Sei sulla pagina 1di 4

PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA

PPDBS

PENGURUSAN PANITIA

Pengurusan panitia mata pelajaran di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan panitia
mata pelajaran :

• Merancang

• Mengurus

• Melaksanakan matlamat,objektif strategik dan program panitia secara berterusan


dan berkesan.

OBJEKTIF

• Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi,fungsi dan tugas


panitia mata pelajaran di sekolah.

• Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru mata pelajaran untuk


merancang,melaksanakan,menyelia dan memantau keberkesanan semua program
dan aktiviti yang berkaitan.

• Menggembleng tenaga guru mata pelajaran dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti


panitia.

• Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah,kekangan dan


hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
motivasi,sikap dan tabiat belajar pelajar.

• Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan


dengan mata pelajaran di sekolah.

Perincian Peranan Jawatankuasa Panitia

Pengerusi ( Ketua Panitia – dilantik daripada guru terkanan bagi subjek berkaitan )

a. Merancang aktiviti panitia


b. Mempengerusikan setiap mesyuarat perjumpaan dan taklimat.
c. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
d. Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

Naib Pengerusi

a. Menajalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.


b. Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

1
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA
PPDBS

Setiausaha

a. Membuat surat panggilan mesyuarat dan urusan-urusan lain surat-menyurat.


b. Mencatat kaedah dan menyediakan minit mesyuarat.
c. Menyediakan laporan dan dokumentasi.
d. Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK.
e. Menerima arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.

Penolong Setiausaha

a. Membantu tugas-tugas setiausaha.


b. Membantu tugas-tugas lain yang disahkan oleh pengerusi dari semasa ke
semasa.

Bendahari

a. Mengurus hal ehwal kewangan PCG dan menyediakan laporan penyata


kewangan.
b. Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan menyediakan laporan penyata
kewangan.
c. Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung persatuan bersma AJK yang lain.

Ahli Jawatankuasa

a. Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti.


b. Bekerjasama dengan guru penasihat dan AJK induk dalam aktiviti yang
melibatkan kependidikan seperti Kem Kecemerlangan, Kem Bina Juara dan lain-
lain.
c. Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari semasa ke semasa.
d. Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi, meja penceramah dan
peserta, persiapan pentas dan lain-lain.
e. Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan aktiviti sesuai
dengan keputusan mesyuarat.
f. Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.
g. Mengendalikan aktiviti luar.

PENGURUSAN FAIL PANITIA

Di sekolah terdapat : a) Sebuah Fail Induk Panitia yang disimpan di pejabat sekolah.
b) 6 buah Fail Panitia yang diurus sepenuhnya oleh Ketua Panitia
dan disimpan di bilik khas.

Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab memantau fail-fail panitia sekurang-kurangnya 4


kali setahun selepas setiap mesyuarat kurikulum dan panitia sekolah.
Pemantauan oleh Pengetua/Penolong Kanan dibuat dari masa ke semasa.

2
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA
PPDBS

Untuk mengemaskini pengurusan fail panitia setiap panitia seharusnya mempunyai dokumen-
dokumen yang spesifik seperti terkandung dalam senarai semak fail panitia.

SENARAI SEMAK FAIL PANITIA

NO FAIL BIL BUTIRAN DAN KANDUNGAN SEMAKAN


FAIL 1 MESYUARAT PANITIA (Dalaman)
1. Surat Panggilan Mesyuarat Panitia
2. Minit Mesyuarat Panitia
FAIL 2 SURAT MENYURAT PANITIA (Luar)
1. Surat-surat Yang Diterima Daripada Luar
2. Surat-surat Yang Dihantar Ke Luar
3. Minit Mesyuarat Panitia Daerah
FAIL 3 MAKLUMAT GURU PANITIA
1. Butir Peribadi (Lampiran 2)
2. Jadual Waktu Peribadi dan Kelas
FAIL 4 DOKUMEN PANITIA
1. Pekeliling Ikhtisas bil 4/86
2. Pekeliling Panitia Yang Berkaitan
3. Carta organisasi Panitia / Jawatankuasa Panitia (Lampiran 1)
4. Rancangan Peningkatan Prestasi Pelajar / Pelan Taktikal
,Pelan Operasi dan Pengunjuran
5. Kumpulan Sasaran Pelajar
6. Program Untuk Pelajar Cemerlang,Sederhana dan Galus
7. Rancangan Pelajaran Tahunan
8. Kontrak dalam bentuk Carta Gantt
9. Anggaran Perbelanjaan Panitia (Lampiran 4)
10. Buku Stok – a) Semakan Stok
b) Pelupusan
11. Cadangan Buku Untuk PSS
12. Senarai ABM
13. Rekod Penggunaan ABM
14. Senarai Buku Rujukan Guru
15. Senarai Buku Teks / Rujukan Pelajar
16. Jadual Kekerapan Latihan
17. Latihan Dalaman / Perkembangan Staf
18. Sukatan Pelajaran
19. Huraian Sukatan Pelajaran
20. Buku Panduan Am KBSM
21. Projek Inovatif dan Kreatif
22. Minit Curai (Lampiran 3)
23. Dokumentasi Aktiviti Sokongan Panitia / Koakademik
24. Headcount ( HC1 – HC 6 )
FAIL 5 KOLEKSI SOALAN / BANK SOALAN
1. Kertas Soalan Peperiksaan Sekolah
2. Kertas Soalan Peperiksaan Awam
3. Jadual Spesifikasi Item (JSI)

3
PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA
PPDBS

4. Bank Soalan
FAIL 6 POST MORTEM PEPERIKSAAN
1. Analisis Peperiksaan (PM 1 – PM 3)
2. Kekuatan dan Kelemahan Pelajar
3. Tindakan Susulan Yang Diambil
4. Senarai Kemajuan Prestasi Pelajar Setiap Kumpulan
5. Analisis Item

Potrebbero piacerti anche