Sei sulla pagina 1di 7

Minit Mesyuarat Bil 1/2012 Panitia Kajian Tempatan Dan Pendidikan Sivik SK Petaling Jaya

SK PETALING JAYA LORONG MASJID 3/69 46000 PETALING JAYA SELANGOR

Tarikh masa tempat kehadiran :

: 26 Januari 2012 : Khamis : bilik pemulihan sk petaling jaya 1. Encik Nasharul Nizar bin Ramli 2. Encik zullkifly bin Rashid 3. Encik Thawi a/l Pian

AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Aluan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyurat yang lalu 3. Perkara Berbangkit 4. Pengurusan Panitia 5. Ujian dan Peperiksaan 6. Hal-hal Lain

1.0 1.1 1.2

Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia. Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang. Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

2.0 2.1

Pengesahan Minit Mesyuarat Minit Mesyuarat Kali ke 3, 2011 telah di sahkan oleh Encik Zullkifly bin Rashid 2.2 Pengesahan telah disokong oleh Encik Thawi a/l Pian

3.0 3.1

Perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit

4.0 4.1

Pengurusan panitia Agenda 1 Penulisan Buku Rekod Mengajar

4.1.1 4.1.2

Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang Akta berkenaan Penulisan Buku Rancangan Mengajar. Pengerusi juga mengingatkan guru-guru perkara yang mesti lengkapkan di dalam buku rekod mengajar bertepatan dengan akta di bawah : Mengikut peruntukan akta Pendidikan (Akta 1996 : PU(A) 531, Per 7,8,9,) PU(A) 531 Per. 7 : Sukatan terkini/ Huraian Sukatan Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan mempunyai senarai nama murid dalam satu kelas PU(A) Per. 8 : Guru hendaklah menyimpan dan mengguna BRMG Peraturan 11 (1) Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan yang diluluskan Format Rancangan harian Tempoh penghantaran (Diserahkan kepada Guru Besar 2 minggu selepas sekolah dibuka) Penalti pelanggaran peraturan 7-8 : RM500.00 Penalti pelanggaran Peraturan 11(1) : RM5000.00 Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK

4.2

Agenda 3 - Pengurusan Fail 4.3.1 4.3.2 Pengerusi meminta setiausaha mengemaskini fail Guru-guru matapelajaran PSK dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut kedalam fail.

4.3

Agenda 4- Projek Kewarganegaraan 4.3.1 Pengerusi mengingatkan berkenaan projek kewarganegaraan wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar mengikut tempoh masa 10 jam setahun di luar waktu P&P. 4.3.2 Tajuk projek mestilah mengikut tema dan tahun yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu Tahun 4 menggunakan Tema 1 dan 2, Tahun 5 menggunakan Tema 3 dan 4, Tahun 6 pula menggunakan Tema 5 dan 6. 4.3.3 Untuk mendapatkan segala keperluan bagi melaksanakan projek, guru-guru dikehendaki mengisi borang nota minta dan meminta pengesahan dari guru besar sebelum memesan bahan dari pembekal. 4.3.4 Jawatankuasa juga memutuskan perlaksanaan Projek Kewarganegaraan adalah sepanjang tahun dan hasilan mestilah dinilai sebelum Peperiksaan Akhir Tahun

Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK 5.0 Agenda 5- Ujian dan Peperiksaan 5.1.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahu dan Akhir Tahun akan dibekalkan oleh MGB. 5.1.2 Ujian akan dibuat sebanyak 2 kali dan disediakan oleh :Tahun 4- Puan Haliza dan Zanariah Tahun 5- Puan Anita dan Puan Noorin Tahun 6-Puan Saniah dan Encik Anuar 5.1.3 Ujian akan dilaksanakan pada semester pertama, pada semester kedua penilaian akan dibuat berdasarkan Folio Projek Kewarganegaraan.

6.0 6.1

Hal-Hal Lain : Program Yang Dirancang Untuk 2012 Hal 1 - Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidifitri

6.1.1 Panitia KT & PSK akan melaksanakan Program Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tindakan : Semua Guru KT & PSK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang

2. Minit Mesyuarat Bil 2/2012 Panitia KT dan PSK SK Petaling Jaya

SK Petaling Jaya Lorong Masjid 3/69 46000 Petaling Jaya Selangor

Tarikh Masa Tempat Kehadiran :

: 23 Julai 2012 : Isnin : Bilik Mesyuarat 1. Encik Nasharul Nizar bin Ramli 2. Encik Abdul fattah bin Mat Jusoh 3. Encik Mohd Azizan bin Mat Hassan 4. Puan Alammal a/p Subramaniam

AGENDA MESYUARAT 1.Ucapan Aluan Pengerusi 2.Pengesahan Minit Mesyurat yang lalu 3.Perkara Berbangkit 4.Perlaksanaan Projek Bulan Kemerdekaan Projek Kewarganegaraan 5.Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia. Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 1, 2012 telah di sahkan oleh Encik Nasharul

Nizar bin Ramli 2.2 Pengesahan telah disokong oleh Encik Mohd Azizan

3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Ujian/PKSR 1 dan 2 3.1.1 Pengerusi meminta maklum balas berkenaan pembinaan soalan PKSR 1 dan 2, serta mengingatkan guru-guru agar memasukkan kertas soalan ke dalam fail bank soalan. 3.1.2 Guru-guru memaklumkan bahawa pembinaan soalan PKSR telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar mengikut ketetapan dan segala tindakan telah diambil

Tindakan : Semua guru matapelajaran PSK 2.0 Perlaksanaan Projek Kewarganegaraan dan Bulan Kemerdekaan 2.1 Pengerusi mengingatkan sekali lagi berkenaan perlaksanaan projek kewarganegaraan dilaksanakan oleh setiap pelajar luar waktu P&P. 2.2 Guru-guru memaklumkan tentang perancangan projek kewarganegraan telah telah diperbincangkan dan mulai merancang perlaksanaan oleh para pelajar. 2.3 Pengerusi meminta agar semua bendera diperiksa bagi pelaksanaan bulan kemerdekaan SKPJ 2.4 Encik Mohd Azizan memaklumkan bahawa 80% bendera yang terdapat dalam simpanan didapati rosak dan tidak sesuai digunakan 2.5 AJK memutuskan untuk membeli bendera yang baru.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran PSK

3.0 Hal-Hal Lain 3.1 Cadangan Aktiviti Panitia PSK sebagai Program Selepas UPSR 3.1.1 Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan permainan tradisional galah panjang dan lempar tin sebagai aktiviti pelajar tahun 6 selepas UPSR Tindakan : Guru matapelajaran PSK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Potrebbero piacerti anche