Sei sulla pagina 1di 7

Tema Tajuk Pengetahuan Sedia ada Hasil Pembelajaran Umum Hasil Pembelajaran Khusus

: : : : :

Alam Fizikal Kelas : Tahun 4 Cemerlang Sifat magnet Masa : 8.00 9.00 pagi Murid-murid mengetahui bahawa magnet boleh menarik bahan besi. Mengetahui sifat magnet. Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat: 1. menamakan tiga bentuk magnet. 2. mengenal pasti bahagian magnet yang mempunyai tarikan paling kuat. Memerhati Mengelas Membuat ramalan Mengukur dan menggunakan nombor Berkomunikasi Menjana idea Membanding dan membeza Membuat ramalan Membuat kesimpulan

Kemahiran Proses Sains (KPS):

KBKK / KBSB

Pendidikan Alam Sekitar (PAS): Kajian Masa Depan (KMD) : Sikap Saintifik dan Nilai Murni: (SS & NM)

Penggunaan magnet sebagai suatu sumber tenaga tidak akan menyebabkan pencemaran udara. Magnet sebagai suatu sumber tenaga akan digunakan dalam sistem kereta api/rail dan pendaratan kapal terbang. Sifat ingin tahu Jujur dan tepat dalam merekod Bekerjasama Menghargai sumbangan ahli sains Bersyukur atas nikmat Tuhan

Bahan Bantu Belajar (BBB)

Paku, kadbod/kad manila, pelbagai bentuk magnet, klip kertas, pembaris, dan lampiran.

Fasa Pengajaran ( masa) Orientasi ( 5 minit )

Isi kandungan Memperkenalkan tajuk Kekuatan Tarikan Magnet

Aktiviti P & P 1. Guru menggerakkan beberapa batang paku di atas kadbod dengan menggerakkan sebatang magnet (yang dibalut dengan kertas) di bawah kadbod tersebut. 2. Guru bersoal jawab dengan murid ; (a) Kenapa paku itu bergerak? Ada besi berani/magnet di bahagian bawah kadbod. (b) Apakah sifat magnet yang anda ketahui? Boleh menarik bahan yang diperbuat daripada besi. (c) Namakan logam-logam lain yang boleh ditarik oleh magnet. Keluli, nikel dan kobalt. (d) Adakah semua bahagian magnet mempunyai tarikan yang sama? Tidak. 3. Guru memberitahu kelas bahawa mereka akan menjalankan penyiasatan untuk mendapat kepastian. 4. Guru menulis tajuk KEKUATAN TARIKAN MAGNET di papan hitam.

Catatan KPS: - memerhati - membuat ramalan - berkomunikasi KBSB: -menjana idea BBB: - kadbod - paku - magnet bar yang di balut dengan kertas SS & NM: - sifat ingin tahu

Pencetusan Idea ( 10 minit )

Pelbagai bentuk magnet: bar ladam kuda huruf U gelang (bulat leper) - silinder Bahagian magnet yang mempunyai tarikan paling kuat.

5. Murid-murid dibahagikan kepada 10 kumpulan (4 orang sekumpulan). 6. Guru mengedarkan lampiran 1 kepada setiap murid dan mereka berbincang dalam kumpulan masing-masing. 7. Guru meminta setiap murid : - Menamakan bentuk-bentuk magnet dan meramalkan bahagian mana pada setiap bentuk magnet yang mempunyai tarikan paling kuat.

KPS: - memerhati - membuat ramalan - berkomunikasi KBSB: -menjana idea BBB: - Lampiran 1 SS & NM: - sifat ingin tahu - bekerjasama

Penstrukturan Semula Idea ( 30 minit )

Pelbagai bentuk magnet: bar ladam kuda huruf U gelang (bulat leper) - silinder Bahagian magnet yang mempunyai tarikan paling kuat.

8. Guru mengedarkan lampiran 2 kepada setiap murid untuk menjalankan aktiviti penyiasatan. 9. Guru meminta ketua setiap kumpulan ke hadapan untuk mengambil alat yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti mengkaji kekuatan tarikan magnet. 10. Guru membincangkan hasil aktiviti yang di jalankan oleh murid. Guru meminta murid-murid membuat perbandingan keputusan sebenar dengan ramalan mereka pada fasa pencetusan idea. (Dengan cara ini , mereka dapat membetulkan miskonsepsi yang wujud sebelum pelajaran ini)

KPS: - memerhati - membuat ramalan - berkomunikasi - mengukur dan menggunakan nombor KBSB: -menjana idea BBB: - Lampiran 2 - magnet pelbagai bentuk - klip kertas

11. Guru membuat kesimpulan bersama murid dengan mengemukakan soalan-soalan berikut: (a) Adakah magnet besar selalunya lebih kuat daripada magnet kecil? Magnet yang besar tidak semestinya lebih kuat daripada magnet yang kecil (b) Adakah magnet yang sama besar selalunya mempunyai tarikan yang sama kuat? Magnet yang sama besar dan sama saiz tidak semestinya mempunyai tarikan yang sama kuat (c) Adakah bentuk sesuatu magnet itu menentukan kekuatan magnet itu? Bentuk magnet tidak menentukan kekuatan tarikan magnet itu (d) Adakah semua bahagian magnet mempunyai tarikan yang sama? Tidak (e) Di manakah letaknya bahagian pada magnet yang mempunyai tarikan paling kuat? Bahagian hujung magnet (f) Apakah nama yang diberi pada bahagian magnet yang mempunyai tarikan paling kuat? Kutub (Guru menerangkan bahawa setiap magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub Utara dan kutub Selatan)

SS & NM: - sifat ingin tahu - bekerjasama - jujur dan tepat dalam Merekod

Aplikasi Idea ( 10 minit )

Kegunaan magnet dalam kehidupan seharian : - Peti sejuk - Beg tangan - Radio - Kotak pensil - Papan magnet - Loceng elektrik Kegunaan magnet pada masa depan: - Bullet train - Pendaratan kapal terbang Pendidikan Alam Sekitar : -Tiada pencemaran udara

12. Guru membimbing murid semasa perbincangan tentang kegunaan magnet dalam kehidupan seharian dan kajian masa depan dengan menerapkan unsur pendidikan alam sekitar. (i) Namakan alat-alat yang biasanya menggunakan magnet? (ii) Nyatakan contoh alat yang sesuai menggunakan magnet pada masa akan datang untuk kemudahan manusia. (iii) Mengapakah magnet digunakan sebagai sumber tenaga dalam sistem kereta api/rail dan pendaratan kapal terbang pada masa akan datang? 13. Guru meminta murid baca tentang tarikan dan tolakan antara dua magnet, buku teks m.s.150 untuk tajuk pelajaran yang akan datang. Guru membimbing pelajar merumus tajuk dengan mengemukakan soalan-soalan berikut : (i) Nyatakan 3 bentuk magnet. (ii) Bahagian magnet yang manakah mempunyai tarikan yang paling kuat? (iii) Apakah nama yang diberi pada bahagian magnet yang mempunyai tarikan paling kuat?

KPS: - mengelas - berkomunikasi KBSB: -menjana idea -membuat kesimpulan SS & NM: - KMD - PAS

Refleksi ( 5 minit )

Rumusan tajuk pelajaran hari ini : - Pelbagai bentuk magnet - Kekuatan tarikan magnet - Kutub magnet

KPS: - berkomunikasi KBSB: -membuat kesimpulan

SS & NM: - bekerjasama Jika anda kurang faham, anda boleh jumpa saya semasa - menghargai rehat di bilik guru. Terima kasih kelas. sumbangan ahli sains

LAMPIRAN 1 ARAHAN : 1. Namakan setiap bentuk magnet pada gambar rajah di bawah. 2. Bulatkan bahagian magnet yang mempunyai tarikan paling kuat bagi setiap bentuk magnet tersebut.

LAMPIRAN 2 AKTIVITI PENYIASATAN TUJUAN : ALAT : ARAHAN : Mengkaji kekuatan tarikan magnet Pelbagai bentuk magnet dan klip kertas 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sediakan beberapa bentuk magnet yang berlainan. Lekatkan satu klip kertas pada hujung satu magnet. Kemudian lekatkan satu lagi klip kertas pada hujung klip pertama dan cuba buat satu rantai klip. Catatkan jumlah bilangan klip kertas yang boleh dilekatkan pada hujung magnet ini. Lekatkan klip kertas itu pada tempat selain daripada hujung magnet itu. Ulang langkah 1-5 dengan menggunakan bentuk magnet yang lain. Rekodkan keputusan anda di dalam jadual di bawah. Jumlah klip kertas yang ditarik oleh magnet Hujung pertama Hujung kedua

Bentuk LADAM KUDA BAR HURUF U GELANG (BULAT LEPER)