Sei sulla pagina 1di 5

sitimusiahm@yahoo.com.

my

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR


(BAHAGIAN B) Tips penting ketika menjawab soalan sains UPSR bahagian B ialah menjawab soalan pembolehubah terlebih dahulu. PEMBOLEHUBAH *** melibatkan paameter seperti jenis, bentuk, saiz, bilangan, kehadiran, luas, berat, dll kecuali minggu, bulan, tahun. 1. Terdapat 3 jenis pembolehubah iaitu :i) Dimalarkan (sama/tidak berubah) Apa yang dikekalkan dan tidak diubah dalam penyiasatan yang dijalankan. ii) Dimanipulasi (diubah/berbeza/berlainan) Apa yang dikurangkan atau ditambah dalam penyiasatan yang dijalankan / apa yang berbeza / berlainan Bergerak balas (keputusan akhir suatu penyiasatan/diukur/diperhatikan) Keputusan di akhir penyiasatan / apa yang berlaku di akhir penyiasatan

iii)

2. Pembolehubah juga boleh dikenal pasti melalui jadual yang diberi. Contohnya; Contoh 1 : Saiz bola (cm) Bilangan lantunan Dimanipulasi (Saiz bola (cm)) Bergerak balas (Bilangan lantunan) 4 14 6 12 8 10 10 8

Contoh 2 : Bilangan biji benih 2 4 6 8 10 Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm 12 10 8 6 4

Dimanipulasi (Bilangan biji benih)

Bergerak balas (Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm)

sitimusiahm@yahoo.com.my

Contoh 3 : Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan tentang kuantiti makanan yang diperlukan oleh saiz haiwan yang berlainan dalam sehari. Jadual berikut menunjukkan hasil penyiasatan. Haiwan Kuantiti makanan yang diperlukan sehari / kg 0.16 Bergerak balas

Dimanipulasi

0.20

2.50

180

Pemboleh ubah dalam bentuk graf :


25 Ketinggian Biji Benih Selepas 7 hari (cm) 20 15 10 5 0 10 8 6 4 Bilangan Biji Benih

Bergerak balas

Dimanipulasi

sitimusiahm@yahoo.com.my

TUJUAN Menggunakan kata kunci : Untuk menyiasat hubungan antara dimanipulasi dengan bergerak balas. Contoh: Saiz bola (cm) Bilangan lantunan 4 14 6 12 8 10 10 8

Untuk menyiasat hubungan antara saiz bola (cm) dengan bilangan lantunan. PEMERHATIAN 1. Menyatakan perkara / perubahan yang jelas kelihatan dalam sesuatu penyiasatan. 2. Contoh soalan ; (a) Apakah yang dapat diperhatikan dalam gambarajah berikut ?

Sangkar A

Sangkar B

minuman makanan Contoh jawapan; Saiz tikus dalam sangkar A lebih besar berbanding saiz tikus dalam sangkar B

INFERENS/SEBAB 1. Memberikan sebab/ alasan hasil daripada pemerhatian yang dibuat. Contoh soalan; (b)Nyatakan inferens bagi jawapan anda di (a). Contoh jawapan ; Tikus dalam sangkar A kurang persaingan.

sitimusiahm@yahoo.com.my

HIPOTESIS/HUBUNGAN 1. Menyatakan hubungan antara dimanipulasi terhadap bergerak balas. 2. Menggunakan kata kunci : Semakin (corak)....dimanipulasi....semakin (corak)....bergerak balas.. Contoh;

Bilangan biji benih 2 4 6

Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm 12 10 8

Contoh jawapan; Semakin berkurang bilangan biji benih semakin bertambah ketinggian biji benih selepas 7 hari. atau Semakin bertambah bilangan biji benih semakin berkurang ketinggian biji benih selepas 7 hari. MERAMAL 1. Membuat jangkaan terhadap apa yang akan berlaku berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman sedia ada. 2. Ramalan mestilah logik dan sesuai. 3. Jika dalam bentuk nombor, jangan berikan bentuk julat: contoh di antara 7-10 Contoh; Ramalkan keadaan tikus dalam sangkar B selepas dua minggu sekiranya makanan dan air tidak lagi dibekalkan? Sangkar A Sangkar B

minuman makanan Contoh jawapan; Tikus dalam sangkar B akan mati. 4

sitimusiahm@yahoo.com.my

CORAK PERUBAHAN 1. Merujuk kepada bilangan nombor. 2. Menggunakan jawapan seperti ; Berkurang/ menurun Bertambah/ menaik Tidak berubah 3. Contoh soalan; Nyatakan corak perubahan bagi ketinggian biji benih selepas 7 hari Bilangan biji benih 2 4 6 Contoh jawapan; Berkurang Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm 12 10 8

MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN 1. Menyatakan maklumat penting yang diperolehi dalam penyiasatan. 2. Jawapan boleh terdiri daripada dimanipulasi atau bergerak balas. Contoh; Bilangan biji benih 2 4 6 Ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm 12 10 8

Bilangan biji benih dan ketinggian biji benih selepas 7 hari / cm KESIMPULAN/RUMUSAN 1. Perkaitan dimanipulasi dengan bergerak secara am. 2. Jawapan hipotesis/hubungan diterima.

Disediakan oleh:

SITI MUSIAH MATNOR, SK. MARABA, BEAUFORT.

Potrebbero piacerti anche