Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KEDUA 2011 SMA DAERAH BATANG PADANG, BIDOR, PERAK BILANGAN

02 / 2011
TARIKH/ HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN : : 25 April 2011 ( Isnin ) : 1.40 petang : Bilik Guru, SMA Daerah Batang Padang 1. Pn. Faridah bt. Shari ( Ketua Panitia ) 2. Cik Thohirah bt. Khaja Kamaluddeen ( Setiausaha ) 3. Pn. Fadzilah bt. Adnan 4. Cik Siti Rohani bt. Muaai 5. Pn. Siti Safura bt. Mohd Salleh 6. Pn. Noorlailati bt. Othman AGENDA : 1. Ucapan Pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali pertama 3. Membincang penggunaan wang BCG 2011 4. Membincang Program Lesson Study

1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan lafaz Bismillillahirahmanirrahim serta diiringi bacaan Surah Al-Fatihah agar mesyuarat lebih diberkati Ilahi. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir bagi membincangkan agenda mesyuarat yang telah ditetapkan. Pengerusi membacakan agenda mesyuarat yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Tindakan : Pn. Faridah bt. Shari 2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama Cik Thohirah bt Khaja Kamaluddeen membentangkan minit mesyuarat kali pertama. Minit mesyuarat kali pertama telah di cadang sah oleh Pn. Noorlailati bt. Othman dan di sokong oleh Pn. Siti Safura bt. Mohd Salleh. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris 3.0 Membincang penggunaan wang BCG 2011 Pengerusi meminta semua AJK mencadangkan penggunaan wang BCG 2011. AJK telah mencadangkan beberapa item yang perlu dibeli bagi meningkatkan kualiti dalam proses P&P. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris 4.0 Membincang Program Lesson Study Pn. Faridah bt. Shari telah membincangkan mengenai Program Lesson Study yang telah diikuti oleh beliau. Program ini adalah bertujuan meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Inggeris dalam proses P&P. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

Penutup Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

..................................... .............................................. ( CIK THOHIRAH BT KHAJA KAMALUDDEEN ) ( PN. FARIDAH BT SHARI ) Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMA Daerah Batang Padang SMA Daerah Batang Padang Bidor, Perak. Bidor, Perak.

Potrebbero piacerti anche