Sei sulla pagina 1di 1

PERNYATAAN PROFESIONAL : HARAPAN SEBELUM MENGHADIRI PRAKTIKUM

Pada 22 Julai 2012 nanti, saya bersama seorang lagi rakan saya akan mula menjalani Praktikum Fasa II di mana kami ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Kampung Gong Tanah Merah, 22200, Jerteh,

Terengganu. Ini adalah merupakan kali kedua saya akan ke sekolah untuk mengajar selepas sesi praktikum fasa I sebelum ini di sekolah yang berbeza di daerah Pasir Puteh. Keterujaan saya menjalani praktikum berbekalkan sedikit pengalaman sebelum ini dan secebis ilmu yang diperolehi melalui para pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu bakal dijadikan sandaran saya dalam mengorak seberapa banyak kejayaan sepanjang menjalani praktikum pada kali ini. Antara yang bakal menjadi fokus saya pada kali ini ialah pengendalian kelas yang baik, pembentukan disiplin pelajar, hubungan mesra guru pelatih dan warga sekolah dan pemerolehan ilmu serta pengalaman daripada guru guru yang telah lama mengajar supaya dapat dijadikan bekalan suatu hari nanti. Antara harapan saya juga ialah supaya seluruh warga sekolah terutamanya guru-guru dapat memberi kerjasama, tunjuk ajar dan nasihat serta bimbingan yang berguna kepada saya dalam membina landasan yang hakiki untuk membentuk jati diri guru yang seimbang dari semua lapangan segi. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan menjadikan saya lebih ampuh menghadapi masa depan yang bakal menjelma apabila saya berada di lapangan satu hari nanti, InsyaAllah

Potrebbero piacerti anche