Sei sulla pagina 1di 162

Asas Promosi Kesihatan

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

2011

Modul

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Kandungan
Kata alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif Mari Kenali MySihat Panduan Menggunakan Modul Kandungan Modul Panduan kepada Fasilitator Panduan Latihan Calon Peserta Latihan Pelan Pembelajaran Contoh Jadual Latihan Modul Asas Promosi Kesihatan i)

Halaman
i ii iv iv iv v v v vi

Unit 1 : Promosi Kesihatan 1.0 Pengenalan 2.0 Rancangan Pembelajaran 3.0 Topik Utama 3.1 Definisi 3.2 Konsep Promosi Kesihatan 3.3 Teori & Model Promosi Kesihatan 3.4 Strategi Promosi Kesihatan 3.5 Elemen-elemen Utama dalam Bidang Promosi Kesihatan Unit 2 : Perancangan Program Bahagian A 1.0 Pengenalan 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Pengenalan kepada Perancangan Program 2.2 Perancangan dan elemen utama dalam perancangan 2.3 Kepentingan Perancangan 2.4 Langkah dan Peringkat Perancangan 2.5 Penyediaan Pelan Program dan Pelan Pelaksanaan 2.6 Penilaian Aktiviti / Program 3.0 Kandungan Topik Unit 2, Bahagian A : Perancangan Program 3.1 Topik 1:Pengenalan kepada Program 3.2 Topik 2:Perancangan & Elemen Utama 3.3 Topik 3:Kepentingan Perancangan
Bersama Untuk Kesihatan

1 1 3 3 3 3 6 10

ii)

1 2 2 3 4 5 6 7 8 8 8 10

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
11 11 14

3.4 Topik 4:Langkah-langkah & Peringkat Perancangan 3.5 Topik 5:Penyediaan Pelan Program & Pelan Pelaksanaan 3.6 Topik 6:Penilaian Aktiviti / Program Bahagian B:Perancangan & Pengurusan Kewangan Geran MySihat 1.0 Pengenalan 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Pengenalan kepada Perancangan Program 3.0 Kandungan Topik Unit 2, Bahagian B:Perancangan & Pengurusan Kewangan Geran 3.1 Perancangan 3.2 Penyediaan Belanjawan Program 3.3 Pelaksanaan Program 3.4 Penyeliaan Prestasi Perbelanjaan 3.5 Penyelarasan Bajet 3.6 Penyemakan 4.0 Pengurusan Geran MySihat 4.1 Tanggung Jawab Pertubuhan 4.2 Tanggung Jawab MySihat 5.0 Kajian Kes Bayaran Geran Secara Berperingkat Lampiran 1 : Kertas Kerja Perancangan Projek Promosi Kesihatan iii) Unit 3 : Komunikasi dalam Promosi Kesihatan 1.0 Pengenalan 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Kepentingan Komunikasi di Kalangan Pertubuhan 2.2 Mengenal Pasti & Mengatasi Halangan Komunikasi 2.3 Kaedah Penyempaian Maklumat 3.0 Kandungan Topik Unit 3:Komunikasi di kalangan Pertubuhan 3.1 Kepentingan Komunikasi dalam Kesihatan di kalangan Pertubuhan 3.2 Mengenalpasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi 3.3 Kaedah Penyampaian Maklumat Unit 4 : Penilaian Program 1.0 Pengenalan 2.0 Rancangan Pembelajaran 2.1 Penilaian Program 3.0 Topik Utama 3.1 Jenis Penilaian 4.0 Format Penilaian 4.1 Penilaian Risiko / Parameter Kesihatan 4.2 Penulisan Objektif Projek Promosi Kesihatan 4.3 Penilaian Formatif

17 18 18 19 19 20 22 23 23 23 24 24 26 27 28

1 2 2 3 4 5 5 8 10

iv)

1 1 1 3 6 6 8 9

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Gambar Rajah o Unit 1 Gambar Rajah 1.1 : Model Kepercayaan Kesihatan Gambar Rajah 2 : 5 Strategi Utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan o Unit 2 Gambar Rajah 2.1 : Konsep Objektif SMART Gambar Rajah 2.2 : Aliran Proses Pengurusan Kewangan Gambar Rajah 2.3 : Perkara-perkara yang Perlu Diteliti oleh Pertubuhan Semasa Menerima Geran MySihat Gambar Rajah 2.4 : Tanggung Jawab MySihat Gambar Rajah 2.5 : Pengurusan Kewangan Pertubuhan yang Berkesan o Unit 3 Gambar Rajah 3.1 : Gambaran Proses Komunikasi o Unit 4 Gambar Rajah 4.1 : Jenis Penilaian Program Gambar Rajah 4.2 : Konsep Objektif SMART Jadual o Unit 1 o Unit 2 o Unit 3

4 7 15 20 24 26 26 8 3 4

Jadual 1 : Huraian Model Kepercayaan Kesihatan Jadual 1.2 : Huraian Model Tahap Perubahan Tingkah Laku Jadual 2.1: Contoh Pelan Pelaksanaan Program Jadual 2.2:Ringkasan Anggaran Perbelanjaan Projek yang Dipohon Jadual 3.1:Halangan halangan Komunikasi di Pelbagai Peringkat & Cara Mengatasinya

4 5 13 21

9 10

o Unit 4 Jadual 4.1:Borang Penilaian Formatif MySihat Slaid Pembentangan o Unit 1 Lampiran 1 : Konsep, Definisi Promosi Kesihatan & Pengamalan Promosi Kesihatan o Unit 2 Lampiran 2 : Perancangan Program Promosi Kesihatan Lampiran 3 : Pengurusan Kewangan yang Berkesan Geran LPKM o Unit 3 Lampiran 1 : Komunikasi NGO o Unit 4 Lampiran 2 : Penilaian Program Rujukan Penghargaan

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Promosi Kesihatan

2011

Kata Alu-Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

Assalamualaikum w.b.t,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan kata-kata aluan di dalam Modul Asas Promosi Kesihatan. Modul ini memberi satu panduan kepada pertubuhan untuk melaksanakan projek promosi kesihatan di kalangan masyarakat. Terdapat empat unit dalam modul ini iaitu Promosi Kesihatan, Perancangan Program, Komunikasi dan Penilaian Program. Saya berharap agar modul ini akan membawa manfaat kepada semua pertubuhan yang menjalankan projek promosi kesihatan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pakar-pakar rujuk yang terlibat dalam penggubalan Modul Asas Promosi Kesihatan kerana menghasilkan kandungan yang perlu diketahui oleh pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti promosi kesihatan. Adalah diharapkan agar modul ini menjadi panduan dan titik tolak dalam merealisasikan impian MySihat untuk memperkasakan pertubuhan melalui proses bina upaya.

DATUK DR. HJ. YAHYA BABA Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat ) 2011

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Mari Kenali MySihat


MySihat (Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia) telah beroperasi pada 1 April 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). Objektif utama MySihat adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Misi & Visi


Misi : Ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif. Visi : Menjadi sebuah pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang promosi kesihatan melalui cara hidup, persekitaran dan masyarakat yang sihat.

Teras Perkhidmatan
Teras perkhidmatan MySihat ialah membina upaya organisasi dalam bidang promosi kesihatan melalui latihan dan pemberian geran atau lain-lain bantuan kewangan bagi membantu program dan aktiviti promosi kesihatan.

Bidang Keutamaan Promosi Kesihatan


Bidang-bidang promosi kesihatan yang diberi keutamaan atau prioriti untuk sesuatu permohonan adalah seperti berikut: Kawalan dan pencegahan penggunaan tembakau dan alkohol. Promosi dan gaya hidup sihat seperti promosi senaman atau aktiviti fizikal dan makan secara sihat. Kesihatan persekitaran Kesihatan mental Pencegahan kanser Pencegahan diabetes Pencegahan penyakit kardiovaskular Pencegahan obesiti (kegemukan)
Bersama Untuk Kesihatan ii

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Kesihatan seksual (termasuk HIV/AIDS) Penyelidikan di bidang promosi kesihatan Promosi kesihatan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan

Bersama Untuk Kesihatan

iii

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Panduan Menggunakan Modul


Modul ini dihasilkan bagi tujuan melatih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagai panduan kepada NGO yang berhasrat untuk melaksanakan program promosi kesihatan. NGO perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti - aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

Kandungan Modul
Modul ini mengandungi 4 unit modul iaitu Promosi Kesihatan, Perancangan Program, Komunikasi dan Penilaian Program. Setiap unit mengandungi Pengenalan, Objektif Pembelajaran, Isi Kandungan, Aktiviti Pembelajaran, Alat Bantu Mengajar dan Penilaian.

Panduan Kepada Fasilitator


1. Fasilitator perlu dilatih berpandukan kepada manual ini. 2. Fasilitator perlu memahami kandungan modul dan boleh melaksanakan aktiviti dalam manual. 3. Fasilitator perlu menghayati proses pengajaran dan pembelajaran yang didapati dalam manual ini. 4. Fasilitator perlu menilai tahap kemampuan dan kebolehan persatuan sebelum dan selepas aktiviti.

Bersama Untuk Kesihatan

iv

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Panduan Latihan
Objektif latihan adalah untuk membina upayakan NGO yang terpilih sebagai fasilitator dalam bidang promosi kesihatan, pencegahan obesiti dan makan secara sihat.

Calon Peserta Latihan


NGO yang terlibat dalam projek promosi kesihatan Mempunyai ciri passion untuk mengajar atau membina upayakan komuniti Mempunyai kemahiran komunikasi Berminat mengadakan projek promosi kesihatan di kalangan komuniti Mempunyai kemahiran untuk membimbing dalam mendampingi masyarakat

Pelan Pembelajaran
Pelan pembelajaran harus disediakan mengikut panduan yang diberikan di dalam modul. Setiap sesi hendaklah didokumentasi mengikut tajuk, objektif, metodologi, peralatan, tempat latihan, tarikh, bajet, penceramah undangan, penilaian pelaksanaan latihan, penilaian keberkesanan latihan (penilaian pre dan post) dan kesimpulan.

Bersama Untuk Kesihatan

Contoh Jadual Latihan

Tempoh

4 hari 3 malam (tertakluk kepada topic modul yang dipilih)

TARIKH

6.30 7.00 pg

7.00 8.00 pg

8.00 9.00 pg

9.00 10.00 pg

10.00 10.30 pg

10.30 pg 12.30 ptg

12.30 2.30 ptg

2.30 4.30 ptg

4.30 5.00 ptg

5.00 6.00 ptg

6.00 6.30 ptg

6.30 8.00 mlm

8.00 9.00 mlm Perasmian Taklimat latihan SESI 1: Pengenalan Promosi Kesihatan

9.00 10.30 mlm SESI 2: Perancangan Program Pengurusan Projek Permohonan geran

10.30 11.00 mlm

14 Julai (Khamis)

Daftar masuk penginapan (Penceramah/ Urus Setia/ Peserta)

Persiapan tempat latihan (Urus Setia MySIHAT)


Makan Malam

Makan Tengah Hari

Sarapan Pagi

Minum Pagi

SENAMAN

16 Julai (Sabtu)

SESI 10: Memilih Makanan Yang Bersih dan Selamat

SESI 11: Pengenalan Kepada Obesiti

SESI 12: Penyebab Obesiti & Implikasi Kesihatan

SESI 13:
Pencegahan Obesiti & Langkah Mengawal Berat Badan

Minum Petang

15 Julai (Jumaat)

SESI 3 (Samb.): Pengurusan kewangan geran

SESI 4: Komunikasi Dalam Promosi Kesihatan

SESI 5: Penilaian Program

SESI 6: Prinsip Asas Makan Secara Sihat (MSS)

Kesan Pengambilan Gula, Garam & Lemak Berlebihan

SENAMAN

SESI 7:

SESI 8:

Penyediaan Hidangan Sihat

SESI 9: Latih Amal

SESI 14:

Latih Amal

SESI 15: Latih Amal Sedia proposal

SESI 16: Sedia proposal

17 Julai (Ahad)

SESI 17: Pembentangan Proposal

Pembentangan Rumusan Majlis Penutup

Daftar keluar

Bersama Untuk Kesihatan

vi

Minum Malam

Modul

Asas Promosi Kesihatan Unit 1: Promosi Kesihatan

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

UNIT 1: PROMOSI KESIHATAN


1.0 Pengenalan

Modul ini adalah panduan kepada pertubuhan yang berhasrat untuk melaksanakan program promosi kesihatan. Pertubuhan perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti - aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan. Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori dan model akademik yang seminimum yang boleh, sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ia harus mudah dan praktikal.

2.0

Rancangan Pembelajaran

2.1 PROMOSI KESIHATAN


2.1.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1. Menerangkan konsep promosi kesihatan 2. Mengenal pasti strategi dalam promosi kesihatan. 3. Menghuraikan kompetensi yang perlu untuk melaksanakan projek promosi kesihatan. 4. Mengenal pasti faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD non communicable disease) dan cara mengatasinya melalui promosi kesihatan.

2.1.2 Kaedah
1. Ceramah/ persembahan slaid 2. Perbincangan kumpulan

2.1.3 Setting
Bercorak dalam darjah/ dewan

2.1.4 Bahan/ Peralatan


Papan tulis/ flip chart Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Perisian pembentangan (contoh powerpoint) Layar putih/ skrin Projektor LCD
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
Penunjuk laser

2.1.5 Jangka Masa


1 jam

2.1.6 Penilaian
Dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:-

Soal jawab/ ujian sebelum dan selepas ceramah (pre & post):
a) b) Apakah yang anda faham mengenai Promosi Kesihatan? Huraikan perbezaan antara Pendidikan Kesihatan dengan Promosi Kesihatan? Nyatakan 5 teras strategi Promosi Kesihatan Piagam Ottawa 1986. Nyatakan kompetensi/ kemahiran yang perlu kepada pertubuhan untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan. Apakah peranan yang kita boleh mainkan dalam program atau aktiviti Promosi Kesihatan? Nyatakan peranan individu dalam aktiviti Promosi Kesihatan. Terangkan peranan Kerajaan dalamprogram Promosi Kesihatan.

c) d)

e)

f) g)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.0 3.1

Topik Utama Definisi

World Health Organization (WHO) mendefinisikan Promosi Kesihatan sebagai: Health promotion is the process of enabling people to increase control over, and to improve their health.; atau Promosi kesihatan merupakan satu proses mengupayakan manusia untuk meningkatkan kawalan seterusnya meningkatkan kesihatan mereka.

3.2

Konsep Promosi Kesihatan

Percel et al. (1981) menyatakan bahawa promosi kesihatan adalah sebagai satu usaha membina pengetahuan berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui penggunaan teori tingkah laku. Ajzen et al. (1980) pula menyatakan dalam teori penyebab tingkah laku bahawa manusia akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan kepercayaan tentang faedah ataupun kos hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Di samping itu, beliau juga membincangkan tentang persepsi individu berkaitan dengan tekanan sosial yang mempengaruhi individu untuk mengubah tingkah lakunya. Simonds (1976) pula menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya daripada tingkah laku sekarang kepada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang bermasalah kepada tingkah laku kesihatan masa depan. Minkler (1989) menyatakan secara ringkas bahawa promosi kesihatan adalah kombinasi pendidikan kesihatan dengan advokasi kesihatan.

3.3

Teori dan Model Promosi Kesihatan

3.3.1 Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model) Model ini diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock sekitar dekad 1950-an yang diasaskan menggunakan pendekatan psikologi. Model ini mengandaikan perubahan tingkah laku kesihatan berdasarkan konsep yang digambarkan seperti Gambar Rajah 1.1:-

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Gambar Rajah 1.1: Model Kepercayaan Kesihatan

Tanggapan Individu

Faktor Pemboleh Ubah


Pemboleh ubah demografi (contoh: umur, jantina, bangsa) Pemboleh ubah sosio psikologi (contoh: tekanan perasaan)

Kemungkinan Untuk Bertindak

Tanggapan faedah daripada tindakan Tanggapan halangan daripada tindakan

Tanggapan kemungkinan mendapat penyakit Tanggapan keterukan penyakit

Tanggapan ancaman

Kemungkinan untuk mengubah tingkah laku

Petunjuk untuk bertindak (contoh: kempen media massa, nasihat doktor atau rakan)

Model ini diubah suai pada tahun 1988 apabila Rosenstock, Strecher dan Becker menambah unsur keyakinan diri (self efficacy). Penambahan ini untuk mengukuhkan tingkah laku yang memerlukan perubahan jangka masa panjang (rujuk Jadual 1.1).

Jadual 1:

Huraian Model Kepercayaan Kesihatan

KONSEP Tanggapan kemungkinan mendapat penyakit (Perceived susceptibility)

DEFINISI Persepsi mudah mendapat penyakit

STRATEGI Terangkan tentang kemungkinan mendapat penyakit dan tahap risiko

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
STRATEGI Terangkan tentang kesan dan keseriusan sesuatu penyakit

KONSEP Tanggapan keterukan penyakit (Perceived severity) Tanggapan faedah (Perceived benefits) Tanggapan halangan (Perceived barriers) Petunjuk untuk tindakan (Cues to action) Keyakinan diri (Self efficacy)

DEFINISI Persepsi tentang tahap keseriusan sesuatu penyakit dan kesannya

Persepsi keberkesanan tindakan yang disyorkan

Jelaskan apakah tindakan, bagaimana, dimana, bila, dan kebaikan yang akan diperolehi Berikan nasihat, insentif, bantuan serta perbetulkan tanggapan yang salah

Persepsi tentang kos material dan psokologi akibat mengamalkan tindakan yang disyorkan Strategi yang mencetuskan kesediaan untuk berubah Keyakinan terhadap keupayaan untuk mengambil tindakan

Berikan maklumat, tingkatkan kesedaran dan wujudkan sistem peringatan Sediakan latihan dan panduan Bantu tetapkan matlamat secara progresif Berikan peringatan secara lisan Demonstrasikan tingkah laku yang diingini Bantu kurangkan kegelisahan

3.3.2 Model Tahap Perubahan Tingkah Laku (Transtheoretical Model) Model diperkenalkan pada 1977 ini oleh Prochaska dan DiClemente, menyatakan bahawa perubahan tingkah laku merupakan satu proses dan bukannya satu peristiwa. Seseorang individu yang cuba mengubah tingkah lakunya akan melalui 5 tahap perubahan seperti dalam Jadual 1.2:-

Jadual 1.2: Huraian Model Tahap Perubahan Tingkah Laku

TAHAP 1

KONSEP Tiada Niat

DEFINISI Tiada hasrat untuk mengambil tindakan (Precontemplation) dalam tempoh 6 bulan akan datang

STRATEGI Tingkatkan kesedaran untuk berubah, berikan maklumat tentang risiko serta faedah yang akan diperolehi
Halaman 5

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
STRATEGI Beri motivasi dengan menggalakkan perancangan spesifik Bantu wujudkan pelan pelaksanaan yang mantap serta tetapkan sasaran secara berperingkat

TAHAP 2

KONSEP Berniat (Contemplation)

Persiapan (Preparation)

Tindakan (Action)

Pengekalan (Maintenance)

DEFINISI Berhasrat untuk mengambil tindakan dalam tempoh 6 bulan akan datang Berhasrat untuk mengambil tindakan dalam tempoh 30 hari akan datang dan telah mengambil beberapa langkah ke arah tingkah laku tersebut Menunjukkan perubahan tingkah laku dalam tempoh kurang daripada 6 bulan Menunjukkan perubahan tingkah laku dalam tempoh lebih daripada 6 bulan

Berikan maklum balas dan sokongan sosial yang berterusan serta bantu selesaikan masalah yang dihadapi Berikan peringatan, cari alternatif serta bantu untuk bertahan (coping) bagi mengelakkan daripada gagal. Kembali kepada tingkah laku asal (relapse)

3.4

Strategi Promosi Kesihatan

Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia, satu strategi Promosi Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam Ottawa Untuk Promosi Kesihatan (Ottawa Charter For Health Promotion). Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu pernyataan visi masyarakat antarabangsa ke arah mencapai hasrat Kesihatan Untuk Semua (Health For All) bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama seperti dalam Gambar Rajah 1.2:-

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Gambar Rajah 2:

5 strategi utama Piagam Ottawa Untuk Promosi Kesihatan

Polisi Awam Sihat

Kemahiran Individu Dibangunkan

5 TERAS PROMOSI KESIHATAN

Persekitaran Yang Menyokong

Tindakan Komuniti

Orientasi Semula Perkhidmatan Kesihatan

3.4.1 Membentuk polisi awam sihat (Building healthy public policy) Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata. Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja. Menyokong pembentukan jawatankuasa menggalakkan polisi makan secara sihat. bertindak setempat dalam

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada pihak berkuasa jika perlu.

3.4.2 Mewujudkan persekitaran yang environments)

menyokong (Creating supportive

Masyarakat kita adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesihatan tidak dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip yang menjadi panduan untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai menggalakkan umat manusia agar saling mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar kita. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran seperti gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan atau kampung. Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan awam seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi. Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan sampingan melalui berkebun sayur di kawasan rumah.

3.4.3 Memperkukuhkan tindakan komuniti (Strengthening community action) Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci kepada proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan pemilikan dan kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya. Pembangunan masyarakat bergantung kepada sumber-sumber manusia dan material di peringkat komuniti untuk meningkatkan bantuan diri dan sokongan sosial. Perkara tersebut penting dalam membangunkan sistem yang fleksibel untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat dalam dan menentukan arah isu-isu kesihatan. Capaian penuh dan berterusan kepada maklumat, peluang pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan dari segi kewangan menjadi prasyarat dalam konteks ini. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam membuat pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam aktiviti tidak sihat seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah di peringkat komuniti yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil. Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam merancang dan menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan warga emas yang memerlukan. Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan perhatian kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang, pengurusan sampah sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.

3.4.4 Membangunkan kemahiran individu (Developing personal skills) Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup setiap individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk melakukan lebih kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di samping membuat pilihan yang sesuai kepada kesihatan. Mengupayakan individu untuk belajar sepanjang tempoh hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan perubahan di setiap peringkat usia serta untuk menangani penyakit kronik dan kecederaan adalah sangat penting. Ini perlu dilakukan sama ada di sekolah, rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti. Tindakan perlu dilakukan melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan sukarela, serta di peringkat dalaman institusi itu sendiri. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk menghadiri aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran kesihatan awam mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran individu yang berkaitan. Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan Panduan Diet Malaysia serta melatih mereka untuk memantau pengambilan makanan agar sesuai dengan proses tumbesaran kanak-kanak. Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya untuk mendidik masyarakat untuk membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.4.5 Menyusun semula perkhidmatan kesihatan (Reorienting health services) Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, profesional kesihatan, institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja bersama-sama ke arah sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan. Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin ke arah bidang Promosi Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang menyediakan perkhidmatan klinikal dan rawatan. Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan individu dan masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor kesihatan dan komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini menuntut perkhidmatan kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati keperluan budaya. Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan juga memerlukan perhatian yang lebih penyelidikan kesihatan serta perubahan dalam pendidikan profesional dan latihan. Perkara ini harus membawa kepada perubahan sikap dan organisasi perkhidmatan kesihatan yang kembali menumpukan kepada keperluan menyeluruh dari segi individu dan sebagai manusia seadanya. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan dan bekerjasama dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan intervensi secara rawatan. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar masyarakat mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang sihat seperti menjauhi tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan secara sihat, menangani stres dan lain-lain.

3.5 Elemen-elemen utama dalam bidang Promosi Kesihatan


3.5.1 Merancang, melaksanakan dan menilai program Topik-topik perbincangan mengenai perkara ini meliputi:(i) (ii) (iii) Pengenalan kepada program Perancangan dan elemen utama dalam perancangan Kepentingan perancangan
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 10

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(iv) (v) (vi)

Langkah-langkah dan peringkat perancangan Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan Penilaian aktiviti/program

Pertubuhan disarankan untuk turut merujuk Modul Asas Unit 2: Perancangan Program untuk mendapatkan penerangan lanjut.

3.5.2 Membangunkan kerjasama antara agensi Bidang promosi kesihatan menekankan aspek perkongsian (partnership) dengan pelbagai institusi atau organisasi sama ada dari sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan lain-lain, ke arah mencapai matlamat perubahan positif tingkah laku kesihatan menggunakan strategi 5 teras promosi kesihatan. Pertubuhan yang berhasrat melaksanakan program promosi kesihatan perlulah: (i) Mengenal pasti rakan kongsi untuk melaksanakan program. (ii) Mewujudkan dan memperkukuhkan kerjasama dengan mana-mana agensi yang berkaitan. 3.5.3 Kemahiran komunikasi dan penulisan Pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi adalah amat penting dalam menyampaikan mesej kesihatan dengan lebih berkesan. Interaksi secara dua hala dalam pelaksanaan program promosi kesihatan akan mewujudkan keadaan yang kondusif antara pengendali program dengan kumpulan sasaran untuk saling bertukar-tukar idea dan pandangan mereka. Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan dalam penyampaian mesej promosi kesihatan. Kemahiran penulisan menjadi elemen penting dalam pelaksanaan dari merangka kertas cadangan hinggalah kepada penyediaan laporan sama ada dari segi melibatkan kemajuan projek ataupun mengemukakan pencapaian pada akhir program. Idea dan input yang dikongsikan melalui penulisan menjadi wadah yang sangat berharga dalam proses membina keupayaan pertubuhan itu sendiri serta membantu pelbagai pihak yang menilai keberkesanan program tersebut. Secara ringkasnya dua elemen utama yang dapat membantu pertubuhan dalam pelaksanaan program promosi kesihatan merupakan: (i) Menulis kertas cadangan dan menyediakan laporan / pemantauan/ penilaian program. (ii) Kemahiran perundingan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.5.4 Kemahiran teknologi Penguasaan dan kemahiran mengaplikasikan teknologi akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak dalam melaksanakan program. Kemahiran penggunaan teknologi juga akan membantu menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, kecekapan komunikasi, menjimatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber-sumber fizikal. Sebagai contohnya kemajuan dalam bidang ICT dapat meningkatkan interaksi antara penganjur program dengan peserta melalui e-mail; di samping mengurangkan kos penyediaan bahan-bahan bercetak kepada peserta. Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace adalah antara platform interaksi secara maya yang menjadi wadah komunikasi, penyampaian berita dan maklumat serta pertukaran pandangan di ruang maya. Penguasaan ruang maya melalui media baru membuka ruang untuk menyampaikan mesej kesihatan menerusi konsep pemasaran sosial. Maka, tidak dapat dinafikan kompetensi dan literasi dalam menguasai sesuatu teknologi khususnya ICT amat penting dalam melaksanakan program termasuklah program promosi kesihatan. 3.5.5 Kemahiran pengetahuan dan literasi kesihatan Penganjur program atau pertubuhan perlu arif dengan keperluan pelaksanaan program dan isu-isu yang berkaitan dengan program berkenaan. Kemampuan dan kemahiran mereka dalam menguasai kedua-dua perkara di atas akan diuji apabila program dilaksanakan kepada kumpulan sasar. Oleh yang demikian, tiada istilah program tangkap muat atau melepaskan batuk di tangga yang patut wujud dalam diari seorang aktivis masyarakat. Penganjur program perlu memahami isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat setempat atau yang menjadi fokus Kerajaan sebelum melaksanakan program kepada masyarakat. Program yang menepati keperluan, mencapai objektif dan dilaksanakan dengan teratur dapat membantu usaha Kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Malah, lebih baik lagi jika program dapat diteruskan agar kesinambungan dari segi penglibatan kumpulan sasaran seterusnya menjadi amalan ke arah cara hidup secara berterusan. 3.5.6 Membina keupayaan komuniti Objektif utama LPKM merupakan untuk membina keupayaan pertubuhan dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai bidang promosi kesihatan. Keupayaan yang dibangunkan ini akan menjadi bekalan kepada pertubuhan tersebut sebagai agen untuk mewujudkan perubahan tingkah laku dalam masyarakat melalui pelaksanaan program yang memberi faedah kepada kesejahteraan mereka. Pelbagai langkah boleh diambil sebagai inisiatif menjayakan perkara ini, termasuklah dengan mengadakan latihan kepada masyarakat terutamanya mendekati pemimpin komuniti seperti ketua kampung, ketua sesuatu jabatan, ibu bapa, guru dan
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 12

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

pemimpin NGO yang menjadi opinion leader untuk kumpulan masing-masing. Usaha mendapatkan sumber bantuan kewangan dalam melaksanakan program juga dapat membantu dalam membina keupayaan dan keyakinan komuniti dalam menjayakan program demi faedah mereka. Ini juga akan meningkatkan rasa pemilikan (belonging/ ownership) komuniti berkenaan ke atas program yang dilaksanakan. Pertubuhan juga dapat meningkatkan keupayaan mereka dan komuniti dengan melibatkan rakan kongsi dalam pelaksanaan program. Penglibatan rakan kongsi yang mempunyai kemampuan dan sumber yang dapat membantu kejayaan akan memberi manfaat kepada masyarakat. Masyarakat akan mendapat faedah seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan penggunaan sumber secara bersama yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kerugian akibat pembaziran sumber. Peningkatan keupayaan diri juga perlu diberi perhatian agar pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menjadi amalan dalam memastikan hidup yang sihat dan sejahtera.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 13

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Pra Uji
Apakah yang anda faham tentang Promosi Kesihatan?

Konsep, Definisi Promosi Kesihatan & Pengamalan Promosi Kesihatan


S Thavaraj S Subramaniam LPKM

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Pra Uji
Apakah perbezaan di antara Pendidikan Kesihatan dan Promosi Kesihatan?

Pra Uji
Strategi Promosi Kesihatan Ottawa menyebut 5 teras. Apakah lima teras ini?

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Pra Uji
Apakah kompetensi/kemahiran yang harus ada pada seseorang untuk melakukan aktiviti Promosi Kesihatan misalnya mengawal berat badan komuniti?

Pra Uji
Apakah peranan Belia dalam promosi kesihatan misalnya mengekalkan berat badan?

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Prauji
Apakah Kerajaan boleh buat untuk membenteras obesiti?

Pra Uji
Apakah seseorang individu boleh lakukan untuk mempromosi kesihatan misalnya mengawal berat badan?

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Masalah Kesihatan Yang Kita Hadapi


Penyakit Berjangkit Penyakit Tidak Berjangkit (Kronik)

Penyakit Berjangkit
Bawaan oleh pencemaran air Bawaan pencemaran udara Bawaan oleh pencemaran makanan Bawaan vektor Penyakit kelamin Penyakit yang di cegah oleh imunisasi Penyakit zoonotik atau eksotik (exotic) Penyakit baru (emerging)
Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Penyakit Tidak Berjangkit


Penyakit Jantung Kanser Diabetes Darah Tinggi Angin akhmar (stroke) Asma

Bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah kesihatan


Program Kesihatan Kementerian Kesihatan Program Agensi Kerajaan Program PBT Program Estet Program Swasta Badan Bukan Kerajaan (NGO)-Peranan Anda Klab Sukan, fitness club etc

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Badan Bukan Kerajaan
Saringan Perubatan Kaunseling dan nasihat Sukanika, jogathon, marathon, jom sikal Yoga Tai Chi Silat Karnival Kebanyakan program tidak teratur: One off

Program Kesihatan Kerajaan


Kesihatan Keluarga: Imunisasi, Makan Sihat etc. Kebersihan Makanan Kawalan Penyakit Berjangkit , Tidak Berjangkit Pendidikan dan Promosi Kesihatan Cara Kerja Program ini semua teratur jangka masa pendek dan panjang seperti 2020
Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

MemMemelihara Kesihatan Diri 7 langkah ke arah Usia Panjang


PendPendidikan Kesihatan
Lebih berfokus kepada didikan individu dan masyarakat ke arah perubahan tingkahlaku dan sikap dan peningkatan pengetahuan serta kesedaran. Dengan Pendidikan Kesihatan kita harap dapat perubahan tingkahlaku ke arah cara hidup yang sihat supaya seseorang dapat hidup tanpa penyakit tidak berjangkit (kronik) seperti Diabetis, Darah Tinggi, Jantung, Kanser dll.

1 Tidur 7 hingga lapan jam 2 Sarapan Pagi 3 Tanpa Alkohol 4 Tanpa Merokok 5 Senaman 6 Menangani Stres 7 Mengawal Berat Badan dan Makanan Sihat

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Pendidikan Kesihatan Kesihatan


Didapati dengan Pendidikan Kesihatan sahaja perubahan tingkahlaku tidak mudah di capai Mengapa?

PendPendidikan Kesihatan
Kita memerlukan sokongan sekitar sosial individu dan masyarakat Ke arah ini pakar pakar Promosi Kesihatan telah memutuskan di Ottawa pada tahun 1986 supaya beberapa strategi selain dari pada Pendidkan Kesihatan di gunakan untuk perubahan tingkahlaku walaupun initiatif ini bukan sesuatu yang baru. Kebanyakan strategi ini telah pun di guna oleh pakar pendidikan kesihatan seperti Kelman (Pendidkan dan Undang undang ke arah perubahan tingkahlaku)

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Apa kah Promosi Kesihatan
Promosi Kesihatan mengambil kira kaedah yang lebih keseluruhannya/komprehensive untuk mengurangkan faktor risiko dengan perubahan tingkahlaku supaya dapat mencegah Obesiti, Diabetes, Kanser, Sakit Jantung, Darah Tinggi, Angin akhmar dll.

P Promosi Kesihatan
Kerana ke arah perubahan tingkahlaku seseorang itu di pengaruhi oleh: Keluarga Sekolah dan pelajar Tempat kerja dan pekerja Media elektronik, cetak dan kini sosial Polisi organisasi dan Kerjaan Alam sekitar sosial seseorang itu Alam sekitar fizikal Corak Perkhidmatan Kesihatan
Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Strategi Promosi Kesihatan


Definisi
World Health Organization (WHO) mendefinisikan Promosi Kesihatan sebagai: Health promotion is the process of enabling people to increase control over, and to improve their health.; atau Promosi kesihatan merupakan satu proses mengupayakan manusia untuk meningkatkan kawalan seterusnya meningkatkan kesihatan mereka.

Strategi Promosi Kesihatan


Strategi Strategi Promosi Kesihatan yang disarankan salam Ottawa Charter mempunyai lima (5) piagam iaitu:
i) ii) iii) iv) v) Pembentukan polisi kesihatan awam (Building healthy public policy) Mewujudkan persekitaran sokongan (Creating supportive environments) Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan (Reorienting health servis) Memperkukuhkan tindakan komuniti (Strengthening community action). Membangunkan kemahiran individu (Developing personel skills). (Ottawa Charter, 1986)

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Promosi Kesihatan
Yang kita lakukan di sini Port Dickson adalah?
i) ii) iii) iv) v) Pembentukan polisi kesihatan awam (Building healthy public policy) Mewujudkan persekitaran sokongan (Creating supportive environments) Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan (Reorienting health servis) Memperkukuhkan tindakan komuniti (Strengthening community action). Membangunkan kemahiran individu (Developing personel skills). (Ottawa Charter, 1986)

Bagaimana dengan Strategi yang lain


Memerlukan kerjasama atau sokongan organisasi Memerlukan kerjasama dan sokongan masyarakat

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Teori Promosi Kesihatan
Huraian Model Kepercayaan Kesihatan
KONSEP DEFINISI Persepsi mudah mendapat penyakit

Teori Promosi Kesihatan


Model Kepercayaan Kesihatan
Tanggapan Individu Faktor Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah demografi (contoh: umur, jantina, bangsa) Pemboleh ubah sosio psikologi (contoh: tekanan perasaan)

STRATEGI
Terangkan tentang kemungkinan mendapat penyakit dan tahap risiko

Kemungkinan Untuk Bertindak

Tanggapan faedah daripada tindakan Tanggapan halangan daripada tindakan

Tanggapan kemungkinan mendapat penyakit (Perceived susceptibility) Tanggapan keterukan penyakit (Perceived severity) Tanggapan faedah (Perceived benefits)

Persepsi tentang tahap keseriusan sesuatu penyakit dan kesannya Persepsi keberkesanan tindakan yang disyorkan Persepsi tentang kos material dan psokologi akibat mengamalkan tindakan yang disyorkan Strategi yang mencetuskan kesediaan untuk berubah Keyakinan terhadap keupayaan untuk mengambil tindakan

Terangkan tentang kesan dan keseriusan sesuatu penyakit

Tanggapan kemungkinan mendapat penyakit Tanggapan keterukan penyakit

Jelaskan apakah tindakan, bagaimana, dimana, bila, dan kebaikan yang akan diperolehi Berikan nasihat, insentif, bantuan serta perbetulkan tanggapan yang salah

Tanggapan ancaman

Kemungkinan untuk mengubah tingkah laku

Tanggapan halangan (Perceived barriers)

Petunjuk untuk tindakan (Cues to action)


Petunjuk untuk bertindak (contoh: kempen media massa, nasihat doktor atau rakan)

Berikan maklumat, tingkatkan kesedaran dan wujudkan sistem peringatan Sediakan latihan dan panduan Bantu tetapkan matlamat secara progresif Berikan peringatan secara lisan Demonstrasikan tingkah laku yang diingini Bantu kurangkan kegelisahan

Keyakinan diri (Self efficacy)

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Teori Promosi Kesihatan


Model Tahap Perubahan Tingkah Laku
TAHAP 1 KONSEP Tiada Niat (Precontemplation) Berniat (Contemplation) Persiapan (Preparation) DEFINISI Tiada hasrat untuk mengambil tindakan dalam tempoh 6 bulan akan datang Berhasrat untuk mengambil tindakan dalam tempoh 6 bulan akan datang Berhasrat untuk mengambil tindakan dalam tempoh 30 hari akan datang dan telah mengambil beberapa langkah ke arah tingkah laku tersebut Menunjukkan perubahan tingkah laku dalam tempoh kurang daripada 6 bulan Menunjukkan perubahan tingkah laku dalam tempoh lebih daripada 6 bulan STRATEGI Tingkatkan kesedaran untuk berubah, berikan maklumat tentang risiko serta faedah yang akan diperolehi Beri motivasi dengan menggalakkan perancangan spesifik Bantu wujudkan pelan pelaksanaan yang mantap serta tetapkan sasaran secara berperingkat

Apakah kemahiran yang anda diperlu oleh anda untuk promosi kesihatan
1 Merancang, Melaksanakan dan Menilai Program 2 Membangunkan kerjasama antara agensi 3 Komunikasi dan penulisan 4 Penggunaan teknologi 5 Pengetahuan dan Literasi Kesihatan 6 Membina keupayaan masyarakat Semua kompetensi atau kemahiran ini perlu untuk membina upaya diri dan memperkasakan masyarakat kita.
Bersama Untuk Kesihatan

Tindakan (Action) Pengekalan (Maintenance)

Berikan maklum balas dan sokongan sosial yang berterusan serta bantu selesaikan masalah yang dihadapi Berikan peringatan, cari alternatif serta bantu untuk bertahan (coping) bagi mengelakkan daripada gagal. Kembali kepada tingkah laku asal (relapse)

Bersama Untuk Kesihatan

Kaedah Promosi Kesihatan


Media Massa Pemasaran Sosial Pengerakan Komuniti: Peranan NGO Pendidikan Kesihatan Interaksi Pembekal-Pelanggan Komunikasi Polisi
Sumber:Robert Hornik and Emile McAnany, Mass Media and Fertility Change, in Diffusion Processess and Fertility Transition: Selected Perspective, ed. John Casterline (Washington, DC: National Academies Press, 2001): 208-239
Bersama Untuk Kesihatan

Definisi Kesihatan: WHO


"Kesihatan adalah keadaan yang utuh secara fizikal, psikologi, dan sosial kesejahteraan dan tidak sekadar tiadanya penyakit atau kelemahan. (World Health
Organization, 1948)

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Laporan WHO
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan:

Masalah NCD
Di Dunia.

Di semua negara membangun, Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskulor, kanser, diabetes, dan penyakit paru-paru yang kronik merupakan penyumbang utama kepada kematian awal . Memerangi NCD merupakan salah satu cabaran utama pembangunan pada abad ke-21

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

NCD Pembunuh Terbesar Dunia


60% daripada kematian tahunan dunia (dalam 35 juta) adalah berpunca dari NCD. Kira-kira 25% kematian adalah kematian awal dan boleh dicegah

NCD Pembunuh Terbesar Dunia


Adakah anda ketahui? Secara global: 17 juta orang mati berpunca dari penyakit kardiovaskular dalam tahun 2005 (30% dari kematian global) 7.4 juta orang mati berpunca dari kanser pada tahun 2004 (13% dari kematian global) 220 juta orang seluruh dunia menghidapi diabetes,pada 2005, 1.1 juta mati disebabkan diabetes 4 juta orang mati berpunca dari Penyakit Paru-Paru Kronik setiap tahun
Bersama Untuk Kesihatan

Kira-kira 25% kematian adalah kematian awal dan boleh dicegah

Sumber: WHO: Preventing Chronic Disease: a Vital Investment: WHO global report 2005 Bersama Untuk Kesihatan

Ucapan KPK, 11/7/2011 (baru)


One in three patients dies of NCD before reaching 60 PUTRAJAYA: One in three hospital patients dies before reaching 60 from non-communicable diseases (NCD), Health director-general Datuk Dr Hassan Abdul Rahman said. The NCD could be cancer, hypertension or diabetes, he said, adding that the deaths was largely caused by an unhealthy lifestyle and lack of disease management. He said the average lifespan was 70 years for men and 80 for women. Speaking after launching the 2011 Active Mind and Body Programme: Maintain Active Mind and Body with 10,000 Steps on Saturday, Dr Hassan said the NCD rate was high despite various campaigns on healthy lifestyles such as exercising and adopting better eating habits. A Health Ministry study between 1996 and 2006 showed an increase in NCD incidences over 10 years, with obesity leading by an increase of almost 220%. Diabetes was up by 80% and hypertension 44%. Dr Hassan said those with NCD suffered throughout their life as they were burdened with medical fees. They also faced a disruption to their family life, he added. One preventive measure was brisk walking, as many as 10,000 steps a day, during work or recreation, done according to an individuals capacity. The 10,000 Steps campaign by Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai is supported by nongovernmental organisations and private sector companies which frequently organised events since its launch in June 2009. Bernama Isnin Julai 11 2011
Bersama Untuk Kesihatan

Situasi Di Malaysia
Malaysian Health Promotion Board

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Faktor Risiko
Mengapa keadaan ini berlaku? Pembangunan ekonomi Kita jadi kurang aktif Kita makan makanan yang kurang sihat Kita juga menghadapi stress Alam sekitar yang Obesonic Semua ini adalah kerana cara hidup kita yang telah berubah .
Bersama Untuk Kesihatan

Faktor Risiko Rakyat Malaysia


70% pesakit luar adalah kes NCD 20% pesakit dalam adalah kes NCD 60% rakyat Malaysia gemuk (obese) peningkatan 200% dari tahun 1996 ke 2006 Diabetes telah meningkat 80% dari tahun 1996 ke 2006 Darah Tinggi telah meningkat 40% pada masa yang sama

Bersama Untuk Kesihatan

Faktor Risiko
Yang main peranan penting adalah KKM dan beberapa NGO Kolaborasi di antara agensi kurang baik ke arah mengurangkan risiko Polisi dan peraturan untuk mewujudkan alam sosial dan fizikal yang sihat pun kurang baik Kita hidup dalam suasana yang mempromosi kegemukan

Tindakan Berisiko Mengakibatkan Penyakit

Malaysian Health Promotion Board

Bersama Untuk Kesihatan

Prevalensi NCD Terpilih dan Faktor Risiko NCD di Malaysia Jadual 1: Prevalensi Faktor Risiko NCD Terpilih Di Malaysia (1996-2006)

Indeks Massa Tubuh (IMT)


Apakah IMT
IMT
Indeks yang dikira dari dan tinggi berat seseorang. IMT memberikan penunjuk yang boleh dipercayai tentang kegemukan tubuh untuk kebanyakan orang dan digunakan untuk paparan kategori berat yang boleh mengakibatkan masalah jantung

Kumpulan Umur Merokok Fizikal Tidak Aktif Lebihan Berat


(BMI25 kg/m & 3okg/m

18 Tahun

18 Tahun

18 Tahun

Berat Tinggi Tinggi

Obesiti
Hypercholesterolaemia

Julat Sihat untuk IMT adalah 18.5 dan kurang dari 25


Jika BMI anda
Anda Kurang Berat Berat Sihat Terlebih Berat Obesiti Contoh: Jika berat anda ialah 65KG dan tinggi anda ialah 155cm IMT= 65kg / [1.55m x 1.5 m] BMI= 27.1 >> Anda Terlebih Berat
Kurang dari 18.5 18.5 Kurang 25 25 Kurang 30 30 atau lebih

Prevalensi fizikal tidak aktif : 43.7%; atau seramai 5.5 juta rakyat Malaysia *Data sebelum ini tidak boleh dibandingkan secara terus kerana terdapat perbezaan didalam method digunakan semasa survey

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Prevalensi NCD Terpilih dan Faktor Risiko NCD di Malaysia
Jadual 1: Prevalensi Faktor Risiko NCD Terpilih Di Malaysia (1996-2006)

Prevalensi NCD Terpilih dan Faktor Risiko NCD di Malaysia Jadual 1: Prevalensi Faktor Risiko NCD Terpilih Di Malaysia (1996-2006)

Kumpulan Umur Merokok Fizikal Tidak Aktif Lebihan Berat


(BMI25 kg/m & 3okg/m

18 Tahun

18 Tahun

18 Tahun

Kumpulan Umur Merokok Fizikal Tidak Aktif Lebihan Berat


(BMI25 kg/m & 3okg/m

18 Tahun

18 Tahun

18 Tahun

Obesiti
Hypercholesterolaemia

Obesiti Hypercholesterolaemia

Terdapat kecenderungan peningkatan kelebihan berat badan antara Malaysia dari 1996-2006

Diantara pelbagai kaum, kaum India merupakan prevalensi yang paling tinggi bagi lebihan berat diikuti oleh Melayu dan Cina
Bersama Untuk Kesihatan

2006, prevalensi obesiti dikalangan dewasa 18 tahun dan ke atas: 14.0% atau 1.7 juta rakyat Malaysia. Peningkatan relatif sebanyak lebih 200% berbanding 10 tahun sebelumnya (NHMSII (1996), 4.4%)

Bersama Untuk Kesihatan

Keputusan NHMSIII
Keputusan menunjukkan:

Prevalensi Diabetes di Malaysia (1986 2006)


Jadual 2: Prevalensi Diabetes di Malaysia (1986 2006)

Wanita mempunyai prevalensi obesiti tertinggi (17.4%) berbanding lelaki (10.0%) India dan Melayu mencatatkan prevalensi obesiti tertinggi berbanding kaum yang lain Surirumah mencatatkan prevalensi obesiti tertinggi sebanyak 20.3% Prevalensi obesiti perut (ukur lilit pinggang, wanita > 88cm, dan lelaki > 102cm) adalah 17.4% dengan diungguli oleh wanita setinggi 26.0% daripada lelaki 7.3%

Kumpulan Umur
Prevalensi Telah Dikenalpasti Baru Dikenalpasti glukosa toleransi * / glukosa puasa terganggu **

35Tahun

30 Tahun

18 Tahun

30 Tahun

Prevalensi diabetes dikalangan dewasa 30 tahun dan ke atas: 14.9% atau 1.4 juta rakyat Malaysia. Peningkatan relatif sebanyak lebih 80% berbanding 10 tahun sebelumnya (NHMSII ,8.3%)

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Prevalensi Darah Tinggi di Malaysia (1986 2006)


Jadual 3: Prevalensi Darah Tinggi di Malaysia (1986 2006)

NCD in Malaysia
Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan menangani maslah ini, prevalensi NCD dan NCD faktor risiko tetap meningkat Baru-baru ini, 70% jumlah pesakit di Klinik Kesihatan Kementerian adalah pesakit NCD 20% pesakit diwad hospital kerajaan adalah berkaitan dengan NCD

Kumpulan Umur
Definisi Darah Tinggi (mmHg) Prevalensi

25Tahun 18Tahun 30Tahun

18 Tahun

30 Tahun

Prevalensi Darah Tinggi dikalangan dewasa 30 tahun dan ke atas: 42.6% . Peningkatan relatif sebanyak lebih 30% berbanding 10 tahun sebelumnya (NHMSII ,32.9%): atau 4.8 juta rakyat Malaysia (30 tahun)

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

NCD in Malaysia (samb.)


Penyakit jantung dan strok tergolong didalam lima teratas punca kematian di hospital kerajaan Penyakit jantung dan strok juga merupakan punca kematian awal (dibawah 60 Tahun) di Malaysia Malaysia kini ditangga 6 teratas di kalangan Negara Asia dengan kadar obesiti tertinggi.

NCD Punca kepada


1.Masalah Keluarga dan Kewangan 2.Kemerosotan Kualiti Kehidupan 3.Kurang Produktiviti 4.Meningkatkan Beban Kepada Negara

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

NCD Boleh Dicegah


Lebih 80% penyakit jantung, strok, dan dua jenis diabetes serta lebih satu pertiga kanser boleh dicegah melalui menghilangkan perkongsian faktor risiko, terutamanya penggunaan tembakau, diet tidak sihat, fizikal tidak aktif dan penyalahgunaan alkohol

tApakah yang kita boleh buat untuk membaiki keadaan ini


Memperkukuhkan program yang sedia ada Wujudkan program baru Memperkasakan individu dan masyarakat supaya mereka lebih bertanggung jawab ke arah menjaga kesihatan mereka Penglibatan aktif NGO, Persatuan profesional dan persatuan masyarakat adalah penting Individu juga harus memilih cara hidup yang sihat

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

NCD Boleh Dicegah


NCD sebahagian besar dicegah dengan cara campur tangan yang berkesan yang menangani bersama faktor risiko yang boleh diubahsuai
Punca Faktor Risiko

Rokok
Masalah Jantung & Strok Diabetes
NCD

Diet Tidak Sihat

Fizikal Tidak Aktif

Alko Hol

Mengurangkan Prevalensi NCD adalah perhatian utama Kementerian Kesihatan Malaysia

Kanser Masalah Peparu


Bersama Untuk Kesihatan Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1
Objektif NSP-NCD
i. ii. Mencegah atau menunda timbulnya penyakit kardiovaskular (CVD) dan diabetes dan komplikasi yang berkaitan Pembaikan pengurusan pesakit dengan CVD dan diabetes, sehingga meningkatkan kualiti hidup masyarakat, yang mengarah ke lebih lama dan lebih produktif dalam kehidupan Meningkatkan keutamaan kepada diabetes dan obesiti dalam pekerjaan pembangunan di peringkat global dan kebangsaan, dan untuk mengintegrasikan pencegahan dan penyakit seperti controlof ke dalam dasar di semua jabatan kerajaan Membina dan menguatkan dasar kebangsaan dan rancangan untuk pencegahan dan kawalan diabetes dan obesiti Mempromosikan campur tangan untuk mengurangkan faktor risiko utama bersama diubahsuai untuk NCD: Penggunaan tembakau, diet tidak sihat dan fizikal tidak aktif Mempromosikan kerjasama untuk pencegahan dan kawalan diabetes dan obesiti
Bersama Untuk Kesihatan

Pelan Strategik Kebangsaan Untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD)

iii.

iv. v.

vi.
Bersama Untuk Kesihatan

NSP-NCD Mengandungi 7 Strategi Utama


Pencegahan dan Promosi Pengurusan Klinikal Meningkatkan Pematuhan Pesakit Bertindak bersama NGOs, Badan Professional dan lain-lain v. Memantau, penyelidikan dan pengawasan vi. Membina kapasiti vii. Campur tangan polisi dan peraturan i. ii. iii. iv.

Contoh Campur Tangan Polisi Dan Peraturan

Menaikkan Harga Rokok Melarang Paket 14 Batang Rokok 21 kawasan larangan merokok Amaran Kesihatan Bergambar Pada Kotak Rokok
Termasuk hospital, lapangan terbang, lift awam, tandas, restoran berhawa dingin, kenderaan awam, premis kerajaan, institusi pendidikan, stesen minyak, caf berinternet, pusat membeli belah dan pejabat swasta berhawa dingin

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Contoh Inisiatif Perancangan & Berterusan (Campur Tangan Polisi dan Peraturan)
Masukkan nutirsi dan kenyataan dasar kegiatan fizikal dan program dalam rancangan pembangunan dari semua jabatan dan badan-badan berkaitan Terus mengatur dan mengurangkan kadar garam dan gula dalam semua makanan olahan dan minuman Meningkatkan penyediaan kemudahan di komuniti untuk mempromosikan aktiviti fizikal dan sukan dalam persekitaran yang selamat, misalnya taman umum, kompleks sukan awam, pusat jogging dan berbasikal, dan gimnasium awam Perluasan sistem pengangkutan awam yang cekap di seluruh malaysia untuk mempromosikan penggunaan pengangkutan awam yang akan mendorong aktiviti fizikal Peluasan pemeriksaan kesihatan rutin, wajib untuk semua pekerja 40 tahun dan ke atas
Bersama Untuk Kesihatan

Contoh Pencegahan & Promosi Melalui Aktiviti Komunikasi


Campur Tangan di Komuniti, Pejabat dan Sekolah Dalam 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan 55 Projek Campur Tangan NCD (sebagai Projek Demonstrasi) seluruh Malaysia: i. 35 Projek Komuniti, 158 0leh NGO ii. 11 projek di sekolah iii. 9 projek di pejabat

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 10

Modul Asas Program Promosi Kesihatan


NCD ialah Masalah Utama Kesihatan
Punca kurang dihargai

2011
LAMPIRAN 1

Kemiskinan Kesan negatif kepada pembangunan ekonomi

NCD boleh dicegah, melalui kebangsaan, pendekatan pelbagai sektor, dan perubahan persekitran kehidupan melalui undang-undang, peraturan-peraturan (termasuk cukai & subsidi) dan polisi yang khusus.

Kami Memerlukan Penyertaan Lebih Besar Dari Semua Sektor Untuk Melawan NCD

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Pendekatan All-of-Society
Bertindak Sebelum Terlambat
Ia memerlukan Pendekatan All-of-Society, bukan hanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Untuk kesejahteraan diri sendiri, keluarga anda, rakyat kita dan bangsa kita, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyeru kepada setiap individu untuk bekerjasama bertindak melawan NCD

Kerajaan (KKM & Kementerian Lain) + Pihak Berkuasa Tempatan + Media + Badan Professional + Pihak Swata + Komuniti + NGO + Semua Individu
Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Beberapa Tindakan (Media Memiliki Peranan Penting)


1. 2. 3. 4. 5. 6. Mempromosikan kesedaran yang lebih meluas antara rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat Mempromosikan dan menerbitkan penglibatan masyarakat dan orang ramai dalam penyertaan kegiatan-kegiatan gaya hidup sihat Kesihatan adalah kekayaan! Menjaga kesihatan anda sendiri dan kesihatan ahli keluarga anda Mewujudkan Pusat Maklumat Kesihatan untuk memberikan pengetahuan dan untuk memperkasakan rakyat untuk menjaga kesihatan mereka sendiri Menggalakkan majikan untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan pekerja mereka Menjadikan "Hidup Sihat" sebagai trend gaya hidup, untuk menghasilkan penyebaran secara meluas kehendak sosial dan permintaan yang berterusan

Bersama Untuk Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

Modul

Asas Promosi Kesihatan Unit 2: Perancangan Program

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

UNIT 2: PERANCANGAN PROGRAM BAHAGIAN A: PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM


1.0 Pengenalan

Modul ini adalah panduan untuk merancang, melaksana dan menilai aktiviti - aktiviti promosi kesihatan. Latihan ini haruslah mengambil kira realiti setempat dari segi latar belakang kumpulan sasar, kemudahan yang sedia ada, sumber yang ada dan boleh digunakan, kemampuan dan keupayaan fasilitator, masa yang diperuntukkan dan sokongan yang diperoleh. Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori dan model akademik yang seminimum yang boleh, sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ia harus mudah dan praktikal. Unit ini dibahagikan 2 bahagian yang mengandungi 7 topik utama dan kesemua topik tersebut boleh dikendalikan dalam Rancangan Pembelajaran seperti berikut: Bahagian A (i) (ii) Topik 1: Pengenalan kepada program Topik 2: Perancangan dan elemen utama dalam perancangan Topik 3: Kepentingan perancangan Topik 4: Langkah-langkah dan peringkat perancangan Topik 5: Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan Topik 6: Penilaian aktiviti/ program Topik 7: Perancangan dan Pengurusan Kewangan Geran

(iii) (iv) (v)

(vi) Bahagian B (vii)

Setiap Rancangan Pembelajaran akan dinilai pada awal dan akhir sesi (pre & post) oleh penceramah. Walau bagaimanapun, keberkesanan Rancangan Pembelajaran di bawah unit ini akan dapat dinilai secara keseluruhannya melalui penyediaan dan pembentangan cadangan kertas kerja projek pada akhir program latihan/ bina upaya yang mengandungi semua elemen perancangan program di atas; di samping mengambil kira isu-isu kesihatan yang dipilih dan penggunaan modul-modul khusus promosi kesihatan yang disediakan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.0

Rancangan Pembelajaran

2.1 PENGENALAN KEPADA PERANCANGAN PROGRAM


2.1.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan program Membezakan antara program dengan aktiviti

2.1.2 Kaedah
Ceramah Perbincangan kumpulan

2.1.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.1.4 Jangka Masa


15 minit

Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan PERANCANGAN PROGRAM melalui proses seperti: Ujian pre & post (Lampiran 1) Soal jawab apakah itu

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.2 PERANCANGAN DAN ELEMEN UTAMA DALAM PERANCANGAN


2.2.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menerangkan apakah itu perancangan Menerangkan apakah elemen-elemen utama dalam perancangan

2.2.2 Kaedah
Ceramah Perbincangan kumpulan

2.2.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.2.4 Jangka Masa


15 minit

2.2.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu PERANCANGAN DAN ELEMEN UTAMA DALAM PERANCANGAN melalui proses seperti: Ujian pre & post (Lampiran 1) Soal jawab

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.3 KEPENTINGAN PERANCANGAN


2.3.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menerangkan kepentingan perancangan Menjelaskan mengapakah perancangan diperlukan

2.3.2 Kaedah
Ceramah Perbincangan kumpulan

2.3.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.3.4 Jangka Masa


15 minit

2.3.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan KEPENTINGAN PERANCANGAN melalui proses seperti: Ujian pre & post (Lampiran 1) Soal jawab apakah itu

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.4 LANGKAH DAN PERINGKAT PERANCANGAN


2.4.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menyenaraikan langkah dan peringkat perancangan Menjelaskan langkah dan persiapan di setiap peringkat tersebut

2.4.2 Kaedah
Ceramah Perbincangan kumpulan

2.4.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.4.4 Jangka Masa


15 minit

2.4.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu LANGKAH DAN PERINGKAT PERANCANGAN melalui proses seperti: Ujian pre & post (Lampiran 1) Soal jawab

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.5 PENYEDIAAN PELAN PROGRAM DAN PELAN PELAKSANAAN


2.5.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 3 Menjelaskan apakah itu pelan program dan pelan pelaksanaan Menyenaraikan butir-butir yang terdapat dalam pelan program dan pelan pelaksanaan Menyediakan satu pelan program dan pelaksanaan aktiviti promosi kesihatan kepada masyarakat

2.5.2 Kaedah
Ceramah Kerja kumpulan dan penyampaian Sumbang saran Perbincangan kumpulan kecil

2.5.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.5.4 Jangka Masa


1 jam (90 minit)

2.5.5 Penilaian
Ujian pre & post (Lampiran 1) Soal jawab Pemerhatian semasa penyampaian

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.6 PENILAIAN AKTIVITI/ PROGRAM


2.6.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menerangkan cara/kaedah membuat penilaian Menerangkan jenis-jenis penilaian yang perlu dilakukan

2.6.2 Kaedah
Ceramah Perbincangan kumpulan

2.6.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.6.4 Jangka Masa


1 jam (90 minit)

2.6.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan PENILAIAN AKTIVITI/ PROGRAM melalui proses seperti: Ujian pre & post (Lampiran 1) Soal jawab apakah itu

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.0 3.1

Kandungan Topik Unit 2, Bahagian A: Perancangan Program Topik 1: PENGENALAN KEPADA PROGRAM

Merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat, polisi, prosedur, peraturan, tugas, langkah yang perlu dibuat dan unsur-unsur lain yang perlu dalam melaksanakan tindakan. Ia merupakan satu kenyataan yang jelas berkaitan masalah, isu, objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka masa dan proses pemantauan. Antara komponen sesuatu program termasuklah: Latar belakang program Kenyataan masalah Penentuan masalah Polisi/ peraturan berkaitan Objektif Strategi Aktiviti/ tugas Sumber Penilaian

3.2

Topik 2: PERANCANGAN DAN ELEMEN UTAMA PERANCANGAN

3.2.1 Perancangan Satu proses untuk mencapai sesuatu matlamat dengan cara yang teratur atau sistematik menggunakan sumber-sumber yang sesuai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Perancangan merupakan satu usaha untuk mengenal pasti dan menjawab persoalan-persoalan sebelum masalah timbul dalam pelaksanaan. Pelaksana program akan cuba merapatkan jurang dalam tempoh perancangan pada hari ini dengan pelaksanaan program pada masa depan. Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna sebagai panduan dan menentukan hala tuju, sesuai untuk semua peringkat dan masa.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Perancangan akan menjawab semua perkara berikut :

Apa? Berapa banyak? Bila?

Kenapa?

Perancangan

Yang mana? Di mana?

Bagai mana? Siapa?

Aspek-aspek persoalan di atas akan digunakan dalam 3 kompenen utama perancangan iaitu: Catatan: Bagi memudahkan proses pembelajaran, fasilitator atau penatar promosi kesihatan dinasihati supaya mengambil pendekatan yang mudah dan mesra pengguna dari aspek penilaian. Fakta yang dinyatakan di atas baik untuk disampaikan kepada peserta sebagai maklumat. Apa yang penting adalah dalam menentukan kaedah penilaian sesuatu aktiviti yang dijalankan agar penilaian yang dijalankan sesuai dan mudah dilaksanakan. Maklumatmaklumat lain hanya bersifat akademik. Pelan pelaksanaan perlu disediakan dengan kerjasama, penglibatan dan persetujuan semua pihak yang telibat Pelan pelaksanaan akan menentukan jadual pelaksanaan aktiviti. Objektif Aktiviti Sumber

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.2.2 Elemen utama perancangan Polisi Analisis situasi Objektif Program Prosedur Sumber

3.3

Topik 3: KEPENTINGAN PERANCANGAN

3.3.1 Memberi arah tuju untuk melakukan sesuatu oleh sesebuah organisasi Apa yang perlu dibuat Bila dan berapa lama perlu dibuat Bagaimana hendak dibuat Siapa yang akan membuat Di mana perlu dibuat 3.3.2 Bersedia dengan perubahan yang mungkin berlaku seperti: Perubahan teknologi Perubahan dalam polisi kerajaan (pengurusan/ pentadbiran) Perubahan ekonomi Perubahan sikap, cara hidup dan harapan (expectation) masyarakat 3.3.3 Memastikan objektif tercapai Menggunakan intervensi yang berkesan Menggunakan strategi yang sesuai Menggunakan sumber secara berkesan Pendekatan yang mudah dan praktikal 3.3.4 Membantu kawalan dan koordinasi secara berkesan 3.3.5 Tindakan yang diambil akan lebih jelas dan berguna 3.3.6 Memberi arahan kerja 3.3.7 Dapat mengenal pasti maslah, kelemahan dan kekesanan 3.3.8 Dapat pastikan pencapaian aktiviti 3.3.9 Menyediakan skop penilaian 3.3.10 Menyediakan skop metodologi yang akan digunakan

Jelas bahawa perancangan perlu dilakukan secara kolektif atau secara berpasukan di semua peringkat. Sesuatu perancangan yang realistik memerlukan kerjasama, penglibatan semua pihak yang terlibat yang memiliki maklumat,
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 10

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kuasa dalam membuat keputusan dan lain-lain.

3.4

Topik 4: LANGKAH-LANGKAH DAN PERINGKAT PERANCANGAN

3.4.1 Analisa Situasi Masalah yang dihadapi Sejauh mana masalah itu wujud Siapa yang terlibat Di mana masalah itu 3.4.2 Penentuan objektif 3.4.3 Penentuan strategi dan kaedah 3.4.4 Penentuan dan pemilihan strategi yang berkesan 3.4.5 Pembentukan pelan program 3.4.6 Penyediaan proses penyeliaan dan pemantauan 3.4.7 Mengkaji semula pencapaian serta mengubahsuai jika perlu

3.5

Topik 5: PENYEDIAAN PELAN PROGRAM DAN PELAN PELAKSANAAN


Pelan program mengandungi beberapa elemen termasuk: Tajuk projek Objektif am Objektif khusus termasuk objektif pembelajaran Strategi/Kaedah Sumber Penilaian

3.5.1

3.5.2 Pelan Pelaksanaan Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan. Pelan pelaksanaan menerangkan secara terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan aktiviti. Pelan pelaksanaan memberi arah dan panduan tentang apakah aktiviti yang hendak dijalankan iaitu untuk menjawab persoalan berikut: Bila Di mana Siapa Sumber Kaedah penilaian
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 11

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Pelan pelaksanaan merupakan satu aliran/ turutan aktiviti iaitu satu rangkaian kegiatan yang akan dilaksanakan mengikut aturan masa, di samping aspek-aspek yang berhubung dengan objektif pembelajaran. Pelan pelaksanaan, biasanya dirangka dalam bentuk jadual seperti contoh yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Ruang-ruang dalam jadual mengandungi maklumat berikut: Objektif yang ingin dicapai dalam projek promosi kesihatan. Aktiviti promosi kesihatan yang akan dilaksanakan Tarikh, waktu dan tempat dimana aktiviti akan dilaksanakan Sumber yang akan digunakan untuk menjayakan aktiviti: a) Tenaga manusia (sebutkan nama atau jawatan orang akan menjalankan aktiviti tertentu dari segi pengurusan/ penyelarasan/ penyediaan/ mahupun pelaksanaan aktiviti tersebut). b) Peralatan/ bahan yang digunakan untuk menjayakan aktiviti. c) Kewangan/ peruntukan yang dikehendaki/ punca kewangan.

Penilaian untuk menentukan sejauh mana pelaksanaan aktiviti telah berjaya


a) b) Indikator (kayu ukur): Angkubah yang patut diukur Kriteria: Tahap minima untuk mengganggap sesuatu aktiviti promosi kesihatan itu berjaya dilaksanakan Kaedah: Cara untuk mengukur atau mendapat maklumat berkaitan angkubah

c)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 12

Sumber Objektif
Tenaga manusia Kewangan
Geran MYSIHAT Risalah Poster

Aktiviti
Bahan

Tarikh/ masa Tempat

Kaedah penilaian

Sabtu/ 8.00pg
5.00 ptg Dewan sekolah Ibu bapa Guru PZM HEO Jurulatih JBS Daerah

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

Orientasi pemakanan sihat kepada ibu bapa dan guru

Rekod kehadiran Q&A

Senaman 3x seminggu Sabtu & Ahad/ 8.00 pg

Jadual 2.1: Contoh Pelan Pelaksanaan Program

90% pelajar sekolah rendah tahap 2 (kumpulan sasar) di Jasin, akan dapat mengurangkan 5% daripada berat badan mereka di akhir program selama 6 bulan.
Jumaat/ 5.00 ptg Padang sekolah Jurulatih JBS Daerah Guru penyelaras Geran MYSIHAT - Risalah - Poster - Buku kecil Nasihat pemakanan sihat Sabtu/ 9.00 pg Dewan sekolah PZM HEO Guru Geran MYSIHAT - Risalah - Poster - Buku kecil

BMI Rekod kehadiran Rekod kaunseling Q&A

Bersama Untuk Kesihatan

BMI, Rekod kehadiran Rekod kaunseling Q&A

Nota: PZM: Pegawai Zat Makanan HEO: Pegawai Pelajaran Kesihatan JBS: Jabatan Belia dan Sukan

2011

Halaman 13

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.6

Topik 6: PENILAIAN AKTIVITI / PROGRAM

Terdapat 3 bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan: Pertama Kedua Ketiga : : : Penilaian proses Penilaian impak Penilaian hasil (outcome)

3.6.1 Penilaian Proses Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program. Ini merangkumi aspek kualiti, ketepatan dan jangkauan sesuatu program. Kaedah ini boleh digunakan untuk keseluruhan tempoh pelaksanaan program dari peringkat perancangannya hingga selesai dilaksanakan. Pada peringkat perancangan, tumpuan diberikan kepada kualiti dan kesesuaian bahan-bahan atau sumber serta pendekatan yang diambil. Apabila pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. Tindakan proaktif dapat diambil dengan cepat bagi mengatasi masalah tersebut dengan kesan yang minimum ke atas program. Data yang diperolehi melalui penilaian proses amat kritikal dalam memahami, mentafsirkan dan menjelaskan kebanyakan data yang dikutip sepanjang penilaian impak dan penilaian hasil (outcome) kelak. Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut: Jumlah kehadiran kumpulan sasar/ peserta Rekod pelaksanaan aktiviti jumlah/ bilangan yang telah dapat dijalankan Rekod penggunaan sumber/ bahan jumlah dan jenis/kategori

3.6.2 Penilaian Impak Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang selesai dilaksanakan. Contohnya penilaian impak boleh digunakan secara berkala seperti tamat sesuatu sesi, bulanan dan/ atau apabila program selesai dilaksanakan. Kaedah penilaian ini mengukur tahap pencapaian program berasaskan pematuhan kepada objektif program yang digariskan. Oleh itu, penetapan objektif yang baik dan realistik memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan program tersebut dengan memahami konsep objektif SMART seperti yang dipaparkan dalam Gambar Rajah 2.1 berikut:Bersama Untuk Kesihatan Halaman 14

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Gambar Rajah 2.1: Konsep Objektif SMART

Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut: Pencapaian objektif program Penilaian pengetahuan peserta Penilaian sikap, perasaan dan nilai peserta Penilaian pencapaian keupayaan/ kemahiran peserta dalam melakukan sesuatu dengan betul

3.6.3 Penilaian Hasil (Outcome) Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai dalam jangka masa panjang. Ini berkaitan dengan mengukur tahap pencapaian matlamat program (program goal). Kesan jangka panjang yang dijangkakan merangkumi penurunan insiden atau prevalen keadaan kesihatan, perubahan mortaliti atau perubahan tingkah laku. Di samping itu, kesan lain yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 15

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Penilaian hasil bersumberkan kepada penilaian proses dan penilaian impak. Sungguhpun penilaian hasil tidak menjadi satu keperluan untuk sesuatu organisasi, mereka digalakkan supaya mendokumentasikan sebarang penemuan hasil daripada program yang dilaksanakan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 16

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

UNIT 2: PERANCANGAN PROGRAM BAHAGIAN B: PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN MYSIHAT
1.0 Pengenalan

Perancangan dan pengurusan kewangan di dalam pengurusan geran MySihat adalah sangat penting bagi memastikan NGO dapat melaksanakan projek menepati sasaran yang dirancang, mencapai objektif projek dengan menghasilkan outcome yang telah disasarkan dan dapat membelanjakan geran yang diluluskan secara optimum, iaitu secara kos efektif. Dalam melaksanakan projek promosi kesihatan, Ketua Projek hendaklah sentiasa mengamalkan perbelanjaan yang berhemah dan sentiasa memantau penggunaan tunai. Akaun geran hendaklah sentiasa di senggara bagi memastikan kedudukan akaun geran pada satu-satu masa, mengawal agar terimaan dan bayaran dibuat mengikut perancangan yang telah dibuat dan diluluskan,mengawal akaun agar tidak terlebih dibelanjakan dan menjadikan pengurusan kewangan sebagai punca maklumat untuk membuat keputusan selanjutnya. Pengurusan kewangan yang berkesan adalah merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, bajet, pelaksanaan, penyeliaan, penyelarasan dan penyemakan. Pengurusan kewangan geran MySihat merupakan sebahagian daripada skop perancangan yang perlu diberikan perhatian oleh pertubuhan. Ini selari dengan penetapan objektif di bawah konsep SMART iaitu menekankan keperluan mempunyai sumber yang mencukupi dalam melaksanakan program. Modul ini diharapkan dapat membekalkan pengetahuan dan panduan asas pertubuhan dalam mengamalkan pengurusan kewangan yang baik serta penekanan kepada pematuhan peraturan kewangan berkaitan, termasuk norma-norma seperti akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan geran.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 17

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.0

Rancangan Pembelajaran

2.1 PENGENALAN KEPADA PERANCANGAN PROGRAM


2.1.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menyenaraikan prosedur utama dalam pengagihan geran MySihat Menyediakan rancangan pengurusan kewangan projek mengikut prosedur MySihat

2.1.2 Kaedah
Ceramah Perbincangan kumpulan

2.1.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.1.4 Jangka Masa


1 jam

2.1.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN melalui proses seperti: Penerangan Kajian Kes: Bayaran Geran Secara Berperingkat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 18

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.0

Kandungan Topik Unit 2, Bahagian B: Perancangan dan Pengurusan Kewangan Geran Perancangan

3.1

Setiap pertubuhan yang berhasrat untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan perlulah membuat perancangan kewangan bagi membiayai projek yang dirancang agar dapat memenuhi keperluan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Permohonan geran kepada MySihat perlu dibuat menggunakan borang permohonan rasmi dan perlu disertakan dengan anggaran belanjawan yang diperlukan. Dalam merancang projek untuk dilaksanakan, pertubuhan hendaklah menyenaraikan kesemua keperluan yang diperlukan dari semua aspek. Antara aspek yang perlu diberikan perhatian adalah termasuk keperluan penyertaan, bayaran sewaan, bayaran untuk bayaran penceramah, jurulatih, bayaran makan minum, bayaran cukai yang dikenakan, bayaran pengurusan bengkel, bayaran pengangkutan, bayaran sagu hati dan sebagainya. Dalam merancang projek, pertubuhan hendaklah mengenal pasti elemen-elemen yang berkaitan dengan pelaksanaan projek seperti menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang hendaklah di laksana, keperluan-keperluan aktiviti dan sebagainya. Dalam konteks ini, MySihat tiada halangan jika pertubuhan ingin mendapatkan sumber kewangan luar seperti melalui penajaan atau sumbangan orang ramai, asalkan bentuk sumbangan tersebut tidak menyalahi prinsip dan hasrat Promosi Kesihatan. Sebagai contohnya, pertubuhan boleh mendapatkan penajaan mana-mana syarikat swasta asalkan ianya tidak berkecimpung dalam industri alkohol, tembakau atau makanan tidak berkhasiat. Derma orang ramai seperti bantuan daripada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri di mana program akan dilaksanakan juga dibenarkan asalkan tidak menonjolkan afiliasi politik kepada mana-mana parti politik yang diwakili oleh mereka. Jaringan perkongsian dengan pemimpin masyarakat adalah sangat baik untuk mendapatkan sokongan masyarakat supaya program dapat dijalankan dengan lancar.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 19

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Gambar Rajah 2.2: Aliran proses pengurusan kewangan

Perancangan
-Buat perancangan keperluan kewangan

Penyemakan
- Semak peruntukan mencukupi dengan pelaksanaan projek

Belanjawan
- Sediakan keperluan peruntukan kewangan yang mencukupi

Penyelarasan
-Selaraskan aktiviti dan membandingkan nya dengan kos terlibat

Pelaksanaan
- Tentukan peruntukan dibelanjakan mengikut kelulusan

Penyeliaan
- Memantau aliran tunai (cash flow) projek tepat dan mencukupi

3.2 Penyediaan Belanjawan Program


Semua projek yang dilaksanakan perlu mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. Dalam soal ini, pertubuhan hendaklah menyediakan anggaran bajet yang diperlukan bagi melaksanakan kesemua aktiviti yang hendak dijalankan. Dalam usaha menyediakan anggaran bajet yang tulus, pertubuhan hendaklah membuat tinjauan harga pasaran supaya anggaran yang dibuat berpatutan. Pertubuhan dilarang membuat mark up harga bagi menggelakkan anggaran bajet yang tidak munasabah. Pertubuhan dinasihatkan supaya merancang mengikut keperluan dan keupayaan pertubuhan sedia ada, ini adalah bagi menggelakkan pembatalan aktiviti di peringkat pelaksanaan disebabkan ketiadaan atau ketidakcukupan sumber bagi meneruskan pelaksanaan aktiviti. Sebelum membuat perancangan bajet perlulah difikirkan rasional dan munasabah berasaskan aktiviti tertakluk kepada pertimbangan yang dilakukan oleh MySihat. Terdapat beberapa item belanjawan asas yang perlu diambil kira oleh pertubuhan. Perkara-perkara asas ini dapat digambarkan melalui Jadual 2.2 yang dipetik daripada borang permohonan geran MySihat seperti berikut:-

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 20

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Jadual 2.2: Ringkasan anggaran perbelanjaan projek yang dipohon BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN Bayaran: upah/ elaun/ sagu hati/ yuran/ khidmat khas Perjalanan dan Pengangkutan Sewaan Alat tulis/ bahan-bahan pendidikan /promosi kesihatan Jamuan ringan/ minuman Koleteral (cenderamata/ baju-T dan lain-lain pemberian) Lain-lain (nyatakan) JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

Pertubuhan perlu memberikan anggaran belanjawan yang rasional dan munasabah berasaskan penerangan berikut:3.2.1 Bayaran: Upah/ Elaun/ Sagu Hati/ Yuran/ Khidmat Khas Ini merupakan bayaran yang tidak kekal yang diberikan kepada seseorang yang memberi khidmat kepada pelaksanaan projek mengikut tugas kerja yang dilakukan (mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan). Bayaran tersebut bukanlah dalam bentuk bukan gaji tetap tetapi diberi mengikut perkadaran jam atau hari bagi sesuatu tempoh. Bayaran kepada individu termasuklah melibatkan khidmat perundingan, latihan, pungutan/ proses / analisis data atau bayaran untuk khidmat kepakaran atau perundingan di bidang tertentu seperti perubatan, pemakanan, aktiviti fizikal dan sebagainya. 3.2.2 Perjalanan dan Pengangkutan semua jenis perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan pelaksanaan projek secara langsung sahaja. Perjalanan hendaklah dibuat menggunakan laluan yang paling dekat dan termurah.

3.2.3 Sewaan Sewaan merupakan bayaran ke atas penggunaan kemudahan, peralatan, khidmat pihak ketiga seperti caj atau bayaran ruang bangunan untuk projek, tapak pameran,
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 21

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

peralatan perubatan, peralatan pameran, pengangkutan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan projek sahaja. Sewaan kenderaan pengangkutan untuk tujuan projek hendaklah menggunakan syarikat pengangkutan berlesen yang sah sahaja.

3.2.4 Alat tulis/bahan pendidikan/promosi kesihatan Bahan-bahan yang akan digunakan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk bahan-bahan pendidikan yang dicetak atau dibeli.

3.2.5 Jamuan ringan/ minuman Perbelanjaan ini hendaklah dibuat mengikut keperluan sahaja bukan diadakan bagi setiap aktiviti projek. Kadar bayaran bagi tujuan ini adalah pada kadar yang ditetapkan seperti berikut atau mana yang lebih rendah. a) minum pagi b) makan tengah hari c) minum petang RM3.00 RM10.00 RM3.00

3.2.6 Kolateral (cenderamata/ baju-T dan pemberian hadiah lain) Perbelanjaan untuk pembelian cenderamata kepada orang tertentu, hadiah pertandingan dan pembelian baju-T untuk para peserta projek. 3.2.7 Lain-lain Semua perbelanjaan hanya boleh dilakukan setelah kelulusan diberikan oleh pihak MySihat.

3.3

Pelaksanaan Program

Pada peringkat pelaksanaan projek, pertubuhan hendak merancang bila perlu membuat bayaran, ini memerlukan perancangan yang rapi terutamanya dai dalam soal apa nak beli dan bila nak buat pembayaran bil. Pihak pertubuhan hendaklah membuat perolehan berdasarkan keutamaan keperluan. Misalnya bayaran deposit sewa hanya dibayar apabila peralatan atau tempat yang hendak disewa itu hendak digunakan ataupun menempah kemeja-t lebih awal dengan bayaran deposit dan hanya membuat bayaran keseluruhan bil pada hari kemeja-t diserahkan sebelum aktiviti hendak diadakan. Elakkan daripada membeli kesemua barang keperluan pada awal projek, ini akan memaksa pertubuhan menggunakan tunai yang banyak pada awal tempoh projek dilaksanakan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 22

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.4

Penyeliaan Prestasi Perbelanjaan

Pihak pertubuhan hendaklah menyelia prestasi perbelanjaan sepanjang tempoh projek bagi memastikan tiada masalah kekurangan peruntukan semasa projek aktiviti hendak dilaksanakan. Dengan mengadakan penyeliaan yang kerap, ini akan memberikan peluang kepada pertubuhan untuk bertindak sekiranya peruntukan yang ada tidak mencukupi, sekiranya pihak pertubuhan boleh melihat situasi peruntukan kewangan tidak mencukupi pada awal lagi, ini akan membolehkan pertubuhan mencari alternatif untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi.

3.5

Penyelarasan Bajet

Kadang kala apa yang dirancang perlu diubahsuai pada peringkat pelaksanaan projek, sekiranya ini berlaku maka pihak pertubuhan hendaklah membuat penyelarasan ke atas aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan, dan ini tentunya memerlukan pihak pertubuhan membuat penyelarasan bajet yang telah diluluskan sebelum ini. Dalam hal ini, sebarang perubahan peruntukan yang dibelanjakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak MySihat dan pihak pertubuhan hendaklah menghantar senarai bajet yang baru diubahsuai untuk kelulusan sewajarnya. Penyelarasan bajet adalah sangat penting bagi memastikan pertubuhan cukup wang untuk melaksanakan aktiviti yang telah diubahsuai.

3.6

Penyemakan

Proses penyemakan pada peringkat pelaksanaan projek adalah sangat penting bagi memastikan projek yang dilaksanakan benar-benar dapat mencapai objektif sebenar projek dilaksanakan. Semasa membuat penyemakan projek, pertubuhan bukan saja melihat aktiviti sebagai satu aktiviti kepada projek, tetapi sebaliknya melihat beberapa aktiviti yang berangkaian dan berkaitan antara satu sama lain yang menyokong satu projek yang dapat menghasilkan satu kesan atau impak daripada pelaksanaan projek berkenaan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 23

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

4.0 4.1

Pengurusan Geran MySihat Tanggung Jawab Pertubuhan

Pertubuhan yang diluluskan dengan geran MySihat hendaklah memastikan maklumat-maklumat geran diteliti seperti berikut:Gambar Rajah 2.3: Perkara-perkara yang perlu diteliti oleh pertubuhan semasa menerima geran MySihat

Perkara 1

Semak jumlah geran yang diluluskan oleh MySihat Periksa dokumen ex-gratia atau borang perjanjian kontrak mengenai kelulusan geran, baca semua syarat-syarat penerimaan geran dengan teliti

Perkara 2

Perkara 3

Teliti Jadual Pelaksanaan Geran yang baru diluluskan Pastikan peruntukan geran yang diluluskan mencukupi dengan keperluan pelaksanaan program Rancangkan belanjawan mengikut tahap pelaksanaan aktiviti dengan cermat

Perkara 4

Perkara 5

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 24

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
transaksi

Perkara 6

Sediakan akaun semasa untuk sebarang kewangan berkaitan pelaksanaan program

Perkara 7

Kemukakan maklumat tepat mengenai bank dan akaun semasa kepada MySihat Catatkan semua perbelanjaan dengan kemas dalam satu Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Pastikan semua pembayaran diluluskan oleh Bendahari pertubuhan atau pihak yang diberikan kuasa Pastikan semua perbelanjaan mempunyai bukti yang didokumentasikan

Perkara 8

Perkara 9

Perkara 10

Dalam merancang semula belanjawan projek mengikut jumlah geran yang diluluskan dan ditawarkan kepada pertubuhan (sila perhatikan Perkara 4 Gambar Rajah 2.3); terdapat beberapa faktor akan mempengaruhi keberkesanan pengurusan kewangan seperti berikut:a) Jumlah geran: Semak belanjawan yang diluluskan oleh MySihat. Aktiviti: Penetapan aktiviti perlu selari dengan syarat pelaksanaan program dan jumlah geran yang diluluskan. Tempoh projek: Pelaksanaan projek perlu mengikut tempoh yang diluluskan oleh MySihat. Pelan pelaksanaan: Pertubuhan perlu melaksanakan projek dalam tempoh yang diluluskan, penyediaan pelan pelaksanaan akan membantu pertubuhan dalam menjalankan aktiviti secara berperingkat dan terancang. Perincian belanjawan: Bagi tujuan melancarkan kawalan ke atas pengurusan kewangan geran yang diterima, pertubuhan perlu menyediakan perincian belanjawan yang mengandungi pecahan perbelanjaan seperti yang diluluskan. Penyediaan perincian belanjawan bersama pecahan perbelanjaan akan membantu pertubuhan apabila pemeriksaan akaun geran dijalankan oleh MySihat.

b)

c)

d)

e)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 25

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

4.2

Tanggung Jawab MySihat

MySihat akan bertanggung jawab memastikan geran yang diagihkan kepada pertubuhan yang menerima peruntukan diuruskan dan dikawal mengikut tata cara yang ditetapkan serta dibelanjakan dengan berhemah. Dalam menguruskan bayaran geran kepada NGO berikut adalah tanggungjawab MySihat:Gambar Rajah 2.4: Tanggung jawab MySihat

Perkara 1

Bayaran mula diproses sebaik sahaja menerima Arahan Bayaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penilaian Program LPKM. Cek pembayaran akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari daripada pengesahan penerimaan Arahan Bayaran berserta dokumen yang lengkap Cek dihantar secara pos ke alamat pertubuhan atau dikreditkan terus kepada akaun semasa pertubuhan. Semua bayaran akan dibuat ke No. Akaun yang disahkan oleh Pertubuhan
Pertukaran Akaun tidak dibenarkan kecuali permohonan pertukaran nombor akaun dibuat secara rasmi dengan menyertakan Minit Mesyuarat Pertubuhan yang membenarkan perkara ini.

Perkara 2

Perkara 3

Perkara 4

Secara ringkasnya pengurusan kewangan geran MYSIHAT boleh digambarkan seperti mana di Gambar Rajah 2.5 di bawah. Gambar Rajah 2.5: Pengurusan Kewangan Pertubuhan Yang Berkesan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 26

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

5.0

Kajian Kes Bayaran Geran Secara Berperingkat

Bagi memudahkan pihak pertubuhan memahami perancangan bayaran geran secara berperingkat MYSIHAT, berikut adalah kajian kes yang dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi berhubung dengan perkara ini. Pada 1 Disember 2010, permohonan geran oleh Pertubuhan ABC telah diluluskan dengan jumlah RM100,000 bagi melaksanakan projek Hidup Sihat Di Kalangan Remaja Sungai Rambai dalam tempoh 3 bulan. Tempoh pelaksanaan projek bermula pada 1 Januari 2011 (1 bulan selepas menerima kelulusan MySihat) dan akan berakhir pada 31 Mac 2011. Sebagai permulaan, pertubuhan hendaklah dengan segera menjawab surat setuju terima dan menandatangani dokumen exgratia atau perjanjian yang dihantar oleh MySihat. Dokumen-dokumen tersebut perlu segera dikembalikan kepada MySihat supaya proses pembayaran pertama geran sebanyak 10% atau bersamaan dengan RM10,000 dapat ditunaikan jika semua dokumen lengkap dikemukakan. Untuk menjamin pengurusan kewangan yang berkesan sepanjang tempoh ini, Pertubuhan ABC bolehlah membuat bayaran deposit tempahan barang-barang keperluan projek, bayaran awalan (advance) dan bayaran pentadbiran yang perlu. Pertubuhan perlu mengelakkan daripada membuat bayaran penuh untuk sebarang pembelian barangan atau peralatan yang melibatkan kos yang besar bagi mengelakkan pertubuhan mengalami masalah kecairan kewangan. Pertubuhan juga dikehendaki mengemukakan Jadual Pelaksanaan Program yang terkini kepada MySihat, dan sebaik sahaja jadual ini dikemukakan kepada MySihat, bayaran kedua iaitu sejumlah 40% atau RM40,000 akan dibuat. Pada peringkat ini pertubuhan bolehlah membelanjakan wang bagi membeli peralatan keperluan projek, kos pentadbiran dan membayar upah kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal untuk menjayakan projek. Pihak MySihat akan membuat bayaran berperingkat ketiga sebanyak 40% atau RM40,000 sebaik sahaja projek mencapai tahap 90%. Pada peringkat ini, pertubuhan hendaklah bersedia untuk menyediakan laporan akhir projek dan menyediakan penyata kewangan yang dikemaskinikan untuk dikemukakan kepada MySihat. Laporan akhir bersama laporan kewangan tersebut akan diteliti oleh MySihat, dan sekiranya berpuas hati, bayaran terakhir sebanyak 10% atau dalam konteks ini bersamaan dengan nilai RM10,000 akan dikeluarkan. Pada peringkat akhir ini, pertubuhan bolehlah melangsaikan segala bayaran, tanggungan atau tuntutan daripada pembekal yang masih belum dijelaskan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 27

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

Kertas Kerja Perancangan Projek Promosi Kesihatan


MASALAH YANG DIHADAPI ?

MATLAMAT PROJEK :

APAKAH YANG AKAN DICAPAI DALAM JANGKA MASA PANJANG , SIAPA YANG AKAN MENCAPAI , BERPA BANYAK YANG AKAN DICAPAI DAN DI MANA AKAN DICAPAI ?

OBJEKTIF 1:

APA YANG DIPERLU DICAPAI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT; SIAPA YANG AKAN MENCAPAI , BERAPA BANYAK YANG AKAN DICAPAI DAN DI MANA AKAN DICAPAI ?

STRATEGI (BAGAIMANA
UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF 1)

TINDAKAN / AKTIVITI (TUGAS UNTUK DIJALANKAN )

SUMBER YANG
DIPERLUKAN

JANGKA MASA (BILA AKAN DILAKUKAN DAN OLEH SIAPA ?)

PENILAIAN (BAGAIMANA KUMPULAN AKAN TAHU BAGAIMANA PENILAIAN DILAKUKAN ? APA YANG AKAN DIUKUR?)

(SIAPA YANG AKAN MELAKUKANNYA ? APA YANG DIPERLUKAN ?)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 28

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2

Apakah itu Perancangan?

PERANCANGAN PROGRAM Promosi Kesihatan

Perancangan ialah proses menentukan lebih awal apa yang hendak dicapai dan bagaimana ianya perlu dilakukan
R.W.Mondey et al Ada dua bentuk pengetahuan yang diperlukan: pengetahuan mengenai penentu kesihatan (penyebab) dan pengetahuan mengenai keadaan serta tindakan promosi kesihatan yang berkesan (intervensi).
WHO, 1997

MD.YUSOFF MAHMUD, MPH Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Kenapa Merancang?
Ia bertujuan untuk:

FASA PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM


PERANCANGAN

menunjukkan kesan atau impak membawa perubahan mengenalpasti manfaat sosial/kesihatan menjana sokongan/bantuan kewangan memastikan kualiti meransang kesihatan yang lebih baik

PELAKSANAAN PENGEKALAN

PENILAIAN

PENENTU KESIHATAN
Faktor L/belakang Umum
Culture Resources Systems Policies Wealth Soc.cohesion Media Others

Proses Perancangan Program


Faktor Biomedikal
Body weight BP Blood chol. Glucose tol. Immune status other

Ciri-ciri Sosio-ekon.
Education Employment Income Family Neighborhood Access to Services Other

T/laku Kesihatan:
Dietary behaviour Physical activity Tobacco use Alcohol consumption Drug abuse Vaccination status Sexual practices Other

Kesihatan Ind. & Penduduk

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Faktor Pskitaran
Landscape Climate Chemical Human-made

Pengetahuan Dan sikap

Faktor Kselamtan

Sifat individu: physical & psychological (genetik, penuaan, dll)

Pemilihan kawasan program Mengenalpasti isu utama dan Penilaian sosial kumpulan sasar program Penilaian tingkahlaku Penilaian pendidikan Mengenalpasti dan pemilihan strategi dan kaedah untuk atasi masalah Membentuk Pelan Program Membentukl Pelan Pelaksanaan Pelaksanaan Penilaian

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2

Proses Perancangan Program 1. Pemilihan kawasan


a. Rasional pemilihan kawasan b. Penjelasan kawasan program:
Geografi Demografi/kependudukan Latarbelakang sosio-ekonomi Organisasi masyarakat Saluran komunikasi Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

Model Perancangan

MODEL

PRECEDE PROCEED
P- Predisposing R- Reinforcing E- Enabling C- Constructs, in E- Educational D- Diagnosis E- Evaluation P- Policy R- Regulatory and O- Orgnaisational C- Constructs, in E- Educational E- Environmental D- Development

PEMILIHAN MASALAH (Mengikut Keutamaan)


1. Masalah manakah yang paling memberi kesan dari segi:
Kematian Penyakit Kehilangan hari kerja Kos pemulihan Kecederaan /ketidaupayaan Kesan kepada keluarga Kesan kepada masyarakat/majikan

KENYATAAN MASALAH

1. 2. 3. 4. 5.

Bagaimana keadaan masalah itu? Sejauh manakah keadaan masalah itu berlaku? Siapakah yang terlibat? Di manakah masalah itu berlaku? Berapa lamakah masalah itu telah wujud?

2. 3. 4. 5.

Adakah ia mengancam kumpulan tertentu? Masalah manakah yang mudah diurus? Masalah manakah yg boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan masyrakat Adakah masalah tersebut menjadi keutamaan pihak jabatan kesihatan tempatan?

PRECEDE PROCEED MODEL


PROMOSI KESIHATAN
Faktor Kecenderungan

PRECEDE MODEL
Faktor Pengaruh

Pendidikan Kesihatan

Faktor Pengukuh

Tinkahlaku dan Cara hidup

KESIHATAN Polisi Peraturan Organisasi

KUALITI HIDUP

Faktor Pemungkin

Tingkah laku/ Cara Hidup Individu

KESIHATAN

Faktor Pemungkin

Persekitaran

Faktor Pengukuh

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2

Faktor Pengaruh:
Faktor dalaman yang membantu dan menghalang sesuatu amalan atau tingkah laku: Pengetahuan Sikap Kepercayaan Nilai Persepsi

Faktor Pemungkin:
Faktor luaran/persekitaran yang memudahkan sesuatu amalan atau tingkah laku: Kewujudan sumber/perkhidmatan Kemudahan menggunakan sumber Kemahiran yang berkaitan dgn kesihatan Sistem rujukan Komitmen komuniti/kerajaan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2
PRECEDE MODEL
Faktor Pengaruh

Faktor Pemungkin

Tingkah laku/ Cara Hidup Individu

KESIHATAN

Faktor Pengukuh

Faktor Pengukuh:
Sokongan sosial yang membantu atau menghalang sesuatu amalan atau tingkah laku: Ganjaran atau maklumbalas yang diperolehi dari orang lain berikutan dari perubahan tingkahlaku Sikap dan tingkah laku yang diterima dari orang yang penting

PENETAPAN OBJEKTIF
Umumnya, terdapat 4 ciri-ciri utama objektif: ciri1. 2. 3. 4. Hendaklah ditulis Boleh diukur Perlu mempunyai tempoh/masa Mencabar tetapi boleh dicapai

JENIS OBJEKTIF
Objektif umum biasanya satu sahaja Objektif khas boleh lebih dari satu

HERAKI OBJEKTIF

Objektif

Objektif Khusus

Objektif Khusus

Objektif Khusus

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2

Pembentukan Objektif
Setiap objektif perlu menjawab perkara berikut: Siapa yang diharap akan mengalamai berapa banyak, perubahan apa dan menjelang bila???? bila???? Siapa ? : sasaran yang diharap akan mengalami perubahan Apa ? : tindakan, amalan atau perubahan yang berlaku Berapa banyak ?: sejauhmana perubahan itu telah berlaku Bila? : masa atau tempoh yang akan diambil untuk berubah

CONTOH OBJEKTIF
Objektif Umum Program promosi kesihatan untuk meningkatkan taraf kesihatan suri rumah tangga Kampung, Banggol Dedap, Daerah Baling, Kedah melalui satu projek pengurusan berat badan.

CONTOH OBJEKTIF
Objektif Khusus: 1. Di akhir projek 6 bulan ini 90% daripada kumpulan sasar akan tahu apakah itu Piramid Makanan ? 2. Sebanyak 60% daripada kump. sasar akan melakukan senaman 3 kali seminggu di akhir projek ini.

CONTOH OBJEKTIF
Objektif Khusus: 3. Menjelang akhir projek ini 40% daripada kumpulan sasar yang berlebihan berat badan akan dapat menurunkan berat badan mereka sebanyak 5% dari berat badan asal mereka 4. Diharapkan sebanyak 60% daripada kump. sasar akan melakukan senaman 3 kali seminggu dan melakukannya dengan betul. betul.

CONTOH OBJEKTIF
1.

OBJEKTIF YANG TIDAK MANTAP


Menghimpun belia dalam satu aktiviti atau lebih dalam akitivti sihat dan cergas Menjana transfomasi pemikiran belia yang cemerlang agar sentiasa sihat dan cergas Di akhir projek adalah diharap 50% belia kurang ketagih merokok. Memupuk sikap warga muda sbg masyarakat yg mengamalkan gaya hidup sihat Memupuk semangat kerjasama warga belia untuk sama2 berganding bahu menyampaikan maklumat kempen kesihatan kepada masyarakat..

Objektif Khusus:
2.

6. Menjelang akhir ketiga sesi pendidikan kesihatan 70% daripada peserta yang menghadiri ketiga-tiga sesi tersebut ketigadapat menjelaskan: 3 faedah aktiviti fizikal 2 cara untuk mengawal berat badan

3. 4. 5.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2
JENIS PENILAIAN
1. Penilaian Proses bagaimana ? Aktiviti yang dijalankan Ketepatan dan kecukupan Halangan/masalah

PENILAIAN
Kepentingan penilaian:
1. 2. 3. 4. 5. 6. Untuk menentukan pencapaian objeketif porogram/projek Akauntabiliti untuk mewajarkan pengunaan sumber Mempemerkan kejayaan Mendapatklan kredibiliti dan sokongan dari pihak penaja Membantu perancangan masa hadapan Mengenalpasti bidang-bidang yang boleh digunapakai atau untuk ditambahbaik

JENIS PENILAIAN
2. Penilaian Impak Aktiviti yang dijalankan Ketepatan dan kecukupan Halangan/masalah

Sekian

Terima Kasih

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 3

KENAPA PENGURUSAN KEWANGAN PENTING?


Sumber-sumber (manusia, wang, bahan-bahan dan

masa) adalah terhad;


Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak

terhad;
Terdapat alternatif dalam memperolehi dan

menggunakan sumber-sumber tersebut


Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu
NORAINI BTE MUSTAFA PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA

organisasi;
Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan

tanpa pengurusan kewangan yang teratur;

PERANCANGAN
membuat perancangan keperluan kewangan

KAWALAN BAJET
menyediakan anggaran keperluan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan projek

Pelaksanaan
menentukan peruntukan dibelanjakan mengikut apa yang telah diluluskan

PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN

Pertubuhan hendaklah SEMAK


PENYELIAAN
memantau aliran tunai (cash flow) pengurusan projek menepati dan mencukupi

KAJI SEMULA
sentiasa menyemak kecukupan peruntukan yang dibelanjakan

PENYELARAS
menyelaras semua aktiviti dan membandingkan dengan kos yang terlibat

jumlah geran yang diluluskan borang perjanjian kontrak dengan LPKM diteliti dan ditandatangani peruntukan yang diluluskan mencukupi aktiviti yang akan dilaksanakan mempunyai peruntukan yang mencukupi akaun semasa pertubuhan telah sedia untuk digunakan semua perbelanjaan dicatatkan dengan kemas dalam satu Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan semua bayaran diluluskan oleh Bendahari pertubuhan atau pihak yang diberikan kuasa Semua perbelanjaan hendaklah menunjukkan bukti perbelanjaan yang dibuat pertubuhan telah memberikan maklumat bank dan No. Akaun Semasa yang betul kepada LPKM Mengemukakan Penyata Bank bagi mengesahkan setiap tranksaksi

Tanggungjawab Bahagian Kewangan LPKM

bayaran mula diproses sebaik sahaja menerima Arahan Bayaran daripada Bahagian Perancangan dan Penilaian Program untuk berbuat demikian. Cek akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari daripada pengesahan penerimaan Arahan Bayaran berserta dokumen yang lengkap Cek dihantar secara pos berdaftar ke alamat pertubuhan atau dikreditkan terus ke akaun NGO Semua bayaran akan dibuat ke No. Akaun yang disahkan oleh Pertubuhan. Sebarang pertukaran Akaun tidak akan dibenarkan kecuali pertubuhan membuat permohonan pertukaran no. Akaun dengan menyertakan Minit Mesyuarat Pertubuhan yang membenarkan pertukaran akaun dibuat.

Bagaimana menguruskan geran LPKM dengan berkesan? Sila pastikan

pertubuhan menyemak bajet yang diluluskan oleh LPKM aktiviti yang perlu dijalankan oleh pertubuhan tempoh projek diluluskan ? pertubuhan mendapatkan jadual pelaksanaan projek yang diluluskan oleh LPKM pecahan peraturan bayaran yang ditetapkan oleh LPKM

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 3

JADUAL PEMBAYARAN GERAN


Bil 1. Kategori kelulusan Peratus Pembayaran Dokumen yang diperlukan 1. Surat Setuju Terima \ 2. Surat Setuju Terima Geran yang ditandatangani dan dimeterai 1. Pelan Pelaksanaan Program terkini 2. Perincian Perbelanjaan terkini 1. Laporan Akhir (termasuk Penyata Kewangan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

JADUAL PEMBAYARAN GERAN


Bil 2. Kategori kelulusan RM10,001 sehingga RM100,000 Peratus Pembayaran Dokumen yang diperlukan 1. Surat Setuju Terima \ 2. Surat Setuju Terima Geran yang ditandatangani dan dimeterai 1. Pelan Pelaksanaan Program terkini 2. Perincian Perbelanjaan terkini 1. Laporan Akhir (termasuk Penyata Kewangan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

RM10,000 dan ke bawah

10% 80% 10%

30% 40% 30%

JADUAL PEMBAYARAN GERAN


Bil 3 Kategori kelulusan RM100,001 dan ke atas Peratus Pembayaran Dokumen yang diperlukan 1. Surat Setuju Terima \ 2. Surat Setuju Terima Geran yang ditandatangani dan dimeterai 1. Pelan Pelaksanaan Program terkini 2. Perincian Perbelanjaan terkini 1. Laporan Naziran 1. Laporan Akhir (termasuk Penyata Kewangan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

10% 40% 40% 10%

CONTOH KES BAYARAN GERAN LPKM

*Lembaga Berhak mengubah dan meminda jadual pembayaran geran ini dari masa kesemasa jika difikirkan patut dan sesuai di atas budibicara penuhnya.

PENGURUSAN KEWANGAN PERTUBUHAN YANG BERKESAN


GERAN DILULUSKAN 1.1.2011 SEBANYAK RM120,000

Kajian Kes
Bajet Aktiviti Tempoh Projek Jadual Pelaksanaan Pecahan peratusan Bayaran

Bayaran mengikut pecahan peratusan yang ditetapkan 10% 40% 40% RM12 RIBU RM48,000 RM48,00

10% RM12,000
PROJEK SIAP 31 .3.2011

-----------------

RM120,000 Lampiran A 3 bulan Lampiran B Lampiran C

1. 2.

SURAT SETUJU TERIMA DOKUMEN PERJANJIAN

JADUAL PROGRAM DILULUSKAN


-Kos Mesyuarat

LAWATAN PASUKAN PEMANTAUAN

LAPORAN AKHIR PROJEK DISIAPKAN -Bayaran langsai apa-apa bil yang masih belum jelas.

APA NAK BUAT??? Pesediaan Projek


-Kos Pentadbiran Projek --Kos Bayaran Deposit - Preminilary Cost - Kos Bayaran Stamping

-Kos Membiayaai Projek -Kos Membeli peralatan untuk mengadakan Projek --Kos Bayaran Penceramah - Kos Pentadbiran

-Kos Membiayaai Projek -Kos Membeli peralatan untuk mengadakan Projek --Kos Bayaran Penceramah - Kos Pentadbiran

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 3

PERLU DI INGAT
SEMUA WANG YANG DIPERUNTUKAN PERLU

Sebarang Pertanyaan Berkenaan dengan bayaran bolehlah menghubungi:


Unit Kewangan Dan Akaun Bahagian Khidmat Pengurusan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia No. Telefon : 03 8888 7700 samb. 226 (Encik FuadPengurusan Bayaran Geran), 229 (Puan Shafawati Bte Jamal Pengurusan Cek)

DIBELANJAKAN BAGI MELAKSANAKAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN PERBELANJAAN MESTILAH BERHEMAH, WALAU BAGAIMANAPUN PERTUBUHAN DISASARAN SUPAYA TIDAK MENGURANGKAN KOS SEKIRANYA KUALITI PROGRAM TERJEJAS, UTAMAKAN KUALITI PELAKSANAAN PROJEK.

Terima kasih

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul

Asas Promosi Kesihatan Unit 3: Komunikasi Dalam Promosi Kesihatan

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

UNIT 3: KOMUNIKASI DALAM PROMOSI KESIHATAN


1.0 Pengenalan

Komunikasi merupakan satu proses sesuatu idea dipindahkan daripada sumber kepada penerima dengan harapan akan memberi kesan kepadanya supaya dapat mengubah tingkah lakunya. Justeru, pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi amat penting kepada pendidikan masyarakat supaya penyebaran maklumat akan lebih berkesan. Modul ini memberi penekanan kepada asas berkomunikasi serta idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej promosi kesihatan. Unit ini dibahagikan kepada 3 topik utama dan kesemua topik tersebut boleh dikendalikan dalam Rancangan Pembelajaran seperti berikut: (i) (ii) (iii) Kepentingan komunikasi di kalangan pertubuhan Mengenal pasti dan mengatasi halangan komunikasi Kaedah penyampaian maklumat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.0

Rancangan Pembelajaran

2.1

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PERTUBUHAN


Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 2 Menerangkan tujuan berkomunikasi dalam promosi kesihatan. Menyatakan elemen utama dalam proses komunikasi.

2.1.1 Objektif Pembelajaran

2.1.2 Kaedah
Ceramah Sesi soal jawab

2.1.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.1.4 Jangka Masa


45 minit

2.1.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PERTUBUHAN melalui proses seperti: Soal jawab dan perbincangan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.2

MENGENAL PASTI DAN MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI


Pada akhir sesi, peserta akan dapat: Mengenal pasti halangan-halangan semasa berkomunikasi. Menerangkan cara-cara mengatasinya. Menerangkan cara-cara komunikasi berkesan.

2.2.1 Objektif Pembelajaran

2.2.2 Kaedah
Fasilitator menerangkan kepada peserta tentang halangan yang boleh berlaku dalam proses komunikasi. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Tugaskan peserta pertama dari setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit peserta diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan berurutan sehingga peserta akhir. Semasa proses ini kumpulan lain dikehendaki menimbulkan gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat bising dan sebagainya. Peserta terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat semula mesej. Setelah gerakerja selesai, mesej dibaca dan dibandingkan dengan yang asal. Mengutarakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi dan syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta fasilitator.

2.2.3 Bahan/ Peralatan


Flipchart Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.2.4 Jangka Masa


15 minit

2.2.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu MENGENAL PASTI DAN MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI melalui proses seperti: Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

2.3

KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT


Pada akhir sesi, peserta akan dapat: Mengenal pasti kaedah penyampaian yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti promosi kesihatan. Menggunakan kemahiran menggunakan kaedah-kaedah komunikasi. Mengaplikasi kaedah-kaedah komunikasi.

2.3.1 Objektif Pembelajaran

2.3.2 Kaedah
Ceramah Sesi soal jawab

2.3.3 Bahan/ Peralatan


Papan tulis Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP Komputer riba Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.3.4 Jangka Masa


1 jam

2.3.5 Penilaian
Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apakah itu KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PERTUBUHAN melalui proses seperti: Soal jawab dan perbincangan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.0 3.1

Kandungan topik Unit 3: Komunikasi Dalam Promosi Kesihatan Topik 1: Kepentingan Komunikasi Di Kalangan Pertubuhan

Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi pihak pertubuhan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran serta kepercayaan tentang promosi kesihatan dan tanggapan terhadapnya. Komunikasi juga diharapkan dapat merapatkan jaringan persahabatan antara peserta dan pihak pertubuhan dengan MySihat. Komunikasi yang berkesan di kalangan pertubuhan amat penting dalam promosi kesihatan dari segi: (i) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pertubuhan dalam mempromosikan kesihatan. (ii) Menyampaikan maklumat yang tepat dan betul supaya dapat mengelakkan percanggahan maklumat. (iii) Membentukkan jaringan komunikasi antara pertubuhan yang melaksanakan program promosi kesihatan dengan pelbagai pihak yang terlibat iaitu peserta, institusi, pihak swasta, pemimpin masyarakat. 3.1.1 Definisi Komunikasi Komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris Communication yang berakar daripada perkataan Latin Communis yang bererti sama. Terdapat pelbagai definisi yang dikaitakan dengan istilah komunikasi: a) b) c) Proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej. Proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar ideaa, maklumat dan perasaan. Proses interaksi antara manusia, iaitu orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

3.1.2 Konsep Komunikasi Mansor Ahmad Saman et al. (1984) menyatakan bahawa apabila berkomunikasi, kita ingin mewujudkan suatu keadaan iaitu kita cuba mencari atau membentuk satu kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang lain yang terlibat dalam proses komunikasi. Dalam komunikasi, pemikiran, kepercayaan, nilai sosial dan lain-lain lagi yang kita ucapkan kepada orang lain bertujuan untuk mencari persamaan. Dengan kata lain komunikasi adalah satu proses di mana sesuatu ideaal, nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan dipindahkan serta dikongsikan oleh seseorang individu dengan individu lain.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 5

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Laurel dan Peter(1998) menjelaskan bahawa komunikasi sebagai ideaa yang melibatkan pengaliran maklumat di antara sumber dan penerima. Dalam keadaan tertentu komunikasi memerlukan perkongsian maklumat atau maksud di antara sumber dengan penerima berasaskan set peraturan yang biasa. McGruire (1984) pula menyatakan komunikasi kesihatan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat umum tentang bahaya penyakit, memberi motivasi untuk mengelakkan daripada risiko penyakit, memberi latihan kepada mereka dari segi kemahiran gaya hidup yang sihat dan menanamkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Roger (1966) menerangkan bahawa komunikasi kesihatan merupakan sebahagian komunikasi manusia dengan tumpuan ditekankan kepada bagaimana individu berurusan dengan isu-isu berkaitan kesihatan. Ini merujuk kepada apa sahaja jenis komunikasi manusia yang berhubung kait dengan kesihatan.

3.1.3 Elemen-Elemen Penting Dalam Komunikasi a) Jenis Komunikasi (i) Komunikasi lisan (verbal communication) Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan bahawa bahasa merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan silaturahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan.

(ii)

Komunikasi bukan lisan (non-verbal communication) Komunikasi bukan lisan merupakan pelengkap kepada jenis komunikasi antara individu yang menggunakan isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi seperti nada suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan yang kadang kala berlaku secara tidak disedari.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Komunikasi dalam bentuk tanpa lisan dapat menggambarkan emosi dan perasaan sebenar penyampai. Komunikasi lisan lebih berkesan jika diiringi dengan komunikasi tanpa lisan. Kajian oleh Birdwhistell (1955) menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974) pula menghuraikan bahawa 93% daripada makna yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang di luar daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej visual seperti gambar, lukisan atau ilustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media massa seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Sementara komunikasi imej bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi unutk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.

b)

Proses Komunikasi Proses komunikasi dapat digambarkan sebagai satu aliran penyampaian mesej atau maklumat berpunca daripada sumber sehingga sampai kepada penerima melalui saluran yang digunakan. Saluran yang digunakan boleh jadi dalam bentuk komunikasi antara individu atau tanpa lisan menggunakan pelbagai media yang boleh mencapai khalayak penerima. Contohnya, komunikasi melalui media terhad seperti menggunakan poster, pamflet dan video atau media yang bersifat massa seperti akhbar, televisyen dan radio. Aliran maklumat akan lengkap apabila wujudnya maklum balas daripada penerima kembali kepada sumber yang mengeluarkan maklumat tersebut.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Gambar Rajah 3.1:

Gambaran proses komunikasi

3.2

Topik 2: Mengenal Pasti dan Mengatasi Halangan Komunikasi

Halangan luar dan dalam menjadi masalah utama untuk mencapai komunikasi berkesan. Ia boleh berlaku di semua peringkat dalam proses komunikasi. Kemahiran mengenalpasti dan mengatasikan halangan membolehkan komunikasi berlangsung dengan berkesan. Secara ringkasnya terdapat beberapa bentuk halangan dalam komunikasi di pelbagai peringkat yang disenaraikan seperti dalam Jadual 3.1. Halangan-halangan boleh diatasi melalui pelbagai pendekatan yang sesuai mengikut situasi yang dihadapi oleh pertubuhan. Jadual 3.1: Halangan-halangan komunikasi di pelbagai peringkat dan cara mengatasinya

PERINGKAT HALANGAN

HALANGAN-HALANGAN
a) Bahasa sukar difahami

CARA MENGATASI
Penggunaan bahasa yang senang, jelas dan mudah difahami serta berilustrasi.

SUMBER

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
CARA MENGATASI
Memerhati reaksi penerima, mengubah suai gaya persembahan dan banyakkan penggunaan alat pandang dengar yang anda mahir. Pertingkatkan kemahiran dan gunakan alat pandang dengar yang anda mahir. Buat tinjauan awal. Sesuaikan topik dan mesej dengan jarak. Buat tinjauan awal. Sesuaikan topik dan mesej dengan keupayaan khalayak. Peka dengan reaksi yang ditunjukkan dan dan diberi maklum balas kawalan. Tingkatkan keyakinan, kawal diri dan hormati orang lain. Dorong kepada komunikasi dua hala. Minimumkan gangguan dengan mendapatkan tempat yang lebih sesuai. Minimumkan gangguan dengan mendapatkan tempat yang lebih sesuai. Ubah susunatur mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan Buat tinjauan awal. Cari alternatif lain atau jangan gunakan langsung. Rancang penggunaan masa yang saksama.

PERINGKAT HALANGAN

HALANGAN-HALANGAN
b) Gaya kurang menarik

c)

Penggunaan alat pandang dengar kurang berkesan Jarak komunikasi yang jauh Perbezaan fisiologi (umur, jantina, kesempurnaan anggota dll) Perbezaan nilai

d)

e)

f)

g)

Sifat agresif atau pasif

h)

Komunikasi berbentuk sehala Kacau ganggu

MESEJ

a)

b)

Hilang tumpuan kerana persekitaran yang tidak selesa (sejuk/ panas) Susun atur duduk tidak menyenangkan

c)

d)

Gangguan mekanikal alat pandang dengar Proses komunikasi terlalu lama

e)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
CARA MENGATASI
Beri/ dapatkan maklum balas tentang kebolehfahaman bahasa yang digunakan. Beri/ dapatkan maklum balas serta respon secara jujur. Beri/dapatkan maklum balas serta respon secara jujur. Gunakan kaedah berkumpulan seperti group dynamics. Rapatkan jurang melalui komunikasi dua hala. Analisis pendengar/ khalayak.

PERINGKAT HALANGAN

HALANGAN-HALANGAN
a) Bahasa sukar difahami

PENERIMA

b)

Topik kurang menarik/tidak sesuai Perbezaan fisiologi (kecacatan) Bersikap dogmatik

c)

d)

e)

Perbezaan tanggapan dan nilai Perbezaan tahap pendidikan dan pengetahuan Perbezaan sosiobudaya

f)

g)

Wujudkan keseimbangan pendapat. Gunakan budi bicara.

h)

Gangguan psikologi dan fizikal

3.3

Topik 3: Kaedah Penyampaian Maklumat

Penerimaan ke atas pengetahuan, sikap, nilai dan amalan baru ditentukan oleh keupayaan sumber untuk mempengaruhi penerima. Kemahiran berkomunikasi dan pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai dapat membantu meningkatkan kekesanan penerimaan. Melalui pendekatan secara individu dan berkumpulan, pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan oleh pendidik rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti promosi kesihatan. 3.3.1 Pemilihan kaedah penyampaian Pemilihan kaedah penyampaian yang sesuai ditentukan oleh beberapa kriteria: Bilangan peserta yang terlibat dalam aktiviti. Sumber yang ada seperti bahan, alat pandang dengar, tenaga manusia dan sebagainya. Ciri-ciri sasaran termasuk tahap pengetahuan dan fisiologi.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 10

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
setakat penambahan

Objektif perubahan yang diingini sama ada pengetahuan atau sikap mahupun tingkah laku. Persekitaran tempat dan sisio-budaya. Kombinasi kaedah komunikasi.

3.3.2 Kaedah-kaedah dalam komunikasi Kaedah 1: Main Peranan A. PENGENALAN Dalam aktiviti Promosi Kesihatan pelbagai kaedah pembelajaran boleh diguna pakai bagi memastikan keberkesanan penyampaian sesuatu mesej. Salah satu aktiviti yang sering digunakan ialah main peranan. B. DEFINISI Main peranan merupakan suatu kaedah pembelajaran yang diperolehi dari kisah-kisah yang benar berlaku dengan tingkah laku spontan dan realistik bertujuan untuk membantu peserta memperolehi nilai-nilai dalam amalan kesihatan tertentu. Main peranan membantu meningkatkan penglibatan dan minat peserta dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran bagi menangani masalah, memberi pelbagai alternatif penyelesaian dan mencari penyelesaian yang kreatif dan unggul. Main peranan adalah cara terbaik dalam membina kemahiran melalui inisiatif, komunikasi, penyelesaian masalah, kesedaran diri dan bekerjasama dalam satu kumpulan.

C. OBJEKTIF Main peranan bertujuan: a) Memberi pembelajaran berasaskan pengalaman yang dipersembahkan kepada peserta. Sebagai persediaan menghadapi sesuatu situasi pada masa hadapan sama seperti yang dipersembahkan. Memberi kemahiran pembelajaran baru dalam pelbagai aspek seperti: Menjelaskan sesuatu isu dengan lebih mendalam. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Membina keyakinan diri. Membentuk motivasi diri di kalangan peserta. Membentuk kemahiran berfikir secara spontan.

b)

c)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Menggambarkan sikap, nilai dan kepercayaan yang dimiliki oleh pemain peranan. Penggunaan pelbagai kaedah penyelesaian masalah. Menggalakkan pemikiran kritis.

D. PROSES Sebelum aktiviti main peranan dijalankan, persediaan tertentu perlu dibuat: a) Objektif pembelajaran Objektif pembelajaran perlu ditentukan sesuai dengan senario yang akan dipersembahkan kepada peserta. Objektif pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap. b) Pemilihan tempat, peralatan dan masa Pemilihan tempat, masa dan peralatan perlu ditentukan bersesuaian dengan objektif memainkan peranan. c) Senario Senario yang dibuat mestilah memenuhi objektif main peranan yang akan dilakukan dan senario yang dipersembahkan mesti mengambil kira keperluan peserta serta pendek dan tanpa skrip. d) Pemain peranan Pemain yang memainkan peranan terdiri dari peserta yang memegang watak dan peranan tertentu dalam senario yang dipersembahkan. e) Peranan pemain Peranan pemain adalah memainkan peranan watak dalam senario yang dipersembahkan secara aktif dan spontan. f) Penerangan peranan pemain dan pemerhati Penerangan tentang watak yang perlu dimainkan oleh pemain hendaklah dijelaskan oleh pengajar atau fasilitator sebelum aktiviti dijalankan. Penerangan juga harus diberikan kepada pemerhati tentang peranannya semasa proses main peranan berlangsung. g) Kad main peranan Merujuk kepada tugas yang perlu dimainkan oleh pemain peranan dalam aktiviti main peranan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 12

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

h)

Senarai semak Senarai semak merujuk kepada perkara-perkara yang perlu diperhatikan oleh fasilitator dan pemerhati. Senarai semak boleh digunakan dalam proses perbincangan atau penilaian di akhir sesi nanti.

E. PELAKSANAAN a) Dalam melaksanakan aktiviti main peranan, pengajar atau fasilitator akan memberi penerangan tentang: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Definisi main peranan Objektif pembelajaran Senario Peranan setiap watak yang dilakonkan Situasi di mana persembahan patut dibuat

b) Fungsi fasilitator: (i) (ii) (iii) Menggalakkan peranan dimainkan dalam keadaan tidak formal. Tidak memaksa seseorang untuk memainkan peranan. Membiarkan pemain memainkan peranan masing-masing dengan bebas. Memastikan pemerhati senyap, menumpukan dan pemerhatian mereka. mencatatkan

(iv)

(v)

Sekiranya tujuan main peranan telah tercapai atau proses tersebut telah menyimpang daripada tujuan asal atau pemain ketandusan ideaa, fasilitator perlu memberhentikan proses main peranan. Mengelakkan dari memalukan pemain dengan memaparkan kisah peribadi mereka.

(vi)

(vii) Fasilitator tidak seharusnya menentukan apakah hasil yang diingini semasa proses main peranan. (viii) Mencatatkan soalan, pemerhatian ketika proses main peranan berlangsung.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 13

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

F. DEROLING Merujuk kepada pemberitahuan kepada pemain tentang aktiviti main peranan telah tamat. Ia melibatkan perlucutan tanda nama pemain dan pemain dikembalikan kepada personaliti yang asal. Pemain selanjutnya akan disoal oleh fasilitator tentang perasaan semasa memainkan peranannya dalam senario tersebut. Derolling boleh dilakukan melalui memberi komen-komen yang berbentuk positif, menggalakkan pemain bercakap dan mendapat komen dari pemerhati lain yang terlibat semasa main peranan berlangsung.

G. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan Berupaya menerokai pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Menjelaskan norma, nilai, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. Berupaya menyelami (go in depth) masalah dan teknik penyelesaian masalah tersebut. Membina kemahiran kendiri seperti berkomunikasi secara berkesan, kemahiran mempengaruhi dan kemahiran memujuk. Boleh berbincang isu dengan lebih mendalam. Peserta berpeluang untuk menjiwai situasi sebenar (empati). Memberi pengalaman kepada peserta terhadap situasi sebenar. Interaksi yang bebas di antara peserta dan tidak terikat dengan skrip. Dapat mengubah sikap dan persepsi peserta. Penglibatan secara menyeluruh (affective and cognitive) daripada peserta. b) Kelemahan Perlu melalui proses-proses tertentu sehingga mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keputusan Fasilitator memerlukan kemahiran yang tertentu untuk membantu peserta Hanya melibatkan sekumpulan kecil peserta (5 - 15 orang) Memerlukan peserta yang benar-benar memberikan komitmen Sesetengah peserta terbawa-bawa dengan watak yang dimainkan Kadangkala matlamat akan terpesong memandangkan tidak mempunyai satu struktur yang tetap.

H. PENILAIAN Setelah aktiviti memainkan peranan selesai dijalankan maka aktiviti perbincangan di antara pengajar, pemain dan pemerhati dilakukan. Perbincangan boleh berkisar kepada perkara seperti berikut:
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 14

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

a)

Adakah memainkan peranan tersebut mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Apakah peranan yang dimainkan dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Bagaimana setiap watak dalam senario berinteraksi di antara satu sama lain. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat. Bagaimanakah ianya boleh diperbaiki? - Adakah terdapat alternatif lain (boleh membuat lakonan semula). Gangguan luaran (sekiranya ada) dalam pelaksanaan aktiviti tersebut Ideaa yang baru muncul dalam aktiviti tersebut. Adakah sesiapa yang merasakan dirinya dimanipulasikan? Adakah kumpulan mendapat faedah dalam aktiviti memainkan peranan tersebut. Lain-lain perkara yang timbul dari aktiviti tersebut.

b)

c)

d) e)

f) g) h) i)

j)

Kaedah 2: Nasihat Individu A. PENGENALAN Pelbagai kaedah pendidikan kesihatan boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar. Kaedah yang dipilih bergantung kepada beberapa perkara seperti kumpulan sasar yang terlibat, isu yang dibincangkan, setting pendekatan itu dilaksanakan, masa pendekatan digunakan dan lain-lain perkara. Salah satu kaedah pendidikan yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar ialah melalui nasihat individu.

B. DEFINISI Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), menyatakan nasihat merupakan ajaran, petunjuk yang baik dan peringatan. Mengikut Gary Eggar (1992) proses nasihat individu sangat berpengaruh bagi menyampaikan maklumat kesihatan. Maklumat yang disampaikan melalui nasihat individu akan dapat disebarkan dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan dan citarasa peserta. Satu kelebihan kaedah ini ialah membolehkan pemberi khidmat nasihat mendapatkan maklum balas dengan segera daripada peserta. Kaedah ini boleh membantu mengubah sikap dan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 15

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

tingkah laku peserta kerana kaedah ini lebih personalised and customised kepada peserta. Menurut Lawrence Green, kaedah ini merupakan satu kaedah yang paling bersifat individu dalam kaedah pendidikan (the most personalised of all teaching methods) dan dianggap sebagai kaunseling dalam setting pendidikan pesakit. Oleh itu nasihat individu merupakan satu kaedah dalam menyampaikan mesej kepada peserta dan ianya adalah komunikasi secara bersemuka dan merupakan satu teknik komunikasi dua hala. Nasihat individu adalah pendekatan yang difokuskan kepada seseorang individu dalam usaha menyampaikan mesej. Ia melibatkan hanya dua orang individu iaitu penyampai dan penerima.

C. OBJEKTIF a) Memberi maklumat secara jelas dan tepat tentang sesuatu perkara kepada peserta. Menyokong usaha ke arah mengubah sikap dan tingkah laku peserta. Membolehkan peserta memberi maklum balas secara terus (spontan).

b) c)

D. PROSES Untuk melaksanakan kaedah ini beberapa peringkat perlu diambil kira bagi memastikan nasihat individu dapat dilakukan dengan berkesan. Peringkat tersebut ialah: a) Peringkat Persiapan (i) Alat Bantu Menyediakan peralatan bantu mengajar yang sesuai digunakan semasa sesi nasihat individu. Sebagai contoh bahan-bahan seperti videao, bahan bercetak termasuk risalah dan poster, flip chart, model, slaid dan sebagainya. (ii) Persiapan Tempat Tempat untuk mengadakan nasihat individu mestilah sesuai dan boleh diistilahkan sebagai memenuhi ciri-ciri kerahsiaan yang diperlukan semasa proses tersebut dilakukan. Tempat yang hendak digunakan mestilah memberi keselesaan kepada individu yang terlibat dari aspek cahaya, udara dan lain-lain.

b)

Peringkat Nasihat Individu (10 15 minit) (i) Sukarelawan pertubuhan mengucapkan salam/ selamat datang/ selamat pagi/ petang kepada peserta. (ii) Sukarelawan pertubuhan perlu memperkenalkan diri, memberitahu tujuan, mempersilakan duduk, bertanyakan khabar serta masalah dan latar belakang peserta.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 16

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(iii)

Sukarelawan pertubuhan memberikan khidmat nasihat berdasarkan masalah khusus peserta. Sebagai contoh nasihat pemakanan, masalah obesiti, masalah stress, tip-tip berhenti merokok, kesan merokok, penjagaan kaki, penyusuan dan sebagainya. Sesi soal jawab Sukarelawan pertubuhan memberi peluang kepada peserta menanyakan soalan sekiranya peserta tidak menyoal. Sukarelawan pertubuhan memberikan bahan rujukan atau bahan-bahan bercetak mahupun elektronik sebagai bahan sokongan kepada khidmat nasihat yang diberikan. Memberi tarikh temu janji seterusnya (jika perlu) dan memberi motivasi serta mengucapkan terima kasih. Dicadangkan sesi nasihat individu boleh dijalankan dalam jangka masa 10 15 minit atau berdasarkan kepada masalah dan keperluan peserta.

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Beberapa kebaikan dapat diperolehi dengan mengadakan sesi nasihat individu iaitu: Memenuhi kehendak peserta. Maklumat yang tepat dan cepat dapat disampaikan. Maklum balas yang cepat diperolehi. Perubahan sikap dan tingkah laku boleh berlaku. Peserta dapat meluahkan masalah yang dihadapi dan menjelaskan masalah dengan lebih lanjut.

b)

Walau bagaimanapun nasihat individu juga mempunyai kelemahan tertentu antaranya ialah : Merupakan satu aktiviti intensif yang memerlukan banyak sumber iaitu dari segi tenaga kerja, masa dan kos. Halangan dari segi jantina dan masalah-masalah berkaitan dengan seks sukar dibincangkan secara terbuka. Masalah yang dibincangkan tidak dapat berkongsi dengan orang lain dalam kumpulan yang besar untuk mendapatkan sokongan sosial.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 17

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Nasihat individu memerlukan anggota kesihatan yang mahir dan terlatih dalam bidang tersebut. Nasihat individu boleh mewujudkan hubungan erat atau rapat dan menjadi peribadi di antara peserta dengan sukarelawan pertubuhan.

F. PENILAIAN Penilaian kepada kaedah nasihat individu boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu :a) Kefahaman peserta terhadap permasalahan yang dialami Keberkesanan nasihat individu boleh dinilai dengan senarai semak yang berkaitan melalui kefahaman peserta terhadap masalah. b) Kekerapan lawatan ulangan Untuk peserta yang memerlukan temu janji, penilaian boleh dibuat melalui kekerapan beliau datang ke klinik dan perubahan yang dibuat oleh peserta tersebut berdasarkan khidmat nasihat yang diberi iaitu sama ada dipatuhi ataupun tidak. c) Peningkatan skil atau kemahiran peserta Keberkesanan nasihat individu boleh dinilai dengan pemantauan ke atas peningkatan skil atau kemahiran peserta dalam mengendalikan permasalahan yang dihadapi. Contohnya, pemilihan makanan yang betul untuk menurunkan berat badan ataupun penjagaan kebersihan diri semasa mengandung.

Kaedah 3: Kem Kesihatan A. PENGENALAN Program promosi kesihatan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan kumpulan sasar sesuai dengan skop dan matlamat sesuatu program. Pelbagai pendekatan dan aktiviti boleh dilakukan untuk mencapai matlamat promosi kesihatan yang melibatkan masyarakat. Salah satu pendekatan yang sering dianjurkan di dalam masyarakat berkaitan dengan promosi kesihatan ialah kem kesihatan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 18

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

B. DEFINISI Kem Kesihatan adalah satu kaedah promosi dan pendidikan kesihatan yang mempunyai berbagai-bagai aktiviti. Program ini boleh melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. C. OBJEKTIF Kem Kesihatan dianjurkan dengan objektif untuk: a) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat pengesanan dan rawatan awal penyakit-penyakit. b) c)

mengenai

Meningkatkan pengesanan awal dan pengawalan penyakit-penyakit. Meningkatkan kesedaran kesihatan yang sedia ada. mengenai kemudahan dan perkhidmatan

d)

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat.

D. PROSES a) Persediaan Sebelum Kem Kesihatan: (i) Menentukan tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan kem kesihatan. (ii) Menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan diperlukan semasa kem kesihatan dianjurkan. (iii) Menentukan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan kem kesihatan seperti peruntukan kewangan, petugas-petugas terlibat, peralatan yang diperlukan serta logistik yang berkaitan. Menyediakan jadual bertugas dan pembahagian tugas yang jelas untuk pegawai-pegawai yang terlibat semasa kem kesihatan berlangsung. Menyediakan senarai aktiviti yang akan diadakan semasa kem kesihatan dan membuat penyelarasan bagi memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. Mengadakan publisiti dan promosi berkaitan dengan Kem Kesihatan yang akan dianjurkan bagi maklumat dan menarik penyertaan di kalangan kumpulan sasar. Membuat persiapan dan menguruskan semua aktiviti-aktiviti yang dirancang sebagai contoh untuk mengadakan kuiz kesihatan penganjur perlu menyediakan soalan dan jawapan kuiz, hakim pertandingan dan hadiah pertandingan.

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 19

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(viii)

Membuat persiapan untuk dokumentasi seperti penggambaran, borang penilaian dan soal selidik serta lain-lain perkara yang berkaitan.

b) Persediaan Semasa Kem Kesihatan (i) Majlis perasmian kem kesihatan boleh dirasmikan oleh pemimpin tempatan dan di majlis tersebut pelbagai aktiviti yang sesuai boleh diatur seperti ucapan perasmian, gimik pelancaran, sumbangan pertubuhan tertentu dan lain-lain aktiviti yang sesuai. (ii) Di antara aktiviti yang dijalankan semasa kem kesihatan adalah pemeriksaan BMI, tekanan darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan sendiri payudara, pemeriksaan kesihatan mental, ujian Pap Smear, ujian tahap glukos dan kolesterol. Hasil dari pemeriksaan ini sesi kaunseling dan rujukan bagi rawatan susulan hendaklah diadakan supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera. Ceramah Kesihatan juga boleh diadakan selepas majlis perasmian (jika ada) atau pada masa sesuai. Tajuk ceramah perlu berasaskan kepada masalah dan kehendak kumpulan sasar di mana kem kesihatan dianjurkan. Perkhidmatan menderma darah boleh dilakukan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital yang berdekatan dengan lokasi kem kesihatan.

(iii)

(iv)

(v)

Pameran Kesihatan boleh dianjurkan sepanjang kem ini dijalankan. Pameran dari agensi dan jabatan lain boleh diadakan bersama sekiranya sesuai dengan skop kem kesihatan. Aktiviti demonstrasi boleh dilakukan semasa kem kesihatan untuk menarik minat penglibatan dan penyertaan komuniti. Antara demonstrasi yang sesuai dilakukan seperti Memasak Menu Sihat, mengadakan demonstrasi bantuan CPR, senaman menggunakan Fitballrobik. Pertandingan Mewarna/Memasak/Kuiz Kesihatan perlu menguruskan peserta pertandingan/melantik hakim pertandingan/membuat persiapan hadiah kepada pemenang.

(vi)

(vii)

E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan: Dapat mengeratkan hubungan sama ada kepada komuniti, pekerja ataupun pelajar. Menguatkan jati diri. Pendedahan kepada perkara baru yang memberi manfaat.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 20

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

b) Kelemahan: Kos penganjuran yang tinggi. Kesukaran untuk menarik orang ramai.

F. PENILAIAN Untuk menilai keberkesanan kem kesihatan beberapa jenis penilaian boleh dibuat : a) Penilaian proses di mana dapat dinilai dengan melihat bilangan kehadiran kumpulan sasar, penglibatan agensi yang berkaitan dengan kem kesihatan dalam penglibatan setiap aktiviti yang dianjurkan. b) Penilaian sebelum dan selepas (pre & post) untuk melihat tahap pengetahuan berkaitan dengan aktiviti tertentu kaedah ini boleh digunakan dengan mengedarkan borang penilaian awal (pre-test) sebelum kumpulan sasar mengikuti sesuatu aktiviti dan mengadakan penilaian akhir (post-test) selepas mengikuti aktiviti. Perubahan dalam tahap pengetahuan sebelum dan selepas adalah pencapaian kepada program tersebut. Untuk menguji kefahaman sesuatu proses misalnya demonstrasi dalam kem kesihatan, proses untuk mendemonstrasi semula kemahiran yang dipelajari di dalam proses demonstrasi.

Kaedah 4: Pengurusan Majlis Hari-Hari Khas Kesihatan A. PENGENALAN Program Promosi Kesihatan sering mengadakan majlis sambutan Hari Khas Kesihatan. Sambutan tersebut adalah seperti Hari Kesihatan Sedunia, Hari AIDS Sedunia, Hari Jantung Sedunia dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga majlis yang serupa berbentuk promosi seperti majlis pelancaran kempenkempen kesihatan yang mana penggelolaannya adalah hampir sama. Majlismajlis ini diadakan di pelbagai peringkat baik peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan hospital.

B. DEFINISI Hari Khas Kesihatan adalah hari yang disambut untuk memperingati isu-isu kesihatan tertentu. Di antara hari kesihatan yang utama yang disambut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah: Hari Kesihatan Sedunia Hari Jantung Sedunia Hari AIDS Sedunia
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 21

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Hari Diabetes Sedunia Hari Tanpa Tembakau Sedunia Hari Tibi Sedunia Hari Kesihatan Mental Sedunia Minggu Penyusuan Susu Ibu

Hari-hari khas ini mempunyai tarikh tertentu disambut di seluruh dunia.Selain daripda itu terdapat majlis-majlis pelancaran tertentu yang boleh dikategorikan dalam sambutan hari-hari khas kesihatan dan kebiasaannya majlis sambutan juga diadakan seperti pelancaran kempen kesihatan (Kempen Cara Hidup Sihat, Pelancaran Kempen Jom Makan, Kempen Anti-Denggi, Kempen Kebersihan Makanan). C. OBJEKTIF a) b) Untuk menyedarkan masyarakat tentang tema hari khas kesihatan. Untuk menyedarkan diadakan. masyarakat tentang kempen kesihatan yang

c)

Untuk meningkat pengetahuan, mengubah sikap dan mengamalkan tingkah laku penjagaan kesihatan berkaitan dengan tema kempen.

D. PROSES Pengendalian majlis yang lebih bermakna hendaklah melibatkan pelbagai pihak dan agensi serta pertubuhan. Dalam menguruskan majlis sambutan hari-hari khas kesihatan terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan iaitu: a) Penyediaan Kertas Kerja (i) Apabila menerima arahan atau merancang mengadakan majlis, satu kertas kerja hendaklah disediakan. Kertas kerja ini hendaklah disediakan oleh ahli jawatankuasa yang diberikan tanggungjawab. (ii) Bentangkan kertas persetujuan. kerja kepada jawatankuasa tertinggi untuk

(iii) (iv)

Dapatkan sokongan MySihat untuk menlaksanakan projek. Sekiranya telah mendapat kelulusan, tindakan seterusnya ialah menulis surat kepada pemimpin VVIP untuk merasmikan majlis sambutan.

b) Penubuhan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa (i) Setelah mendapat persetujuan pengurusan atasan atau Ketua Jabatan, jawatankuasa perlu ditubuhkan dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa. Adakalanya jawatankuasa yang ditubuhkan memerlukan beberapa kategori seperti Jawatankuasa Induk,
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 22

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Jawatankuasa Kerja atau Pengelola dan Jawatankuasa Kecil tertentu. Pada kebiasaannya, penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kecil sahaja adalah memadai. (ii) Kadangkala penubuhan Jawatankuasa yang mengelolakan majlis melibatkan pelbagai Jabatan, Agensi, NGO dan pihak yang berkaitan lain supaya majlis sambutan lebih bermakna dan mendapat penglibatan masyarakat. Dalam mesyuarat kali pertama kertas kerja hendaklah dibentangkan dan dibincangkan oleh semua ahli jawatankuasa.

(iii)

(iv)

Dalam mesyuarat tersebut perlantikan Jawatankuasa Kecil hendaklah dibuat. Kategori Jawatankuasa Kecil

Pengerusi

bagi

setiap

(v)

Jawatankuasa Kecil hendaklah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh salah seorang ahli yang menduduki Jawatankuasa Pengelola. Antara Jawatankuasa Kecil yang utama yang perlu ditubuhkan: Urus setia (dipengerusikan oleh Setiausaha) Persiapan Tempat Jamuan dan Makan Minum Sambutan dan Protokol Hadiah dan Cenderahati Publisiti Keselamatan dan Lalu Lintas Persembahan Pameran Pertandingan Kewangan Jawatankuasa-jawatankuasa lain yang dirasakan perlu

c) Penetapan Dalam mesyuarat yang diadakan (terutamanya penetapan hendaklah dibuat ke atas perkara berikut:

mesyuarat

pertama)

Siapakah yang akan merasmikan majlis? Bilakah tarikh majlis sambutan? Di manakah tempat majlis sambutan akan diadakan?

(Setiausaha perlu mendapat maklumat awal mengenai perasmi, tarikh dan tempat yang sesuai untuk dibentangkan dalam mesyuarat). d) Persediaan (i) Setelah mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang pertama diadakan semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang dilantik dikehendaki
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 23

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil masing-masing (bergantung kepada skala tugas jawatankuasa, ada kalangan Jawatankuasa Kecil tidak perlu dibentuk jika tanggungjawabnya berskala kecil). (ii) Semua Jawatankuasa Kecil dikehendaki merancang dan melaksana tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan. Senarai semak (checklist) tugas-tugas hendaklah disediakan agar tugas-tugas tertentu tidak terlepas pandang. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang berkala perlu diadakan untuk mendapatkan maklumbalas persediaan Jawatankuasa Kecil dan juga bagi menyelaras tugas yang bertindih. Setiap kali mesyuarat laporan Pengerusi Jawatankuasa Kecil diperlukan. Sehari atau beberapa hari terdekat sebelum sambutan perlu diadakan raptai. Perkara utama yang perlu diambil berat semasa raptai adalah aspek-aspek berikut: Protokol termasuk susun atur VIP (senarai bergantung pengesahan kehadiran terakhir). Persembahan (jika ada). Gimik pelancaran dan multimedia. Susunan aturcara (raptai bersama pengacara majlis yang sebenar) Perkara-perkara lain yang penting untuk disemak.

(iii)

(iv)

e) Hari Majlis (Hari Sambutan) (i) Semua Ahli Jawatankuasa dan petugas dikehendaki hadir awal ke majlis. (ii) Semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah mempastikan tugas masing-masing berjalan lancar. Atur cara Pentadbiran Perjalanan majlis hendaklah berpandukan `aturcara pentadbiran majlis. Format aturcara pentadbiran seperti Ia juga akan digunakan oleh Pengacara Majlis (MC). (iv) Seorang pengurus sambutan (event manager) hendaklah dilantik dan segala keputusan adalah di atas bahu beliau. Kebiasaannya adalah Setiausaha kepada majlis ini atau orang kanan yang dilantik oleh Setiausaha. Peralatan komunikasi seperti walkie talkie atau telefon bimbit amat diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis sambutan

(iii)

(v)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 24

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(vi) (vii)

Pastikan rakaman foto atau videao dibuat semasa majlis tersebut. Gangguan semasa majlis sering berlaku, jawatankuasa penganjur perlu bersedia menghadapi dan mengatasi sebarang masalah yang timbul akibat gangguan yang berlaku..

f) Selesai Majlis (i) Post-Mortem Sesudah majlis satu mesyuarat post-mortem hendaklah diadakan. Ia bertujuan untuk mendapat maklumbalas berkaitan dengan majlsi pelancaran yang telah dilaksanakan dan untuk dijadikan panduan bagi majlis sambutan yang akan datang. (ii) Penghargaan Surat dan sijil penghargaan hendaklah diedarkan kepada semua yang terlibat mengelolakan majlis secepat mungkin. (iii) Penyediaan Laporan Laporan bertulis hendaklah disediakan. Jika boleh laporan berbentuk videao klips/gambar foto juga disediakan. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan Majlis sambutan dapat menyedarkan masyarakat secara cepat berkaitan dengan tema hari kesihatan. Dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat secara lebih mudah berkaitan dengan mesej kesihatan. Mendapat publisiti secara mudah dan murah daripada agensi media mengenai sambutan yang diadakan. Mendapat kerjasama dan komitmen daripada pelbagai agensi yang terlibat semasa pelancaran sambutan. Meningkatkan penyertaan masyarakat berkaitan dengan sambutan yang diadakan untuk kepentingan mereka.

b) Kelemahan Memerlukan masa, tenaga dan komitmen semasa perancangan untuk mengadakan majlis sambutan. Memerlukan peruntukan kewangan yang khusus untuk mengadakan sambutan bagi membiayai makan minum, pementasan, gimik pelancaran,

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 25

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

hadiah dan sagu hati serta lain-lain keperluan logistik untuk majlis tersebut. Komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan pertubuhan kadangkala menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk menyelaraskan majlis sambutan. Kadangkala penglibatan masyarakat terhadap sambutan yang dianjurkan tidak memberangsangkan dan yang menghadiri majlis tersebut hanyalah kakitangan kesihatan.

F. PENILAIAN Berdasarkan bilangan kehadiran semasa majlis sambutan.

Kaedah 5: Ceramah A. PENGENALAN Ceramah adalah salah satu kaedah Promosi Kesihatan yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada kumpulan sasar. Ceramah merupakan kaedah berkomunikasi secara bersemuka dan melalui kaedah ini, banyak maklumat dapat disebarkan dengan cepat. Ceramah difokuskan kepada tajuk yang khusus dan melibatkan audien yang ramai. Ceramah juga sesuai diadakan di institusi atau premis seperti sekolah, pejabat, dewan orang ramai, klinik, hospital dan lain-lain. B. DEFINISI Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga (1998), pengertian ceramah adalah seperti berikut: Suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap. Ucapan membicarakan sesuatu perkara (seperti bahasa, politik dan lain-lain).

Ceramah merupakan satu proses interaksi antara penceramah dengan pihak yang mendengar bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mesej tertentu. C. OBJEKTIF Untuk menyampaikan maklumat, memberi dan meningkatkan pengetahuan serta mewujudkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat mengambil tindakan berkaitan dengan masalah kesihatan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 26

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

D. PROSES Untuk mengadakan ceramah beberapa proses perlu dilakukan dan diberi perhatian supaya ceramah yang akan diadakan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Proses-proses utama dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat: a) Analisis Situasi Analisis diri (minat pada topik, kekuatan dan kelemahan diri) Analisis audien (minat, latarbelakang, apa yang mereka tahu tentang topik, apa harapan audien) Analisis majlis (tujuan, tempat, kemudahan yang ada dan boleh dibawa, giliran berucap)

b) Peringkat Latihan Berceramah Latihan adalah perlu untuk memberi keyakinan dan menghilangkan perasaan gementar kepada penceramah terutamanya mereka yang tidak biasa menyampaikan ceramah. Mengadakan latihan di hadapan cermin bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri. Latihan juga perlu untuk memastikan tempoh masa ceramah yang diberi sesuai dengan ceramah yang akan diadakan. Melakukan latihan menggunakan alat pandang dengar sekiranya sesi ceramah tersebut memerlukan penggunaan alat pandang dengar.

c) Persediaan Berucap (talking points) (i) Pembukaan Ceramah Pembukaan ceramah dengan memperkenalkan mewujudkan kemesraan (rapport) dengan audien. diri dan

Mewujudkan suasana kontak mata (eye contact) dengan audien bagi meningkatkan keyakinan diri penceramah dan audien. Penggunaan Set Induksi, merupakan satu kaedah untuk menarik perhatian audien bagi memperkenalkan topik seperti penggunaan gambar, quotation, statement, hadis, cerita, tayangan videao ringkas dan lain-lain. Memberitahu tajuk ceramah kepada audien dan menjelaskan tujuan ceramah serta kerangka ceramah.

(ii)

Isi kandungan Memilih di antara 4 - 5 isi utama berkaitan dengan tajuk ceramah.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 27

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Setiap isi hendaklah diberi penerangan yang jelas dan mudah difahami. Memberi contoh-contoh yang relevan dan bersesuaian dengan tajuk ceramah. Memberi masa dan peluang kepada audien untuk mengemukakan soalan dalam sesi soal-jawab. Menulis isi ucapan (talking points) di atas kad kecil (cue card) sebagai rujukan.

(iii)

Penutup Di akhir sesi ceramah rumusan berkaitan dengan ideaa-ideaa penting perlu dilakukan bagi memperkukuhkan ideaa-ideaa tersebut untuk diingati dan difahami oleh audien. Mengakhiri ceramah dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran ceramah tersebut dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa ceramah diadakan.

d) Tips kepada penceramah supaya ceramah berkesan Mematikan telefon bimbit sebelum memulakan ceramah. Berdiri dengan selesa dan yakin. Melihat ke arah audien dan jangan membelakangkan audien. Semasa berceramah suara perlu dikawal supaya tidak terlalu laju dan mendatar. Menunjukkan keyakinan diri terutama dalam mengemukakan ideaa-ideaa penting. Menggunakan contoh-contoh yang menarik dan sesuai dengan tajuk ceramah. Penggunaan kad atau nota sebagai rujukan disarankan untuk membantu penceramah supaya tidak ketinggalan isu-isu utama. Menggunakan gaya tersendiri untuk menarik minat audien. Membuat persediaan dari segi fizikal dan mental sebelum mengadakan sesi ceramah. Mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan sebelum sesi ceramah untuk mengawal pernafasan.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 28

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Mengelakkan merujuk kepada nota semasa pada awal sesi ceramah kerana boleh menjejaskan kepercayaan audien kepada penceramah. Semasa sesi ceramah diadakan menggunakan perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penceramah bercakap dengan audien seperti perkataan kita, kami dan bukannya perkataan saya atau awak. Suara-suara yang tidak perlu seperti berdehem, mengeluh dan lain-lain perlu dikurangkan. Menggunakan pergerakan badan, seperti tangan, kepala dan mimik muka yang bermakna serta bersahaja boleh meningkatkan keberkesanan sesi ceramah. Menunjukkan semangat yang positif tentang ceramah dan meyakinkan audien bahawa anda gembira dengan sesi ceramah tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa berceramah, anda perlu pandai menyembunyikan kesilapan secara spontan dan tidak menunjukkan kelemahan diri.

Kaedah 6: Perbincangan Kumpulan Kecil A. PENGENALAN Perbincangan kumpulan kecil adalah salah satu aktiviti atau kaedah yang digunakan dalam komunikasi terutamanya yang berbentuk latihan atau bengkel kepada peserta. B. DEFINISI Menurut Tubbs (1998), perbincangan kumpulan kecil merupakan proses anggota-anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu dengan lain. Perbincangan kumpulan kecil ialah satu perbincangan terancang secara bersemuka antara anggota kesihatan dengan kumpulan sasar yang melibatkan bilangan ahli tidak melebihi 12 orang. C. OBJEKTIF Objektif Umum: Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kumpulan sasar terhadap masalah kesihatan tertentu serta merangsang perubahan sikap dan tingkah laku mereka.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 29

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Objektif Khusus : a) Meningkatkan kefahaman kumpulan sasaran terhadap sesuatu isu kesihatan atau penyakit melalui perbincangan, penjelasan atau keterangan. b) Mempengaruhi kumpulan sasar yang masih kurang yakin untuk mengubah tingkahlaku sedia ada dan menerima tingkahlaku yang disyorkan. c) Memupuk sokongan sosial sesama ahli kumpulan supaya mereka dapat meneruskan amalan positif yang disarankan. Menggalakkan perkongsian pengalaman, ideaa dan inovasi di kalangan ahli kumpulan dengan perbincangan berfokus kepada satu topik sahaja. Menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menjadi penghalang kepada kumpulan sasar daripada menerima cadangan amalan positif yang dicadangkan.

d)

e)

D. PROSES Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian kaedah perbincangan kumpulan kecil supaya ia dilakukan dengan terancang, lancar dan berkesan. a) Persediaan sebelum perbincangan Merancang untuk mengadakan perbincangan kumpulan kecil. Memilih tajuk yang sesuai berasaskan masalah kesihatan yang telah dikenalpasti. Memilih kumpulan sasaran dengan saiz kumpulan tidak melebihi daripada 12 orang. Mengenalpasti objektif perbincangan dan bertujuan mengatasi masalah kesihatan yang telah dikenalpasti. Memilih media pendidikan yang sesuai untuk membantu semasa perbincangan. Pemilihan media bergantung kepada mesej pendidikan kesihatan yang ingin disampaikan dan kumpulan sasar. Memilih tempat yang sesuai untuk mengadakan perbincangan kumpulan kecil seperti di dewan kuliah, ceramah. Menetapkan masa yang sesuai bagi perbincangan iaitu antara 30 minit hingga 1 jam. Memaklumkan kepada anggota kumpulan sasaran yang telah dipilih berkenaan dengan tempat, tarikh, masa dan tajuk perbincangan yang akan diadakan.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 30

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Peralatan bantu mengajar seperti kertas catatan, risalah, flyer dan alat pandang dengar boleh digunakan mengikut kesesuaian bagi meningkatkan keberkesanan perbincangan kumpulan.

b) Proses Semasa Perbincangan (i) Pengenalan Memberi salam dan memperkenalkan diri serta minta ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing. (ii) Mewujudkan kemesraan (rapport) dan suasana yang tidak formal.

Kandungan Perbincangan Perkenalkan tajuk perbincangan secara jelas dan difahami oleh anggota kumpulan. Menyatakan tujuan perbincangan kecil itu diadakan iaitu untuk membantu memberi kefahaman dan membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah kesihatan yang dibincangkan dan berkongsi pengalaman. Memberikan sedikit latar belakang masalah kesihatan terpilih seperti data semasa. Memulakan perbincangan dengan meminta setiap ahli memberi pendapat secara bergilir-gilir. Menggalakkan ahli kumpulan mengeluarkan pendapat tentang tajuk perbincangan dan kemukakan soalan. Memastikan perbincangan tidak terkeluar daripada tajuk yang dipilih. Membuat demonstrasi kesihatan jika perlu. Galakkan peserta kumpulan mengambil bahagian semasa demonstrasi bagi meningkatkan pemahaman mereka. Menghidupkan suasana perbincangan dengan menyelitkan unsur humor jika perlu. Memberi pertimbangan kepada pendapat yang diluahkan oleh ahli kumpulan dan membuat satu rumusan yang dipersetujui semua pihak terhadap tajuk yang telah dibincangkan.

(iii)

Penutup Memberi ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan di atas penglibatan mereka.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 31

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Mengulangi rumusan yang telah dicapai dan menggalakkan ahli kumpulan supaya melaksanakan apa yang telah diperolehi dalam perbincangan. Memberi peringatan untuk melihat perubahan dalam jangka waktu yang terdekat.

E. PENILAIAN a) Bilangan kehadiran ahli kumpulan sasar yang dijemput dan bilangan yang hadir. Peningkatan tahap pengetahuan ahli kumpulan melalui ujian sebelum dan selepas perbincangan kumpulan. Kehadiran ahli kumpulan dalam aktiviti susulan yang berkaitan. Perubahan dari segi penyelesaian masalah kesihatan contohnya pengurangan kejadian penyakit, peningkatan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif dan sebagainya.

b) c) d)

Kaedah 7: Dialog A. PENGENALAN Dialog ialah satu kaedah yang melibatkan pelbagai pihak pembuat keputusan dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang wujud di kalangan masyarakat. Dialog melibatkan pihak yang berkepentingan dalam isu yang dibincangkan dan keputusan boleh dicapai melalui persetujuan bersama di antara pihak yang terlibat. Dailog penting bagi program kesihatan kerana akan dapat membantu perancangan dan pelaksanaan program serta memberi maklumbalas yang dikehendaki berkaitan dengan program yang telah dan akan dilaksanakan. B. DEFINISI Menurut Kamus Dewan (1998). Dialog adalah perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka.

C. OBJEKTIF a) b) Mendapatkan pandangan dan maklum balas dalam sesuatu isu kesihatan Menyelesaikan masalah kesihatan khusus yang wujud di kalangan masyarakat
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 32

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
melaksanakan sesuatu projek atau

c)

Memberi cadangan untuk memperkenalkan projek baru

d)

Mempertingkatkan kerjasama dan penyertaan di kalangan masyarakat dalam menyelesaikan masalah kesihatan

D. PROSES Untuk mengadakan dialog, beberapa proses perlu dilalui. Sebagai contoh dialog untuk mengatasi masalah nyamuk aedes di kawasan perumahan. a) Peringkat Pertama: Perancangan Dialog (i) Mengenal pasti permasalahan kesihatan yang wujud ditempat tersebut dan mengumpul data-data yang berkaitan. (ii) Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Taman Perumahan terlibat untuk menetapkan tarikh dialog dengan penduduk berkaitan masalah tersebut. Memohon kerjasama Jawatankuasa untuk menyediakan tempat dan membuat jemputan serta hebahan kepada penduduk untuk sesi dialog. Menyediakan anggaran peruntukan dan keperluan peralatan yang akan digunakan. Membuat Jemputan kepada pegawai dari Pejabat Daerah atau pegawai dari agensi lain yang terlibat. Menyediakan skop perbincangan semasa dialog.

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

b) Peringkat Kedua : Proses Dialog (i) Pengerusi memulakan sesi dialog dengan memberikan ucapan dan kata-kata aluan (ii) Pengerusi memperkenalkan ahli-ahli panel yang terlibat dalam sesi dialog Memaklumkan tujuan dialog dan masalah yang dihadapi di kawasan perumahan Memaklumkan data-data, fakta-fakta yang berkaitan dengan masalah di kawasan perumahan Memulakan perbincangan yang melibatkan sikap dan amalan, isu-isu semasa kepada peserta dialog, beri galakan untuk terlibat dalam proses dialog dan soal jawab

(iii)

(iv)

(v)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 33

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(vi)

Ahli panel sebagai pendengar yang baik dan menjawab soalan dengan jelas Meminta cadangan dari peserta dialog berkaitan dengan cara untuk mengatasi masalah yang dibincangkan Membincangkan dengan jelas peranan ahli panel, peranan masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dibincangkan Persetujuan bersama perlu diperolehi untuk melaksanakan aktiviti intervensi menyelesaikan masalah.

(vii)

(viii)

(ix)

E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kebaikan Dialog Mendapat maklum balas dengan segera dan cepat. Mendapat penyelesaian untuk isu yang dibincangkan. Mendapatkan komitmen pihak-pihak yang terlibat. Mewujudkan kerjasama yang melibatkan semua pihak yang berkaitan.

b) Kelemahan Dialog Sukar mendapat persetujuan bersama dan akan berlaku percanggahan pendapat. Terjadinya konflik kepentingan. Sukar mendapatkan kehadiran pembuat keputusan (menghantar wakil yang tidak dapat membuat keputusan). Mengambil masa untuk melaksanakan sesuatu program atau hasil yang dicapai.

F. PENILAIAN a) Bilangan aktiviti yang dijalankan hasil daripada keputusan dialog. b) Bilangan kehadiran semasa dialog diadakan. c) Bilangan masalah yang berjaya diselesaikan hasil daripada dialog.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 34

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Kaedah 8: Forum A. PENGENALAN Forum juga adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan kesihatan yang selalu digunakan untuk membincang isu-isu yang berbangkit dengan pakar dalam bidang berkaitan dan memberi peluang kepada masyarakat mengetahui serta mengambil bahagian dalam membincangkan isu-isu tersebut dengan lebih jelas.

B. DEFINISI Menurut Ezhar Tamam (1999), Forum adalah bentuk komunikasi kumpulan kecil yang memberi peluang sepenuhnya kepada audien untuk terlibat. Ia merupakan perbincangan umum yang dikendalikan oleh seorang pengerusi. Tajuk forum ditentukan oleh pengelola dan diberitahu terlebih dahulu kepada penceramah dan hadirin. Kamus Dewan (2005), menjelaskan forum merupakan: (i) Perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam, Perantaraan untuk perbincangan terbuka, Tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka.

(ii) (iii)

Forum adalah salah satu kaedah komunikasi bersemuka bagi membincangkan isu-isu yang mempunyai kepentingan masyarakat atau kumpulan sasar tertentu bagi memberi penerangan, mendidik dan memujuk masyarakat ataupun kumpulan sasar tertentu supaya mereka dapat memahami masalah yang sedang dihadapi. C. OBJEKTIF a) Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum atau kumpulan sasar tertentu berkaitan dengan isu yang berbangkit. b) Untuk mendapatkan pandangan pakar dari pelbagai aspek. c) Untuk mengemukakan syor-syor berkaitan isu kesihatan yang dibincangkan. d) Sebagai landasan bagi percambahan dan pertukaran ideaa (Gaming Steve, 2005).

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 35

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

D. PROSES Bagi memastikan pengendalian sesuatu sesi forum yang berkesan, kaedah tersebut terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sebelum pelaksanaan sesi forum, semasa sesi forum sedang berjalan dan selepas tamat sesi forum. a) Persediaan Sebelum Forum Penganjur perlu mengambil langkah-langkah berikut : (i) Kenal pasti topik yang spesifik Untuk menarik minat dan perhatian audien dan untuk memastikan keberkesanan sesuatu sesi forum tersebut, topik yang spesifik perlulah dikenalpasti terlebih dahulu. Pengenalpastian topik adalah berdasarkan kepada tuntutan atau isu semasa. (ii) Tentukan penyelaras forum Penyelaras forum adalah individu yang bertanggungjawab berkaitan perancangan dan pelaksanaan forum. Individu tersebut juga mestilah memastikan sesi forum tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Individu tersebut perlulah mempunyai kriteria seperti berikut: Mempunyai dorongan yang kuat untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan sesi forum tersebut. Dapat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik. Memahami secara terperinci berkaitan topik yang dipilih. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan kejayaan dan kelancaran pelaksanaan sesi forum tersebut.

(iii)

Bentuk jawatankuasa kerja Jawatankuasa ini terdiri daripada sekumpulan individu yang dilantik untuk merancang dan melaksana sesi forum berkaitan. Keahlian jawatankuasa adalah pelbagai tetapi tidak perlu melebihi tujuh (7) anggota. Tugas yang perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa ini adalah: Membantu mengenalpasti panel Memastikan tata cara penggendalian forum Mempromosi dan membuat hebahan berkaitan forum

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 36

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(iv)

Lantik moderator forum Moderator mestilah individu yang berkebolehan. Moderator perlu bijak menangani serta menggalakkan sesi perbincangan dan penyertaan audien. Moderator juga perlu peka tentang topik yang dibincangkan.

(v)

Lantik ahli panel forum Ahli panel forum perlulah terdiri daripada individu yang berkebolehan, bepengalaman dan berpengetahuan berkaitan topik yang dibincangkan. Setiap ahli panel perlu bijak menyampaikan mesej dengan tepat dan berkesan kepada audien. Ahli panel juga perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Ahli panel perlu bijak menarik minat audien. Secara ringkasnya ahli panel perlulah mempunyai kriteria berikut: Dapat menarik minat audien berdasarkan karisma dan aura yang ada pada mereka. Bijak menggerakkan tempoh perbincangan berdasarkan kemahiran komunikasi yang dimiliki. Bijak mewujudkan interaksi berdasarkan topik yang dibincangkan. Bijak meninggalkan kesan pembelajaran kepada audien.

(vi)

Tentukan tarikh, jangka masa dan kos a. Tarikh Pemilihan tarikh tidak bertindih dengan acara lain. Perlu mempunyai cadangan tarikh lain. b. Jangka masa Jangka masa perlulah sesuai dengan situasi audien serta lokasi forum tersebut diadakan. c. Kos Kos ini termasuklah yuran pendaftaran, bayaran panel, sewaan tempat dan kelengkapan, makan minum serta kos lain yang berkaitan.

(vii)

Tentukan saiz audien dan lokasi Saiz audien perlulah bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. Pemilihan lokasi haruslah berdasarkan beberapa kriteria seperti: Di manakah lokasi tersebut? Apakah kebaikan menggunakan lokasi tersebut?
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 37

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(viii)

Apakah kos yang akan terlibat dan apakah kemudahan yang disediakan di lokasi tersebut? Adakah sebarang bantuan disediakan? Berapa lamakah masa yang diperlukan dalam membuat tempahan bagi mendapatkan lokasi tersebut? Berapa jauhkah lokasi tersebut daripada kemudahan perkhidmatan awam (contohnya : bas atau teksi) Jarak antara tempat duduk penonton dengan panel forum mestilah lebih dari 14 kaki Letakkan meja sebagai border antara Ahli-ahli Panel dengan penonton

Buat hebahan Hebahan perlu dibuat sebagai satu usaha promosi untuk mendapatkan penyertaan forum. Hebahan tersebut perlulah mengandungi perkara berikut: Tarikh forum Lokasi forum Kos forum (sekiranya berkaitan) Maklumat forum secara tepat dan ringkas Matlamat forum Kemudahan penginapan (sekiranya berkaitan) Kaedah pendaftaran (sekiranya berkaitan) Individu yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut

(ix)

Adakan mesyuarat jawatankuasa kerja Beberapa siri mesyuarat perlu diadakan untuk melihat perkembangan pelaksanaan forum. Individu yang terlibat dalam menggendalikan forum perlu menghadiri mesyuarat ini. Setiap ahli jawatankuasa perlu diberikan tugas yang spesifik dan diberikan dateline dalam melaksanakan tugasan tersebut. Matlamat mesyuarat adalah untuk: Mengenalpasti skop dan objektif forum Membentuk garis panduan pelaksanaan forum Menetapkan agenda dan jadual pelaksanaan Menentukan pemilihan ahli panel forum

(x)

Adakan mesyuarat panel forum Ahli panel perlu diberikan maklumat yang jelas berkaitan matlamat forum. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk: Menentukan topik yang akan diperkatakan oleh setiap ahli panel forum
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 38

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Kenalpasti Ahli-Ahli Panel dan Pengerusi Forum yang sesuai dengan tema atau tajuk forum Menjelaskan objektif forum kepada ahli panel Menentukan abstrak dan format persembahan (xi) Koordinasi set-up lokasi Menentukan floor plan forum Menentukan kelengkapan audio visual dan kos Menentukan persediaan makan minum dan kos Menentukan sumber manusia yang akan bertugas sepanjang perjalanan forum Menentukan jadual perjalanan forum seperti yang dirancang

b) Semasa Forum (i) Kendalikan Sesi Forum (ii) Menyambut kedatangan jemputan dan peserta forum. Mengagihkan tanda nama, kertas kerja forum atau bahan-bahan lain. Memastikan sistem AVA berfungsi dengan baik. Koordinasi dengan jawatankuasa, moderator dan panel di atas keperluan mereka. Menugaskan anggota berkaitan untuk mencatatkan isi perbincangan forum bagi persediaan penulisan laporan.

Juruacara majlis Juruacara memulakan majlis dengan memberi ucapan hormat kepada dif kehormat serta mengalu-alukan kedatangan setiap peserta forum. Juruacara Majlis perlu memperkenalkan dan meminta moderator dan Ahli Forum mengambil tempat di atas stage. Juruacara Majlis menyerahkan majlis ini kepada moderator untuk mempengerusikan forum.

(iii)

Moderator Moderator biasanya duduk di sebelah kanan ahli-ahli panel Memperkenalkan ahli panel. Menentukan dan mengawal jangka masa untuk setiap panel bercakap. Kebiasaannya forum ini akan berjalan selama 1 hingga 2 jam, bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa Forum ini akan berjalan dalam dua pusingan. Seterusnya dengan panel kedua dan ketiga. Selepas pusingan kedua tamat, Moderator akan meminta salah seorang ahli panel untuk merumuskan isu yang dibincangkan tadi.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 39

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Memastikan setiap ahli panel menghormati sesama ahli panel Menggalakkan dan memberi ruang kepada peserta forum untuk bertanya soalan kepada ahli panel. Moderator mengakhiri sesi forum dengan memberi rumusan hasil perbincangan. Memastikan perbincangan adalah di atas topik yang diberikan. Tidak menimbulkan provokasi semasa forum sedang berjalan. Tidak membuat serangan peribadi kepada individu atau ugutan Moderator forum akan menyerah kembali majlis kepada juruacara majlis.

c) Selepas Forum Laporan perlulah disediakan berdasarkan pelaksanaan forum. Maklumat seperti moderator, panel dan kos perlu dimasukkan ke dalam laporan di samping isu-isu yang dibincang serta dibangkitkan. Laporan perlu disediakan untuk dijadikan sebagai panduan perancangan dan cadangan masa hadapan. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN a) Kelebihan Penganjuran forum akan menghasilkan pendapat dan pandangan daripada mereka yang pakar dalam sesuatu isu. Forum yang diadakan akan mewujudkan perkongsian pengalaman di antara ahli panel dan peserta forum. Forum yang diadakan akan dapat menghasilkan proses pengupasan isu dengan lebih mendalam seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan. Majlis forum yang diadakan memberi peluang untuk mengadakan aktiviti sokongan, seperti pameran, edaran bahan-bahan pendidikan dan sebagainya. Forum digunakan sebagai medan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu isu (Ezhar Tamam, 1999).

b) Kelemahan Proses interaksi dengan kumpulan sasar adalah terbatas kerana forum yang dianjurkan melibatkan jumlah kumpulan sasar yang ramai dan masa forum adalah terhad. Proses komunikasi sehala adalah lebih lama masanya berbanding dengan komunikasi dua hala yang hanya berlaku dalam sesi soal jawab.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 40

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Forum tidak sesuai membincangkan masalah yang dihadapi oleh individu Forum tidak boleh membincangkan isu-isu semasa yang sensitif. Forum tidak ada sebarang usul dibuat dan dengan itu tidak ada keputusan konkrit yang diambil (Ezhar Tamam, 1999).

F. PENILAIAN Penilaian boleh dibuat melalui jumlah bilangan kehadiran peserta dan jumlah bilangan soalan yang dikemukakan oleh peserta. Sekiranya bilangan kehadiran tinggi menunjukkan majlis forum tersebut berjaya menarik minat audien. Manakala jumlah soalan yang dikemukakan kepada panel adalah gambaran bahawa audien yang hadir ke majlis forum mempunyai minat dan tumpuan yang tinggi terhadap isu yang dibincangkan.

Kaedah 9: Demonstrasi A. PENGENALAN Kaedah pendidikan kesihatan yang akan dilaksanakan perlu dipelbagaikan supaya mesej yang hendak disampaikan kepada kumpulan sasar dapat diterima dan diamalkan. Dalam usaha menyampaikan mesej pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk menarik minat kumpulan sasar bagi mengikuti aktiviti pendidikan kesihatan. Salah satu kaedah pendidikan kesihatan yang boleh digunakan ialah demonstrasi. B. DEFINISI Kamus Dewan (1998), mendefinisikan domonstrasi sebagai penerangan, peragaan, dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain. Naim Ahmad dan Zaheril Zainudin (2006), dalam Bicara Media 2 menyatakan demonstrasi digunakan bagi menunjukkan bagaimana sesuatu dilaksanakan atau tidak harus dilaksanakan. Demonstrasi ialah salah satu kaedah pendidikan kesihatan yang menggabungkan proses pembelajaran melalui amali semasa aktiviti tersebut diadakan. Ianya berguna untuk membantu peserta mempelajari kemahiran baru dan sesuai diadakan secara individu atau kumpulan yang tidak melebihi 10 orang. Demonstrasi menekankan proses tunjuk ajar serta latihan berkaitan kemahiran (psycho-motor) untuk menjayakan sesuatu amalan kesihatan atau teknik rawatan. Contohnya teknik tujuh langkah membasuh tangan dengan betul, penggunaan suntikan insulin, penggunaan inhaler, penggunaan kondom dan sebagainya.
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 41

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

C. OBJEKTIF a) Memberi pengetahuan dan kemahiran terhadap teknik-teknik betul berkaitan dengan amalan-amalan dan tingkah laku tertentu. b) Membentuk sikap positif berkaitan dengan teknik-teknik yang perlu diamalkan dalam tingkah laku. c) Memperkasakan peserta dalam mengamalkan meningkatkan taraf kesihatan mereka. tindakan yang boleh

D. PROSES a) Peringkat persediaan demonstrasi Sebelum melakukan proses demonstrasi beberapa perkara perlu diambil kira bagi memastikan kelancaran proses demonstrasi. Perkara yang dicadangkan ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Memastikan dan mengetahui tahap kemahiran yang sedia ada dan yang diperlukan oleh peserta. Menyediakan dan menggariskan langkah-langkah yang terlibat dalam kemahiran itu mengikut turutan. Menyediakan bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan semasa melakukan demonstrasi. Mencari dan menggunakan tempat yang sesuai untuk melakukan demonstrasi dan memastikan tiada halangan semasa proses melakukan demonstrasi. Menentukan masa yang sesuai dan memastikan peserta hadir ke sesi demonstrasi dari masa permulaan hinggalah berakhir sesi tersebut.

(v)

b) Peringkat Pelaksanaan Terdapat empat langkah dalam melaksanakan demonstrasi: (i) Terangkan kemahiran & idea yang akan didemontrasikan Gambar boleh digunakan untuk menjelaskan idea sebenar kemahiran berkenaan. Anda juga boleh menggunakan model, objek yang boleh diedarkan kepada peserta agar mereka mendapat gambaran yang jelas. Anda juga boleh bertanya soalan atau mendapatkan soalan daripada peserta untuk memastikan peserta memahami apa yang diajar. (ii) Melakukan demonstrasi Melakukan satu langkah pada satu masa dan pastikan semua orang dapat melihat demonstrasi tersebut. Penjelasan perlu diberi semasa
Bersama Untuk Kesihatan Halaman 42

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

demonstrasi dibuat dan ulangi langkah tersebut sekiranya ada peserta yang tidak faham. Setiap langkah yang diajar perlu dijelaskan secara lisan, seterusnya diikuti dengan sesi soal jawab bagaimana, kenapa, bila, dan sebagainya untuk memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih berkesan dan berupaya mendemonstrasikan semula amalan dan teknik yang dipelajari. (iii) Dapatkan tersebut seorang peserta untuk mengulangi demonstrasi

Langkah ini dilakukan bagi memastikan demonstrasi tersebut difahami serta dapat dilakukan. Dapatkan komen daripada peserta yang lain tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakan mereka. Ini adalah untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan difahami serta interaktif. (iv) Beri peluang kepada semua peserta untuk mencuba demonstrasi. Pengajar perlu melihat dan memantau serta memberi saranan untuk memperbaiki apa yang dilakukan oleh peserta. Adalah disyorkan demonstrasi ini dilakukan secara berpasangan agar peserta saling belajar antara satu sama lain. Peserta pertama akan melakukan demonstrasi tersebut dan peserta kedua akan memerhati serta memberi komen dan maklum balas. Melalui cara ini diharapkan proses demonstrasi ini akan menjadi lebih berkesan. E. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN Demonstrasi seperti juga kaedah-kaedah pendidikan lain mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu. Antaranya ialah: a) Kelebihan Peserta yang menyertai proses demonstrasi mendapat pengetahuan secara lisan dan mempelajari proses secara amali Semasa melakukan proses demonstrasi peserta dapat menilai hasil pembelajaran dengan cepat dan betul Dengan mengadakan demonstrasi peserta akan mendapat kemahiran dan amalan dengan berkesan. Demonstrasi akan memberi pengalaman pembelajaran kepada peserta yang mengikuti proses tersebut (experiential learning) dan proses ini akan memberi kesan kepada peserta secara terus. Proses demonstrasi merupakan satu teknik yang sesuai dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 43

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

b) Kelemahan Untuk melakukan demonstrasi kadang-kala memerlukan bahan atau peralatan demonstrasi yang sukar diperolehi dan mahal harganya. Proses demonstrasi tidak boleh melibatkan kumpulan peserta yang ramai bilangannya. Untuk memastikan keberkesanan kadangkala halangan tempat, masa dan kepakaran juga menjadi masalah.

F. PENILAIAN Penilaian dibuat untuk menentukan kefahaman proses demonstrasi yang dilakukan dapat difahami oleh peserta Penilaian kepada kaedah demonstrasi boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu: a) Kemahiran peserta melakukan demonstrasi semula Keberkesanan demonstrasi boleh dinilai dengan memastikan kebolehan peserta dalam melakukan proses demonstrasi semula seperti yang telah diajar. b) Peningkatan amalan peserta. Keberkesanan demonstrasi boleh dinilai dengan melihat amalan terhadap perkara yang telah diajar kepada peserta. Sebagai contoh kemahiran penyusuan susu ibu.

Kaedah 10: Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan menggalakkan penglibatan rakan sebaya dalam berfikir, berkongsi maklumat dan pengalaman serta meningkatkan kesefahaman dan kemesraan antara satu sama lain. Berfokus kepada isu dengan menitikberatkan amalan demokrasi dal pelaksanaannya. Saiz kumpulan antara 8 10 orang.

B. PROSES 1 a) Bentuk kumpulan dengan ahli dan fasilitator berada dalam satu bulatan dan lantik seorang pencatat. b) Pengenalan Fasilitator dan peserta memperkenalkan diri. Fasilitator memperkenalkan tajuk atau tujuan perbincangan dan rasional pemilihannya. c) Perbincangan Fasilitator mengemukkan secara terbuka pernyataan atau persoalan dan minta ahli kumpulan respon ke atasnya. Ulangi dan ubahsuai soalan serta tujuan kepada ahli jika perlu.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 44

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

d) Galakkan semua peserta mengambil bahagian dengan menghidupkan perbincangan dengan mengajukan soala-soalan yang memikat. Awasi monopoli perbincangan oleh ahli tertentu sahaja. Fasilitator perlu neutral, bersahaja dan informal. Pencatat juga perlu maklum dengan tugasnya. e) Pada setiap peringkat, perjelasan setiap isu yang dibincangkan dan buat simpulan ke atasnya.Buat prioriti ke atas isu-isu penting yang telah dibincangkan dan akhiri dengan penghargaan. f) Ulangi keseluruhan proses yang sana dengan memilih fasilitator dan pencatat dari kalangan ahli. C. PROSES 2 a) Bentuk beberapa kumpulan dengan setiap satunya tidak lebih dari enam ahli. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua pencatit seterusnya membincangkan topik/isu misalnya obesity secara mendalam selama 15 minit dengan diawasi/dibantu oleh fasilitator. b) Satu semula kumpulan sindikit di dalam kumpulan induk dan bincangkan maklumbalas dari setiap kumpulan.

Kaedah 11: Sumbang Saran (Brainstorming) A. PENGENALAN Aktiviti yang tujuan untuk mendapatkan idea dari kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau pengubahsuaian sesuatu perkara. Penilaian dan maklumbalas ke atas ideaa adalah dibataskan. B. PROSES . a) Bentuk beberapa kumpulan dengan keahlian antara 8 10 orang. Atur kedudukan ahli dalam satu bulatan serta lantik seorang fasilitator dan pencatat. Catatan perlu dibuat di papan tulis. b) Fasilitator mengemukakan soalan dan meminta setiap ahli memberi satu pendapat secara bergilir pada setiap pusingan. Catatkan semua idea. Ulangi punsingan sehingga peserta-peserta tiada lagi idea hendak disumbangkan. Di peringkat ini fasilitator dan pencatat. Catatan perlukan boleh menambah idea mereka ke dalam senarai idea yang terkumpul. c) Cerakin semua idea mengikut keutamaan dengan mengasingkan idea-idea yang tidak rasional. Kumpulkan idea yang hampir serupa dalam satu kumpulan. Idea-idea boleh dikategorikan kepada yang boleh dilaksanakan, perlu kajian mendalam atau satu kegunaan maa akan datang. Penilaian idea oleh mereka yang lebih mahir adalah digalakkan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 45

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Peringatan: Semua idea perlu dicatatkan Ahli dilarang mempersendakan idea orang lain Ahli dibenarkan mengembangkan idea yang dikemukakan oleh ahli terdahulu. Idea seharusnya bernas dan ringkas.

Kaedah 12: Debat A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk membolehkan peserta mendapat maklumat, menyusun dan menghuraikannya di depan khalayak serta melatih peserta menjadi seorang perucap yang baik.

B. PROSES a) Sediakan peralatan termasuk mikrofon, pembesar suara, jam dan loceng. Meja dan kerusi pendebat di atur dengan bertentangan dengan Pengerusi dan penjaga masa berda di antara keduanya. b) Bahagikan peserta kepada dua kumpulan dengan tiga ahli bertindak selaku pihak pencadang dan pembangkang. c) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk berhujah. Selepas semua berhujah ketua kumpulan diberi masa 5 minit untuk mengulang perdebatan didahului oleh pihak pembangkang. Penjaga masa akan menyembunyikan loceng setiap kali peserta memasuki minit keempat hujahnya dan dua kali apabila masa tamat. d) Pemerhati diberi peluang membuat alasan ke atas tajuk selepas perbahasan selesai. e) Permarkahan berasaskan isi kandungan, ketepatan tajuk, kelancaran, gaya dan penampilan bahan sokongan. f) Topik-topik berkaitan dengan isu-isu kesihatan adalah digalakkan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 46

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Kaedah 13: Perbincangan Panel A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk menambahkan kefahaman terhadap sesuatu perkara. Ia meliputi penjelasan dan perbincangan terhadap sesuatu topik. B. PROSES a) Pilih sekurang-kurangnya empat ahli panel dan seorang pengerusi. b) Kenalpasti tempat yang sesuai menyusun atur tataletak ahli panel, pengerusi dan audien. c) Pengerusi memperkenalkan topik/isu secara ringkas dan meminta panel pertama memberi pandangan. Pengerusi membuat ulasan ringkas seterusnya meminta panel kedua memberikan pendapat. Ulangi proses sehingga panel terakhir. d) Pengerusi membuka perbincangan untuk audien mengajukan soalan. e) Pengerusi menggulung sesi dengan membuat rumusan ke atas isu-isu penting yang telah dicapai/bincangkan dan menutup perbincangan. f) Topik-topik seperti senaman, obesiti dan diabetes.

Kaedah 14: Kuiz A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk memberi pengalaman kepada peserta bagaimana merangsang perbincangan, berfikir dan meningkatkan pengetahuan. B. PROSES a) Sediakan soala-soalan kuiz yang berkaitan dengan topik topik b) Lantikan seorang Pengerusi dan Pencatat markah bagi mengendalikan kuiz. Bentuk dua kumpulan peserta. c) Pengerusi Mengajukan soalan berselang seli kepada semua peserta dari kedua kumpulan Soalan mesti dijawab dalam tempoh 30 saat dengan 3 markah jika jawapan tepat. Sekiranya gagal soalan dikemukakan kepada kumpulan lain dengan 1 markah jika jawapan betul.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 47

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Kaedah 15: Pengucapan Awam A. PENGENALAN Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran atau menambahkan pengetahuan. Ia juga berupaya meningkatkan ketrampilan diri, kemahiran interaksi depan khalayak serta menyampaikan maklumat dengan berkesan. B. PROSES a) Menjelaskan persediaan pengucapan awam yang mengandungi tiga peringkat iaitu pemikiran permulaan, penyediaan dan penyampaian. b) Menggariskan permulaan: (i) perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemikiran

Mengenali sasaran- siapa, mengapa hadir,faedah dan kepentingan ceramah kepada mereka Menentukan objektif ceramah :- Apakah yang penceramah ingin capai sama ada pengetahuan, sikap mahupun amalan Menetapkan masa

(ii)

(iii)

c) Menerangkan keperluan-keperluan dalam peringkat penyediaan. Umumnya terdapat tiga tahap dalam bahan ucapan: (i) (ii) Pembukaan Memberi tahu tujuan dan rangka ceramah Badan ucapan Merupakan penjelasan kepada tujuan ceramah. Sebaik-baiknya mengandungi 4/5 fakta utama sahaja, mempunyai sokongan dan mengikut susunan keutamaan.

d) Menjelaskan aspek-aspek penting enyampaian ceramah. Keutamaan adalah untuk mewujudkan hubungan dengan audien melalui: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Berdiri selesa dan bertenang Melihat ke arah audien Suara tidak mendatar Bernada dan kawalan kelajuan Tujukan keyakinan terutama dengan ideaa penting Gunakan contoh-contoh menarik Rujuk nota (jika perlu)

e) Menunjukkan teknik berucap yang berkesan (i) Cara penyampaian Gunakan skrip, catatan (kad), ingatan atau impromptu.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 48

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(ii)

Membuka ucapan Sampaikan ucapan selamat, memperkenalkan diri dan cuba cetuskan sesuatu yang menarik. Pengenalan topik Jadikan pendengar minat, sedia mendengar dan menerima. Tinggikan minat Selitkan jenaka, petikan, rujukan, peroalan dan sebagainya. Lain-lain Gunakan bahasa badan, timbulkan keanehan, sesuatu yang baru, realiti, perkara hampir, suspen, penting dan gurauan. Gunakan alat pandang-dengar yang berkaitan dengan mahir.

(iii)

(iv)

(v)

f) Menyatakan sifat-sifat yang perlu ada dan sebaliknya semasa berceramah. (i) Sifat baik Berpengetahuan, berkeyakinan, berkemahiran dan ada kredibiliti. Sifat kurang baik Syok sendiri, berbisik-bisik, melalut, kabur dan sering minta maaf.

(ii)

g) Latihan amali pengucapan awam Pilih peserta dan minta mereka membuat persediaan pengucapan awam dan menyampaikannya di dalam kelas mengikut tata cara dan panduan yang diberikan. Fasilitator dan rakan peserta diminta memberi pendapat mengenai persembahan selepas latihamal selesai. C. SETTING Bilik darjah/dewan atau luar (outdoor)

D. BAHAN Flipchart, kertas mahjong dan pena penanda.

E. JANGKA MASA 5 Jam (kurang kepada 3 jam sekiranya aktiviti amali kepada perbincangan sindikit, debat, kuiz dan pengucapan awam dilakukan pada modul yang berkaitan.)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 49

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

F. PENILAIAN Peserta dapat menyatakan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan program bina upaya serta mengambil bahagian aktif dalam sesi amali.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 50

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

DEFINISI KOMUNIKASI
Emery et

al. (1973),

komunikasi sebagai satu seni

OLEH: EN. NORDDIN DAUD BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

menyalurkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada orang lain. Satu proses di mana mesej atau perutusan dipindahkan daripada punca kepada penerima.

DEFINISI KOMUNIKASI
Schramm dan Roberts

DEFINISI KOMUNIKASI
Berelson dan

(1971), komunikasi sebagai satu proses untuk berkongsi sesuatu orientasi terhadap satu set tanda / maklumat.

Steiner (1964),

komunikasi sebagai satu proses

pemindahan maklumat, idea, emosi, kemahiran melalui simbol, perkataan, gambar, gambarajah dan sebagainya.

DEFINISI KOMUNIKASI
Proses berkongsi maklumat, pendapat, dan perasaan dengan cara lisan atau bukan lisan di antara dua atau lebih individu melibatkan penyampai dan penerima ( pendengar ) Mempengaruhi idea dan mengubah perlakuan

MODEL KOMUNIKASI
Lasswell Siapa Berkata apa Saluran mana Kepada siapa Apa kesannya

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

FUNGSI KOMUNIKASI
a)

FUNGSI KOMUNIKASI
b)

Memberitahu atau Maklumat : Memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Maklumat yang diterima membantu kita membuat keputusan. Proses memberitahu tidak berhenti dalam kehidupan manusia. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu sebanyak mungkin maklumat dengan menggunakan pelbagai strategi.

Mendidik atau pelajaran : Memberitahu dan menambah pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara dan akan mengubah sikap dan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Peranan penyampai dan penerima sama penting dalam fungsi mendidik. Penerima akan terlibat dalam proses komunikasi sekiranya perkara yang dipelajari itu difikirkan berfaedah atau sesuatu yang tidak pernah didengar sebelum ini. Manusia berkomunikasi kerana ingin belajar dari pengalaman orang lain.

FUNGSI KOMUNIKASI
c)

FUNGSI KOMUNIKASI
d)

Membujuk : Komunikasi untuk mengubah sikap dan tingkahlaku orang ramai. Komunikasi perlu menembusi perasaan dan emosi individu atau kumpulan. Fakta memujuk kadang kala tidak tepat.

Menghibur : Sebagai alat untuk menghibur. Tidak mempunyai kriteria khusus. Kejayaan fungsi sukar diukur. Berlaku dalam semua jenis media.

FUNGSI KOMUNIKASI
e)

JENIS KOMUNIKASI
Terbahagi

Sosialisasi : Mengajar tentang proses sosialisasi yang betul dalam masyarakat berkaitan dengan kemahiran, kepercayaan, nilai, norma norma dan sebagainya

2 :Komunikasi antara individu Komunikasi tanpa lisan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU


KOMUNIKASI TANPA LISAN


Berlaku antara dua individu secara bersemuka dan bertentangan antara satu sama lain. Komunikasi tanpa dirancang spontan. Komunikasi dua hala, penerima dan penyampai bertukar maklumat. Mendapatkan keputusan hasil komunikasi. Jarak semasa proses komunikasi rapat dan bergantung kepada keselesaan individu yang berkomunikasi. Maklumat lisan dan tidak lisan penting (pertuturan dan air muka, gerak badan, nada suara)

Sebagai pelengkap kepada jenis komunikasi di atas. Menggunakan isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi Antara isyarat, nada suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan. Isyarat ini kadang kala berlaku secara tidak disedari. Kegunaannya sebagai pelengkap komunikasi lisan atau tulisan. Mengambarkan emosi, perasaan sebenar. Komunikasi lisan lebih berkesan jika diiringi dengan komunikasi tanpa lisan.

FAEDAH KOMUNIKASI INTERPERSONAL YANG BERKESAN


KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL


kemahiran mendengar kemahiran bertanya kemahiran menjawab

Memahami antara satu sama lain Mudah menjaga hubungan harmonis Mencurah / berkongsi perasaan /masalah Mudah mendapat pertolongan Menjalin persahabatan/perhubungan

soalan Kemahiran memberi respons

KEMAHIRAN MENDENGAR
Bertentang mata Menyebut nama Condongkan badan sedikit Alihkan halangan Gerak badan dan mimik muka yang sesuai Respons tanda faham Beri galakkan Nyatakan perasaan yang diluahkan Hubungkaitkan perasaan dengan sumber Nyatakan semula maksud ( restarting ) dalam perkataan semula Diam apabila perlu

Perkara perkara yang perlu dielakkan


Perlakuan menganggu pandang tempat lain memotong cakap menukar tajuk mengkritik membuat keputusan terlalu mendesak beri arahan berceramah monopoli membuat andaian

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

KEMAHIRAN BERTANYA

KEMAHIRAN MENJAWAB
Pilih perkataan yang sesuai dan positif Bertenang Menggunakan bahasa yang mudah Memberi jawapan yang jujur Elakkan dari menjawab kasar dan mendadak membuat janji

Guna soalan terbuka Guna bahasa yang mudah Nada suara yang sesuai Ungkapan yang sesuai Elakkan soalan memalukan dan menyinggung

KEMAHIRAN MEMBERI RESPON


PENYAMPAIAN YANG BAIK


Berada hampir dengan penerima Condongkan badan ke hadapan Gaya percakapan yang terbuka Bertentang mata Sentiasa senyum Minta penjelasan sekiranya tidak memahami pertanyaan Tidak membuat penilaian Keikhlasan memberi respon

Gunakan nama Pilih perkataan yang sesuai, perkataan jelas,ringkas, tepat, tidak kasar Nada suara intonasi lembut, tinggi rendah Bahasa Badan
mimik muka @ gaya badan sifat terbuka(mudah menerima atau berminat)

TERIMA KASIH

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul

Asas Promosi Kesihatan Unit 4: Penilaian Program

LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN Malaysia

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

UNIT 4: PENILAIAN PROGRAM


1.0 Pengenalan

Rasional mengadakan unit ini adalah sebagai garis panduan melaksanakan penilaian program promosi kesihatan yang merangkumi penetapan objektif SMART, penilaian dari segi perubahan sikap, amalan, pengetahuan serta kesedaran peserta, keberkesanan kos pelaksanaan program dan membina keupayaan pertubuhan terhadap program yang dilaksanakan. Kajian penilaian ke atas program promosi kesihatan perlu dilaksanakan bagi memastikan peserta yang mengikuti program terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan serta selaras dengan visi serta misi MySihat. Proses penilaian ini merujuk kepada menilai keberkesanan sesuatu program promosi kesihatan yang dijalankan oleh pertubuhan di bawah pembiayaan MySihat.

2.0 Rancangan Pembelajaran

2.1 PENILAIAN PROGRAM


2.1.1 Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi, peserta akan dapat: 1 Mengenal pasti keperluan penilaian dalam melaksanakan sesuatu projek. 2 Mengaplikasikan borang soal selidik yang terkandung dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat.

2.1.2 Kaedah
Ceramah/ persembahan slaid Perbincangan kumpulan

2.1.3 Setting
Bercorak dalam darjah/ dewan

2.1.4 Bahan/ Peralatan


Bersama Untuk Kesihatan Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Papan tulis/ flip chart Kertas mahjong Pen penanda (marker pen) Slaid transparensi Projektor OHP

Komputer riba Perisian pembentangan (contoh powerpoint) Layar putih/ skrin Projektor LCD Penunjuk laser

2.1.5 Jangka Masa


1 jam

2.1.6 Penilaian
Dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:a) Kecekapan peserta untuk menggunakan borang soal selidik yang terkandung dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat (Lampiran 1)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

3.0 3.1

Topik Utama Jenis Penilaian

Terdapat 3 jenis penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan: Gambar Rajah 4.1: Jenis Penilaian Program

3.1.1 Penilaian Proses Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program. Ini merangkumi aspek kualiti, ketepatan dan jangkauan sesuatu program. Kaedah ini boleh digunakan untuk keseluruhan tempoh pelaksanaan program dari peringkat perancangannya hingga selesai dilaksanakan. Pada peringkat perancangan, tumpuan diberikan kepada kualiti dan kesesuaian bahan-bahan atau sumber serta pendekatan yang diambil. Apabila pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. Tindakan proaktif dapat diambil dengan cepat bagi mengatasi masalah tersebut dengan kesan yang minimum ke atas program. Data yang diperolehi melalui penilaian proses amat kritikal dalam memahami, mentafsirkan dan menjelaskan kebanyakan data yang dikutip sepanjang penilaian impak dan penilaian hasil (outcome) kelak. Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:-

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 3

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Jumlah kehadiran kumpulan sasar/ peserta Rekod pelaksanaan aktiviti jumlah/ bilangan yang telah dapat dijalankan Rekod penggunaan sumber/ bahan jumlah dan jenis/kategori

3.1.2 Penilaian Impak Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang selesai dilaksanakan. Contohnya penilaian impak boleh digunakan secara berkala seperti tamat sesuatu sesi, bulanan dan/ atau apabila program selesai dilaksanakan. Kaedah penilaian ini mengukur tahap pencapaian program berasaskan pematuhan kepada objektif program yang digariskan. Oleh itu, penetapan objektif yang baik dan realistik memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan program tersebut dengan memahami konsep objektif SMART seperti yang dipaparkan dalam Gambar Rajah 4.2 berikut:Gambar Rajah 4.2: Konsep Objektif SMART

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 4

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut: Pencapaian objektif program Penilaian pengetahuan peserta Penilaian sikap, perasaan dan nilai peserta Penilaian pencapaian keupayaan/ kemahiran peserta dalam melakukan sesuatu dengan betul

3.1.3 Penilaian Hasil Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai dalam jangka masa panjang. Ini berkaitan dengan mengukur tahap pencapaian matlamat program (program goal). Kesan jangka panjang yang dijangkakan merangkumi penurunan insiden atau prevalen keadaan kesihatan, perubahan mortaliti atau perubahan tingkah laku. Di samping itu, kesan lain yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran. Penilaian hasil bersumberkan kepada penilaian proses dan penilaian impak. Sungguhpun penilaian hasil tidak menjadi satu keperluan untuk sesuatu organisasi, mereka digalakkan supaya mendokumentasikan sebarang penemuan hasil daripada program yang dilaksanakan.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 5

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

4.0

Format Penilaian

4.1

PENILAIAN RISIKO/ PARAMETER KESIHATAN


Penilaian Risiko/ Parameter Kesihatan adalah perlu untuk: 1 2 3 4 Mendapatkan maklumat kesihatan masyarakat yang terlibat / peribadi kesihatan peserta projek. Mengetahui faktor risiko kesihatan masyarakat / peserta projek yang terlibat. Merujuk kes kesihatan kepada Klinik Kesihatan terdekat untuk susulan. Melakukan intervensi untuk faktor risiko kesihatan mengikut modul khusus yang dibangunkan oleh MySihat.

4.1.1 Keperluan penilaian

Pertubuhan yang telah menerima kelulusan geran MySihat untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan diwajibkan untuk melakukan penilaian ini yang dimasukkan dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat. Maklumat yang diperolehi oleh pertubuhan daripada masyarakat atau peserta projek dapat membantu pertubuhan serta MySihat dalam melaksanakan tindakan yang bersesuaian dengan tahap kesihatan mereka. Pengesanan faktor risiko juga penting untuk membantu pertubuhan mengambil langkah berjaga-jaga dalam melaksanakan program kepada masyarakat.

4.1.2

Parameter kesihatan
Dalam melakukan Penilaian Risiko Kesihatan ini, parameter yang harus diambil kira adalah seperti berikut:-

a) Demografi/ faktor risiko yang tidak berubah


(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Umur Jantina Bangsa Taraf pendidikan Status pekerjaan Pendapatan bulanan

(vii) Sejarah kesihatan keluarga


(Diabetes/ hipertensi/ penyakit jantung/ serangan jantung/ strok/ kanser/ lelah/ kematian pramatang) (viii) Sejarah perubatan diri (Diabetes/ hipertensi/ penyakit jantung/ serangan jantung/ strok/ kanser/ lelah/ kematian pramatang)

b) Parameter kesihatan/ faktor risiko berubah


(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Tinggi Berat Ukuran Lilit Pinggang Ukuran Tekanan Darah Penggunaan hasil tembakau/ rokok Pengambilan alkohol

(vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii)

Pengambilan dadah Keaktifan melakukan aktiviti fizikal Glukosa dalam darah Kolesterol dalam darah Stres Pemakanan secara sihat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 6

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

c) Intervensi faktor risiko


Strategi dan Modul yang digunakan untuk setiap faktor risiko: Faktor Risiko Faktor Risiko Biologi (Obesiti, Dislipidemia, PraDiabetes/ Gangguan Toleransi Glukosa -GTG, Pre-Hipertensi) Kurang aktif Merokok Stres Strategi Intervensi Pemakanan Intervensi Menurunkan Berat Badan Aktiviti/ Modul a) Modul Makan Secara Sihat b) Modul Pencegahan Obesiti

Intervensi Senaman Berhenti merokok Menangani stres

Modul Aktiviti Fizikal Modul Anti Tembakau/ Merokok Modul Minda Sihat

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 7

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

4.2 PENULISAN OBJEKTIF PROJEK PROMOSI KESIHATAN


4.2.1 Pengenalan
Objektif Projek boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu:a) Objektif Am atau Umum; dan b) Objektif Khusus

4.2.2 Objektif am/ umum


Penyataan objektif yang dirangka secara umum mengenai sasaran yang ingin dicapai daripada projek yang dijalankan

Contoh:
Untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umumnya, ibu bapa khasnya mengenai kepentingan gaya hidup sihat dari segi pemakanan, persekitaran dan kesihatan melalui senaman secara umum.

4.2.3 Objektif khusus


(i) Penetapan objektif khusus perlu mematuhi formula SMART iaitu: S M A R T Specific Spesifik Measurable - boleh di ukur Achievable - boleh di capai Realistic, relevant and reasonable - realistik Time frame - Masa yang di tetapkan

(ii) Penetapan objektif khusus juga perlu mengambil kira lima (5) unsur yang penting iaitu :W W W W H Contoh : Pada akhir projek ini yang bertempoh selama satu tahun (1 Januari hingga 31 Disember 2011) 70% wanita Kampung A akan dapat menurunkan berat badan ke paras BMI (yang di tetapkan) melalui aktiviti promosi kesihatan. Who - Siapa What - Apa When - Bila Where - Di mana How - Bagaimana

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 8

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

.2 4.3 PENILAIAN FORMATIF


4.3.1 Pengenalan
Penilaian formatif adalah perlu untuk : Mengukur kemajuan dan pelaksanaan program merangkumi aspek kualiti, ketepatan dan jangkauan sesuatu program. Mengesan pencapaian objektif serta tahap pelaksanaannya projek Mengesan kekuatan dan kelemahan sesuatu projek

Penialaian formatif ini boleh digunakan untuk keseluruhan tempoh pelaksanaan program dari peringkat perancangannya hingga selesai dilaksanakan. Pada peringkat perancangan, tumpuan diberikan kepada kualiti dan kesesuaian bahan-bahan atau sumber serta pendekatan yang diambil. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku. Tindakan proaktif dapat diambil dengan cepat bagi mengatasi masalah tersebut dengan kesan yang minimum ke atas program. Data yang diperolehi melalui penilaian proses amat kritikal dalam memahami, mentafsirkan dan menjelaskan kebanyakan data yang dikutip sepanjang penilaian impak dan penilaian hasil (outcome) kelak. Pertubuhan yang telah menerima kelulusan geran MySihat untuk melaksanakan program Promosi Kesihatan diwajibkan untuk melakukan penilaian ini yang dimasukkan dalam Kit Penilaian Keberkesanan Projek MySihat. Maklumat yang diperolehi dapat membantu pertubuhan serta MySihat dalam mengambil langkah yang sesuai dalam memastikan projek dilaksanakan mengikut landasan Promosi Kesihatan yang disyaratkan MySihat.

4.3.2 Petunjuk/ indikator


Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut: Jumlah kehadiran kumpulan sasar/ peserta Rekod pelaksanaan aktiviti jumlah/ bilangan yang telah dapat dijalankan Rekod penggunaan sumber/ bahan jumlah dan jenis/kategori

Sila rujuk format penilaian MySihat untuk projek Promosi Kesihatan dalam Jadual 4.1.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 9

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Jadual 4.1: Borang Penilaian Formatif MySihat

(i) FORMAT PENILAIAN


NAMA PERTUBUHAN KATEGORI PROJEK NAMA PROJEK KELULUSAN GERAN TEMPOH PROJEK LOKASI PROJEK BILANGAN KUMPULAN SASAR PENILAIAN RISIKO KESIHATAN (RISK ASSESSMENT) OBJEKTIF AM / UMUM Ya Jika Ya, sila nyatakan. Tidak

OBJEKTIF KHUSUS

STRATEGI

AKTIVITI PROJEK Indikator Bil. yang Dilaksanakan / Bil. Yang Hadir

Jenis Aktiviti Pelancaran Pelaksanaan Aktiviti:i) (Cth: Saringan kesihatan, Ujian Kecergasan) ii) (Cth: Ceramah, latihan, Pameran) iii) (Cth: Pertandingan, kuiz) iv) (Cth: Senamrobik,Senam Seni Sihat, gotong-royong) Penutupan Program

Bil. yang Dicadang / Bil. yang Dicadang Hadir

Pencapaian (%)

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 10

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

(ii) LAPORAN PENILAIAN


BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. PERKARA Pencapaian objektif khusus Pencapaian aktiviti Masalah yang dihadapi Kekuatan projek Kelemahan projek Keberkesanan kos (cost effective) Adakah projek dapat dilaksanakan mengikut perancangan asal? Was the original project able to be implemented as designed? Ya Jika ya, apakah yang membolehkan ia dilaksanakan? If yes, why made implementation possible? Tidak Jika tidak, nyatakan sebabnya? If not, why not? ULASAN

8.

9.

10.

11.

Bagaimana projek diubahsuai? How was the plan/project modified? Adakah projek yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan? Were project objectives met? Adakah anda akan melaksanakan projek secara berbeza pada masa akan datang? What would you do differently next time? Perancangan akan datang (di mana kedudukan organisasi /pertubuhan)? Future strategies (where does organization/agency go from here)?

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 11

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 1

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (MYSIHAT)

KIT PENILAIAN KEBERKESANAN PROJEK

Dengan kerjasama

Persatuan / Pertubuhan : ______________________________________________________________________

Program / Projek : ______________________________________________________________________________

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 12

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
OBJEKTIF

1. Soal selidik ini digubal bagi menilai keberkesanan Program Promosi Kesihatan yang telah dibiayai oleh MySihat melalui peruntukan geran kepada PertubuhanPertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

2. Soal selidik ini merupakan instrumen bagi mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan, sikap dan amalan responden berkaitan Program Promosi Kesihatan sebelum (pre) dan selepas (post) menyertai program tersebut.

3. Melalui penilaian ini juga, maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam proses penambahbaikan terhadap Program Promosi Kesihatan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di masa hadapan agar dapat memberi impak yang optimum kepada kumpulan sasar.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 13

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN


Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sedang menjalankan tinjauan tentang pengetahuan, sikap dan amalan terhadap peserta-peserta yang mengikuti program-program pertubuhan di bawah geran MySihat.

Kerjasama saudara / saudari amatlah dipohon untuk menjawab kesemua soalan dalam borang ini dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang diberikan adalah RAHSIA.

Arahan sebelum menjawab soalan:

1. Sila jawab semua soalan. 2. Responden hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. 3. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 4 bahagian seperti berikut:

Bahagian A Bahagian B Bahagian C Bahagian D

(i) Borang Kebenaran dan (ii) Sosio-Demografi Parameter Kesihatan Borang Soal Selidik Umum (EQ-5D) Borang Soal Selidik Khusus (Bahagian D akan dilampirkan kepada pertubuhan mengikut modul khusus yang dipilih oleh dan wajib dilengkapkan oleh peserta)

4. Borang yang telah lengkap diisi, sila kembalikan kepada pegawai yang menyelia sesi ini.

Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh saudara / saudari amatlah dihargai.

-TERIMA KASIH-

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 14

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

BAHAGIAN A (i): BORANG KEBENARAN

Saya . No. K/P.. *bersetuju / tidak bersetuju untuk menyertai dan melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak anda (termasuk saringan kesihatan, aktiviti fizikal, penilaian keberkesanan program MySihat dan lain-lain) dari mula hingga tamat program ini.

Saya berjanji tidak akan mengambil apa-apa tindakan atau menyaman pihak anda jika berlaku kemalangan semasa aktiviti ini dijalankan. Jika kemalangan berlaku semasa aktiviti dijalankan, saya membenarkan pihak anda untuk mengambil tindakan segera bagi mendapatkan rawatan.

Terima kasih.

Yang benar,

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 15

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

BAHAGIAN A (ii): SOSIO-DEMOGRAFI


1. 2. Umur: ___________________ tahun. Jantina:
1

Lelaki Perempuan

3.

Bangsa:
01

Melayu Cina India Lain-lain Nyatakan: _________________________

02

03

08

4.

Taraf Pendidikan yang tertinggi:


01

Tidak Bersekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/Universiti Lain-Lain Nyatakan: _________________________

02

03

04

08

5.

Status Pekerjaan:
01

Pekerja Sepenuh Masa Pekerja Separuh Masa Tidak Bekerja Pesara Pelajar Sepenuh Masa Suri Rumah Tangga Lain-lain Nyatakan :_________________________

02

03

04

05

06

08

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 16

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

6.

Anggaran pendapatan anda sebulan: RM _____________________ sebulan.

7.

Taraf perkahwinan anda:


01

Bujang Berkahwin Bercerai / Duda / Janda

02

03

8.

Adakah anda seorang perokok?


1

Ya Tidak

9.

Adakah anda minum arak / alkohol?


1

Ya Tidak

10. Adakah anda mengalami stres atau tekanan perasaan dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini?
1

Ya Tidak

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 17

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

BAHAGIAN B: PARAMETER KESIHATAN


1. 2. 3. 4. Berat Badan: _________________ kg. Tinggi: _________________ cm. Ukuran lilit pinggang: _________________ cm. Saringan Kesihatan a. b. c. d. Indeks Jisim Badan (BMI) Glukos Kolestrol Tekanan Darah : ____________________________________________________ : ____________________________________________________ : ____________________________________________________ : ____________________________________________________

KLASIFIKASI BAGI SEMUA UJIAN KESIHATAN SESI 2011 KLASIFIKASI BMI (kg/m) Status Kurus Normal Gemuk Obesiti Obesiti Berisiko (kg/m) <=18.4 18.5 24.9 25.0 29.9 30.0 34.9 >=35.0 KLASIFIKASI GLUKOSA DARAH Status Glukos Rendah Normal Amaran Tinggi Aras Glukos (Mmol/L) < 3.9 4.0 7.9 8.0 9.9 > 10.0

KLASIFIKASI TEKANAN DARAH (Sistolik/Distolik) Status Normal Pre-Hipertensi Hipertensi Peringkat 1 Hipertensi Peringkat 2 Sistolik < 119 120 139 140 159 > 160 Distolik < 79 80 89 90 99 > 100

KLASIFIKASI KOLESTROL DARAH (Mmol/L) Status Normal Amaran Tinggi Aras < 5.18 5.18 6.19 > 6.21

dan atau atau atau

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 18

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

BAHAGIAN C: BORANG SOAL SELIDIK UMUM (EQ-5D)


Tandakan [] di dalam salah SATU kotak pada SETIAP KUMPULAN pernyataan-pernyataan di bawah ini. Sila pilih pernyataan terbaik yang menghuraikan keadaan kesihatan anda hari ini.

PERGERAKAN Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk berjalan. Saya menghadapi masalah-masalah untuk berjalan. Saya terlantar di atas katil.

PENJAGAAN DIRI Saya tidak menghadapi masalah untuk menjaga diri saya sendiri. Saya menghadapi masalah-masalah untuk membersihkan diri atau memakai pakaian saya sendiri. Saya tidak boleh membersihkan diri atau memakai pakaian saya sendiri.

AKTIVITI-AKTIVITI BIASA
(misalnya bekerja, belajar, membuat kerja rumah, aktiviti-aktiviti keluarga atau aktiviti-aktiviti masa lapang)

Saya tidak menghadapi masalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti biasa saya. Saya menghadapi masalah-masalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti biasa saya. Saya tidak berupaya untuk melakukan aktiviti-aktiviti biasa saya.

KESAKITAN/KETIDAKSELESAAN Saya tidak merasa sama ada sakit atau tidak selesa. Saya merasa agak sakit atau tidak selesa. Saya merasa sangat sakit atau tidak selesa. KERISAUAN/KEMURUNGAN Saya tidak risau atau murung. Saya agak risau atau murung. Saya sangat risau atau murung.

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 19

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
Keadaan kesihatan terbaik yang anda dapat bayangkan 100 95

Kami ingin mengetahui berapa baik atau buruk kesihatan anda HARI INI.

Skala ini bernombor dari 0 hingga 100. 100 adalah keadaan kesihatan terbaik yang anda dapat bayangkan. 0 adalah keadaan kesihatan paling teruk yang anda dapat bayangkan.

90 85 80 75

Tandakan [ ] pada skala untuk menunjukkan bagaimana tahap kesihatan anda HARI INI. Sekarang, isikan nombor yang telah anda tandakan pada skala ke dalam kotak yang disediakan di bawah.

70 65 60

TAHAP KESIHATAN ANDA HARI INI

55 50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 Keadaan kesihatan paling teruk yang anda dapat bayangkan

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 20

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2
Pembangunan Modul MySihat
MODUL ASAS

Modul Asas (Umum)

Modul Spesifik

Tujuan

Bersama Untuk Kesihatan

Sebagai garis panduan UMUM kepada NGO yang berhasrat untuk MELAKSANAKAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN. NGO perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti - aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

Tujuan

Sebagai garis panduan kepada NGO untuk melaksanakan program yang SPESIFIK seperti program yang berkaitan dengan aktiviti fizikal, makan secara sihat, pencegahan obesiti, anti tembakau dan minda sihat.

Malaysian Health Promotion Board

Modul Asas (Umum)


Terbahagi kepada 4 Unit:
Unit 1
PROMOSI KESIHATAN

Modul Asas (Spesifik)


Terdapat 5 modul yang telah dibangunkan :
Modul 1 Modul 2 Modul 3 Modul 4 Modul 5
MODUL ASAS - PENCEGAHAN OBESITI (+) KAP- Borang Soal Selidik Penilaian- Pencegahan Obesiti

Unit 2

PERANCANGAN PROGRAM

MODUL ASAS - MAKAN SECARA SIHAT (+) KAP- Borang Soal Selidik Penilaian- Makan Secara Sihat

Unit 3

KOMUNIKASI

MODUL ASAS - AKTIVITI FIZIKAL (+) KAP- Borang Soal Selidik Penilaian- Aktiviti Fizikal

Unit 4

PENILAIAN PROGRAM (+) Penilaian Formatif (+) Kit Borang Soal Selidik

MODUL ASAS - MINDA SIHAT (+) KAP- Borang Soal Selidik Penilaian- MindaSihat

MODUL ASAS - ANTI TEMBAKAU (+) KAP- Borang Soal Selidik Penilaian- Anti Tembakau

Modul Asas (Umum) Unit 4 : Penilaian Program

Tujuan dibangunkan:
Sebagai garis panduan kepada NGO bagi melaksanakan penilaian program promosi kesihatan yang merangkumi penetapan objektif SMART, penilaian dari segi perubahan sikap, amalan, pengetahuan serta kesedaran peserta, keberkesanan kos pelaksanaan program dan membina keupayaan pertubuhan terhadap program yang dilaksanakan.

Modul Asas (Umum) Unit 4 : Penilaian Program

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 1

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011
LAMPIRAN 2
Format Penilaian
Format Penilaian:

Topik Penilaian
Topik Penilaian:
1. Penulisan Objektif Projek mengikut Objektif SMART Promosi Kesihatan

1. Garis Panduan A- Penilaian Formatif


(NGO menilai keberkesanan program yang NGO telah laksanakan)

2. Penerangan mengenai Penilaian Risiko Kesihatan / Parameter


(Modul Asas Unit 4 - Penilaian Program)

2. Garis Panduan B- Kit Borang Soal Selidik


(Dilaksanakan ke atas peserta-peserta program bagi melihat tahap kesihatan peserta program)

Proses Penilaian
Proses Penilaian:
1. Pengisian Borang Penilaian Formatif oleh NGO GARIS PANDUAN A 2. Pengumpulan Data Penilaian Pre & Post ke atas Peserta Program GARIS PANDUAN B
Bahagian A: (i) Borang Kebenaran dan (ii) Sosio-Demografi Bahagian B: Parameter Kesihatan Bahagian C: Borang Soal Selidik Umum (EQ-5D) Bahagian D: Borang Soal Selidik Khusus (KAP)
(Borang KAP ini terdapat dalam Modul Spesifik )

Bersama Untuk Kesihatan

*Proses 1 dan 2 perlu di rekod oleh NGO untuk kegunaan MySihat bagi keperluan Penilaian Keberkesanan Program NGO di bawah Geran MySihat.
Malaysian Health Promotion Board

Bersama Untuk Kesihatan

Halaman 2

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Rujukan
Garis Panduan Pemasaran Sosial dalam Program Promosi Kesihatan 2010. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Garis Panduan Amalan Promosi Kesihatan (Health Promotion Practice Guidelines) untuk Anggota Kesihatan 2008. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

WHO (1996). WHOQOL-BREF Introduction, Administration, Scoring and Generic Version of the Assessment. Field Trial Version. World Health Organization, Geneva

EQ-5D User Guide. Version 1.0. EuroQOL Group. Rotterdam, The Netherlands 2007

Manual Prosedur Penilaian Faktor Risiko NCD 2007. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Manual Latihan PROSTAR Sekolah 2001. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Penghargaan
Berikut disenaraikan pakar rujuk serta individu yang telah menyumbang ke arah penggubalan Modul Program Promosi Kesihatan Modul Asas:-

Y. Bhg. Datuk Dr. Hj. Yahya Baba Ketua Pegawai Eksekutif MySihat (Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia) En. Wan Mohd. Azlan Bin Wan Mohd. Hussain Pengerusi Jawatankuasa Bina Upaya MySihat Prof. Dr. Rahmat Awang Pengerusi Jawatankuasa Projek Promosi Kesihatan MySihat Prof. Madya Dr. Abdul Wahab Dato Kosai Pengerusi Jawatankuasa Sukan & Rekreasi MySihat En. S. Thavaraj S. Subramaniam Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan MySihat Pn. Arfah Mahani Haji Amran Pengarah Bahagian Perancangan & Penilaian MySihat Cik Noraini Mustafa Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MySihat En. Mohd. Azam Abu Hashim Ahli Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi MySihat En. Md. Yusoff Mahmud MySihat En. Varuges V. M. Abraham Bahagian Pendidikan Kesihatan

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Tn. Hj. Wan Rokman Hj. Wan Yaacob Bahagian Pendidikan Kesihatan En. Norddin Daud Bahagian Pendidikan Kesihatan En. Manimaran a/l Krishnan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan KKM Cik Norlaily Md. Nasir Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM

Bersama Untuk Kesihatan

Modul Asas Program Promosi Kesihatan

2011

Panel Penyunting

Penasihat Ketua Penyunting

: :

Y. Bhg. Datuk Dr. Hj. Yahya Baba En. S. Thavaraj S. Subramaniam En. Wan Azrin Izani Wan Mohd. Zain En. Razmin Ramli Cik Nurul Nadia Hamdan En. Mohd Yuznir Mohd Yunus Cik Norheimi Salleh Cik Nur Faezah Hamzah En. Mohd. Zaki Abdul Rahim Pn. Dinie Aida Jainaldin Pn. Siti Normahera Manah Cik Lindadiana Bahruddin

Penolong Ketua Penyunting : Penyunting / Penyusun :

Bersama Untuk Kesihatan

Potrebbero piacerti anche