Sei sulla pagina 1di 2

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA LPt 04 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENILAIAN MENENGAH RENDAH LAPORAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

DAPATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PBS


(Laporan ini dikemukakan kepada sekolah dan JPN)

Nama dan alamat sekolah: ( PeKA Sains Negeri Melaka ) Nama Pemantau: KAMARIAH BT AHMAD ZUBEL Objektif Pemantauan:

Kod Sekolah: Tarikh: 26 Nov 2008

1. Memastikan pelaksanaan program PBS berjalan lancar 2. Memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan. 3. Untuk mendapatkan maklumat pelaksanaan program PBS dan menyampaikan laporan kepada urus setia di JPN

DAPATAN PEMANTAUAN Komen dan Cadangan Aspek yang perlu diberi fokus dalam melaporkan dapatan: (Rujuk kepada Instrumen pemantauan) 1. Kekuatan a. Semua sekolah yang dipantau melaksanakan PBS PeKA Sains b. Pentadbir memberi galakan dan sokongan kepada pelaksanaan PeKA. c. KPS menyediakan jadual kerja pentaksiran bagi sekolahnya d. Portfolio murid disediakan dan disimpan dengan baik e. Terdapat sekurang-kurangnya seorang PS yang telah menghadiri kursus penataran PBS dan penskoran PeKA Sains PMR peringkat negeri f. Kursus Penataran dan Penskoran dalaman dilakukan bagi kebanyakan sekolah g. Kebanyakan PS bersedia menjalankan tanggung jawab menskor dan melakukan perubahan mengikut peraturan penskoran terkini. 2. Kelemahan a. PS belum mantap tentang peraturan penskoran yang terkini ( penataran peringkat negeri agak lewat dapat dilakukan kerana penataran peringkat kebandsaan juga agak lewat) b. Penskoran tidak dijalankan mengikut jadual bagi beberapa buah sekolah kerana kekeliruan dalam penskoran. Evidens murid tingkatan 1 dan 2 diskor pada hujung tahun. c. Penskoran sukar dilaksanakan kerana terlalu banyak kriteria bagi beberapa konstruk contohnya C1,

C3 serta kriteria sukar dipenuhi. PS juga kurang mantap dalam penskoran konstrukkonstruk E2 contoh C14, C15 dan C16 d. Sistem pengurusan dan penyimpanan portfolio murid kurang efisien di beberapa buah menyebabkan kesulitan apabila ada pelajar yang berpindah keluar atau berpindah masuk. (Murid tidak membawa fail PeKA bersama mereka apabila berpindah) e. Tidak ramai PS berpeluang menerima penerangan secara terus dari PKw /KPKw /PN kerana Kursus Penataran Peringkat Negeri terpaksa dihadkan kepada seorang wakil bagi setiap sekolah (mengakibatkan kecairan maklumat) 3. Tindakan a. PN/KPKw dan PKw telah memberi penerangan kepada PS yang keliru dengan peraturan penskoran semasa menyelaras penskoran dan memantau b. Penskoran dijalankan sebaik setiap evidens diserahkan kepada PS c. Contoh-contoh penskoran yang dibekalkan kepada sekolah yang bermasalah sebagai panduan semasa penyelarasan dan pemantauan d. Contact number PN dan KPKw diberikan kepada semua PS sekolah supaya mereka dapat berhubung dengan mudah secara terus e. PN dan KPKw juga memenuhi jemputan memberi penataran kepada sekolah-sekolah yang menjemput mereka 4. Cadangan a. Penataran penskoran PeKA Sains perlu diteruskan. Sebaik-baiknya 2 orang bagi setiap sekolah untuk mengelakkan kecairan maklumat dan dapat dijalankan lebih awal seawal bulan Januari atau Februari b. KPS perlu mengadakan sistem yang dapat menyimpan fail murid secara berpusat agar ia dapat dicari dengan mudah apabila diperlukan dan memantau pelaksanaan PeKA di sekolahnya c. Sokongan dari pihak pentadbiran sekolah diharapkan agar daoat menyediakan ruang yang selesa untuk menempatkan fail-fail PeKA yang banyak d. Penyelarasan markah dijalankan dua kali setahun iaitu: i. April Mei : Penyelarasan markah tingkatan 1 dan 2 ii. Jun Julai : Penyelarasan markah tingkatan 3

Disediakan oleh, KAMARIAH AHMAD ZUBEL Pentaksir Negeri Melaka PBS PeKA Sains PMR

Potrebbero piacerti anche