Sei sulla pagina 1di 7

MEDAN MAGNET

Definisi Kawasan di mana magnet mengalami satu daya. Kawasan di mana daya bertindak pada satu magnet. Sumber yang menghasilkan medan magnet Magnet kekal Cas elektrik yang bergerak dalam konduktor elektrik. (wayar) atau mana-mana ruang Fenomena medan magnet dihasilkan daripada arus dikenali sebagai kesan magnet daripada arus (magnetic effect of current). Contoh situasi Wayar diletakkan berhampiran dengan kompas Apabila arus dibenarkan mengalir dalam wayar, jarum kompas terpesong. Ini menunjukkan kompas berada dalam medan magnet yang dihasilkan oleh arus. Akhirnya, ia berada dalam keadaan rehat di kedudukan yang baru. Apabila arus berhenti mengalir, jarum kompas kembali ke kedudukan asal (kedudukan utara-selatan). Medan magnet diwakili dengan garisan medan magnet.

Ciri-ciri garisan medan magnet: Tidak bersilang antara satu sama lain. Membentuk lingkaran tertutup (closed loops). Arah kepala anak panah menunjukkan arah kekuatan medan magnet. Semakin dekat garisan-garisan medan magnet, semakin besar kekuatan medan magnetnya. Sekiranya garisan-garisan medan magnet lurus dan selari, medan yang diwakili oleh garisan ini ialah medan magnet seragam (uniform field). Satu set titik diwakili oleh medan yang keluar secara berseranjang. Satu set silang diwakili oleh medan yang masuk secara berseranjang.

KEKUATAN MEDAN MAGNET, B Definisi Magnitud medan magnet pada satu titik. Kekuatan medan magnet, B ialah daya yang bertindak pada satu dawai sepanjang 1m yang membawa arus 1A dan terletak secara serenjang dengan arah medan magnet. Nama lain Aruhan/keamatan magnet, ketumpatan fluks magnet Kuantiti vektor (mempunyai magnitud dan arah) Simbol B Unit Wb atau T

Satu tesla ialah kekuatan medan magnet yang menghasilkan daya 1N pada dawai sepanjang 1m yang membawa arus 1A dan terletak secara serenjang dengan medan magnet. Persamaan

(F adalah daya pada cas q, q adalah nilai cas, v adalah halaju cas dan

adalah sudut).

DAYA PADA CAS YANG BERGERAK MAGNITUD DAYA MAGNET

adalah subu di antara B dan v.

ARAH DAYA MAGNET F menuju ke atas untuk cas yang positif dan menuju ke bawah untuk cas yang negatif.

DAYA BERTINDAK PADA KONDUKTOR YANG MEMBAWA ARUS

Dalam konduktor lurus tersebut, elektron akan bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain tanpa berhenti pada halaju hanyut purata, . Memandangkan setiap elektron

bergerak dalam medan magnet, ia akan mengalami daya magnet. Elektron akan ditolak berlawanan dengan atom dalam konduktor. Begitulah arah magnet. Memandangkan bilangan elektron yang besar terlibat dalam penolakan, keseluruhan konduktor tersebut akan mengalami daya magnet. Daya juga dihasilkan kerana saling tindak di antara medan magnet yang dihasilkan oleh arus dan yang dihasilkan oleh magnet kekal. Apabila medan magnet dari medan kekal bersaling tindak dengan medan magnet yang dihasilkan oleh arus dalam konduktor, suatu medan magnet resultant yang dikenali sebagai medan lastik dihasilkan. (rujuk rajah di bawah)

Magnitud daya magnet

Arah daya magnet Ditentukan menggunakan hukum tangan kiri Fleming.

Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud daya : Kekuatan medan magnet Magnitud arus Panjang konduktor Bilangan lilitan

Kegunaan kesan daya putaran bagi konduktor yang membawa arus dalam suatu medan magnet : Ammeter gegelung bergerak Motor arus terus

MEDAN MAGNET YANG DIAKIBATKAN OLEH ARUS DALAM KONDUKTOR LURUS Corak medan bulatan bulat sepusat Arah garisan medan magnet ditentukan menggunakan Petua Genggaman Tangan-Kanan.

Magnitud kekuatan medan magnet

DALAM GEGELUNG MEMBULAT Corak medan

Arah Arah akan diterbalikkan sekiranya arus diterbalikkan

Magnitud kekuatan medan magnet :

DALAM SOLENOID PANJANG Corak medan

sama seperti corak yang dihasilkan oleh bar magnet Arah garisan medan magnet Ditentukan menggunakan N dan S

Magnitud

Dalam ketiga-tiga kes seperti di atas, kekuatan medan magnet akan meningkat jika a) Nilai arus bertambah b) Bilangan lilitan dawai bertambah c) Teras besi lembut diletakkan dalam gegelung. d) Jejari gegelung berkurang (khas untuk gegelung membulat)

Potrebbero piacerti anche