Sei sulla pagina 1di 2

LAPORAN AJK MAKANAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA III- SEMESTER 5/ 2013

Pada 14 September 2013 yang lalu, seramai 25 orang guru pelatih PPG Sains 1 Kohot 1, IPG Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan program BIG Etiket Sosial dan Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh, Bagan Serai ,Perak.

Bagi AJK Makanan, kami telah menjalankan tugas sebelum hari program lagi dalam penyediaan menu dan juga makanan seharian kepada kesemua guru dan murid yang terlibat yang mengikuti program BIG pada kali ini. Setelah perbincangan bersama ajk makanan yang terlibat, kami kemudiannya memutuskan memilih kantin sekolah berkenaan sebagai premis yang bertanggungjawab menyediakan makanan seharian kami sepanjang program terbabit. Beberapa sesi perbincangan antara pihak guru pelatih dan juga pengusaha kantin ( Pak Din ) telah dijalankan yang melibatkan penyediaan menu, harga dan juga pembayaran makanan.

Pada pagi hari program tersebut, kami telah dijamu makanan berupa bihun goreng, mee goreng, kuih karipap dan air teh panas. Makanan pada pagi tersebut disediakan oleh Pak Din iaitu pengusaha kantin bersama anak buahnya itu sangat menyelerakan. Kami makan ketika rehat sessi pertama selepas selesai program Etiket Sosial sekitar pukul 11.00 pagi di kantin sekolah tersebut.

Pada waktu tengah hari, selepas tamatnya sesi khidmat masyarakat iaitu bengkel teknik menjawab soalan sains, kami telah disediakan dengan makanan tengah hari. Menu pada tengah hari itu ialah nasi tomato, ayam masak merah, sayur campur , sotong goreng berlada kentang beserta dengan buah tembikai. Kami disediakan

dengan dua jenis air iaitu air oren dan air sirap . Kesemua peserta makan dengan penuh berselera memandangkan tugasan sesi pertama telah dilakukan dengan sempurna.

Kesimpulannya, kami AJK Makanan telah menimba banyak pengalaman dalam mengendalikan makanan pada program BIG bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan bagi menguruskan organisasi kelak.

Yang menjalankan tugas, (JEFRI BIN ABDULLAH) Ketua AJK Makanan, BIG Fasa III, Kumpulan Sains 1Kohot 1, IPG Tuanku Bainun.

16 September 2013

Potrebbero piacerti anche