbesar ialah 83, pengumpulan data mengikut saiz 10 akan menghasilkan kelas-kelas: 30-39,4049, dan seterusnya hingga 90-99. Jadual yang diberikan menunjukkan cara data dikelaskan. 4. Ini adalah jadual kelas pesakit penyakit kencing manis. Dalam saiz kelas umur 0-9 menunjukkan sebanyak 1 orang menghidap penyakit kencing manis. Dalam saiz kelas 20-29 dua orang menghidap penyakit kencing manis. Data perlu ditunjukkan dalam semua saiz kelas sehingga saiz kelas 80-89.

Jadual 1.1 Menentukan saiz kelas Umur 09 10 19 20 29 30 39 40 49 50 59 70 69 70 79 80 89 5. Selepas menentukkan saiz kelas, murid perlu membuat bilangan gundal yang ditunjukkan dalam jadual. Jadual di bawah menunjukan gundal yang telah disiap. Jadual 1.2 Kelas dan Bilangan orang yang menghidap penyakit kencing Manis. Umur 09 10 19 20 29 30 39 40 49 50 59 60 69 70 79 80 89 Jumlah Gundalan / / // // //// // //// / //// // //// / /// 35

6. Selepas mengisi lajur gundal, kita teruskan dengan menjumlahkan bilangan gundal untuk setiap kelas. 7. Terdapat 3 tatacara yang penting dalam melaksanakan pengumpulan data dalam kelas. Cara pertama bilangan kelas seharusnya antara 5 hingga 20 yang dapat memberikan maklumat ringkas tentang data iaitu ciri-ciri relevan antara data. Kedua, setiap data harus berada dalam satu kelas sahaja. Oleh itu, kita harus berhati hati semasa menentukkan sesuatu kelas supaya data dimasukkan dalam satu kelas sahaja. Ketiga saiz untuk semua kelas perlulah sama untuk semua kelas. Ia mumudahkan kita memaparkan data dalam bentuk graf. 8. Seterusnya, menentukan kekerapan . Bilangan data yang terkumpul dalam sesuatu kelas dipanggil kekerapan kelas tersebut. Dalam jadual kekeparan kelas 0-9 ialah satu kerana hanya seorang pesakit sahaja menghidap penyakit kencing manis.

Jadual 1.3 Kekerapan pesakit penyakit kencing manis Umur 09 10 19 20 29 30 39 40 49 50 59 60 69 70 79 80 89 Jumlah Gundalan / / // // //// // //// / //// // //// / /// 35 Kekerapan 1 1 2 2 7 6 7 6 3

9. Langkah seterusnya menentukan peratus sesuatu kelas. Peratus kelas ditentukan melalui membahagikan kekerapan sesuatu kelas dengan jumlah bilangan data dan mendarabkannya dengan 100. Berikut merupakan cara menentukkan peratus pesakit penyakit kencing manis bagi kelas 20-29.

2 35

= 0.057 atau 57 %

10. Merujuk perkara di atas peratus sesuatu kelas, yang dinyatakan dalam bentuk perpuluhan, dikenali sebagai kekerapan relative sesuatu kelas. 11. Untuk kelas 20-29, kekerapan reatifnya ialah 0.057. jadual yang menyenaraikan kesemua kelas dan kekerapan relatifnya dikenali sebagai taburan kekerapan relative. Jadual di bawah menunjukkan satu taburan kekerapan relative untuk pasakit penyakit kencing manis. Perkara penting dalam kekerapan relative ialah keseluruhannya mestilah 1 ( 100 % )

Jadual 1.4 Jadual Kekerapan Relatif pesakit penyakit kencing manis.

Umur 09 10 19 20 29 30 39 40 49 50 59 60 69 70 79 80 89 Jumlah

Gundalan / / // // //// // //// / //// // //// / ///

Kekerapan 1 1 2 2 7 6 7 6 3 35

Kekerapan relatif 0.029 0.029 0.057 0.057 0.2 0.17 0.2 0.171 0.086 1.00

12. Jadual diatas ialah jadual kekerapan relative pesakit penyakit kencing manis yang telah dibina.

1.3 Kesimpulan Jadual yang mengandungi kelas, kekerapan, kekerapan relative dan tanda kelas untuk satu set data dipanggil jadual data terkumpul. Jadual 1.4 menunjukkan satu jadual terkumpul untuk 35 orang pesakit kencing manis.

1.4 Contoh Lembaran Kerja

1. Satu ujian kecerdasan telah dijalankan ke atas 50 orang kanak-kanak Tahun 4 Barathi di SJK(T) Teluk Merbau. Berikut merupakan data skor yang diperoeh kanakkanak tersebut.

100 104 89 95 92

92 83 123 105 99

96 73 78 63 76

91 97 108 112 105

81 108 127 102 90

110 93 91 117 81

119 116 114 106 109

Bina satu jadual data terkumpul untuk data skor tersebut. Gunakan saiz kelas yang bersesuaian. Jadual data terkumpul ujian kecerdasan kanak-kanak tahun 4 Barathi Ujian kecerdasan 60 - 69 / 1 Gundalan Kekerapan Kekerapan relative 0.02 64.5 Tanda Kelas

1.5 Miskonsepsi Jadual kekerapan relative bagi data terkumpul

Kebiasaanya miskonsepsi akan berlaku semasa membina jadual data terkumpul. Miskonsepsi yang pertama ialah semasa menentukan selang kelas. Ramai murid tidak tahu bagaimana dapatkan selang kelas yang pertama. Sebagai contoh, dalam jadual yang diberikan diatas selang kelas bermula dengan 0-9, yang mana ini tidak benar sama sekali. Ini adalah kerana kefahaman murid-murid ialah setiap seang kelas dimulakan dengan 0. Dalam hal ini, murid murid perlu diberi penjelasan yang jelas untuk menentukan selang kelas. Selain itu, murid juga sering mengalami kekeliruan semasa mengira gundalan. Murid menganggap gundalan /// ialah menunjukkan jumlah 4. Sebenarnya gundalan //// menunjukkan jumah lima. Ada juga murid yang membundarkan jumlah kekerapan terlalu awa sehingga kekerapan menunjukkan angka salah. Miskonsepsi-miskonsepsi yang sering terdapat di kalangan murid perlu ditangani pada peringkat awal. Latih tubi akan membantu murid-murid lebih memahami tajuk data terkumpul.

2.0 Pengenalan Carta Pai Carta pai merupakan sejenis carta atau graf yang berbentuk bulatan yang terdiri daripada beberapa sector atau belahan. Ia adalah carta khas yang menggunakan pie slice untuk menunjukkan saiz-saiz relative data yang diwakili. Setiap potongan bahagian ini menggambarkan perkadaran kategori pengelasan data. Ia adalah penting untuk menunjukkan populasi keseluruhan dimana ia boleh dibahagi bahagikan kepada bahagian bahagian dan menunjukkan apakah pewakilan bahagian dari keseuruhan bahagian. Keseluruhan populasi diwakili dengan satu bulatan. Setiap slice mewakili sebahagian dari keseluruhan. Carta pai adalah setara dengan carta palang berganda tetapi dalam bentuk paparan peratusan. Saiz sudut yang dicakupi oleh setiap sektor mewakili kekerapan atau frekuensi setiap item yang ingin ditunjukkan. 2.1 Langkah langkah pengajaran Carta Pai

1. Langkah pertama yang perlu dilaksanankan dalam topik ini ialah menentukkan data. Data yang dikumpul perlulah dalam bentuk jadual supaya mudah difahami oleh murid. 2. Jadual di bawah menunjukkan data perbelanjaan bulanan keluarga Kamal. Jadual 2. 1 Perbelanjaan Bulanan keluarga kamal Item Makanan Bil Telefon Bil Elektrik Bil Air Bil Petrol Jumlah (RM) 1200 250 150 45 105

3. Setelah mengumpul data , langkah

seterusnya ialah mengira pecahan bagi

menentukkan sudut bagi setiap sector. Sebelum mengira pecahan bagi setiap sector , murid perlu mengira jumlah perbelanjaan bulanan Encik Kamal. Jumlah perbelanjaan bulanan beliau ialah RM 1800.

4. Pengiraannya adalah seperti berikut:

= RM 1200 + RM 250 + RM 150 + RM 45 + RM 105 = RM 1800

5.

Langkah seterusnya ialah menentukkan pecahan dan seterusnya sector bagi melukis carta pai. Pengiraan pecahan adalah seperti berikut :

Belanja Makanan

Bil Telefon

Bil Elektrik

Bil Air

Bil Petrol

6. Setelah selesai mengira sudut sector bagi setiap perbelanjaan , lengkapkan maklumat yang diperolehi dalam jadual seperti berikut. Ia adalah bagi memudahkan kita melukis carta pai dengan maklumat yang betul. 7. Setelah mengenalpasti sudut setiap item, isikan jadual 1 dengan angka-angka tertentu. 8. Jadual yang lengkap adalah seperti berikut:

Jadual 2.2 Perbelanjaan Bulanan keluarga kamal Item Jumlah (RM) Pecahan 1200/1800 = 2/3 Sudut 250 / 1800 = 5/36 200 / 1800 = 1/9 45/1800 = 1/40 105/1800 = 7/120 Makanan 1200 Bil Telefon 250 Bil Eektrik 150 Bil air 45 Bil Petrol 105

2.2 Langkah langkah Melukis Carta Pai Setelah menentukan jadual , bina carta pai mewakili data yang dikumpulkan di atas. Carta pai tidak mudah dilukis dengan tangan. Walau bagaimanapun, dengan bantuan komputer, carta pai boleh mudah dilukiskan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel atau Microsft Word. Data yang dikumpulkan di atas dilukis dengan menggunakan teknologi iaitu Perisian Microsoft Word. 1. Langkah pertama ialah, membuka perisian Microsoft Word dan klik pada butang insert chart. Paparan seperti berikut akan muncul di tirai komputer.

2. Seterusnya, klik pada tajuk pie dan pilih catra pai yang sesuai bagi melukis carta pai untuk mewakili data yang dikumpulkan tadi. 3.

4. Paparan seperti berikut akan muncul. Langkah seterusnya ialah, isikan data yang dikumpulkan tadi dalam table bagi melukis carta pai.

5. Setelah mengisi data yang dikumpulkan dalam jadual paparan tadi, carta pai yang perbelanjaan bulanan keluarga kamal akan muncul seperti berikut.

6. Carta pai yang dibina perlu diberi tajuk yang sesuai . Di samping itu, jika kita ingin menukar warna setiap sector mengikut citarasa tersendiri, klik pada butang design dan pilih design yang sesuai. 7. Carta pai ini jelas menunjukkan perbelanjaan bulanan Encik Kamal. Ia dengan mudah dan jelas boleh dilihat dengan hanya meihat bahagian pai ( slice) yang paling besar.

Belanjaan Bulanan
5% 20%

Belanja Makanan Bil Telefon Bil Elektrik 55%

9%

Bil Air Bil Petrol

11%

2.3 Contoh Lembaran Kerja 1. Nyatakan bilakah paling sesuai untuk anda menggunakan Carta Pai ? 2. Apakah jenis data yang sesuai dipaparkan dalam bentuk Carta Pai ? 3. Berikut adalah jadual taburan kekerapan hobi murid Tahun 6.

Jenis Hobi Membaca buku cerita Melukis Bermain Badminton Menanam Pokok Bunga Menonton Television

Bilangan Murid 23 10 15 12 21

a) Nyatakan sudut untuk setiap kategori. Jadual 1 Hobi Murid Tahun 6

Hobi Pelajar

Membaca Buku cerita

Melukis

Bermain Menanam Badminton pokok bunga

Menonton television

Jumlah Pelajar

23

10

15

12

21

Pecahan

Sudut

b) Bina Carta Pai ( dalam bentuk peratusan ) untuk mewakili data ini. c) Berikan kesimpulan mengenai hobi murid tahun 6.

2.4 Miskonsepsi Dalam Melukis Carta Pai Cara menginterprestasi Carta Pai berasaskan prinsip bahawa bahagian pai yang terbesar mewakili item data yang terbesar dan bahagian pai yang terkecil mewakili item data yang terkecil. Jika Carta Pai tidak dilukis dengan betul, maklumatnya akan mengelirukan. Perkara penting untuk diingatkan adalah kelebihan Carta Pai untuk melihat sebahagian dari data sebagai pecahan dari keseluruhan data. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa melukis Carta Pai ialah, kesilapan berlaku semasa menambah jumlah kekerapan. Jika jumlah kekerapan salah , maka Carta Pai tidak dapat dilukis dengan tepat. Selain itu, Carta Pai yang diukis dengan menggunakan tangan, perlu mempunyai perhatian yang serius. Sebagai contoh, semasa mengunting bulatan Pai , perlu memastikan bulatan itu tepat. Dalam hal ini, pelajar perlu melipat kertas dengan tepat dan memotong semi bulatan mengikut garis. Latihan yang munasabah dapat membantu pelajar untuk mengatasi masalah ini. Seterusnya, setelah melukis Carta Pai, murid digalakan untuk melukis pattern bagi setiap sektor. Ia memudahkan murid membanding data kekarapan dengan mudah. Namun, ada murid yang menggunakan pattern yang sama bagi setiap sektor. Ia mengelirukan murid mengenali data atau peratus setiap sektor. Bagi mengatasi masalah ini, murid perlu digalakan untuk mewarnakan setiap sektor dengan warna yang berlainan dan menulis peratus sektor di setiap sektor. Selain daripada itu, dalam melukis Carta Pai nombor / data genap sahaja digunakan untuk melipat kertas. Namun, ada pelajar yang menggunakan nombor ganjil semasa melipat kertas. Jika data yang diperolehi dalam nombor ganjil, jangka lukis perlu digunakan semasa melukis Carta Pai. Hal ini, perlu diterangkan oeh guru semasa mengajar Carta Pai. Tunjuk ajar yang relevan dapat membantu murid mengatasi masalah ini. Semasa melabelkan sektor di Carta Pai yang dilukis, murid melabelkan peratus sektor di tempat yang salah. Murid melabelkan ikut suka hati mereka. Hal ini, mengelirukan murid semasa menerangkan atau semasa membuat mengulangkaji. Jadi guru perlu memastikan agar murid melabelkan sektor dengan angka yang betul.

3.0 Pengenalan Histogram

Histogram adalah satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Palang-palang dalam Histogram bercantum pada sempadan kelas di antara satu sama lain. Paksi mengufuk adalah untuk selang kelas berserta unitnya dan paksi menegak untuk kekerapan kelas. Memandangkan palang yang dibina pada setiap selang kelas bercantum di antara satu sama lain, maka lebar setiap palang akan dilukis bermula dengan sempadan bawah kelas dan berakhir dengan sempadanatas kelas tersebut. Jika selang kelas sama besar, maka luas palang adalah berkadaran dengan ketinggian palang ( kekerapan kelas ). Jadi , ketinggian palang menggambarkan kekerapan. 3.1 Langkah langkah aktiviti pengajaran 1. Langkah pertama yang perlu dilaksanakan sebelum melukis Histogram adalah, menentukkan taburan kekerapan bagi tajuk yang dikehendaki. 2. Berikut merupakan jadual kekerapan Timbangan Berat 30 orang murid Tahun 5. Jadual 3.1 Timbangan Berat 30 orang murid Tahun 5 Kelas Berat ( Kg ) 36 39 40 - 45 46 50 51 - 55 56 60 Kekerapan 2 4 7 6 1

3. Setelah data kekerapan ditemui, seterusnya lukis Histogram. Langkah langkah yang perlu diingati semasa melukis Histogram adalah: Palang Histogram boleh dilukis secara menegak atau melintang. Panjang setiap palang pula mewakili kekerapan data yang diwakili. Satu Histogram mempunyai dua paksi. Setiap skala paksi hendaklah tepat dan betul. Pastikan saiz kelas mempunyai saiz yang sama. Ketebalan semua palang adalah sama. Semua Histogram mesti mempunyai tajuk. Histogram boleh dilukis dengan menggunakan data diskrit dan selanjar.

Jadual 3.2

Taburan Kekerapan Berat Badan Murid Tahun 5


8 7 6 5 4 Kekerapan 3 2 1 0 36-39 40-45 46-50 51-55 56-60

4. Langkah ketiga ialah mencari mod. Mod bagi data terkumpul adalah titik tengah kelas mod. Kelas mod adalah kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan mod iaitu dengan kaedah formula dan kaedah histogram.

Kaedah Formula

L m0 = Sempadan bawah bagi kelas mod

d1

= Perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi satu kelas sebelum kelas mod, iaitu

Mo Mo 1
d2 = Perbezaan antara kekerapan kelas mod dengan kekerapan bagi

Mo Mo + 1
c = saiz kelas mod

5. Dengan menggunakan formula yang diberi cari mod bagi data dalam jadual taburan kekerapan yang berikut:
Kelas Berat ( Kg ) 36 39 Kekerapan 2 4 7 6 1

Mo 1 Mo
=7

=4

Kelas ke empat

40 - 45 46 50 51 - 55 56 60

Mo + 1

=6

6. Kelas mod ialah kelas ke empat dengan

L m0 = 51.5

Mo

= 7 , Mo 1 = 4 ,

Mo + 1

=6

d1 = Mo -

Mo 1

=7-4=3 =76=1

d2 = Mo - Mo + 1
c = 3 +1

=4

( = 54.5

Kaedah Histogram Saiz selang kelas 36 - 39 = 35.5 39.5

= 10

Taburan Kekerapan Berat Badan Murid Tahun 5


8 7 6 5 4 3 2 1 0 35.5 45.5 50.5 55.5 60.5 Mod

Kekerapan

3.2 Miskonsepsi Dalam topik Histogram

Miskonsepsi yang sering terdapat dalam tajuk Histogram ialah murid mengalami kesukaran untuk membaca mod. Di samping itu, semasa melukis palang, setiap palang mestilah dirapatkan. Palang yang tidak dirapatkan dianggap salah konsep. Selain itu, saiz petak atau setiap palang perlulah bersaiz sama. Palang yang dilukis perlulah mengikut skala yang ditentukan. Cara mengatasi

miskonsepsi dalam tajuk Histogram adalah latih tubi dan tunjuk ajar guru.

4.0 Bibligrafi

1. Dunn,S,D.(2001). Statistic and data analysis for the behavioural sciences. New York: McGraw-Hill. 2. Iran Herman. (2004 ). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star: percetakan Ustaras Sdn.Bhd.

3. Marzita Puteh.(2003). Matematik Permulaan Siri 1, Edisi 3, Prentice Hall, Kuala Lumpur

Potrebbero piacerti anche