Sei sulla pagina 1di 17

F u n g i | 84

UNIT PELAJARAN 7 FUNGI

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengetahui struktur dan ciri am fungi. 2. Mengetahui kepelbagaian alam fungi.

PENGENALAN

Rajah 7.1 Struktur fungi berbentuk cendawan

Fungi seperti yang dilihat dalam rajah 7.1 merupakan salah satu contoh rupabentuknya. Dalam alam fungi, ia boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Mengikut kajian, dianggarkan terdapat lebih kurang 1.5 juta species tetapi hanya 100,000 spesies yang dikenalpasti dan direkod secara saintifik. Sesetengah fungi adalah unisel (satu sel sahaja) dan sesetengah pula adalah multisel (banyak sel). Sesetengah fungi yang multisel pula membentuk jasad badan sepertimana yang dilihat dalam rajah 7.1. Fungi bukan sahaja pelbagai, malah tersebar luas. Fungi memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem dimana bahan organik dilerai kepada bentuk asas untuk membolehkan fungi sendiri serta organisma lain menyerapnya. Selain daripada itu, fungi adalah berguna dan telah lama digunakan dalam pemprosesan makanan sepertimana yang dapat dilihat dalam pembuatan roti dan antibiotik. Fungi juga membentuk hubungan mutualistik dengan tumbuhan dan haiwan

F u n g i | 85 dimana kedua-duanya mendapat faedah daripada jalinan tersebut. Namun begitu, fungi juga penyebab utama penyakit kepada sesetengah tumbuhan dan haiwan

Struktur dan ciri am Fungi

truktur fungi yang paling biasa dilihat adalah fungi multisel yang mempunyai jasad badan seperti dalam rajah 7.1. Namun begitu, secara umumnya, fungi boleh juga wujud dalam bentuk yis (Rajah 7.2). Hypha (a) Jasad badan (b)
Granul simpanan makanan Vakoul Nukleus Sitoplasma

Struktur penghasilan spora

Sel membran

Micelium

Rajah 7.2 Dua struktur asas fungi multusel (a) dan yis (b)

Struktur utama yang membentuk jasad badan fungi multisel adalah hypha. Hypha merupakan struktur unjuran panjang yang berbentuk tiub yang terdiri daripada membran plasma dan sitoplasma. Dinding sel yang pada kebiasaanya wujud pada sel tumbuhan tidak hadir pada hypha dan telah diganti dengan kitin. Kitin ini merupakan struktur yang kukuh yang terdiri daripada polisakarida bernitrogen. Kitin yang terdapat pada hypha ini adalah seiras dengan kitin yang terdapat pada cengkerang luar yang keras sepertimana yang dapat dilihat pada kebanyakan species serangga dan arthopoda. Unjuran hypha yang terjalin berbentuk jisim yang padat dinamakan micelium (Rajah 7.2 a). Fungsi utama micelium adalah untuk menyusup dan menyerap bahan-bahan makanan fungi. Struktur micelium yang berbentuk jalinan jisim yang padat adalah bertujuan untuk

F u n g i | 86 memaksimumkan luas permukaan ke isipadu bagi tujuan penyerapan bahan makanan yang cekap. Secara umumnya, terdapat dua jenis struktur hypha iaitu yang bersepta dan tidak bersepta (Rajah 7.3 a dan b). (a) (b)

Kitin

Septa

Nukleus

Nukleus

Kitin

Rajah 7.3 Dua bentuk hypha, bersepta (a) dan tidak bersepta atau Sinositik (b)

Hypha bersepta mempunyai segmen-segmen yang terbahagi oleh struktur yang dinamakan septa. Septa pula mempunyai liang yang membolehkan ribosom, mitokondria dan nukleus untuk melepasi dari satu segmen ke segmen yang lain. Hypha yang tidak bersepta (sinositik) ini pula terhasil daripada pembahagian sel hypha tanpa sitokinesis (pembahagian sitoplasma dan plasma membran).

Bagaimana morfologi fungi multisel membantu dalam penyerapan nutrien secara cekap?

Bagaimana fungi membiak?


Fungi membiak melalui spora yang terbentuk hasil pembiakan seksual dan aseksual (Rajah 7.4). Spora dapat disebarkan pada jarak yang jauh dengan bantuan agen-agen penyebar seperti angin dan air. Apabila spora mendarat pada tempat yang lembap, ia akan bercambah membentuk micelium yang baru.

F u n g i | 87

Fasa heterokaryotik Plasmogami (gabungan sitoplasma) Struktur penghasilan spora Spora Pembiakan aseksual Micelium Pembiakan seksual Karyogami (gabungan nucleus) Zigot

Percambahan

Percambahan

Spora Kekunci Haploid (n) Heterokaryotik (nukleus dari dua induk yang belum bergabung) Diploid (2n)

Rajah 7.4 Kitar hidup fungi. Pembiakan secara seksual dan asexual

Pembiakan Seksual
Pembiakan seksual dalam fungi bermula apabila hypha daripada dua micelium yang berlainan membebaskan isyarat dalam bentuk feromon. Sitoplasma daripada dua induk micelium yang berbeza bergabung dalam proses yang dinamakan plasmogami. Walaupun sitoplasma daripada kedua-dua micelium telah bergabung, namun nukleus-nukleus daripada dua induk tersebut masih terpisah dan tidak menyatu. Keadaan ini lebih dikenali sebagai fasa heterokaryotik (Rajah 7.4). Fasa heterokaryotik boleh berlanjutan untuk beberapa jam, hari ataupun abad sebelum bermulanya peringkat penyatuan nukleus.Penyatuan nukleus juga dikenali sebagai karyogami. Dalam proses karyogami, nukleus daripada dua induk yang berlainan bergabung dan membentuk nukleus diploid. Zigot yang terbentuk daripada proses karyogami akan mengalami proses meiosis dimana sel (zigot) akan kembali kepada keadaan haploid. Zigot haploid inilah

F u n g i | 88 yang akan membentuk struktur yang dinamakan spora yang akan disebarkan kemudian (Rajah 7.4).

Pembiakan Aseksual
Kebanyakkan spesies fungi dapat membiak secara seksual dan aseksual. Namun begitu, terdapat lebih kurang 20 000 spesies fungi yang hanya dapat membiak secara aseksual. Pembiakan aseksual dalam fungi melibatkan spora. Spora akan bercambah dalam keadaan persekitaran yang sesuai membentuk micelium. Micelium fungi biasanya dapat dilihat sebagai kulat dengan mata kasar. Kulat ini boleh didapati dimerata tempat seperti pada permukaan buah-buahan dan roti. Spesies fungi seperti yis juga membiak secara aseksual secara pertunasan (Rajah 7.5). Induk
Tunas baru

Rajah 7.5 Pertunasan dalam yis (Saccharomyces cerevisiae)

Kepelbagaian kulat
Saintis dulu telah mengelaskan fungi kepada beberapa kumpulan tertentu berdasarkan corak pembiakan mereka. Sebagai contoh, fungi yang didapati tidak dapat membiak secara seksual dikelaskan sebagai deuteromycetes. Tetapi, keadaan tersebut tidak selalunya benar kerana ada sesetengah spesies fungi deuteromycetes didapati juga menjalankan pembiakan secara seksual pada keadaan-keadaan tertentu. Ini merumitkan pengkelasan fungi melalui cara pembiakan. Namun begitu, dengan perkembangan teknik-teknik molekular. Saintis kini dapat mengkelaskan fungi ini dengan lebih tepat. Secara amnya, fungi dapat dikelaskan kepada empat kelompok utama iaitu Chytrids, Zygomycetes, Ascomycetes dan Basidiomycetes (Rajah 7.6).

F u n g i | 89

Chytrids (1 000 spesies) Contoh : Chytridium Ciri-ciri : Spora berflagella

Zygomycetes (1 000 species) Contoh : Rhizopus stolonifer (kulat roti) Ciri-ciri : Zygosporangium

Ascomycetes (65 000 species) Contoh : Aleuria aurantia (fungi kulit limau) Ciri-ciri : Askospora

Basidiomycetes (30 000 species) Contoh : Amanita muscaria (fungi cendawan) Ciri-ciri : Basidiokarp

Rajah 7.6 Kepelbagaian Fungi

Chytrids
Fungi ini tergolong dalam filum Chytridiomycota, lebih dikenali sebagai chytrids. Ia boleh didapati dengan banyaknya pada kawasan tasik dan dalam tanah. Kebanyakan chytrids memainkan peranan dalam proses pereputan tetapi ada sesetengah species chytrids merupakan parasit kepada haiwan sepertimana yang boleh dilihat dalam katak (Rajah 7.7). Ada sesetengah species chytrids boleh didapati dalam sistem pencernaan kambing dan lembu, membantu dalam pencernaan bahan-bahan tumbuhan.

F u n g i | 90

Rajah 7.7 Katak maut disebabkan infeksi oleh fungi jenis chytrids, B. dendrobatidis Sesetengah chytrids wujud dalam bentuk koloni hypha dan ada sesetengah pula wujud sebagai sel sfera berflagela. Chytrids membiak melalui zoospora iaitu spora yang berflagella (Rajah 7.8).

Spora Flagella Rajah 7.8 Zoospora Chytrids

Zygomycetes
Fungi ini tergolong dalam phylum Zygomycota. Species fungi inilah yang biasa dilihat sebagai kulat pada permukaan bahan-bahan makanan seperti roti, strawberi dan ubi kentang (Rajah 7.9).

Rajah 7.9 Fungi jenis zygomycetes pada buah strawberi yang mula mereput

F u n g i | 91 Fungi zygomycetes boleh membiak secara seksual ataupun aseksual. Dalam pembiakan seksual fungi ini, zygosporangium terbentuk. Zygosporangium ini merupakan struktur yang kasar, berdinding tebal dan boleh bertahan dalam keadaan persekitaran yang teruk. Struktur zygosporangium yang unik inilah yang mengkategorikan fungi spesies ini sebagai zygomycetes.

Karyogami dan meiosis berlaku Zygosporangium (2n)

Pembiakan seksual Micelium (n) Plasmogami

Spora (n)

Pembiakan aseksual

Rajah 7.10 Kitar hidup zygomycetes, Rhizopus stolonifer (kulat roti)

Secara ringkasnya, pembiakan seksual fungi zygomycetes bermula dengan proses plasmogami (gabungan sitoplasma). Berikutan daripada proses plasmogami, zygosporangium terbentuk. Zygosporangium akan mengalami proses karyogami dan meiosis untuk membentuk zygosporangium haploid. Zygosporangium haploid ini akan bercambah membentuk satu struktur unjuran yang dinamakan sporangium. Apabila sporangium matang, ia akan pecah membebaskan spora didalamnya (Rajah 7.10). Pembiakan aseksual fungi zygomycetes pula bermula apabila sporanya mendarat pada permukaan makanan seperti roti dan strawberi. Hypha yang bercambah akan menjalar pada permukaan serta menyusuk masuk untuk mendapatkan nutrien. Hypha ini adalah jenis sinositik iaitu tidak bersepta. Sporagium yang merupakan struktur unjuran akan terbentuk dan membebaskan spora di dalamnya apabila matang.

F u n g i | 92

Ascomycetes
Fungi ini tergolong dalam phylum Ascomycota dan adalah tersebar luas. Ia boleh didapati pada kawasan marin, air tawar dan daratan. Struktur yang unik bagi spesies fungi ini ialah askos iaitu kantung spora. Dalam kantung askos, juga dikenali sebagai askokarp, mengandungi unjuran spora yang dinamakan askus (Rajah 7.11).

Askoskarp

Askus

Rajah 7.11 Struktur kantung askos (askoskarp)

Askoskarp boleh wujud dalam saiz mikro dan juga makro. Contoh askokarp yang wujud dalam saiz makro adalah seperti morel dan truffle. Kedua-dua jenis askokarp ini merupakan hidangan makanan yang mahal (Rajah 7.12).

(a)

(b)

Rajah 7.12 Ascomyces (a) Morel (Morchella esculenta) (b) Truffle (Tuber melanosporum)

Kebanyakan spesies ascomycetes memainkan peranan penting dalam pereputan. Lebih kurang 25 % daripada spesies yang tergolong dalam ascomycetes menjalin hubungan simbiosis dengan alga hijau atau sinobakteria. Hubungan simbiosis ascomycetes ini juga dikenali sebagai liken. Sesetengah ascomycetes hidup dalam sel mesofil daun dan ada pula yang membebaskan toksin dan melindungi tumbuhan daripada serangan serangga.

F u n g i | 93 Fungi ascomycetes juga boleh membiak secara seksual dan aseksual. Pembiakan ascomycetes secara seksual bermula dengan proses plasmogami atau gabungan sitoplasma daripada dua induk yang berbeza. Proses plasmogami antara dua hypha berbeza akan membentuk struktur askus dikaryotik (keadaaan dua nukleus tidak bergabung) pada penghujung hypha. Dalam setiap askus, proses karyogami iaitu penyatuan dan pembentukan nukleus diploid akan berlaku. Nukleus diploid seterusnya akan mengalami proses meiosis untuk membentuk empat nukleus haploid dan setiap nukleus haploid pula akan membahagi secara mitosis untuk membentuk lapan nukleus haploid yang juga dikenali sebagai askospora. Askospora akan dibebaskan apabila matang (Rajah 7.13).

Karyogami Askus Meiosis Askus (dikaryotik) Mitosis Pembiakan seksual Micelium (n) plasmogami Askospora

Askoskarp

Pembiakan aseksual

Rajah 7.13 Kitar hidup ascomycetes, Neurospora crassa

Pembiakan aseksual fungi ascomycetes bermula dengan pembentukan conidia. Conidia dibentuk pada hujung hypha khas yang dinamakan conidiophore (Rajah 7.13). Conidia yang mendarat pada persekitaran yang sesuai akan membentuk micelium dan seterusnya menjadi individu yang baru.

F u n g i | 94

Basidiomycetes
Contoh fungi yang paling sesuai untuk mewakili basidiomycetes ialah cendawan (Rajah 7.13). Fungi ini tergolong dalam phylum Basidiomycota. Seperti fungi-fungi lain, fungsi utama basidiomycetes ialah dalam proses pereputan tumbuhan dan kayu-kayan. (a) (b) (c)

Rajah 7.13 Basidiomycetes (a) shelf fungi (b) puffball (c) Maiden veil

Pembiakan seksual fungi basidiomycetes bermula dengan proses plasmogami. Berikutan plasmogami, struktur cendawan seperti dalam rajah 7.13 terbentuk dan dinamakan basidiokarp. Dibawah permukaan payung cendawan, terdapat struktur yang dikenali basidia (dikaryotik) (Rajah 7.14).

Basidia

Basidiospora

Rajah 7.14 Basidiomycetes

Pembiakan seksual basidiomycetes diteruskan dengan proses karyogami untuk membentuk nukleus diploid. Nukleus diploid akan mengalami meiosis membentuk empat nukleus haploid. Keempat-empat nukleus haploid kemudian membentuk struktur basidiospora yang berada dalam empat kantung berasingan di hujung basidia (Rajah 7.15).

F u n g i | 95

karyogami

Basidiospora

plasmogami Pembiakan seksual Micelium

Basidia

Basidiospora

Rajah 7.15 Kitar hidup basidiomycetes

Lukiskan pokok filogenetik yang menggambarkan hubungan antara keempat-empat kumpulan fungi.

Impak dan kepentingan Fungi


Fungi memainkan peranan utama dalm proses pereputan, menjalin hubungan mutualistik dan ada fungi merupakan patogen.

Fungi dalam pereputan


Fungi memainkan peranan penting dalam proses pereputan bahan-bahan organik. Tanpa fungi, bahan-bahan organik tidak dapat dilerai kepada bentuk yang asas seperti carbon, nitrogen dan elemen-elemen lain. Fungi merupakan agen pereputan utama bagi komponen tumbuhan seperti selulose dan lignin. Di samping itu, fungi juga dapat meleraikan substrat yang mengandungi komposisi carbon yang tinggi seperti bahan api dan cat rumah.

F u n g i | 96

Hubungan Mutualistik Fungi


Fungi juga menjalin hubungan mutualistik dengan tumbuhan, haiwan, alga dan cynobakteria. Jalinan tersebut didapati penting dari segi keseimbangan ekologi, pertumbuhan dan pembiakan sesuatu spesies dalam komuniti. Fungi yang menjalin hubungan mutualistik dengan tumbuhan terutamanya pada bahagian mesofil daun dinamakan endophytes. Fungi jenis ascomycetes yang pada kebiasaanya manjalin hunungan mutualistik dengan tumbuhan menetap dalam sel-sel mesofil daun tumbuhan tanpa membahayakan perumahnya. Endophytes ini menghasilkan toksin dan secara langsung menghalang haiwan hervivor daripada memakannya. Faedah-faedah lain daripada hubungan tersebut termasuk toleransi haba, kemarau dan logam-logam berat. Hubungan mutualistik fungi dengan sesetengah tumbuhan berkayu dapat membantu tumbuhan daripada jangkitan patogen. Fungi juga menjalin hubungan mutualistik dengan haiwan. Sebagai contoh, fungi yang hidup dalam sistem pencernaan lembu dan kambing membantu dalam peleraian bahan-bahan tumbuhan. Ini secara langsung membantu dalam pencernaan serta penyerapan nutrien haiwan tersebut. Selain itu, sesetengah spesies semut yang secara semulajadi memotong cebisan daun tumbuhan dan membawanya pulang ke sarangnya. Dalam sarangnya, species fungi yang berada dalam sarang semut membantu meleraikan daun-daun kepada bentuk tip yang bengkak. Tip ini adalah kaya dengan protein dan karbohidrat dan adalah dalam bentuk yang dapat dicerna oleh semut (Rajah 7.16).

Rajah 7.16 Serangga fungi-berkebun

Liken
Liken ialah hubungan simbiosis antara fungi dengan mikroorganisma yang berfotosintesis. Liken terbentuk apabila berjuta-juta sel-sel mikro ini dipegang oleh fungi dan membentuk satu jisim fungi yang padat. Liken boleh didapati hidup pada permukaan batu, balak yang mereput dan pokok. Contoh miroorganisma yang berfotosintesis dalam liken ialah seperti alga hijau atau sinobakteria. Kebanyakan jenis fungi liken adalah daripada ascomycetes tetapi terdapat juga 75 basidiomycetes yang merupakan fungi jenis liken (Rajah 7.17).

F u n g i | 97

(a)

(b)

(c)

Rajah 7.17 Liken (a) bentuk crustose (b) bentuk foliose (c) bentuk fruticose

Penyatuan antara fungi dan alga atau sinobakteria dalam liken adalah begitu sempurna sehingga telah dinamakan sebagai satu individu. Kini terdapat kira-kira 17 000 spesies liken yang telah dikenalpasti. Dalam kebanyakkan liken, rakan kongsi biasanya akan menyediakan sesuatu yang rakannya tidak dapat perolehi sendiri. Sebagai contoh, alga menyediakan carbon manakala sinobakteria menyediakan nitrogen organik kepada rakan funginya. Fungi pula menyediakan keadaan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan kepada rakan alga dan sinobakteria. Liken juga merupakan penghuni primer pada kawasan terdedah akibat kebakaran hutan atau aliran gunung berapi. Pertumbuhan liken pada kawasan tersebut dapat memulihkan keadaan tanah melalui penggemburan tanah serta memerangkap butiran-butiran tanah daripada tiupan angin. Keadaan persekitaran yang berubah ini membolehkan penghuni-penghuni lain seperti tumbuhan daratan untuk mengkoloni.

Fungi sebagai patogen utama dalam industri kelapa sawit


Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak kelapa sawit di dunia. Walaupun industri kelapa sawit membawa pulangan yang lumayan, namun pokok kelapa sawit telah menghadapi krisis utama daripada infeksi fungi spesies Ganoderma lucidium (Rajah 7.18). G. lucidium merupakan fungi jenis basidiomycetes iaitu jenis yang berbentuk cendawan. Infeksi G. lucidium ini tersasar pada bahagian akar pokok kelapa sawit. Akar pokok kelapa sawit ini akan mereput dan akhirnya menyebabkan kematian pokok tersebut. Keadaan tersebut telah mengakibatkan kerugian yang besar pada industri pokok kelapa sawit.

Rajah 7.18 Basidiomycetes fungi spesies Ganoderma lucidium

F u n g i | 98

Fungi penyebab penyakit Meningitis


Pada penghujung akhir 2012, berlaku kes pencemaran ubatan steroid methylprednisolone acetate oleh kulat daun. Ubat yang tercemar ini telah disuntik pada pesakit yang mengalami sakit belakang dan mengakibatkan penyakit meningitis. Antara gejala-gejala meningitis ialah sakit kepala, deman panas, sensitif kepada cahaya, leher kaku dan lain-lain lagi.

Kegunaan lain Fungi


Walaupun fungi merupakan penyebab kepada sesetengah penyakit pada haiwan dan tumbuhan, namun fungi mempunyai faedah dalam industri pembuatan. Sebagai contoh, fungi digunakan secara meluas dalam mematangkan keju biru. Sejak turun menurun, manusia menggunakan fungi yis dalam pembuatan minuman beralkohol dan pembuatan roti. Selain itu, antibiotik penicillin yang digunakan untuk mengubati jangkitan bakteria juga dihasilkan daripada Penicillium, sejenis fungi ascomycetes.

Fungi juga mempunyai kegunaan dalam penyelidikan genetik. Boleh anda nyatakan secara ringkas bagaimana fungi membantu dalam kajian-kajian genetik?

RINGKASAN
1. Fungsi utama fungi adalah dalam proses pereputan. 2. Kebanyakan fungi mempunyai struktur filamen yang dinamakan hypha. Hypha yang berfungsi dalam penyerapan dan penyerapan nutrien dinamakan micelium. 3. Fungi dapat membiak secara seksual dan aseksual. 4. Plasmogami ialah proses penyatuan sitoplasma hypha fungi. 5. Karyogami ialah proses penyatuan nukleus daripada dua induk hypha. 6. Heterokaryotik ialah keadaan dimana sitoplasma hypha fungi telah menyatu, tetapi nukleus daripada dua induk masih berasingan. 7. Pembiakan aseksual fungi adalah melalui spora. 8. Terdapat empat jenis fungi yang utama iaitu Chytrids, Zygomycetes, Ascomycetes dan Basidiomycetes. 9. Liken ialah hubungan berfotosintesis. simbiosis antara fungi dengan mikroorganisma yang

F u n g i | 99

PETA KONSEP
Peta Konsep di bawah menunjukkan ringkasan terhadap kepelbagaian dan fungsi fungi
Fungi

kepelbagaian

Cythrids

Zygomycetes

Ascosmycetes

Basidiomycetes

Fungi berflagella

Fungi kulat roti

Fungi kulit limau

Fungi cendawan

Fungsi fungi

Proses pereputan

Liken

Industri pembuatan

Mutualistik

Patogen

F u n g i | 100

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Hypha Micelium Plasmogami Karyogami Heterokaryotik Chytrids, Zygomycetes, Ascosmycetes, Basidiomycetes Liken

PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. Apakah fungsi utama fungi? Apakah perbezaan antara fungi jenis zygomycetes, ascosmycetes dan basidiomycetes? Apa fungsi utama pembentukan spora dalam fungi? Nyatakan jenis fungi yang dapat membiak secara seksual dan aseksual?

RUJUKAN
Reece, B. J., Urry, L. A., Cain, M. L., Wasserman, S. A., Minorsky, P. V. And Jackson, R. B. (2011). Biology. Benjamin/Cummings.