Sei sulla pagina 1di 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F) 72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH

DISEDIAKAN OLEH : PUAN RASYIDAH BINTI MOHD ZAINI SETIAUSAHA PIBG SEK KEB SERTING 3 (F)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH 1.0 NAMA PERSATUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Serting 3 (F), Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. 2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

1K1M (1 Komputer 1 Kelas 1Malaysia) 3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bagi memohon sumbangan kmputer dalam darjah seperti yang dinyatakan di bawah. 4.0 PENDAHULUAN

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Penggerak utama kepada kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut kajian oleh Rodiah Sidin, 2001, kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. Lantaran itu, samada sedar atau tidak, kemahiran ICT kini telah menukar secara besar-besaran cara murid menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan. David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) pula telah melaporkan dalam kajian beliau bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malahan, jika teknologi digunakan dengan cekap ia dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar. Berlandaskan dapatan kajian ini, maka lahirlah idea projek 1K1M (1 Komputer 1 Murid) ini bagi mewujudkan pembudayaan ICT di kalangan warga sekolah khasnya murid-murid..

5.0

MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mahir dan celik IT dan seterusnya dapat mengembangkan potensi diri mereka. 6.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang urusan harian. 6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan budaya baharu pembelajaran kendiri murid. 6.3 Mengembangkan potensi individu murid. 6.4 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid dalam penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang ICT. 6.5 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam membantu pembelajaran mereka. 6.0 PERINCIAN PROJEK

Asas bagi cadangan projek ini adalah bagi memberikan akses yang lebih terbuka kepada semua murid dalam ICT khasnya komputer. Tidak semua murid berkemampuan untuk memiliki komputer di rumah. Jurang digital ini dapat dirapatkan dengan menyediakan prasana dan ruang khasnya di sekolah bagi mendapatkan kemudahan ini. Memandangkan pembelajaran kendiri berbantukan komputer banyak membantu pembelajaran murid (Sandholtz, 1997), maka adalah wajar sekurang-kurangnya sebuah komputer ditempatkan dalam setiap bilik darjah agar murid boleh menentukan sendiri cara mencapai objektif pembelajaran mereka. Selain itu, bagi melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif, ruang yang secukupnya wajar diberikan kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka iaitu dengan menyediakan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Satu komputer satu bilik darjah adalah antara cara yang praktikal untuk diamalkan. Sebaik sahaja murid mendapat tugasan daripada guru, mereka bebas mencari dan menghasilkan bahan seperti yang dikehendaki oleh guru. Kontak masa yang lebih lama kepada komputer dalam bilik darjah dapat mengembangkan idea dan kreativiti murid dalam menyelesaikan tugasan mereka.

Murid juga dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran sesama mereka dalam menghasilkan bahan yang berkualiti, menarik dan di luar kebiasaan. Secara tidak langsung, daya kreativiti dan imaginasi murid telah dibina. Dengan ini, benarlah dapatan kajian oleh David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) yang menyatakan bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. 7.0 SUMBANGAN DIPOHON KUANTITI 15 UNIT (15 KELAS) 15 UNIT (15 KELAS)

BI ITEM L 1 KOMPUTER PERIBADI 2 MEJA KOMPUTER 8.0 PENUTUP

Projek 1K1M ini amat wajar dilaksanakan untuk perkembangan potensi diri murid. Semoga projek ini dapat dilaksanakan untuk kebaikan murid-murid. Semoga sumbangan YAB Tan Sri dapat melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan berilmu yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara kita.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

RINGKASAN EKSEKUTIF
INSTITUSI NAMA PROJEK/PROGRA M JENIS PROJEK/PROGRA M SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F) 1K1M (1 KOMPUTER 1 KELAS) SUMBANGAN BAKTI (ICT) 1. MELAHIRKAN MURID YANG CELIK DAN MAHIR IT DALAM SEBARANG URUSAN HARIAN. 2. MEMANFAATKAN SEPENUHNYA POTENSI ICT DALAM MEMBANGKITKAN BUDAYA BAHARU PEMBELAJARAN KENDIRI MURID. 3. MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU MURID. 4. MEMBERIKAN AKSES DAN PELUANG YANG LEBIH TERBUKA KEPADA SEMUA MURID DALAM PENYERTAAN MENJAYAKAN ASPIRASI KERAJAAN DALAM BIDANG ICT. 5. MEMBUKA MINDA MURID AGAR MEMBUDAYAKAN ICT DALAM MEMBANTU PEMBELAJARAN MEREKA. 1. 15 UNIT SET KOMPUTER

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

SUMBANGAN

DIPOHON

2. 15 SET MEJA KOMPUTER

Potrebbero piacerti anche