Sei sulla pagina 1di 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Nama: Masyitah binti Ismail No. Kad Pengenalan: 720831-02-5774 No. Telefon: 013-6501029 E.Mail: masyitah1972@gmail.com

Nama Pensyarah: ENCIK ROSLI BIN ALIMAN

PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA, UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA KOMPLEKS PERNIAGAAN AL-AZIM MELAKA

Semester MEI 2012

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO 1.0

PERKARA Pengenalan

MUKA SURAT 3-4

2.0

Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu Bunyi vokal Bunyi Konsonan

4 4 10 11 - 13

2.1 2.2

3.0

Perbezaan di Antara Fonem dan Fonologi Bahasa Melayu Fonem Alofon

Alofon dalam Sistem

13 - 14

3.1 3.2

14 15

4.0

Ciri-ciri Suprasegmental Sesuatu Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

16 - 18

5.0

Kesimpulan

18 - 19

6.0

Bibliografi

20

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Di negara Malaysia, bahasa Melayu diberikan peranan dan status yang amat penting. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi. Antara matlamat utama dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah adalah memberikan asas yang kukuh dalam kemahiran Bahasa Melayu seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut di kalangan murid. Selain itu, memberikan aspek yang kukuh dalam pelbagai aspek tatabahasa, fonologi dan sistem ejaan, perbendaharaan kata dan sebagainya. Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting di dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa, semakin tinggi keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan, sama ada secara lisan, bacaan ataupun penulisan.(Raminah Hj. Sabran,1989) Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa mestilah menguasai sistem bunyi atau sistem fonologi sesuatu bahasa itu. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Ia lazimnya dibahagikan kepada dua bidang,iaitu fonetik dan fonemik. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut urutan kajian dalam linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi(sistem bunyi), morfologi(sistem kata), sintaksis(sistem ayat), dan semantik(sistem makna). Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Ada tiga bidang kajian ilmu fonetik, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi membincangkan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman, fonetik akustik pula mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi dibawa ke pendengaran pendengar, dan fonetik auditori menghuraikan pula bagaimana gelombang bunyi tadi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

bermakna.(Nor Hashimah Jalaluddin,1998) Fonemik pula menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dapat dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Ia merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem dalam sesuatu bahasa.

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu

Dalam berkomunikasi manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ini adalah bunyi-bunyi yang dipersetujui oleh masyarakat penuturnya sebagai sesuatu yang bermakna. Ia juga diwakili dengan lambang-lambang yang ditentukan. Bunyibunyi bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu vokal, konsonan dan diftong. Seseorang itu haruslah mengetahui jenis-jenis bunyi dan tahu pula bagaimana bunyibunyi itu dihasilkan dengan menggunakan alat-alat pertuturan yang tertentu. Kita akan membincangkan penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia.

2.1 Bunyi Vokal Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Menurut Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu. Kedudukan vokal dijelaskan dalam rajah keratan rentas lidah di bawah. Depan Tengah Belakang

Sempit Separuh sempit Separuh luas Luas

i e a

u o

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi ini terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan dalam bahasa Melayu standard iaitu [i,e,a,o,u,] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu []

dan []. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan, dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Vokal depan Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.

1. Vokal depan sempit [i] Dibunyikan dengan menaikkan hadapan lidah hingga hampir-hampir menyentuh lelangit keras (tetapi tidak menyentuh lelangit keras) sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan bibir berada dalam keadaan terhampar. Vokal ini hadir dalam semua lingkungan, iaitu pada awal, tengah dan akhir perkataan. Contoh penggunaan vokal [i]:
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

[ikan] [ixtiar]

[bili] [tidur]

[hari] [jari]

2. Vokal separuh sempit [e] Hadapan lidah dinaikkan tetapi tidaklah setinggi seperti membunyikan vokal [i]. Kedudukan alat-alat pertuturan lain adalah sama seperti semasa membunyikan vokal depan sempit [i]. Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak

sederhana.Contoh penggunaan vokal [e]: [ela] [ena] [belo] [lencon] [kole] [tauge]

3. Vokal depan separuh luas [] Depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [e] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan bagi vokal [e]. Contoh penggunaan vokal []: [lo] (elok dalam dialek Kedah) [mod] (modal dalam dialek Kedah)

4. Vokal depan luas [a] Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paruparu lalu tanpa sekatan. Bibir dihamparkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan vokal [a]: [alur] [ambil] [ramal] [takat] [sama] [taga]

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Vokal tengah [] Dihasilkan dengan menaikkan sedikit tengah lidah ke arah lelangit keras. Keadaan bibir tidak dibundarkan dan buka antara rahang adalah sederhana. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Vokal ini hadir pada pada awal dan tengah perkataan. Contoh: [mpat] [mpu] Vokal belakang Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [] dan []. Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat adalah lelangit keras. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006) [tpat] [knduri]

1. Vokal belakang sempit [u] Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaan vokal [u]: [ubi]
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

[bubur]

[labu]

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

[untuk]

[gandum]

[kelambu]

2. Vokal belakang separuh sempit [o] Belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan vokal [o]: [oleh] [omba] [sora] [celoteh] [kuno] [pidato]

3. Vokal belakang separuh luas [] Belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

dan pita suara bergetar. Seperti vokal [], vokal [] hadir dalam dialek-dialek dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o]. Contoh penggunaan vokal []: [brak] (berbual, dialek Kedah) [tump] (mati, dialek Bota Perak)

4. Vokal belakang luas [] Belakang lidah diletakkan di titik paling dan sejauh-jauhnya ke belakang terusmenerus. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaan vokal [] : [gul] (gulai, dialek Sungai Perak)

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

10

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2.2 Bunyi Konsonan

Bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi selain daripada bunyi vokal. Faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulasi dan cara artikulasi.Ketika menghasilkannya, udara keluar daripada paru-paru mengalami sekatan atau sempitan di rongga mulut, hidung atau tekak oleh alat-alat artikulator yang tertentu seperti lidah, bibir dan anak tekak. Bunyi-bunyi konsonan juga ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Di samping faktor bersuara dan tidak bersuara, kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Dalam bahasa Melayu, bunyi-bunyi konsonan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu konsonan-konsonan asli dan konsonan pinjaman. (Raminah Hj. Sabran, 1989) Konsonan asli bahasa Melayu adalah konsonan-konsonan yang memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa Melayu. Mengikut Yunus Maris (1980), terdapat 19 konsonan asli bahasa Melayu dan berdasarkan cara pengeluaran dan daerah-daerah artikulasi konsonan-konsonan tersebut boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu; letupan, geseran, letusan, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal. Rajah di bawah menunjukkan cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu.

Daerah Cara Letupan tak bersuara Letupan bersuara Geseran tak bersuara Geseran bersuara
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

Bibir

Gigi

Gusi

Lelangit Keras

Lelangit lembut

Pita suara

f z

11

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Sengau Sisian Getaran Separuh vokal

n l

1. Konsonan Letupan Letupan juga dikenali sebagai plosif. Cara menghasilkan letupan adalah dengan melepaskan udara yang disekat dengan serta-merta. Udara dari paru-paru akan disekat di salah satu titik artikulasi sama ada di bibir, gigi-gusi dan sebagainya oleh artikulator kemudian dilepaskan sehingga terdengar bunyi pop. Bunyi konsonan yang terhasil ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g],[j] dan [].

2. Konsonan Geseran Bunyi geseran boleh dihasilkan dengan menyempitkan ruang di antara titik artikulasi dengan artikulator. Udara yang keluar dari paru-paru akan keluar di ruang yang sempit bagi menghasilkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi konsonan yang terhasil ialah [s] dan [h].

3. Konsonan Getaran Getaran dihasilkan dengan menggetarkan hujung lidah beberapa kali ke lelangit keras. Hujung lidah menjadi artikulator yang aktif sementara lelangit keras menjadi titik artikulasi yang pasif. Konsonan getaran yang terhasil ialah [r].

4. Konsonan Sisian Bunyi sisian dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke arah gusi dan udara akan keluar melalui bahagian tepi lidah. Udara yang keluar akan bergeser di pita suara bagi menghasilkan bunyi geseran. Konsonan sisian yang dihasilkan ialah [l].

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

12

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5. Konsonan Sengauan (Nasal) Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis bunyi sengauan. Ia dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melalui rongga hidung. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan, menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka. Udara itu disekat pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut. [m] Dinamakan sengauan dua bibir bersuara yang dihasilkan apabila dua bibir dirapatkan. [n] Dinamakan sengauan gusi bersuara yang dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi. [] Dinamakan sengauan lelangit keras bersuara yang dihasilkan apabila tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. [] Dinamakan sengauan lelangit lembut bersuara yang dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

Separuh Vokal Bunyi ini mempunyai ciri vokal kerana tiada berlaku apa-apa pergeseran atau sekatan dalam rongga mulut di antara titik artikulasi dengan artikulator semasa menghasilkan bunyi ini. Ia pula dianggap konsonan kerana melibatkan pelbagai titik artikulasi dan titik artikulasi ini tidak serupa dengan titik artikulasi vokal. Bunyi yang dihasilkan ialah [w] dan [y].

(Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar,2006)

3.0Perbezaan di Antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi Bahasa Melayu

Bidang Fonemik adalah bidang yang membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Bidang ini juga menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

13

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Bunyi-bunyi bahasa akan dianalisis dan menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu distingtif(membezakan makna) atau tidak distingtif.Jika bunyi bahasa itu menunjukkan perbezaan makna/erti ia adalah fonem. Sekiranya bunyi itu tidak membezakan makna maka ia adalah alofon.

3.1 Fonem Fonem ialah unit bunyi terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Pasangan minimal ialah pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan. Contoh kata cawan dan kawan, bunyinya hampir sama. Apa yang membezakan antara dua kata itu ialah fonem [c] dan [k]. Sudah pastinya bunyi-bunyi fonem [c] dan [k] yang membezakan maknanya. Oleh itu, bunyi [c] dan bunyi [k] adalah bertaraf fonem yang berbeza dan ia diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /c/ dan /k/. Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut: 1. /saya/ - /raya/ /s/ dan /r/ adalah fonem yang berbeza 2. /tamak/ - /tanak/ /m/ dan /n/ adalah fonem yang berbeza 3. /tabu/ - /sabu/ /t/ dan /s/ adalah fonem yang berbeza 4. /berat/ -/jerat/ /b/ dan /j/ adalah fonem yang berbeza Selain contoh di atas terdapat banyak lagi pasangan minimal yang lain yang membezakan makna. Contohnya: bawang dengan bayang; bekal dengan cekal; daun dengan taun, dan lainlain

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

14

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.2 Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi adalah alofon dari satu fonem. Ia disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. Contoh: /fikir/ - /fikir/; /faham/ /faham/ dan /bilik/ - /bili?/. Bervariasi bebas bermaksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza(maknanya sama). Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya. Contohnya alofon k, k dan ?. Bunyi alofon k terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan kiri (iaitu k yang diikuti oleh vokal depan i. Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kata?. Dalam hal ini alofon k, k, dan ? adalah alofon-alofon daripada keluarga yang bunyi yang sama iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, ? itu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Ia bermaksud bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi iaitu masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu (tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat juga beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza). Contohnya fonem /a/, /i/, dan /u/ yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan agama, agama dan agama tetapi maknayan tidak berbeza. Oleh itu, fonem a, i, dan u dikatakan beralternasi babas.

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

15

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4.0Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan.

Fonem Suprasegmental juga disebut fonem suprapenggalan. Ia adalah ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Fonem-fonem ini tidak boleh dipisahkan daripada fonem-fonem yang ditumpanginya iaitu fonem-fonem yang menjadi tempat letaknya fonem-fonem suprasegmental itu. Fonem suprasegmental tersebut terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi. 1.Tekanan Tekanan merupakan ciri linguistik yang boleh membezakan perkataan-perkatan atau frasafrasa apabila diletakkan di tempat yang berbeza. Lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata merupakan ciri yang utama. Ia biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan dan ditanda dengan tanda [] dan lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu contohnya [kotak], [kuda], [cermin]. Tekanan berlaku pada vokal kerana dalam bahasa Melayu bunyi vokal disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Dalam bahasa Melayu tekanan biasanya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan ma ta, ba tu, pe ti dan seumpamanya. Tekanan dalam bahasa Melayu juga tidak menunjukkan perbezaan makna. Ia mungkin hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian. (Kamaruddin Hj. Husin,1999) 2.Nada Nada adalah kadar meninggi atau menurunnya pengucapan sesuatu suku kata atau morfem. Ia ditandai oleh nombor-nombor 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi), 4(tinggi sekali). Di dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifatsifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

16

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Cina. Misalnya Ma dalam bahasa itu boleh bermaksud emak, atau kuda, atau jerami atau marah. Ini bergantung pada cara ia dilafazkan. 3.Jeda Jeda juga disebut sebagai persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsurunsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang biasa digunakan untuk memisahkan ayat dan unsur-unsurnya ialah # dan unsur ini boleh membezakan makna. Contohnya, ayat [# saya pakai baju abang#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya pakai baju # abang]. Begitu juga halnya dengan ayat [ # saya henda? pergi ke kandang binatang # ] berbeza maknanya dengan ayat [ # saya henda? pergi ke kandang # binatang #]. Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara perkataan yang umum digunakan pula ialah tanda [+]. Di dalam bahasa Melayu, unsur ini nyata boleh membezakan makna misalnya gabungan bunyi-bunyi di dalam [berikan] adalah berbeza maksudnya dengan [ber + ikan]. Erti bagi perkataan pertama ialah menyerahkan sementara bagi perkataan kedua ialah mempunyai ikan. Begitu juga [keramat] adalah berbeza maknanya dengan [kera + mat]. 4.Intonasi Intonasi adalah turun naik suara dalam pengucapan frasa atau ayat. Ia juga disebut lagu bahasa dan intonasi ayat dalam bahasa Melayu adalah berbeza-beza. Intonasi ayat berita misalnya menurun di akhir ayat sementara ayat tanya intonasinya meninggi di akhir ayat. Lambang-lambang yang digunakan untuk menandakan intonasi ialah: [ll] [l] [//] intonasi menurun beransur-ansur intonasi menaik pada bukan akhir ayat intonasi menaik beransur-ansur

[===] intonasi tinggi tetapi mendatar [u] intonasi menurun dan menik

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

17

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5.Kepanjangan Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi panjang pendek ini ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna tetapi sebaliknya bagi bahasa Inggeris. Contohnya perkataan [sit](duduk) berbeza maknanya dengan [si:t](tempat duduk); [fit](sesuai) berbeza dengan [fi:t](kaki). Di dalam bahasa Arab, unsur ini disebut sebagai harkat.

Di dalam pengajaran kemahiran lisan aspek sebutan, tekanan, intonasi, jeda, mora dan nada harus diberi perhatian. Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (articulator) manusia. Dalam ilmu linguistik bahasa diungkap dengan sempurna dalam pertuturan. Ini kerana dalam tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, tekanan, rentak dan persendian tidak dapat digambarkan dengan jelas. Murid perlu diasuh supaya mahir dalam sebutan, boleh menggunakan nada dan intonasi yang betul dan lancar serta fasih dalam berbahasa. Selain itu, murid harus dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai. Mereka juga harus boleh mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Kesimpulan Fonologi adalah merupakan sebahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Bidang ini terbahagi pula kepada fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk bunyi-bunyi tersebut. Bolehlah dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Ia merupakan bidang yang
MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

18

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

mempelajari fonem-fonem dalam sesuatu bahasa. Sebenarnya banyak bunyi bahasa boleh diujarkan oleh alat artikulasi, tetapi bukan semua bunyi itu penting. Bunyi yang banyak itu boleh digolongkan kepada beberapa keluarga bunyi yang penting sahaja dan bilangan keluarga bunyi yang terhad ini dipakai berulang-ulang kali dan dalam gabungan dengan bunyi yang berlainan. Di dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis bunyi iaitu vokal, diftong dan konsonan. Bunyi bahasa adalah amat kompleks dan berbeza-baza. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kegunaan fonetik amat luas sekali terutama dalam kemahiran lisan. Fonetik dikatakan boleh membantu murid menggunakan secara tepat sifat-sifat bunyi seperti panjangpendek, tekanan dan tinggi-rendah suara dalam bahasa yang dipelajari. Dalam bahasa Melayu, penggunaan fonetik secara bersungguh-sungguh dalam bidang pengajaran bahasa belum dilaksanakan lagi. Namun demikian, pengetahuan fonetik akan membantu guru yang mengajar bahasa mengajar dengan lebih berkesan dan membantu murid terutamanya yang mempelajari bahasa sebagai bahasa kedua.

Jumlah perkataan : 3150 perkataan

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

19

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bibliografi Arbak Othman (1983). Permulaan Ilmu Linguistik: Satu Pengenalan Konsep dan Bidang Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin (1999). Pengajaran Lisan. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan budiman Sdn. Bhd. Modul Bahasa Melayu Pendidikan Rendah BMM 3108 (2010) Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood (2007).Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Serdang, Selangor : Universiti Putra Malaysia Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain (1965). Ilmu Fonetik dengan Latihan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara Raminah hj. Sabran. (1989). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia:Petaling Jaya: Kursus Bahasa Fajar Bakti

MASYITAH BINTI ISMAIL 720831025774

20

Potrebbero piacerti anche