Sei sulla pagina 1di 8

1

SEK. MEN. KEB. TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG JOHOR BAHRU

KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM MENGUASAI FORMAT PENYATA PENDAPATAN DENGAN PELARASAN KAEDAH FAN N PICK. DISEDIAKAN OLEH : NORMAH BINTI ABU HASSAN

MAC 2011

2 ISI KANDUNGAN

Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Perkara Penghargaan Refleksi Pengajaran dan pembelajaran lalu

Halaman 3 3

Fokus Kajian 4 Objektif 5 Kumpulan sasaran 6 Pelaksanaan Tindakan 6 Cadangan untuk kajian seterusnya 8

3 1.0 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia serta rahmatNya, akhirnya kajian ini dapat disempurnakan. Penghargaan dirakamkan atas segala sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk idea, tenaga dan masa. Di atas kerjasama yang diberikan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu dan mencurahkan khidmat bakti sepanjang proses menyediakan dan melaksanakan kajian ini. Penghargaan tulus ikhlas dihulurkan kepada pelajar-pelajar 5 Bestari yang sedia membantu dan bekerjasama dalam menyediakan kajian ini. Semoga kerjasama dan sumbangan yang diberikan dapat memanfaatkan mereka dalam memajukan pencapaian mereka dalam peperiksaan nanti.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pelajar di dalam kelas saya terdiri daripada kelompok pelajar-pelajar sederhana . Daripada pemerhatian yang dibuat, saya dapati pelajar-pelajar saya menghadapi masalah untuk menguasai format penyata pendapatan dan pelarasan yang merupakan salah satu topik yang amat penting untuk memperolehi markah lulus dalam peperiksaan SPM. Kelemahan ini telah menyumbang kepada peratus kegagalan yang tinggi dalam Peperiksaan Akhir tahun 2010. Walaubagaimanapun pelajar dari kelas 5 Bestari mempunyai kelebihan iaitu keupayaan menurut nasihat dan tunjuk ajar yang berkesan. Oleh itu beberapa kaedah pengajaran perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian mereka. Apabila diteliti didapati bahawa kelemahan ketara para pelajar ini ialah kekurangan latihan pengukuhan dan pengayaan telah menyumbang kepada kelemahan mereka menguasa format dan memahami maklumat pelarasan. Selain itu, terdapat juga beberapa pelajar dalam kelas saya yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Untuk mengelakkan rasa bosan, saya cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seumpama mengadakan perbincangan berkumpulan tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan. Kelemahan pelajar yang kurang membuat latihan tambahan di rumah menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat dan gagal memberikan prestasi yang diharapkan.

4 Saya turut membantu pelajar memahami topik dengan membuat penekanan dan soal jawab berkaitan sesuatu pelarasan penting sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Soalan soalan pengukuhan juga diberikan untuk meningkatkan kefahaman dan membantu mereka menguasai topik berkenaan. Namun, kebanyakkan mereka tidak menguasai sepenuhnya pengajaran yang berlaku. Justeru, saya mengambil inisiatif ini memandangkan masalah menguasai format h ini berpunca daripada kurangnya kemahiran pelajar dalam mengingat fakta. Dengan penghasilan kaedah ini pelajar telah mempunyai kemahiran dan teknik untuk meningkatkan keupayaan mereka mengingat format dan mengaitkannya dengan pelarasan yang berkenaan.

3.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang telah dijalankan ini adalah berfokuskan kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran mengingati format dan menyelesaikan pelarasan supaya dapat diaplikasikan dalam kemahiran belajar dan dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, kajian yang dibuat diharapkan dapat membantu menimbulkan dan menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini. Seterusnya, pelajar akan dapat mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Pendekatan yang digunakan lebih menumpukan kepada kemahiran mengingat dan menghubungkaitkan pelarasan yang membawa kepada kemampuan pelajar menyediakan penyata pendapatan yang telah diselaraskan tanpa melihat mana-mana format sebagai rujukan. Fan n Pick yang telah digunakan dalam melaksanakan kajian diharapkan dapat membantu membina minat dan menambahkan keseronokan pelajar dalam proses pembelajaran subjek Prinsip Perakaunan.

5 4.0 OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF AM Kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengingat format penyata pendapatan dan menyelesaikan masalah pelarasan dan dapat mempraktikkan dalam tempoh yang ditetapkan . OBJEKTIF KHUSUS Selain daripada menerapkan kaedah ini untuk membantu meningkatkan kemahiran mengingat di kalangan pelajar, pelaksanaan kajian juga telah membantu dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengingat format penyata pendapatan dan mengambil kira pelarasan yang terdapat di dalam maklumat dengan cekap. Pelajar juga diharap dapat menyelesaikan masalah berkaitan penyata pendapatan dalam tempoh 30 minit. Dengan kemahiran ini, pelajar diharapkan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan dan memperolehi keputusan yang lebih baik. Memandangkan sebelum ini keputusan yang diperolehi tidak begitu memuaskan. Pelaksanaan kajian ini juga dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Prinsip Perakaunan. Pelaksanaan kaedah ini telah dapat mengubah persepsi pelajar terhadap subjek Prinsip Perakaunan yang dianggap sebagai satu subjek yang membosankan dan terlalu dibebani dengan pengiraan yang sukar. Kajian yang dibuat dapat membina minat dan kecenderungan pelajar untuk menguasai subjek ini. Kajian ini juga dapat membantu membina keyakinan diri dan melahirkan pelajar yang kreatif. Hasil dan pencapaian yang diperolehi dapat membentuk keyakinan dan membina semangat baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan. Kaedah yang telah diterapkan juga dapat membantu mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru-guru dengan mewujudkan suasana baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Suasana pengajaran dan pembelajaran dapat dibentuk dengan lebih ceria, berkesan dan kondusif. Hasilnya, terbina situasi yang lebih berilmu dan bermanfaat dalam menjayakan matlamat pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.

6 5.0 KUMPULAN SASARAN Dalam melaksanakan kajian dan mengaplikasikan kaedah yang telah dibuat dalam kajian ini, saya telah menumpukan kepada kelompok pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Mereka juga mempunyai pencapaian yang rendah dalam peperiksaan. Pemilihan kelompok pelajar ini diharapkan telah dapat mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang dianggapsukar dan membosankan dan seterusnya menarik minat mereka untuk mempelajari Prinsip Perakaunan dengan lebih konsisten. Kumpulan saya terdiri daripada 10 orang pelajar dari Tingkatan 5 Bestari yang didapati mempunyai kelemahan dalam menguasai format penyata pendapatan dan pelarasan kerana masalah kehadiran dan tumpuan di dalam kelas.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN A) Tinjauan Masalah B) Analisis Tinjauan Masalah 7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 1.1 Untuk melaksanakan kajian ini, asas utama adalah dengan menyediakan catatan ringkas/nota berkaitan topik yang akan diuji dalam soalan ujian. Guru akan mengedarkan catatan tersebut kepada pelajar untuk dibaca dalam tempoh 15 minit. Seterusnya, guru akan mengedarkan kertas soalan struktur dan pelajar perlu menjawab dalam tempoh 15 minit. Selepas selesai sesi ujian pra, guru memeriksa kertas jawapan pelajar dan membuat analisis dapatan. 1.2 Guru mengenalpasti pelajar yang lemah dan perlu dibuat sesi rawatan. Sesi ini dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. 1.2.1 Aktiviti 1 Sesi pelaksanaan dimulakan dengan aktiviti 1 iaitu pelajar diberi format penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Seterusnya guru akan menulis sekali lagi di papan hitam untuk pelajar menyalin sambil mengingat format ke dalam buku latihan masing-masing. Pelajar seterusnya diberi masa sepuluh minit untuk menghafal format penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Akhir sesi pelajar dikehendaki menulis penyata pendapatan dan kunci kira-kira tanpa melihat format yang telah ditulis dalam masa 10 minit dan diserahkan kepada guru untuk disemak. Sekiranya pelajar gagal menguasai format dengan

7 memperolehi markah kurang 50%, pelajar berkenaan akan dikumpulkan semula untuk menjalani sesi pengajaran yang sama sehingga mereka berjaya memerolehi markah kuiz melebihi 50%. 1.2.2 Aktiviti 2 Seterusnya, pelajar diberi satu kemahiran menyelesaikan masalah pelarasan iaitu belanja terakru, hasil terakru, belanja terdahulu, hasil terdahulu, peruntukan susut nilai dan peruntukan hutang ragu. Setiap pelaran akan diselesaikan dalam satu sesi pembelajaran yang mengambil masa 40 minit. Dimana dalam tempoh tersebut pelajar diberi pelaran yang sama dan menyelesaikannya serta menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira selepas pelarasan dengan betul dan memperolehi markah lebih 50 %. Sekiranya pelajar gagal memperolehi 50% dan ke atas maka mereka akan menjalani sesi pengajaran tersebut secara berulang sehingga faham dan Berjaya menjawab kuiz dan memperolehi markah 50% dan ke atas. Aktiviti 3 Untuk langkah berikutnya, guru membahagikan pelajar kepada bebrapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sebuah fail yang mengandungi tugasan iaitu suatu imbangan duga bersama pelarasan maklumat tambahan untuk diselesaikan dalam perbincangan yang mengambil masa 45 minit. Hasil kerja akan disemak oleh guru untuk mengenalpasti prestasi pencapaian pelajar untuk menjawab solan berkenaan dengan lengkap dan betul tanpa bantuan buku rujukan atau nota.

1.2.3

1.2.4 Aktiviti 4 Guru akan memastikan pelajar terus mengingati kemahiran dengan cara menyediakan soalan ringkas berpelarasan sepuluh minit sebelum memulakan sesi pengajaran pada hari tersebut. 1.3 Menjalankan ujian pos. Soalan ujian pos adalah sama dengan soalan ujian pra.

8 8.0 BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

Ujian Pra Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Ujian Pos

: nota/ catatan bab, kertas ujian : kertas A4 kosong : kertas A4 kosong : Fail, kad tugasan : kertas ujian.

9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kajian yang telah dijalankan dapat membantu memberi satu pendekatan baru dalam menarik minat pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran Prinsip Perakaunan. Sememangnya kemampuan untuk mengingat dan menyelasaikan masalah pelarasan dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar. Untuk kajian seterusnya, dicadangkan agar dibentuk suatu pendekatan atau teknik dalam penguasaan format dan pelarasan yang lebih yang lebih strategik dalam usaha meningkatkan pengukuhan pelajar.

Potrebbero piacerti anche