Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT AGUNG PASUKAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA KALI KE 1/2012 Tarikh

h Masa Hari Tempat Kehadiran Guru : 01 Februari 2012 : 01.00 Petang : Rabu : Kantin SRK Seri Indera : 1. Pn. Norlida Bt. Ismail 2. Pn. Norsalehah Bt. Abu Samah 3. Pn. Salina Bt. Ismail 4. En. Roswira B. Ramli : 74/81 orang ( Rujuk Senarai Kehadiran )

Kehadiran Ahli Agenda 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Ucapan Pengerusi Mengesahkan minit mesyuarat kali ke 3/2011 Perkara-perkara berbangkit Perlantikan Jawatankuasa sesi 2012 Perancangan Aktiviti Tahunan 2012 Hal-hal lain

Agenda 1. Ucapan Pengerusi 1.1. Guru penasihat PBSM, Pn. Norsalehah Bt. Abu Samah menyampai ucapan aluan tahniah kepada semua ahli PBSM SRKSI bagi tahun 2012 ini. Beliau mengharapkan agar tahun ini, persatuan akan lebih aktif dan berdaya saing dalam kegiatan kokurikulum disamping menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran baru kepada semua ahli yang terlibat. Penekanan juga diberikan kepada murid tahun 6 agar lebih mengambil bahagian dalam perjawatan penting di dalam persatuan sebagai satu nilai tambah kepada permarkahan UPSR bagi aktiviti kokurikulum tahun ini.

Agenda 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat 2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2011 Pengesahan : Nurfatin Nabilah Binti Temizie Penyokong : Muhamad Naqib Bin Muhamad Nasir

Agenda 3. Perkara Berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit

Agenda 4. Perlantikan Jawatankuasa sesi 2012 4.1 Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Naib Bendahari Ajk Ajk Ajk Ajk Ahmad Dinie Bin Ahmad Shafri Akmal Bin Mohd Nasir Nik Amir Naim Bin Nik Ahmad Kamal Muhammad Zareef Iqbal Bin Zakaria Nur'ain Shahirah Binti Zamri Wan Rohaida Binti Rozali Muhammad Asyraf Danial Bin Azrizal Nurfatin Nabilah Binti Temizie Hasya Murfiqah Binti Hamidun Muhamad Naqib Bin Muhamad Nasir 6 Bestari 6 Gigih 6 Bestari 6 Bestari 6 Cerdas 6 Cerdas 6 Jaya 6 Bestari 6 Cerdas 6 Gigih

Agenda 5. Perancangan Aktiviti PBSM tahun 2012 Januari - Perjumpaan pertama dan perlantikan AJK. - Penerangan dan taklimat mengenai PBSM dan aktiviti sepanjang tahun Februari - Menyalin dan menyanyikan lagu PBSM - Menyalin dan membaca ikrar, prinsip dan sejarah PBSM. Mac - Latihan Kawad Kaki April - Pertandingan Kawad Kaki antara kumpulan. - Penerangan mengenai contoh pertolongan cemas May - Latihan Pertolongan Cemas Jun - Pertolongan Cemas (Terseliuh) - Pertolongan Cemas (Luka) Julai - Pertolongan Cemas (Melecur) - Pertolongan Cemas (Pengsan)

Ogos - Pertolongan Cemas (Anduh) - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 September - Menyalin nota mengenai simpulan dan ikatan - Membuat simpulan Manuk Oktober - Membuat simpulan belit - Ikatan tali keti dan tindih kasih November - Latihan Perkhemahan. - Jamuan Akhir Tahun

Agenda 6. Hal-Hal Lain 6.1 6.2 Penerangan kepada murid berkenaan edaran uniform PBSM yang mengikut bilangan ahli berdaftar pada tahun sebelumnya. Pengerusi meminta agar murid dapat mengikuti perjumpaan PBSM pada tahun ini dengan kehadiran yang penuh.

Mesyuarat ditangguh pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Nik Amir Naim Bin Nik Ahmad Kamal Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah, SRK Seri Indera, Kangar

Disemak oleh, .. En. Roswira bin Ramli Guru Penasihat PBSM, Persatuan Bulan Sabit Merah, SRK Seri Indera, Kangar

Potrebbero piacerti anche