Sei sulla pagina 1di 5

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013 HIDAYAH SK.

KEPALA BATAS

1.0 PENGENALAN Projek penambahbaikan dan keceriaan kelas Hidayah SK. Kepala Batas adalah cetusan idea daripada para guru pelatih dari opsyen pemulihan sekolah ini. Projek ini merupakan projek mini yang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan bagi kelas pemulihan dari segi susun atur perabot, pembinaan sudut-sudut seperti sudut kinestetik, pengamatan, Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya. Projek ini juga merupakan salah satu usaha sekolah bagi mewujudkan bilik pemulihan yang menepati ciri-ciri seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 MATLAMAT i. Mewujudkan kelas pemulihan yang menepati ciri-ciri yang terdapat dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. ii. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). iii. Mewujudkan keceriaan dalam kelas pemulihan.

3.0 OBJEKTIF i. Membina sudut-sudut utama seperti sudut kinestetik, sudut pengamatan, sudut bahasa, sudut multimedia, sudut pengurusan diri serta ruang untuk menjalankan aktiviti P&P. ii. Mewujudkan bilik darjah yang bersih, kemas serta ceria dengan bahan pembelajaran yang menarik. iii. Mewujudkan ruang pengurusan bagi memudahkan guru pemulihan

menguruskan sistem fail.

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013 HIDAYAH SK. KEPALA BATAS

4.0 BUTIRAN PROJEK Tarikh Masa Tempat : 20 Januari 2013 hingga 25 Julai 2013 : Sepanjang waktu persekolahan : Kelas Hidayah SK. Kepala Batas

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung Puan Hajah Mahani binti Mustafa (Guru Besar SK. Kepala Batas)

Naib Penaung Puan Normi binti Mustafa (Penolong Kanan Pentadbiran)

Penasihat Puan Zarina binti Abdul Razak (Guru Pemulihan SK. Kepala Batas)

Pengerusi Cik Nurfarhanah binti Ahmad Tarmizi (Guru Praktikum IPG Kampus Darulaman)

Setiausaha Cik Siti Nor Adibas binti Ab. Rahman (Guru Praktikum IPG Kampus Darulaman)

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013 HIDAYAH SK. KEPALA BATAS
6.0 CARTA GANTT PENGURUSAN PERANCANGAN STRATEGIK

Bulan Bil Aktiviti


JAN FEB

(Tahun 2013)
MAC APRIL JUN JULAI

1.

Perancangan

2. 3.

Pembersihan Menyusun atur perabot

4.

Pembinaan sudutsudut

5.

Pembinaan bahan pembelajaran

6.

Menghias bilik pemulihan.

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013 HIDAYAH SK. KEPALA BATAS
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Keychain Double Sided Tape Pembalut Meja Pembalut Plastik

Harga RM 0.05 RM 1.20 RM 1.00 RM 4.00

Kuantiti 200 10 8 4 meter Jumlah

Kos RM 10.00 RM 12.00 RM 8.00 RM 16.00 RM 46.00

8.0 PENUTUP Sebagai penutup, projek ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah dirancang. Guru pelatih juga dapat membina keyakinan diri serta dapat menggunakan pengalaman sepanjang menyertai program ini semasa berada di sekolah kelak. Apa yang penting, para pelatih dapat lebih mendisiplinkan diri serta menjadi lebih bermotivasi dalam meneruskan pengajian untuk menjadi seorang guru.

Disediakan Oleh,

-----------------------------------------------( CIK SITI NOR ADIBAS BINTI AB. RAHMAN ) Setiausaha Projek Keceriaan Kelas Hidayah, SK. Kepala Batas, 06200 Kepala Batas, Kedah Darul Aman. 4

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN KELAS 2013 HIDAYAH SK. KEPALA BATAS
9.0 LAMPIRAN KELULUSAN

BAHAGIAN A :

GURU KELAS HIDAYAH

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

Disokong / Tidak Disokong

ULASAN: ....................

Tarikh :

............................................ Tandatangan & Cop

BAHAGIAN B :

GURU BESAR

ULASAN: ..............

Diluluskan / Tidak Diluluskan Tandatangan & Cop 5

Tarikh :

Potrebbero piacerti anche