Sei sulla pagina 1di 17

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,

CAWANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

LENCANA KECEKAPAN UNTUK AHLI KANAK-KANAK ( LINK )

AM

Sebagaimana yang telah di persetujui dalam Mesyuarat Arah Tuju Masa Hadapan yang
diadakan 2 Disember 2003 pengiktirafan atau penghargaan haruslah diberikan dalam
bentuk lencana kecekapan kepada Ahli Link yang menunjukkan minat dan komitmen
mereka kepada Persatuan.

TUJUAN

Tujuan adalah untuk memberikan garis panduan mengenai penganugerahan Lencana


Kecekapan kepada Ahli ink berdasarkan kepada keaktifan dan komitmen mereka dalam
projek-projek dan aktiviti PBSMM khususnya dalam bidang Pertolongan Cemas.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Adala diharapkan pada akhir pembelajaran tiap-tiap ahli link dapat :

1. Menjalankan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah.


2. Menguasai pengetahuan Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah
3. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas Pertolongan Cemas Junior
dan Pendidikan Kesihatan.
4. Memupuk semangat kesukarelawan, kesejagatan, disiplin, kepimpinan
dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat serta mengamalkan
sikap positif.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Adalah dicadangkan cara pengajaran dan pembelajaran seharusnya


mengikut ciri-ciri berikut :-

1.1- Bercerita
1.2- Perbincangan
1.3- Syarahan
1.4- Amali
1.5- Simulasi
1.6- Lawatan
1.7- Pendidikan Luar
1.8- Perkhemahan

1
2. Pembelajaran ini dibahagikan kepada tiga tahap dengan tujuan supaya
ianya disampaikan kepada ahli kanak-kanak PBSMM dengan lebih
berkesan dan tidak akan menjadi satu bebanan kepada mereka. Sukatan
Pelajaran untuk tiga tahap adalah seperti berikut :

2.1- Tahap Satu ( TAHUN 4 )


2.1.1- Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
( 10 Jam )
2.1.2- Pendidikan Kesihatan ( 6 Jam )

2.2- Tahap Dua ( TAHUN 5 )


2.2.1- Pertolongan Cemas Junior ( 12 Jam )
2.2.2- Persahabatan Antarabangsa ( 6 Jam )

2.3- Tahap Tiga ( TAHUN 6 )


2.3.1- Perkhemahan
- Kem Kraf
- Kawad Kaki ( 6 Jam )

• Sukatan pelajaran berkenaan adalah seperti di Lampiran-Lampiran A hingga E.

LENCANA KECEKAPAN

1. Rekan Bentuk Lencana Kecekapan

Lencana Kecekapan adalah berupa lencana kain berbentuk bulat berukuran


garis pusat 3 sm berlatar belakang putih dengan tulisan subjek berwarna
merah. Cara pemakainya ialah dengan meletakkan disebelah kiri lengan baju
pakaian seragam seperti rajah di Lampiran G.

2. Ahli Kanak-Kanak akan dibenarkan memakai lencana kecekapan setelah


melepasi tahap pembelajaran dala mata-mata pelajaran yang di tetapkan
seperti berikut :

2.1- Tahap 1 ( Tahun 4 )

PENDIDIKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH –


Lulus ujian lisan dalam mata pelajaran Pendidikan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah yang di jalankan oleh Guru Pemimpin
PBSMM di sekolah mengikut sukatan pelajaran seperti Lampiran A.
Teks – Nota pengetahuan mengenai Pendidikan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah untuk murid-murid sekolah rendah yang di
keluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM.

2
PENDIDIKAN KESIHATAN – lulus ujian lisan dan amali mengikut
sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan kerjasama guru
pemimpin PBSMM di sekolah dengan berpandukan sukatan
pelajaran seperti di Lampiran B di akhir sesi pembelajaran.

2.2- Tahap 2 ( Tahun 5 )

PERTOLONGAN CEMAS – lulus ujian lisan dan amali mengikut


sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan kerjasama guru
pemimpin PBSMM di sekolah dengan berpandukan sukatan
pelajaran seperti di Lampiran C di akhir sesi pembelajaran.

PERSAHABATAN ANTARABANGSA - lulus ujian lisan dan amali


mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan kerjasama
guru pemimpin PBSMM di sekolah dengan berpandukan sukatan
pelajaran seperti di Lampiran D di akhir sesi pembelajaran.

2.3- Tahap 3 ( Tahun 6 )

KEM KRAF – Menghadiri 3 aktiviti perkhemahan sama ada di


peringkat sekolah, Daerah atau Negeri. Menyedikan satu projek
Kraf tangan dengan bimbingan Guru Pemimpin PBSMM mengikut
di Lampiran E. di samping itu ahli kanak-kanak juga didedahkan
seperti berkawad ( menguasai 11 hukumn kawad dari 19 bahasa
kawad yang dipertontonkan ). Ujian praktikal akan dilakukan oleh
Guru Pemimpin sendiri

3. Semua aktiviti hendaklah direkodkan ke dalam kad kecekapan seperti


Lampiran F.

4. Untuk memudahkan perlaksanakan berhubung dengan Penganugerahan


Lencana Kecekapan, Lampiran H memberi contoh cara-cara perlaksanakan
aktiviti tahunan di Sekolah Rendah.

PENUTUP

Semua cawangan PBSMM adalah diminta menyampaikan maklumat ini kepada


Cabang-Cabang dan Unit-Unit terutama sekali di semua sekolah rendah.

3
Lampiran A

TAHAP 1 – TAHUN 4

PENDIDIKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Sessi 1 - Sejarah Ringkas Palang Merah


- Pengasas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
- Peperangan di Salferino
- Kelahiran Palang Merah
- Emblem / Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
- Lagu Bulan Sabit Merah
- Pakaian Seragam PBSMM

Sessi 2 - Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


- Cawangan Palang Merah British 1948
- Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Persatuan Palang Merah Malaysia ( Semenanjung / Sabah dan
Sarawak 1963 )
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975
- Cogankata

Sessi 3 - Prinsip-prinsip Palang Merah / Bulan Sabit Merah Malaysia


- Kemanusiaan
- Kesaksamaan
- Keberkecualian
- Kebebasan
- Khidmat Sukarela
- Ketunggalan
- Kesejagatan

Sessi 4 - Kaedah/cara perhubungan dan alat-alat perhubungan, Perpaduan dan


Keamanan dunia melalui :
- Kad Ucapan / surat – WAJIB
Pilih salah satu tajuk berikut :
- Kad Setem
- Album
- Kaset / Nyanyian
- Slaid

4
Lampiran B

TAHAP 1 – TAHUN 4

PENDIDIKAN KESIHATAN

Sessi 1 - Menjaga kebersihan diri


- Rambut
- Gigi
- Tangan
- Kuku
- Kaki
- Kulit
- Pakaian

Sessi 2 - Menjaga kebersihan kawasan rumah


- Ruang tamu
- Bilik Tidur
- Bilik air / Tandas
- Ruang dapur
- Halaman rumah
- Parit / longkang

Sessi 3 - Menjaga kebersihan kawasan bilik darjah dan sekolah


- Meja
- Kerusi
- Papan hitam / papan kapur
- Lampu-lampu
- Kipas Angin
- Lantai
- Keceriaan / hiasan bilik darjah
- Ruang lapang sekolah

Sessi 4 - Menjaga kebersihan


- Pelupusan sampah sarap
- Tandas / Bilik air.
- Kawalan pengaliran di sekeliling rumah, sekolah dan tempat-
tempat yang difikirkan perlu.

Sessi 5 - Menjaga keselamatan


- Diri
- Rumah
- Sekolah
- Benda-benda bahaya
- Kemalangan

5
Lampiran C

TAHAP 2 – TAHUN 4

PERTOLONGAN CEMAS JUNIOR

Sessi 1 - Pertolongan Cemas Di Rumah


- Tujuan Pertolongan Cemas
- Cara Mendapatkan Bantuan Ambulans
- Cara Mudah Membawa Pesakit
- Menamakan jenis-jenis kecederaan yang biasa berlaku di sekolah
dan cara mengelakkannya

Sessi 2 - Bantu Mula Asas Pertolongan Cemas Asas


- Bebat dan Balutan ( Balutan dan Pembalut )
- Jenis-jenis Anduh
i. Anduh Besar
ii. Anduh Tiga Segi
iii. Anduh Kecil

Sessi 3 - Luka dan Pendarahan


- Luka
- Luka melekat “Impeled”
- Luka terhiris di luar
- Lebam
- Pendarahan
- Berdarah hidung / telinga
- Pendarahan mulut

Sessi 4 - Patah tulang


- Kaki
- Tangan
- Selangka

Sessi 5 - Keracunan
- makanan
- bukan makanan

Sessi 6 - Terbakar / Melecur


- terbakar disebabkan :
i. bahan pepejal
ii. bahan cecair
iii. bahan kimia
iv. arus elektrik

6
- Melecur :
i. Haba lembab
ii. Air mendidih
iii. Wap dari minyak panas

Sessi 7 - Pernafasan
- Pitam
- Tercekik
- Pemulihan Pernafasan

Sessi 8 - Gigitan Serangga


- Tebuan
- Lebah
- Kala
- Lipan
- Ular.

7
Lampiran D

TAHAP 2 – TAHUN 4

PERSABATAN ANTARABANGSA PERSEFAHAMAN ANATARABANGSA

Sessi 1 - Perpaduan dan Keamanan Dunia


- Melalui pengajaran dari nota Pendidikan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah

Sessi 2 - Hidup bermasyarakat


- Keluarga kecil
- Keluarga besar
- Kampung ( kominiti )
- Bandar / mukim
- Negeri
- Negara
- Dunia

Sessi 3 - Kaedah-kaedah dan cara-cara berhubung dengan masyarakat setempat,


negeri, antarabangsa dan dunia.

8
Lampiran E1

TAHAP 3 – TAHUN 6

PERKHEMAHAN

Sessi 1 - Mendirikan khemah secara berkumpulan, 6 orang tiap-tiap 1 kumpulan


dengan bantuan guru pemimpin.

Sessi 2 - Menaikkan bendera Malaysia, bendera Negeri, bendera Bulan Sbait


Merah dan menyanyikan lagu Kebangsaan ‘Negaraku’, lagu negeri
masing-masing dan lagu Bulan Sabit Merah.

- Mengenali bendera Negara kita Malaysia dan Negeri secara lebih dekat
dalam menyemarakkan semangat patriotic dan perasaan bangga.

- Menghormati, cinta dan taat setia kepada Negara. Penghormatan kepada


JALUR GEMILANG harus dijadikan sebagai iltizam setiap anggota
persatuan khasnya warga negara amnya dalam mendaulatkan negara.

Sessi 3 - Menyediakan sat projek kraftangan ( kem kraf ) secara berkumpulan.


Contoh projek seperti berikut :
- wau
- lukisan batik
- anyaman
- alat perhiasan dari bahan terbuang / terpakai
- gajet

Sessi 4 - Kawad kaki


- Kawad statik
- Kawad bergerak

Dan apa juga projek yang difikirkan boleh dicipta mengikut kreativiti
mereka sendiri.

9
Lampiran E2
HUKUMAN KAWAD

Ketua Skuad

Melaporkan diri kepada _______________________ - Skuad hendaklah sedia.


Hormat – Selamat Pagi tuan.
Pasukan______________________ dari_______________________________berbaris
seramai___________ orang siap untuk __________________ (diperiksa/membuat
ujian)

Selesai melapor – minta kebenaran menjalankan tugas tuan. Hormat – pusing


kebelakang berjalan menuju skuad.

Hukuman :

1. Senang diri
2. Skuad sedia
3. Kekanan Lurus – pandang depan
4. Nombor.
5. Bergerak kekanan dalam satu barisan, kekanan pusing
6. Skuad akan mengadap kehadapan, kekiri pusing
7. Bergerak kekiri dalam satu barisan, kekiri pusing
8. Skuad akan mengadap kehadapan, kekanan pusing
9. Skuad akan mebgadap kebelakang, kebelakang pusing
10. Skuad akan mengadap kehadapan, kebelakang pusing
11. Bergerak kekanan/kekiri dalam satu barisan kekanan/kekiri pusing
12. Dari kanan ( kalau kekiri pusing ) – Dari kiri ( kalau kenakan pusing ) cepat
jalan.
13. Skuad henti.
14. Bergerak kekanan/kekiri dalam satu barisan kekanan/kekiri pusing
15. Dari kanan/kiri cepat jalan
16. Skuad henti ( berhenti ditengah-tengah ketua skuad)
17. Skuad akan mengadap kehadapan kekanan/kekiri, kekanan/kekiri pusing.
18. Hormat, hormat, kehadapan hormat.
19. hormat selaku terima sijil, kehadapan hormat ( 2 kali ),

10
Lampiran F

11
12
Lampiran H

13
14
15
16
17

Potrebbero piacerti anche