Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN, 77000 JASIN, MELAKA. Tel / Fax : 06-5246578 MBA1013 Ruj. Kami : SKC.HEM.

1002/5(1/2013) Tarikh : 1 Januari 2013 Tuan/Puan EN AMINUDDIN B BUANG Sekolah Kebangsaan Chinchin 77000 Jasin, Melaka. PELANTIKAN SEBAGAI NAIB PENGERUSI 2 HAL EHWAL MURID SK CHINCHIN Berhubung dengan perkara di atas, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No. 41 Perundangan (A) P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacitanya melantik tuan/puan sebagai Guru Pemimpin/ Penasihat kepada Unit Hal Ehwal Murid seperti di atas di Sekolah Kebangsaan Chinchin berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. 2. Dengan pelantikan ini bermakna tuan/puan secara rasminya bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan unit tersebut dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan ahli jawatankuasa dan semua demi memastikan ianya tidak terkeluar dari tujuan matlamat penubuhannya. 3. Tuan/puan juga secara rasminya bertanggungjawab memastikan setiap individu unit ini mematuhi semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia. 4. Seterusnya tuan/puan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan menguruskan kebajikan dan keselamatan semua murid semasa, menyertai dan menjalani aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabtan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 5. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan/puan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini secara profesional dengan penuh komitmen, cekap dan berkesan. Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan amanah dan tanggugjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan unit HEM. 6. Sila semak dan rujuk senarai tugas dan tanggungjawab Guru Pemimpin/ Penasihat yang perlu dilaksanakan oleh tuan/puan di dalam buku laporan/panduan yang dibekalkan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ......... (TN HJ WAHID B ABDULLAH) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Chinchin.

Potrebbero piacerti anche