Sei sulla pagina 1di 3

SK PARIS 3 KINABATANGAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 2/2012 TARIKH MASA/HARI TEMPAT PENGERUSI : 31 JULAI 2012 : 12.00-1.

00 T/HARI (SELASA) : BILIK GERAKAN SK. PARIS 3 : EN. NORAZAM AHMAD

AHLI YANG HADIR: 1. EN. NORAZAM AHMAD 2. EN. EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR 3. EN. HILMAN TALIB 4. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN 5. EN. ZUL HAIMY CHE YUNUS 6. EN. FAIZAL ABDULLAH 7. EN. AZIZUL TUMIN GURU BESAR GPK HEM GPK PTG KETUA PANITIA GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG

AGENDA MESYUARAT Ucapan Pengerusi 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Ucapan pengerusi Pengurusan Panitia Laporan aktiviti Laporan prestasi Pengurusan PEKA

LAPORAN MESYUARAT 1.0 1.1 1.2 Perutusan Pengerusi Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat panitia 4 kali setahun rujuk pekeliling. Skor PEKA adalah secara berterusan bermula tahun 3, 4, 5 dan 6. Manakala KSSR bermula tahun 1 dan 2 untuk tahun 2012. 1.3 Perlaksanaan PEKA hendaklah dilaksanakan dengan baik kerana sekolah mempunyai guru yang berpengalaman dan sekolah gred A. PEKA boleh dilaksanakan melalui aktiviti folio, kerja kursus, penggunaan peralatan sains dan evidens hendaklah di simpan dan rekod. 2.0 2.1 Pengurusan panitia En. Mustakim maklumkan bahawa dokumen untuk fail meja ketua panitia telah disediakan dan pengurusan rekod bersama setiausaha panitia iaitu En. Zul Haimy. En. Mustakim akan mewujudkan sistem inventori panitia bagi peralatan dan bahan yang dibeli atau sumbangan pihak luar. 2.3 En. Norazam minta panatia guna duit PCG yang diperuntukkan dan mengira invois/resit pembelian untuk rekod. TINDAKAN : KETUA PANITIA DAN SETIAUSAHA 3.0 3.1 Laporan Aktiviti En. Zul Haimy memberi sedikit laporan berkenaan minggu sains yang telah dilaksanakan. Penjadualan dalam laksanakan aktiviti berjalan lancar dengan murid keluar masuk ikut kelas masing-masing secara terancang. En. Zul Haimy nyatakan kekuatan program ialah murid berminat dengan aktiviti yang disediakan dan membuka minda manakala kelemahan ialah masa terlalu padat dan aktiviti yang sama disediakan untuk tahap 1 dan 2. 3.2 3.3 En. Faizal mencadangkan bahan @ peralatan sains juga dibawa masuk ke dalam kelas. En. Azizul mencadangkan untuk menguruskan pameran ada pendedahan mengikut tahap murid (tinggi, sederhana, rendah). 3.4 En. Norazam mencadangkan untuk minggu sains akan datang adakan kelainan dengan aktiviti cabaran minda, kontraktor cilik dan lebih menyeronokkan. TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

2.2

4.0 4.1

Laporan prestasi En. Mustakim memberi laporan prestasi murid tahun 6 ada 3 orang gagal. Akan dibantu dengan teknik menjawab soalan.

4.2

En. Zul Haimy menyatakan murid tahun 5 lemah dalam bahagian B. Murid tahun 4 agak lemah tetapi ada potensi terutama Huldyah.

4.3

En. Hilman menyatakan bahawa murid tahun 3 ada peningkatan murid cemerlang dan tiada murid yang tidak kuasai 3M.

4.4

En. Faizal menyatakan murid tahun 2 ada kualiti meningkat dan penggunaan soalan gabungan dari Sandakan. Kelas tahun 2 PA lebih baik daripada 2 PG.

4.5

En. Azizul menyatakan kelas 1 PA lebih baik daripada kelas 1 PG. Untuk KSSR perlu kepada mengikut BAND dan membuat evidens. Band 3 hanya dikuasai oleh 1 PA. TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

5.0 5.1

Pengurusan PEKA En. Mustakim memaklumkan bahawa pelaporan PEKA untuk UPSR murid tahun 6 akan dihantar kepada PPD Kinabatangan pada 19 Oktober 2012. TINDAKAN : KETUA PANITIA

Penutup Pengerusi menutup majlis dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 t/hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN Ketua Panita Sains

NORAZAM AHMAD Guru Besar SK Paris

Pencadang

:________________________ Tarikh: ________________

Disokong oleh :________________________

Potrebbero piacerti anche