Sei sulla pagina 1di 3

REFLEKSI PSV3105

Nama No. Matriks No. K/P Kumpulan/Unit

: Nor Shakiah Binti Hussain : 28087 : 750506 01 7460 : PPG PJJ Ambilan Jun 2011 / Unit Pendidikan Khas

Semester

:4

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek yang telah diamanahkan kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 4 ini. Tugasan ini telah diterima pada interaksi yang kedua iaitu pada 23 Februari 2013. Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran PSV KBSR / PSV3105. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan Pn. Siti Hayati Binti Hj. Mohd. Yusoff selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Saya telah mendapat penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti dan menepati elemenelemen yang dinilai. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan, panduan dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain daripada itu,

saya juga merujuk pada rakan-rakan guru yang lain agar tugasan yang saya laksanakan ini tidak tersasar dan menepati apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Saya telah ditugaskan menghasilkan sebuah Shape Book dengan berisikan info dan maklumat lengkap tentang Bidang 3 dalam PSV iaitu Membentuk dan Membuat Binaan. Saya memulakan tugasan saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya dapat menjalankan tugsan ini dengan lebih sistematik. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang telah saya perolehi apabila saya membat rujukan dari buku-buku, jurnaljurnal dan juga rujukan di internet. Saya dapat melihat bahawa Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan banyak aktiviti seni yang menarik boleh dilakukan di dalam kelas sekiranya seseorang guru itu mempunyai daya kreativiti dan mampu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. Aktiviti di dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan juga merupakan aktiviti-aktiviti yang amat menarik dan aktivitinya adalah di luar daripada kebiasaan murid iaitu melukis dan mewarna. Dalam bidang ini, murid berupaya menjana idea dan kreativiti mereka untuk menghasilkan karya seni yang cantik, menarik dan boleh digunakan. Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang lebih senior dan lebih berpengalaman dalam Pendidikan Seni Visual. Selain daripada itu, rujukan daripada buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya. Alhamdulillah, dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan dunia seni visual. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekangan yang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Saya akui bahan dan maklumat berkaitan bidang membentuk dan membuat binaan banyak diperolehi sama ada dalam bentuk buku ataupun rujukan dari internet. Tetapi saya menghadapi masalah kekurangan sumber rujukan berkaitan Shape Book. Masalah ini

pada awalnya agak melambatkan proses pelaksanaan tugasan saya ini. Namun begitu saya selesaikan dahulu mana-mana bahagian yang dapat diselesaikan dan rujukan berkaitan Shape Book ini saya cuba perolehi secara beransur -ansur melalui internet dan juga info dari pensyarah dan rakan-rakan sekuliah. Semasa menjalankan tugasan ini, perkara yang amat terkesan kepada saya ialah semasa saya menjalankan tugasan menyiapkan karya seni menbentuk dan membuat binaan. Saya akui walaupun saya terpaksa meluangkan lebih masa dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi. Yang paling penting ilmu yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkan bahan / hasil karya saya. Walaupun hasilnya tidak sehebat mana, tetapi saya berpuas hati dengan karya yang saya hasilkan. Harapan saya semoga hasil karya yang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki oleh tugasan yang diamanahkan ini. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini dari mula hingga akhirnya terutamanya kepada Pn. Siti Hayati Binti Hj. Mohd. Yusof, selaku pensyarah pembimbing kami dalam semester ini. Tidak lupa juga kepada rakanrakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Tanpa bantuan dan bimbingan dari semua, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Semoga tugasan saya ini juga dapat memberi info dan maklumat kepada mana-mana individu yang memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada semua.

Disediakan oleh: .. NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN

Potrebbero piacerti anche