Sei sulla pagina 1di 12

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

TAJUK 2 TEKNIK VOKAL DAN REPERTOIR 2


2.0 SINOPSIS

Kursus ini memberi fokus kepada teknik vokal sebutan. Di samping itu juga, pelajar diberikan pendedahan mengenai teknik persembahan dan latihan nyanyian dalam pelbagai rentak Di sini, pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran dan teknik dalam pelbagai repertoire lagu.

2.1 1. 2. 3.

HASIL PEMBELAJARAN Mempraktikkan teknik-teknik vokal dengan berkesan; Menguasai kemahiran vokal dalam pelbagai repertoire dan genre; dan Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam persembahan nyanyian.

2.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

SEBUTAN

SEBUTAN DIFTONG

SEBUTAN TRIFTONG

REPERTOIR 1

12

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

2.3

SEBUTAN

2.3.1

Sebutan diftong

Diftong terdiri daripada dua vokal dan dibunyikan secara satu unit. Dua vokal atau lebih berlaku secara berentetan dan setiap vokal mempunyai ciri suku kata. Huruf diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. Terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ ai ], [ au ] dan [ oi ]. Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suka kata terbuka. Kedudukan diftong [ ai ], [ oi ] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan manakala diftong [ oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan.

13

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV Maka, untuk membunyikan diftong [ai], lidah perlulah berada pada kedudukan yang membunyikan vokal hadapan luas [a], dan secara cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hujung lidah perlu dinaikkan tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan vokal [i]. hujung lidah adalah terkena pada gigi bawah dan pita suara adalah digetarkan. Contohnya, dalam lirik lagu Tanjong Puteri terdapat perkataan yang mengandungi diftong [ai] iaitu mengail. Selain itu, dalam lagu kanak-kanak iaitu lagu Padiku juga terdapat perkataan yang mengandungi diftong [ai] iaitu wahai dan juga dalam lirik lagu Ikan Kekek mempunyai perkataan yang mengandungi diftong [ai] iaitu ilai. Penyanyi perlulah menyanyi perkataan dengan jelas dan betul yang mengandungi diftong [ai] supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul. Untuk membunyikan diftong [au], kedudukan hadapan lidah adalah pada keadaan sebagaimana membunyikan vokal hadapan luas [a] dan kemudian menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal belakang sempit [u] tetapi keadaan lidah adalah melengkung ke arah lelangit keras. Hujung lidah adalah hampir kena pada gigi bawah. Contohnya, dalam lirik lagu Tanjong Puteri terdapat perkataan yang mengandungi diftong [au] iaitu teberau. Selain itu, dalam lagu kanak-kanak iaitu lagu Padiku juga terdapat perkataan yang mengandungi diftong [au] iaitu engkau dan juga dalam lirik lagu Ikan Kekek mempunyai perkataan yang mengandungi diftong [au] iaitu kalau. Penyanyi perlulah menyanyi perkataan dengan jelas dan betul yang mengandungi diftong [au] supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul.

14

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV Manakala, untuk membunyikan diftong [oi] pula, lidah perlulah diletakkan sebagaimana menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit [o] dan dengan cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hadapan lidah akan dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i]. Contohnya, dalam lagu kanak-kanak iaitu lagu Padiku juga terdapat perkataan yang mengandungi diftong [oi] iaitu hoi dan juga dalam lirik lagu Ikan Kekek mempunyai perkataan yang mengandungi diftong [oi] iaitu iloi. Sebutan yang mengandungi diftong [oi] perlulah jelas dan betul oleh penyanyi semasa menyanyi supaya pendengar boleh mendapat makna yang betul.

Biasanya, vokal pertama akan diberi tekanan semasa menyanyi. Rajah berikut menunjukkan pergerakan lidah semasa membunyikan diftong bahasa Melayu dan cara membunyikan setiap diftong. Anak panah menunjukkan arah geluncuran pergerakan lidah dari satu kedudukan vokal ke arah kedudukan vokal yang lain.

15

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV 1) Diftong [ ai ]:

1) Bibir agak hampar. 2) Hujung lidah terkena gigi bawah 3) Depan lidah seperti kedudukan membunyikan vokal depan rendah [ a ]. 4) Lidah digeluncurkan ke arah membunyikan vokal depan

2) Diftong [ au ]:

16

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

1) Bibir berada di antara hampar ke bundar. 2) Hujung lidah kena gigi bawah 3) Depan lidah seperti kedudukan membunyikan vokal depan rendah [ a ]. 4) Lidah digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [ u ] dengan lidah melengkung ke arah

3) Diftong [ oi ]:

17

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

1) Bibir berada di antara hampar ke bundar. 2) Depan lidah seperti kedudukan membunyikan vokal separuh tinggi [ o ]. 3) Lidah digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [ i ] dengan lidah dinaikkan ke lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [ i ]. Berikut adalah diftong dalam piawaian bahasa Inggeris No. Diphthongs 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. ai au oi ia ou ei ii uu ua iu Symbol (IPA) /a/ /a / // // /o / /e/ /i/ /u/ // /iu/ Examples light, tiger, eye, I, life, my, sky loud, amount, mountain, cow noise, oyster, boy, boil ear, deer, really, here low, go, motion, own, boat,zero,veto,ego make, take, weight, say, eight, lean, dean, mean, seen, loon, school poor, tour fume, cute, new, queue, you

Akan tetapi sesetengah penyanyi cenderung memberi tekanan kepada vokal kedua diftong semasa menyanyi. Vokal pertama diftong 18

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV seharusnya diberikan tekanan dan dipanjangkan manakala vokal kedua dipendekkan. Sebagai contoh, good by---- e harus dinyanyikan dengan betul seperti berikut:

Berdasarkan kepada perbezaan kenyaringan, kepanjangan dan tekanan yang dimiliki salah satu vokal daripada diftong, maka diftong boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu diftong naik dan diftong turun. Diftong naik iaitu bunyi vokal keduanya disebut lebih nyaring, panjang dan lebih tekanan daripada vokal pertama. Contoh perkataan seperti

Sebutan diftong yang jelas penting dalam nyanyian untuk menunjukkan tekanan vokal pertama atau vokal kedua diftong. Arah geluncuran pergerakan lidah dari satu vokal ke vokal yang lain hendak dilakukan dengan cepat dan ketara didengar. Sesetengah penyanyi menghadapi masalah dalam menyebut diftong secara bergeluncuran dan cepat dan menyebabkan sebutan perkataan kabur dan tidak jelas. Sebelum menjalankan latihan diftong, penyanyi seharusnya banyak berlatih dengan alat artikulasi agar alat tersebut tidak asing untuk bergerak ke posisi yang berlainan dalam rongga mulut dan menghasilkan bunyi dalam masa yang singkat.

19

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

2.3.2

Sebutan Triftong

Triftong merupakan suku kata yang terdiri daripada tiga huruf vokal yang disebut secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Triftong juga terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Sebagai contoh, oui dan iau adalah suku kata yang terdiri daripada tiga huruf vokal. Tiga huruf vokal itu melahirkan satu bunyi dan ini adalah trfitong. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Triftong terdiri daripada tiga vokal dalam satu suku kata dan dibunyikan secara satu unit. Triftong disebutkan secara cepat oleh alat artikulasi dari satu vokal ke vokal lain. Contohnya, [ ai + a ] disebutkan dengan cepat dalam perkataan n iagara.

Contoh yang kedua adalah [ ai + c ] disebutkan secara cepat dan jelas dalam perkataan biology.

20

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

NO TRIPHTHONG 1 2 3 4 5 ire, uyer ower, our ayor, ayer, ower, oa ewer, ure

SYMBOL a a e i

EXAMPLE hire, higher, liar, fire, pliers, buyer, diagram, Ireland shower, hour, power, sour, dour mayor, mayonnaise, player slower, mower, Goa fewer, newer, manure, cure, lure

Latihan Bincangkan implikasi penggunaan teknik sebutan diftong dan triftong terhadap nyanyian yang berkesan.

2.4

REPERTOIR 2

21

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

22

MZP3118 Alat Muzik Utama Vokal IV

23

Potrebbero piacerti anche