Sei sulla pagina 1di 8

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0

PENDAHULUAN RASIONAL TEMA MATLAMAT OBJEKTIF SASARAN TARIKH / TEMPAT TENTATIF PROGRAM JAWATAN KUASA PERLAKSANAAN

10.0 KEWANGAN / PERBELANJAAN 11.0 KEKUATAN / KELEMAHAN 12.0 KEKANGAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 13.0 PENUTUP 14.0 LAMPIRAN

1.0

PENDAHULUAN

Program Bijak Sifir ini merupakan salah satu program di bawah kelolaan Panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2. Program ini melibatkan semua murid Tahun 6 sebagai asas pengukuhan kepada bacaan sifir. Sehubungan itu, program ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan murid-murid menerima manfaat yang diharapkan selepas program ini berlangsung.

2.0

RASIONAL

Dalam negara kita menuju era WAWASAN 2020 dan penguasaan TEKNOLOGI MAKLUMAT , kepentingan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran amatlah dititikberatkan.

MATEMATIK merupakan satu daripada mata pelajaran yang amat penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan nombor dan pelbagai operasi ( tambah, tolak, darab, dan bahagi ) sama ada disedari atau tidak merupakan sebahagian daripada kehidupan kita.

Oleh itu amatlah wajar pelajar-pelajar menguasai secara OPTIMUM kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran ini. Dengan ini adalah diharapkan agar aktiviti-aktiviti yang berkandung dalam program ini dapat melahirkan warga SKPT2 yang BIJAK SIFIR.

3.0

TEMA SIFIR MEMPERKASA MATEMATIK

4.0

MATLAMAT

Adalah diharapkan program ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang pintar dalam fakta asas dan sifir, meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran Matematik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

5.0

OBJEKTIF

5.1. Mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan tepat 5.2. Mempraktikkan kemahiran-kemahiran melalui latihan-latihan yang disediakan 5.3. Menjadikan amalan membaca fakta asas sebagai sebahagian daripada hidup 5.4. Zero defect murid menguasai sepenuhnya fakta asas matematik

6.0

SASARAN

Semua murid Tahun 6 SK Padang Tembak 2.

7.0

TARIKH / TEMPAT

Sepanjang Januari 2012 hingga 1 Mei 2012 SK Padang Tembak 2.

8.0

TENTATIF PROGRAM

Program dijalankan mengikut jadual agihan murid-murid kepada guru-guru pembimbing. Murid akan bertemu dengan guru pembimbing pada bila-bila masa yang terluang untuk membaca sifir yang telah dihafal oleh mereka. Guru pembimbing akan menandatangani borang Program Bijak Sifir bagi sifir yang telah dihafal oleh murid yang dibimbingnya.

9.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras AJK Aktiviti AJK Dokumentasi

: Puan Norzan bt Hj Din : Puan Rozitah bt Samsudin : Puan Suzana bt Jasruni : Semua Guru SKPT2 : Puan Suzana bt Jasruni

10.0

KEWANGAN / PERBELANJAAN

TIADA

11.0

KEKUATAN / KELEMAHAN

KEKUATAN :

Kerjasama dari semua guru dalam menjayakan Program Bijak Sifir dan menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan.

KELEMAHAN :

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan 2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain 3. Murid sampai lewat ke sekolah 4. Murid kerap tidak hadir

12.0

KEKANGAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KEKANGAN :

1. Sukar menjadikan congak sebagai satu kebiasaan 2. Pertindihan waktu dengan aktiviti lain 3. Murid sampai lewat ke sekolah 4. Murid kerap tidak hadir

PENAMBAHBAIKAN : 1. Membaca fakta Asas : Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula 7.30 7.45, murid membaca sifir dan fakta asas di tempat yang telah ditentukan. 2. Latihan congak secara lisan dan bertulis guru-guru Matematik mengambil masa 5 10 minit untuk menguji kecekapan secara lisan dan kemahiran secara bertulis setiap hari. 3. Membina kad sifir dan carta sifir bulan Januari dan Februari semasa mata pelajaran Matematik 1 kali seminggu. 4. Murid yang lemah diajar cara mudah menhafal /mengingat sifir mengikut susunan nombor terutama bagi sifir 6 , 7 , 8 dan 9.

13.0

PENUTUP

Program Bijak Sifir ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak. Objektif dan matlamat yang dikehendaki berjaya diperolehi. Program seperti ini diharap mampu menarik minat murid dalam penghafalan sifir dan dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

.................. (PN. SUZANA BT HJ JASRUNI) Setiausaha Program Bijak Sifir SK Padang Tembak 2

.............................................. (PN. NORZAN BT HJ DIN) Guru Besar SK Padang Tembak 2

LAMPIRAN

Potrebbero piacerti anche