Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT MBMMBI KALI PERTAMA 2012 TARIKH MASA TEMPAT Kehadiran 1. Cik Lee Ger Eng 2. En.

Lim Keng Kiong 3. Pn. Lim Swee Hong 4. Pn. Fang Kee Moi 5. En Mohd Azian B Ab Wahib 6. Pn. Nurul Liyana Asyikin 7. Pn Tan Lai Fan 8. Pn Wong Qoy Fa : 9. Pn Yap Fui Ping 10. Pn Poh Sok Lian : 11. Pn Foo Yan Ling : 12. Pn Lim Lee Tshin : 13. Pn Ng Lee Fong 14. Pn Yeap Kui Buai : 15. Pn Ee Lay Hooi 1. Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru menghadirkan diri dalam mesyuarat MBMMBI kali-1. Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan dapat bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semua perancangan mestilah berlandaskan kepada kemajuan dan keterampilan yang positif. Makluman 2. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis bersetuju dengan perlantikan jk yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ketua panitia BM akan memegang jawatan sebagai SU-1 dan ketua panitia BI akan memegang jawatan sebagai SU-2. Semua ketua panitia yang lain : : : : : : : KP : KP KP KP : KP : Guru Besar GPK1 GPK2 GPK KK SU 1 SU 2 KP Sains Matematik KP Bahasa Cina Pendidikan Moral PJK Pendidikan Seni KP Muzik Kajian Tempatan KP Kemahiran Hidup : : : 16 Januari 2012 2.00 petang Bilik Gerakan

sebagai ajk. Makluman 3. Perancangan Aktiviti 2012 Secara dasarnya, segala perancangan mestilah berkaitan dengan mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Oleh itu, setiap aktiviti yang dirancang merupakan kesinambungan dan penambahbaikan daripada program-program yang sedia ada. Namun ada juga programprogram baharu yang diterapkan agar ianya akan menampakkan keunggulan dan kemajuan daripada program itu sendiri. Antara program yang dirancang adalah seperti berikut: a) Pertandingan bercerita. Program ini telah dijalankan setiap tahun dan ianya merupakan salah satu daripada program panitia bahasa Inggeris dan panitia bahasa Malaysia. Tindakan: Panitia BM BI b) Bacaan pagi. Sebelum bermulanya sesi pembelajaran, murid-murid dikehendaki berkumpul di tempat-tempat yang telah dikhaskan mengikut tahun. Beberapa orang guru ditugaskan untuk mengendalikan program ini selama 15 minit sehingga loceng berbunyi. Panitia bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia akan bertugas mengikut giliran hari yang telah ditetapkan. Tindakan: Panitia BM BI c) Pengendalian perhimpunan mingguan. Pada setiap hari Isnin, dua orang murid akan bertugas sebagai pengacara majlis. Murid-murid ini akan bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia mengikut urutan giliran mingguan yang telah ditetapkan. Penggunaan bahasa ini akan digilirkan dengan 3 bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Tindakan: Panitia BM BI d) Program bijak kamus. Program ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa

Melayu di kalangan murid-murid. Segala perkataan yang sukar akan dicatat di dalam buku ini berserta maksud dalam bahasa Cina. Buku ini akan diguna pakai oleh murid setiap masa termasuklah di rumah. Segala perkataan yang sukar yang didapati daripada pelbagai bahan bacaan boleh dicatat termasuklah surat khabar, majalah, buku cerita, buku pelajaran dan sebagainya. Tindakan: Panitia BM e) Program citra bahasa Citra bahasa dijalankan dengan bertujuan untuk memudahkan murid mencatat segala maklumat yang penting dan terkini. Bacaan pagi yang dijalankan akan memberi banyak maklumat terkini dan murid boleh merekodkannya di dalam buku citra bahasa. Buku citra bahasa diwujudkan bertujuan memudahkan murid mencatat segala pengetahuan terkini yang diperoleh di luar kelas. Ianya tidak khusus pada bacaan pagi sahaja malah boleh dimanfaatkan di mana-mana sahaja asalkan memberi impak yang positif kepada murid-murid. Tindakan: Panitia BM f) Minggu bahasa Minggu bahasa dijalankan mengikut ketetapan yang akan diberi. Panitia BM dan Panitia BI akan berbincang mengenai perlaksanaan minggu bahasa ini. Cara perlaksanaannya bergantung dalam mesyuarat panitia masing-masing. Tindakan: Panitia BM BI g) Program NILAM Bagi menanam minat membaca di kalangan murid-murid, program ini diwujudkan. Pelbagai galakan mesti diberi dan dipupuk agar muridmurid minat untuk membaca. Bahan bacaan mesti tertumpu kepada tiga bahasa yang diajar iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Tindakan: Panitia BM BI h) Coral Speaking Program ini akan difokuskan kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6. Tarikh dan masa pertandingan mesti diputuskan dalam mensyuarat

panitia BI. Tindakan: Panitia BI 4. Hal-hal lain. Pengerusi mengingatkan bahawa setiap ajk mesti berperanan dan membantu dalam menjayakan setiap program yang dijalankan. Walaupun kebanyakan program adalah berkaitan dengan panitia BM dan panitia BI, Setiap ajk haruslah memainkan peranan masing-masing walaupun kebanyakan program adalah bersangkutan dengan panitia BM dan panitia BI. Semangat bekerjasama dan kekitaan haruslah ada dalam setiap diri agar sebarang program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi juga menaruh harapan tinggi agar setiap perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya. Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh

( MOHD AZIAN BIN AB WAHIB ) Setiausaha MBMMBI

Potrebbero piacerti anche