Sei sulla pagina 1di 3

TUGAS JAWATANKUASA PBS PERINGKAT SEKOLAH

1. Menentukan sama ada perlu ada peperiksaan /ujian atau tidak 2. Menetapkan kekerapan pelaporan formatif dan sumatif bagi PS 3. Menetapkan tempoh penyimpanan eviden bahan PS 4. Menetapkan kaedah menyimpan dan mengakses fail 5. Menetapkan kaedah dan menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PBS kepada ibu bapa (simpan bukti dalam fail) 6. Merancang aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan (kekerapan, personel yang terlibat, jadual) 7. Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS di sekolah 8. Menyedia dan melengkapkan fail induk PBS

PEMENTORAN
Pementoran adalah proses seseorang mentor berfungsi sebagai role model, kaunselor atau pembimbing yang memberikan bimbingan untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan serta memberikan sokongan kepada individu yang kurang berpengalaman. Pementoran dalam konteks PBS ialah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan.

SEBELUM PEMENTORAN Mengadakan sesi perbincangan dengan Mentee.

SEMASA PEMENTORAN Melaksanakan khidmat bantu, khidmat nasihat, mudah cara dan coaching Memberi nasihat, teguran dan cadangan kepada Mentee

SELEPAS PEMENTORAN Melaksanakan tindakan susulan

PENYELARASAN
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi: - kefahaman peraturan penskoran - penggunaan peraturan penskoran - pemberian skor SEBELUM PENYELARASAN Kefahaman tugasan Kesesuaian sampel Kefahaman penskoran

SEMASA PENYELARASAN Merawak sampel mengikut pencapaian

SELEPAS PENYELARASAN Melaksanakan tindakan penambahanbaikan pengajaran dan pembelajaran

PEMANTAUAN
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan

SEBELUM PEMANTAUAN Perancangan aktiviti pemantauan Penyediaan instrumen pemantauan Pemakluman kepada guru mata pelajaran

SEMASA PEMANTAUAN Semak pelaksanaan mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan Contoh:

* Minit mesyuarat JK PBS sekolah * Evidence * Pelaporan pencapaian SELEPAS PEMANTAUAN Penyediaan pelaporan pemantauan Cadangan penambahbaikan

PENGESANAN
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

PELAPORAN RUBRIK PEMARKAHAN Guru merekod rubrik pemarkahan calon dan akan dimasukkan dalam aplikasi yang sedang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

Potrebbero piacerti anche